APA PMX BUAT DI LUAR NEGARA ? INI JAWAPANNYA DI PARLIMEN HARI INI



Semenjak DS Anwar Ibrahim menjawat jawatan PM 10, beliau telah hadir beberapa mesyuarat berkala termasuk mesyuarat di peringkat Asean dan PBB, 17 lawatan ke luar negara di Asean, China, Amerika Syarikat, UAE dan Arab Saudi.


Di Negara China, potensi pelaburan adalah sebanyak RM 170 Bilion.  dan esok (11/10/23) Geely dari China akan ke Tg Malim bersama PMX untuk melaksanakan penambahan projek besar-besaran Automotif, kota automobil kereta terbesar di rantau ini.  


Begitu juga, Elon Musk memberikan jaminan bahawa ibu pejabatnya di Cyber Jaya akan disiapkan bulan ini juga.


Di New York, potensi pelaburan adalah sebanyak RM 47 Bilion termasuk penambahan dari Boeing.  Di samping itu pelaburan dari Google, Medtronic, Siemens Healthineers dan sebagainya.


Di UAE, Malaysia mendapat komitmen dari Presiden UAE dan telah bersetuju untuk melabur dengan kerjasama Abu Dhabi Future Energy, berjumlah RM 40.6 Bilion, RM37.8 bilion bagi membangunkan projek-projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti 10 gigawatt (GW) di Malaysia.


Ini di antara beberapa pelaburan besar yang berjaya dibawa oleh PMX hasil dari lawatan beliau ke luar negara.  Ingat, PMX ini baru berusia 10 bulan mentadbir.


Apakah kita masih mahu mendengar ngomelan orang tua saka yang berleter siang malam mendakwa PMX tidak berbuat apa-apa?


WFAUZDIN NS



KEH KEH....





 Seronok tengok walagelakan ngejek DAP … padahal Gelakan parti paling banyak kalah teruk di pilihanraya 6 negeri … hanya dpt 1 kerusi itu pun di kulim kawasan campuran majoriti melayu … DAP dibenci Gelakan dicintai … padahal Gelakan secara terus terang tolak hadis40.



MODAL KEMPEN POLITIK TAK JALAN.CARI TEMPAT LAIN ADA LAGI TU...TAK LAMA ..DALANG DAPAT CEKUP.


Che Ibrahim


 Koho koho pecah lubang mengapa beras tempatan tidak banyak di pasaran.....






SPONSOR TAK DAK DUIT DAH. CITA CITA NAK KEMBALI JADI MB SELANGOR TAK KESAMPAIAN...KAH.KAH.KAH.

 

Zaid Empire


Akhir nya page malaysianow sumber rujukan walaun di henti kan operasi.






GIGIT MEE PUN TAK PUTUIH DAH , BOLEH LAGI DOK BUAT KERJA SELUDUP.





 Yang ini di Kelantan pula. 2 tan minyak masak paket  bersubsidi dan 240kg gula cuba diseludup.


Yang menimbulkan tanda tanya, wanita penyeludup itu mengaku aktif semenjak tiga bulan lalu. Wanita ni warga emas tau. Umur 65 tak salah aku. Untuk dia buat kerja begitu, amat meragukan.


Polis kena siasat siapa dalang di belakang wanita itu. Mungkin dia cuma keldai seludup. Cuma tukang bawa. Ada orang lain yang arahkan. Soalnya siapa dan kenapa dia arahkan wanita itu?


Misteri itu yang perlu PDRM dan KPDN rungkaikan. Aku takut perkara ini lebih daripada seludup je. Ada agenda lain. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SOH PAK PAK LEBAI WAKIL RAKYAT HANGPA JUAI MERCEDES YANG JERMAN BUAT..TU PUN KEMAIN...JIHAD..

 

Mukhlis Eddie



Sapa² ada product GERMAN dah boleh jual dah tu .. hat perasan terlebih islam dri hat lain tu tolong jangan guna barangan dri GERMAN ...


Lebai² hat dok taram merc tu dah boleh jual balik dah tu ...kaih ...



