PAS PATUT BERTANDING SEMUA KERUSI PARLIMEN PANTAI TIMUR

 

ASAL MELAYU ISLE-CADANGAN BODOH DALAM DUNIA

 AHMAD SAUQI


TERMASUK PENYOKONG DAN PECACAI...KEH..KEH









Cadangan Yang Paling Bangang Dan Bodoh..

Kerajaan Nak Rembat Duit.Nak Elak Kemalangan Kepala Bapak Hampa.

Motosikal,Kereta,Bas,Lori Yg Ada Plat Number Pun Dok Xcdnt Banyak Lagi...

Mcm Mna Orang Susah Yg Naik Basikal???

Jgn Jadi Bodoh

Ayuh Tolak Kerajaan Haram Pintu Belakang.

 


KEKASARAN BAHASA HADI AWANG

 

HAJI NUSI

Menghairan makhluk perosak ini , jika Umno itu ibarat lembu mengapa kamu mengheret walaun pentaksub bersama kekandang lembu , adakah walaun bagi kamu sekadar haiwan ujikaji utk kamu ? penat makhluk ni .




23 POSTING SEHINGGA KINI-LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 



SILA  TEKAN    >  UNTUK MEMBACA BERITA AWAL .TERIMA KASIH.SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.

PEMAHAMAN TERHADAP HADIS PERLU SAHIH-DR ROZAIMI RAMLE

 

Saya melihat terdapat satu video yang menyebutkan hadis bunuh kepada mereka yang memecahkan kesatuan orang Islam. Saya bimbang hadis ini disalahfahami oleh sebahagian netizen tambahan pula ia dipotong dan disebarkan. Maka saya menulis artikel ini untuk memberikan pemahaman yang betul terhadap hadis ini. Berikut komentar saya:


1.      Lafaz hadis tersebut ialah:


«مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ، يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ، أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ، فَاقْتُلُوهُ»


Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada kamu dan urusan kamu bersepakat pada seorang lelaki dan dia ingin memecahkan tongkat kamu (tonggak) atau memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah dia”. (HR Muslim, no. hadis: 1852)


Hadis ini sahih riwayat Imam Muslim.


2.      Walaupun hadis ini sahih, pemahaman terhadap hadis ini juga perlu sahih. Dalil sahih tidak menjamin pemahaman yang sahih. Untuk memahami hadis sahih ini dengan pemahaman yang sahih kita perlu merujuk kalam ulama yang menghimpunkan hadis-hadis lain yang berkaitan dengan hadis ini. Setelah meneliti hadis-hadis yang berkaitan maka kesimpulan bagi maksud sahih bagi hadis ini ialah kebenaran untuk memerangi mereka yang menentang pemimpin tertinggi negara dengan kekerasan. Berikut kalam ulama yang menghuraikan maksud hadis ini:


i.                 Al-Qurtubi berkata:


وقوله: فمن أراد أن يفرق أمر هذه الأمة وهي جميع؛ أي: مجتمعة على إمام واحد


Maksudnya: Kata-katanya: “Sesiapa yang ingin memecahkan urusan umat ini sedangkan bersatu padu” bermaksud urusan itu bersatu pada satu imam (pemimpin tertinggi negara). (al-Qurtubi, al-Mufhim, jil. 4, hal. 62)


ii.                Al-Ityubi berkata:


وقوله: ("مَنْ أَتَاكُمْ، وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ)؛ أي: مجتمع على مبايعة رجل للخلافة.


Maksudnya: Kata-katanya (Nabi): “Sesiapa yang datang kepadamu sedangkan urusanmu bersatu padu pada seorang lelaki” bermaksud urusan itu bersatu pada melantik seorang imam untuk khilafah (pemimpin tertinggi negara)”. (al-Bahr al-Muhit al-Thajjaj, jil. 32, hal. 201)


iii.               Ibn Malak memberikan makna yang lebih jelas bagi hadis ini dengan berkata bahawa kebenaran membunuh ini hanya kepada mereka yang memerangi pemimpin tertinggi negara dengan kekerasan. Dia berkata:


من قصد أن يعزل إمامكم الذي اتفقتم على إمامته، وأراد أن يأخذ الإمامة.


