Bodoh ni sejenis penyakit. Dan ia bukanlah penyakit biasa tapi penyakit berjangkit. Terlalu kerap ikut dan dengar orang bodoh bercakap boleh buat sesorang itu dijangkiti kebodohan.
Contohnya yang tulis status di bawah ni. Sayangnya namanya dah dipadamkan. Jadi tak tahu siapa dia. Kalau tak, boleh bagi tuisyen free kat dia. Sekolah minta gambar saiz paspot ni dari sejak aku sekolah rendah lagi. Untuk fail rekod.
Tiba-tiba tahun ni, bila sekolah minta gambar saiz paspot, boleh dia perasan orang nak bawa lari anak dia pergi luar negara? Dey... Nak pergi luar negara perlu paspot. Bukan setakat gambar saiz paspot
Walaun ni macam baru keluar. Atau dia tak pernah ambil tahu hal sekolah anak-anaknya. Atau pun dia sendiri tak pernah sekolah. Aku pun tak pasti mana satu. Mungkin semua di atas.
Kesalahan dia bukan jadi bodoh. Kalau bodoh boleh je belajar. Kesalahannya adalah berbangga dengan kebodohannya. Dia pergi tayangkan. Tu yang salah tu. Tapi dah memang perangai walaun. Mana reti malu. Guane boh?
Raja Gelap II
.