KALAU PARTI JENIS MUSIBAT, JANGAN SOKONG LAGI....TU PUN KEMAIN...


 Sorokkan beras supaya rakyat marah dan salaahkan keraajaan serta akan kecam PMX kan 🙄


Memang hebat puak ni sentiasa cari jalan untuuk burukkan nama krajaan dan PMX kan 😒




HANG NAK KATA CIKGU GILA KA..HANG TAK SEKOLAH KOT.





 Bodoh ni sejenis penyakit. Dan ia bukanlah penyakit biasa tapi penyakit berjangkit. Terlalu kerap ikut dan dengar orang bodoh bercakap boleh buat sesorang itu dijangkiti kebodohan.


Contohnya yang tulis status di bawah ni. Sayangnya namanya dah dipadamkan. Jadi tak tahu siapa dia. Kalau tak, boleh bagi tuisyen free kat dia. Sekolah minta gambar saiz paspot ni dari sejak aku sekolah rendah lagi. Untuk fail rekod.


Tiba-tiba tahun ni, bila sekolah minta gambar saiz paspot, boleh dia perasan orang nak bawa lari anak dia pergi luar negara? Dey... Nak pergi luar negara perlu paspot. Bukan setakat gambar saiz paspot 


Walaun ni macam baru keluar. Atau dia tak pernah ambil tahu hal sekolah anak-anaknya. Atau pun dia sendiri tak pernah sekolah. Aku pun tak pasti mana satu. Mungkin semua di atas.


Kesalahan dia bukan jadi bodoh. Kalau bodoh boleh je belajar. Kesalahannya adalah berbangga dengan kebodohannya. Dia pergi tayangkan. Tu yang salah tu. Tapi dah memang perangai walaun. Mana reti malu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TANGKAP HUKUM SEBAT SAJA. KHIANAT KEPADA RAKYAT.

 

Ahmad Shahril


Beras tempatan sukar di dapati di pasaran inilah salah satu sebabnya...180 tan tu wehh bkn sikit2...kat negeri pujaan walaun plk tu.




WOIII..TU BAPAK PARTI DAP...BUKAN KOMENEH KA HANGPA DOK JAJA PADA WALAUN .LAGU MANA PLAK.?

 

Kenapa Pas pilih Singapura? Bukankah Singapura diperintah oleh PAP, bapa kepada DAP? 😇😇🤪🤪




TUUU DIAAA AIHHH...KHAWARIJ MEMANG MACAM TU


 

NAK KAYA KA NAK ISLE


 

DAPAT TANGKAP NI SEBAT JA 10 ROTAN. KHIANAT PADA NEGARA


 

Rakyat diajak ke himpunan solidariti Palestin Jumaat ini




 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Adam Adli Abdul Halim mengajak rakyat Malaysia menyertai himpunan solidariti untuk Palestin yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat ini.


Menurut beliau, himpunan solidariti itu yang akan berlangsung selepas solat Jumaat di Surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak, di ibu negara terbuka kepada semua termasuk pemimpin pembangkang bagi menzahirkan sokongan kepada rakyat Palestin yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air mereka.


"Kami menjemput seluruh anak muda dan rakyat Malaysia serta pimpinan negara dan masyarakat untuk bersama-sama pada hari tersebut bagi menyatakan sokongan kita terhadap rakyat Palestin yang dizalimi.


"Secara kasarnya kita sudah mula berurusan dari segi perundangan dengan pihak polis dan sebagainya bagi memastikan yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan mematuhi undang-undang.


"Kita terbuka dengan semua orang (termasuk wakil rakyat pembangkang). Pentas tersebut terbuka dan kita telah berhubung," katanya dalam sidang media di lobi parlimen semalam.


Dalam sidang media sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya turut menyeru komuniti antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia untuk berlaku adil dalam menanggapi konflik yang berlaku di Palestin.

"Anak muda Malaysia juga menggesa agar semua negara dan warga dunia yang bertamadun dan berperikemanusiaan agar menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan diplomatik dengan Israel yang secara tidak langsung menidakkan keabsahan Palestin sebagai negara yang merdeka dan dizalimi," katanya.