Maksudnya: “Sesiapa yang ingin meruntuhkan pemimpin tertinggi (negara) kamu yang kamu bersepakat terhadap kepimpinannya dan dia mahu mengambil alih kepimpinan negara”. (Ibn Malak, Syarh al-Masabih, jil. 4, hal. 252)


3.      Dengan nukilan di atas jelas pada kita bahawa hadis ini Nabi sallallah alaih wasallam tujukan kepada mereka yang mahu melakukan pertumpahan darah dengan menyingkirkan pemimpin tertinggi negara melalui jalan kekerasan. Hadis ini tidak terpakai bagi mereka yang keluar dari parti politik tertentu apatah lagi NGO tertentu. Hadis ini juga tidak terpakai bagi parti politik yang masuk pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.


4.      Moga dengan penjelasan ini, netizen tidak bertindak membunuh mereka yang berpecah dan keluar dari parti politik mereka. Hadis ini tidak berkait dengan mereka yang keluar parti. Cukuplah sekadar bergambar dan tunjuk penumbuk untuk menyatakan bantahan. Itu memadai. Jangan lakukan keganasan membunuh kerana negara kita ada undang-undang. Moga kita semua memahami hadis dengan disiplin yang betul.


Dr Rozaimi Ramle



BILA SEBENARNYA PN DIDAFTARKAN?


BUNG MOKTAR MUNGKIN KECUNDANG KEPADA HAJIJI UNTUK JADI KETUA MENTERI

 

Siapa akan jadi Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah berjaya menewaskan Warisan pada PRN 26 September nanti, bukan saja isu yang terus menjadi perdebatan sehingga ini, malah ternampak makin hari makin bertambah kusut jadinya.

Di pihak PN, terutamanya Bersatu, nama yang dicanangkan ialah Hajiji Noor, Adun Sulaman sejak 2004 yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Sabah.

Sementara di pihak BN, khususnya UMNO, calon Ketua Menterinya ialah Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan yang kali ini turun bertanding di Dun Lamaq.

Bung Mokhtar juga adalah Pengerusi UMNO dan BN Sabah.

Walaupun PN, BN dan PBS setuju bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah sebagai simbol kesatuan untuk menumbangkan Warisan, hakikatnya calon Ketua Menterinya tetap ada dua.

Sesungguhnya keadaan ini adalah sesuatu yang memalukan dan menggambarkan kegagalan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri yang mengumumkan pembentukan Gagasan Rakyat Sabah sehari sebelum hari penamaan calon, 12 September lalu.

Lebih buruk, setelah Muhyiddin sendiri melontarkan nama Hajiji tanpa berunding dengan UMNO dan BN, pemimpin Bersatu yang lain seperti Azmin Ali menghangatkan lagi perdebatan mengenai perkara itu dengan memberi sokongan serta pujian terbuka terhadap Pengerusi Bersatu Sabah itu yang digambarkannya lebih layak, lebih dihormati dan lebih bersih untuk menduduki kerusi Ketua Menteri.

Kata-kata Azmin itu sekaligus memberi gambaran Bung Mokhtar tidak berapa layak, tidak cukup dihormati dan tidak seratus-peratus bersih jika dibandingkan dengan Hajiji.

Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang memang diketahui menyokong Bung Mokhtar untuk jadi Ketua Menteri tentu saja segera “melompat” apabila Bersatu berterusan membangkitkan perkara yang tidak pernah diperbincangkan itu.

Pada mulanya beliau berkata, soal siapa jadi Ketua Menteri Sabah hanya akan diputuskan setelah BN dan sekutunya berjaya memenangi PRN 26 September nanti.

Semalam pula, Zahid Hamidi berkata, parti yang memenangi kerusi terbanyak sepatutnya diberi hak memilih calon Ketua Menteri.

Dengan BN bertanding 41 kerusi, manakala PN hanya 29 kerusi, Zahid Hamidi dengan jelas cuba mengingatkan Bersatu agar “jangan lebih lajak daripada laju” dalam menuntut kerusi tersebut kerana parti itu hanya bertanding sedikit kerusi saja.

Daripada satu segi, oleh kerana BN bertanding lebih banyak kerusi, Bung Mokhtar lebih mempunyai peluang berbanding Hajiji untuk menjadi Ketua Menteri.

Tapi, adakah matematik politik selalu begitu?

Berdasarkan perkembangan setakat ini, persaingan pembangkang iaitu BN, PN dan PBS untuk berhadapan dengan Warisan adalah cukup sengit dan mencabar.

Ia ditambah lagi dengan berlakunya pertindihan calon sesama sendiri dalam kelompok Gabungan Rakyat Sabah di 17 kawasan, selain turut serta bertanding Parti Cinta Sabah, pimpinan Anifah Aman yang diramalkan tidak mustahil mampu membuat kejutan memenangi beberapa kerusi.

Dengan yang demikian, tiada parti dijangka mampu berdiri sendiri untuk membentuk kerajaan selepas keputusan 26 September nanti.

Ini bermakna, walaupun BN bertanding 41 kerusi, tetapi ia dilihat mustahil mampu menang sekurang-kurangnya 37 kerusi iaitu jumlah paling minima untuk menubuhkan kerajaan.

Mahu tidak mahu, meski berpotensi memenangi lebih banyak kerusi, BN tetap memerlukan sokongan daripada PN yang bertanding 29 kerusi dan PBS yang bertanding 22 kerusi bagi mencukupkan angka membentuk kerajaan.

Malah, sekiranya Parti Cinta Sabah turut memenangi sejumlah kerusi, sokongan mereka juga adalah diperlukan sama.

Jika demikian, andai ditakdirkan Warisan berjaya ditumbangkan, siapakah antara Bung Mokhtar dan Hajiji yang lebih berpeluang menduduki kerusi Ketua Menteri mewakili Gabungan Rakyat Sabah?

Harus diakui bahawa jika itu berlaku, peluang Hajiji adalah lebih tinggi berbanding Bung Mokhtar.

Ini kerana berbanding Bung Mokhtar, Hajiji dikatakan lebih mudah mendapat sokongan daripada PBS, parti yang setuju berada dalam Gabungan Rakyat Sabah dan menerima kepimpinan Muhyiddin, tetapi tidak menyertai PN atau BN.

Selain itu, sekiranya sokongan daripada Parti Cinta Sabah juga diperlukan, parti itu dipercayai lebih sedia menerima Hajiji berbanding Bung Mokhtar.

Dalam hal ini, pada malam 26 September nanti, andai Warisan kecundang di mana UMNO serta BN mungkin menang lebih banyak kerusi berbanding PN, tetapi Hajiji daripada Bersatu lebih berpeluang untuk menduduki kerusi Ketua Menteri. (Shahbudindotcom 16/09/2020)

ADAKAH MENYOKONG PENYAMUN BERMORAL

 


W.Faudzin


Sudah jelas lagi nyata, Pas telah memilih bukan kebenaran.  Manusia yg berakal dan bertamaddun sudah pasti menyatakan tindakan Pas bersekongkol dengan Umno dan PN, merampas kerajaan melalui pengkhianatan dan mencampakkan mandat rakyat, adalah satu tindakan tidak bermoral, jijik dan kotor.  Pas tidak berhak untuk bercakap soal mencari kebenaran selagi Pas berada dalam kumpulan pengkhianat.  Jangan berhujah gunakan Alquran atau hadith untuk memperkatakan tentang kebersihan sedangkan jasad berada di dalam tong taik.


CYTRO BN MULA RANCANG SERANG PAS?


KAJIAN PENAGIHAN DADAH DI KELANTAN AMBIL MASA TIGA TAHUN


PESANAN SOSIAL.BERHATI HATI DENGAN PERAGUT


Zanirun Baba

Please be aware!! Harap semua kaum wanita berhati hati dengan  çara baru  peragut !!



Politik majmuk, inklusif menuju Malaysia Baharu - Wanita KEADILAN

 





Hari Malaysia pada tahun ini mungkin berbeza dan unik bagi rakyat Malaysia apabila parti pemerintah mula mengiktiraf politik majmuk yang mengutamakan kepelbagaian kaum dan agama dalam KEADILAN sejak 20 tahun lalu sebagai teras politik terbaik.

 Bagi Pengarah Komunikasi Wanita Pusat KEADILAN, Loh Ker Chean (gambar kiri) perjungan mempersatukan kaum-kaum yang ingin dicontohi oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini, yang berniat untuk menggubal perlembagaan parti itu mirip KEADILAN adalah suatu pengiktirafan bahawa politik Malaysia tidak boleh lagi secara pecah dan perintah melaga-lagakan antara kaum.

 "Tahniah kepada Bersatu kerana mengikut jejak KEADILAN!

 "KEADILAN sudah berada dua dekad di hadapan. Bukan sahaja komposisi organisasi dari akar umbi ke kepimpinan pusat terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi kita bersama - sama memperjuangkan agenda rakyat tanpa mengira latar belakang.