Adam Adli sementara itu turut menegaskan AMK menggesa agar Majlis Keselamatan PBB bertindak dengan segera bagi menghentikan penjajahan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin.

HUAWEI DIDAKWA DIBERI KONTRAK 5G SECARA RUNDING TERUS, INI JAWAPAN FAHMI

 

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Ong Kian Ming mempersoalkan langkah kerajaan memberikan kontrak rangkaian 5G kedua kepada gergasi telekomunikasi China, Huawei secara rundingan terus.

Ong berkata dia berasa terkejut kerana pemberian kontrak tersebut sepatutnya dilakukan melalui tender terbuka dan bukan secara rundingan terus dengan mana-mana entiti tunggal.

Ini kerana katanya, antara perkara pertama dilakukan Anwar Ibrahim selepas dilantik sebagai perdana menteri adalah mengarahkan siasatan penuh mengenai kontrak rangkaian 5G sedia ada yang diberikan kepada Ericsson melalui Digital Nasional Bhd (DNB).

Tambahnya, meskipun penyiasatan lanjut mendapati kontrak berkenaan diberikan secara telus, namun reputasi kerajaan akan tercalar sekiranya tiada sebarang tender atau proses perolehan yang telus dibuat bagi melaksanakan rangkaian 5G dwitunggal.

Selain itu katanya, keperluan untuk rangkaian 5G kedua belum dapat dibuktikan dengan kukuh, terutamanya kerana DNB dilihat telah melakukan usaha yang baik dalam melaksanakan rangkaian 5G.

Malah katanya Malaysia turut diperakui sebagai salah satu negara dengan kelajuan 5G yang paling laju di dunia.

“Meskipun ini turut didorong oleh bilangan pengguna 5G yang masih rendah, tidak dapat dinafikan bahawa model rangkaian borong tunggal yang diguna pakai oleh DNB bukan sahaja berkesan dalam meluaskan liputan 5G dengan cepat, tetapi kelajuan yang dicapainya jauh lebih baik daripada 4G, terutamanya apabila dilihat dari perspektif global.

“Jika kelajuan dan liputan rangkaian 5G sedia ada sudah mencukupi, masih perlukah kita berbelanja untuk rangkaian kedua?” soalnya dalam satu kenyataan.

Tambah Ong, perjanjian mengenai struktur pemilikan DNB oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO) sehingga ke hari ini masih belum berjaya dimuktamadkan.

Katanya, perjanjian pemilikan ini penting untuk memastikan komitmen MNO, terutamanya Maxis dan Digi/Celcom terhadap DNB.

“Beberapa penganalisis industri mengesyaki bahawa dua “abang besar telko” ini mempunyai niat untuk “membunuh” DNB, supaya asetnya boleh dilelong dengan murah dan mereka tidak lagi perlu membayar yuran akses yang sama kepada DNB.

“Sekiranya ini terjadi, Kementerian Kewangan yang akan terpaksa menanggung hutang DNB, bukannya pengendali utama telco. Ini akan mengakibatkan ‘kerugian sosial’ malah ‘penswastaan keuntungan’.

“Dan situasi ini sebenarnya banyak kali telah kita lihat serta alami di dalam pentadbiran lampau, yang saya yakin Datuk Seri Anwar akan cuba elakkan, memandangkan pada akhirnya Kementerian Kewangannya yang terpaksa membayar hutang yang lapuk,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan membenarkan Huawei dari China memecahkan monopoli DNB milik kerajaan terhadap rangkaian 5G.

Anwar berkata dia mengakui kebimbangan beberapa negara mengenai isu keselamatan dan kapasiti teknologi yang melibatkan faktor dari China.

Namun katanya, keputusan untuk membenarkan rangkaian 5G kedua itu dibuat supaya Malaysia boleh mendapat manfaat daripada teknologi Barat dan Timur.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/682047

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak memberikan kontrak rangkaian 5G kedua kepada mana-mana pihak secara rundingan terus.

Beliau yang menafikan kontrak berkenaan telah diberikan kepada gergasi telekomunikasi China, Huawei secara rundingan terus berkata mana-mana pihak yang ingin membuat bidaan boleh melakukannya apabila tiba masanya melalui tender terbuka.