 "Wacana perpaduan antara kaum dalam KEADILAN sudah cukup matang. Kita tidak lagi melihat perbezaan kelas antara bangsa, kaum, bahasa dan agama, tetapi kita melihat kesenjangan kelas ekonomi merentasi warna kulit.

 "Model yang berjaya dibuktikan oleh KEADILAN sekarang telah menjadi teladan kepada Bersatu. KEADILAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyambut baik nilai kepelbagaian dan memeluk politik baharu," katanya dalam satu kenyataan.

 Namun, kata Ker Chean, perbezaan mendasar yang harus diteliti rakyat dari parti baharu yang mencuba jejak politik majmuk itu ialah ketelusan, integriti dan akauntabiliti.

 Katanya di samping mengamalkan politik majmuk, KEADILAN berpegang teguh kepada prinsip menolak korupsi dan penyelewengan dalam memerintah negara.

 "Walaupun demikian, bezanya kita parti berbilang kaum yang sepakat tidak bertolak ansur dengan korupsi dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

 "Dua dekad KEADILAN meraikan kepelbagaian berasaskan sifat empati dengan menyatupadukan rakyat Malaysia untuk mereformasi dan menolak regim yang korup," katanya lagi.

 Walau apa pun, menurut Ker Chean, usaha KEADILAN tetap telah membuahkan hasil apabila mantan-mantan anggota yang mengkhianati parti dan rakyat masih lagi membawa prinsip kepentingan gerakkan kepelbagaian (multiracial movement).

 Katanya lagi, kemakmuran masa depan Malaysia harus dibina di atas landas kefahaman empati dan kepelbagaian itu. Parti Keadilan Rakyat yang mendukung prinsip kepelbagaian akan terus memimpin ke hadapan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

 


Hari Malaysia: Merdeka dari kezaliman, perkukuh hubungan kaum

 


Hari Malaysia yang disambut saban tahun pada tanggal 16 September harus diisi dengan pengertian yang lebih bermakna.

 Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hari Malaysia seharusnya disambut dengan jiwa merdeka dan iltizam mengukuhkan kefahaman pelbagai budaya serta agama di negara ini.

 "Bersempena Hari Malaysia 2020, ayuh kita perkukuhkan persefahaman antara kaum dan agama, dan terus menjunjung Perlembagaan dan semangat federalisme.

 "Kita juga harus memikir dan merencana sebaik mungkin dalam memantapkan kedudukan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 agar kedua-dua negeri itu tidak lagi disisihkan dari pembangunan yang seimbang dan munasabah," katanya dalam satu kenyataan.

 Bagi Anwar, tanggal 16 September 1963 adalah tarikh yang besar maknanya buat negara. Di mana Sabah dan Sarawak berpadu dan membentuk Malaysia. Semangat federalisme pula menjadi paksi yang mengikat muafakat itu sehingga hari ini.

 Namun begitu beliau mengingatkan, tidak banyak gunanya sambutan ulang tahun sekiranya rakyat Malaysia masih dibelenggu pemerintahan yang bobrok dan menyedut hasil bumi buat kepentingan kelompok tertentu, tidak sebagaimana yang dicita-citakan oleh pengasas Persekutuan Malaysia berdekad lalu.

 Menurutnya, rakyat tidak akan merasa erti kemerdekaan selepas dijajah ratusan tahun sekiranya pemerintah yang mengganti penjajah itu mempunyai sifat menindas dan mengkesampingkan hak-hak yang sepatutnya dinikmati rakyat.

 "Hari Malaysia menjadi kesinambungan dan titik penting kelangsungan yang menjanjikan keadilan serta kesaksamaan kepada seluruh warganya yang berbilang kaum.

 "Atas semangat ini kita rakyat Malaysia harus bertekad dan berpadu atas asas-asas penting iaitu keamanan, kesejahteraan dan kerukunan.

 "Janji kemerdekaan juga agar khazanah negara ini dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengambilkira latar belakang kaum, suku mahupun agama. Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian negara Malaysia bersama Semenanjung Tanah Melayu harus dilihat setara dan sepadan, dan ini harus mencakup aspek pembangunan yang saksama dan adil.

 "Apa erti kemerdekaan jika dasar yang diupayakan pemerintah sejak puluhan tahun masih belum berhasil membela yang miskin dan melarat.

 "Merdeka jenis apa jika masih ada rakyat dinafikan akses sumber elektrik dan air di kawasan-kawasan pedalaman. Dan dalam masa sama para elit politik menampuk kekayaan, dan nikmat ekonomi tidak sampai kepada yang benar-benar memerlukan," katanya lagi.

 Justeru itu, Anwar juga menegaskan Pemahsyuran Kemerdekaan 1957 yang merupakan peristiwa luar biasa untuk warga Malaysia tatkala lebih 400 tahun dijajah, dan hasil buminya dijarah oleh para imperialis perlu diisi dengan sebaik-baiknya.

 

Beliau juga tidak mahu rakyat meminggirkan sumbangan dan pengorbanan mana-mana kumpulan baik dari aliran kiri atau kanan sama ada di Semenanjung mahu pun Malaysia Timur yang melatari pembebasan tanah air dari kebobrokan penjajah dan imperialisme itu.

 


GELARAN DATUK: AHMAD SAID TAZKIRAH ULAMA PAS

 

TAHNIAH TEAM COVID 19 SELANGOR.

Jamzuri Ardani



Tahniah kerajaan PH di Selangor dan team Dr Dzulkefly Ahmad yang berjaya menjadikan seluruh negeri Selangor zon hijau.

Ini sekaligus menolak tohmahan walauncai yang menuduh PH tidak akan mampu tangani wabak Covid-19 sekiranya mereka tidak mencuri kerajaan dari pintu belakang.

Di Kedah pulak jadi berita utama....



APA SALAHNYA UMNO DAN BERSATU PULA BERKORBAN UNTUK PAS




NIZAM AKA 
 

Apa yang dikata oleh fadli dan MB tu betul dan ada asasnya..Dah tiba masanya untuk Umno dan Bersatu pula yang berkorban untuk Pas sebagaimana Pas berkorban untuk Umno dan Bersatu di Sabah..Bukanlah sesuatu yang sukar untuk Anuar Musa,Radzi Jidin,Asyraf Wajdi,Ku Li,Jazlan Yaacob dan pemimpin-pemimpin Umno dan Bersatu yang lain untuk menjadi calon parlimen di luar dari Kelantan..Buknlah sesuatu yang sukar untuk penyokong umno mengundi calon-calon dari Pas atas dasar muafakat kedua-dua parti..



KERAJAAN SELANGOR PERUNTUK RM3 JUTA KEMBALIKAN ELAUN PETUGAS MASJID, SURAU


31 PESANAN BUAT WALAUNS

 PESAN BUAT PENYOKONG PAS

PN lulus 7 Ogos, 18 Ogos pindaan nama?

 



Kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bahawa Perikatan Nasional (PN) telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020 terus menjadi tanda tanya apabila terdapat bukti laporan media yang bercanggah antara satu sama lain berhubung tarikh kelulusan pendaftaran berkenaan.

 Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa, laporan akhbar dari kenyataan beberapa pemimpin komponen PN seolah-olah menggambarkan gabungan itu masih tidak diluluskan pendaftarannya selepas 7 Ogos.

 "Berdasarkan satu kenyataan media, Naib Presiden Bersatu Datuk Abdul Rashid Asari, bertarikh 10 Ogos menegaskan pendaftaran PN telah dihantar kepada ROS pada minggu lalu, bermaksud 3 Ogos.

 "Kenyataan ROS bahawa PN diluluskan pada 7 Ogos, tetapi kenyataan Naib Presiden ini pada 10 Ogos (seolah-olah) mereka masih belum tahu PN telah diluluskan.

 "Maksudnya pada tarikh 10 Ogos beliau (Rashid) belum lagi tahu pendaftaran PN diluluskan," katanya menerusi siaran di akaun You Tube.

 Kecurigaan menjadi lebih buruk, dakwa Syed Badli, apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pada 18 Ogos bahawa terdapat pindaan perlu dibuat pada singkatan nama PN.

 Sedangkan, kata Syed Badli mengikut prosedur, pindaan pada nama dilakukan ketika proses pendafaran dan bukannya setelah mendapat kelulusan.

 "(Dalam kenyataan di media) Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Redzuan berkata pendaftaran PN telah dihantar untuk permohonan. Bermaksud pada 18 Ogos mereka masih belum tahu PN diluluskan.