“Ia adalah aspek komersial dan sama seperti yang dilalui pihak DNB (Digital Nasional Bhd), ia bergantung, apabila kita wujudkan entiti B iaitu network kedua, semestinya pihak lembaga akan membuat keputusan-keputusan yang bersikap komersial.

“Mana-mana sahaja pihak yang dapat memberi perkhidmatan pada harga yang rendah, maka harga rendah itu akan menang (bidaan). Pada waktu ini, belum ada apa-apa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Pos Sedunia 2023 di ibu pejabat Pos Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Berita penuh di sini – https://m.malaysiakini.com/news/682118



Siasat Roger Ng diharap bantu kembalikan aset 1MDB


 Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berharap siasatan dijalankan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng akan dapat membantu pihak berkuasa mendapatkan kembali aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


"Objektif utama bagaimana dia boleh membantu mengenai usaha mengambil aset milik rakyat kerana pembabitan dalam Goldman Sachs.


"Tempoh masa (berada di Malaysia) tiada, tertakluk kepada kepantasan pasukan agensi penguat kuasa kita.


"Tuduhan (terhadap Ng) bergantung kepada hasil siasatan," katanya dipetik semalam


Ng dilapor tiba di negara ini dari Amerika Syarikat (AS) tengah malam Ahad lalu. Pihak polis kemudian mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan lokasi Ng atas faktor keselamatan.


Ng sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat, kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB.


Difahamkan dia akan berdepan tuduhan berkaitan jenayah itu di negara ini.

Lawatan keluar negara berjaya, Malaysia terima pelaburan lumayan


 Lawatan keluar negara Perdana Menteri (PM) yang dipertikaikan pembangkang sebagai 'berjalan ke sana sini' hakikatnya telah berjaya membawa masuk pelaburan langsung asing ke Malaysia.


Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) dalam jawapannya di Dewan Rakyat hari ini berkata, siri lawatan berkenaan telah membuahkan nilai pelaburan yang amat lumayan.


"Sejak menjawat jawatan, saya hadir beberapa persidangan termasuk di ASEAN, PBB, 17 lawatan keluar negara termasuk negara ASEAN, China, Amerika Syarikat, UAE, Arab Saudi


"Ke China Mac 2023, potensi pelaburan RM170 bilion dan esok Geely akan bersama saya ke Tanjung Malim untuk melaksanakan penambahan projek besar besaran automotive hitech valley. Dengan sendirinya menyangkal kebimbangan bahawa pengumuman itu tidak semestinya dilaksanakan.


"Begitu juga bila Ellon Musk menjanjikan ibu pejabat (Tesla Malaysia) di Cyberjaya, itu dijangka siap bulan ini juga," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Tan Kar Hin (PH - Gopeng)


Tambah PM, sewaktu menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu di Amerika Syarikat bulan lalu beliau telah menerima RM47 bilion nilai pelaburan daripada gergasi teknologi Barat antaranya Google, Boeing, Airbus dan sebagainya.


Terakhir, katanya, lawatan ke UAE juga berhasil mendapat komitmen daripada Perdana Menteri negara itu untuk kerjasama pelaburan syarikat milik negara, Abu Dhabi Future Energy Company berjumlah RM40.6 bilion. Bagi pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui Malaysia telah mendapat pelaburan membina stesen janakuasa 10 gigawatt. Juga RM21 bilion pelaburan dalam sektor logistik dan dan RM709 juta sektor aero-angkasa.


"Hal sedemikian berlaku kerana kecekapan rakan rakan di kementerian MITI dan juga luar negara.


"YB harus juga faham, untuk pelaksanaan itu disuarakan kebimbangan. Bila (pelaburan) diluluskan kadang kadang ease of doing business itu masih ada masalah.


"Itu saya telah menetapkan supaya kita lakukan perubahan mendadak, bukan sahaja one stop centre di MITI tetapi juga Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdangangan di bawah Menteri MITI dengan kerjasama JPM.


"Ini akan mempastikan projek diluluskan dengan kadar segera," katanya lagi.