 "Malah lebih pelik lagi jawapan Redzuan, beliau mengatakan terdapat pindaan pada pendaftaran PN. Pindaan terhadap nama Perikatan Nasional ataupun PN, telah digunakan oleh NGO lain.

 "Kita (diberi) tahu pendaftaran diluluskan pada 7 Ogos tetapi pada 18 Ogos Pak Wan kata terdapat pindaan pada nama. Lulus 7 Ogos, 18 Ogos ada pindaan. Lulus atau tak lulus? Proses yang betul nama semua lengkap dan selepas nama dipersetujui ROS, barulah diluluskan," katanya.

 Dakwa Syed Badli lagi, kontroversi pendaftaran itu semakin memeningkan apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam laporan media menganggap gabungan itu masih 'penaja' pada 19 Ogos, yang membawa maksud beliau tidak menerima apa-apa pengesahan pendaftaran PN pada 7 Ogos.

 "Pada 19 Ogos, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengatakan Pas menyertai jawatankuasa penaja Perikatan Nasional.

 "Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak, selepas diluluskan barulah ahli masuk. Itu yang disebut. Maksudnya pada 19 Ogos masih berstatus penaja. Maka jelas berdasarkan kenyataan media pemimpin komponen PN, bahawa pada 19 Ogos PN belum didaftarkan (lulus)," katanya lagi.

 Pendaftaran PN menjadi isu besar kerana terdapat lebih 30 calon dalam Pilihan Raya Negeri Sabah mendaftar sebagai calon PN dan menggunakan logo gabungan itu pada hari mengundi 26 September ini.

 Mengikut undang-undang pilihan raya, parti yang tidak berdaftar calonnya tidak boleh menggunakan logo sendiri dan perlu bertanding sebagai calon Bebas.

 

RENTASAN 742 | SAKSI DEDAH 1MDB ADALAH SYARIKAT UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN NAJIB RAZAK DAN UMNO?



MENARIK DALAM RENTASAN 742
1. 1MDB SYARIKAT UNTUK NAJIB DAN UMNO 2. MATI DEMOKRASI KERANA PAS? 3. PN-BN SABAH IBARAT BAHTERA DUA NAKHODA 4. PERIKATAN NASIONAL PARTI AZMIN ALI?







 

"AMANAH KHADAM DAP, ATAU ANWARINAS ATAU PENGKAGUM TUN...?"


 

Bersatu demi masa depan generasi akan datang

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP)

Hari Malaysia meraikan perpaduan nasional dalam masyarakat kita yang berbilang kaum, dan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai apabila ianya bersifat inklusif, berdasarkan saling menghormati, memberi peluang saksama dan memakmurkan seluruh rakyat Malaysia.

Janji untuk Hari Malaysia adalah supaya kita dan anak-anak kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah. Janji itu hanya dapat dipenuhi jika kita bersatu sebagai sebuah negara tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Mereka yang gagal memenuhi janji ini, akan mengalihkan perhatian dan memecahbelahkan kita dengan menggunakan retorik perkauman dan ekstremisme agama.

Rakyat Malaysia harus menyokong mereka yang berusaha ke arah perpaduan nasional. Kita tidak bertengkar sesama sahabat tetapi setiakawan, saling bekerjasama dan saling menyokong.

Kita bersatu di bawah pemimpin bersama dan tidak tamak berebut kuasa dengan rakus. Kita tidak mencari kedudukan kerana politik wang.

Kita kembalikan kuasa kepada rakyat kerana kita menghormati kuasa rakyat. Dan yang lebih penting lagi, kita jaga kepentingan rakyat dan bukannya jaga kepentingan kroni.

Tanah ini milik kita semua, bukan hanya satu kumpulan. Hanya ada Tanah Sabah, Tanah Sarawak dan Tanah Malaysia bagi setiap rakyat Malaysia.

Masa depan adalah milik anak-anak kita, bukan hanya milik satu golongan sahaja. Orang Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun-Murut, Iban, Dayak dan Orang Asli – kita semua adalah anak Malaysia.

Harapan masih ada untuk hari esok yang lebih baik, jika kita bersatu bersama melawan mereka yang ingin merompak masa depan anak-anak kita.

Marilah kita bersatu untuk membentuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat, untuk menjadi pelindung rakyat, pembela demokrasi, perisai untuk keadilan, pedang menentang rasuah, penjaga kekayaan ekonomi dan pemelihara masa depan anak-anak kita.