KISAH SI PERASUAH.



Muhyidin @ Abah semuanya rasuah. 


1. Satu ketika saya berasa kagum dengan Muhyidin Yasin yang sanggup mempertaruhkan jawatannya sebagai TPM untuk menegur gejala rasuah dalam 1MDB oleh PM6 Najib Razak.


2. Walaupun budak-budak Johor meluat dengan Muhyidin dengan mengatakan semasa dia jadi MB apa yang dia tak jual? Angin dan tanah kubur sahaja yang selamat.


3. Masa Pak Lah TPM, Muhyidin adalah Naib Presiden UMNO paling kanan. Tapi bila Pak Lah jadi PM, Pak Lah tak lantik Muhyidin, sebaliknya lantik Najib jadi TPM.


4. Jadi peluang Muhyidin jadi PM dah malap.


5. Peluang mula terbuka luas semula bila beliau dilantik jadi TPM zaman PM Najib.


6. Namun segalanya berakhir apabila beliau dipecat.


7. Apabila Parti Bersatu ditubuhkan dan bergabung dengan PH bagi berdepan PRU-14,  Muhyidin sebenarnya dah lobi PH untuk jawatan PM , tapi ditolak oleh Tun M.


8. Selepas PH berjaya bentuk kerajaan pasca PRU-14, Muhyidin merajuk dan tak mahu masuk kabinet, tambah pula beliau sakit. Anwar Ibrahim pujuk Muhyidin untuk masuk kabinet.


9. Seperti kata Tengku Razaleigh, Muhyidin ni pemalas, tak ada idea kecuali  idea dan usaha nak capai impian dia jadi PM.


10. Sebab itu zaman PH 1.0, KDN lemah sebab Muhyidin tak buat kerja. Sebaliknya sibuk atur nak tebuk atap. Zaman beliau pimpin KDN pelbagai kes berlaku termasuk kes arwah Adib.


11. Sehingga akhirnya berlaku langkah Sheraton, dan Muhyidin jadi PM. Masa ni Muhyidin konon jadi hero sebab berjaya runtuhkan kerajaan PH yang ada DAP.


12. Kemudian, berapa lama kemudian keluarlah info berkenaan apa berlaku semasa Muhyidin jumpa Najib yang akhirnya Muhyidin dipecat. 


13. Sebenarnya bukan sebab sangat Muhyidin ni nak lawan dan benci rasuah, tapi sebenarnya Muhyidin cuba tekan Najib atas isu 1MDB dan minta Najib lepaskan jawatan dan dia nak jadi PM.


14. Jadi sebab itu kita lihat fokus Muhyidin hanya nak jadi PM walaupun tak ada kekuatan dan Kecekapan. 


15. Kekuatan Muhyidin yang 'dijumpai' secara tak sengaja ialah baca doa sedih ala Dasuki.


16. Team Muhyidin dengan pantas mengulang-ulang doa tersebut dan kemudianya meletakkan panggilan Abah yang menjadikan Muhyidin dekat dengan orang Melayu. 


17. Muhyidin bukan sahaja tidak cekap menguruskan negara malah terlibat dalam kes-kes sakau.


18. Hanya beberapa bulan memerintah, kerajaan Muhyidin terpalit dengan isu rasuah.


19. Muhyidin sendiri didakwa di mahkamah. 


20. Anak Muhyidin bayar duit pada Pegawai SPRM untuk elak ditangkap rasuah.


21. Menantu Muhyidin lari keluar negara kerana dikejar SPRM isu rasuah.


22. Kini terbaru, peguam Muhyidin disiasat SPRM kerana isu 'sakau wang sakau' iaitu dikatakan ambil komisyen duit rampasan 1MDB. 


23. Senang cerita, berkaitan dengan Muhyidin semuanya rasuah.


24. Tapi peliknya ini lah Pengerusi PN dan calon PM bagi PN.


25. Sebenarnya PAS bukan tak sedar kelemahan Muhyidin,  tapi mereka nak tunggang Muhyidin selagi boleh.


26. PAS sendiri sedang siapkan plan untuk kuasai Kerajaan Persekutuan dan PM dari PAS pada tahun 2050. Lebih kurang 27 tahun dari sekarang.


27. Sampai bila Muhyidin ditunggang? Dan sampai bila Muhyidin boleh bertahan dengan segala macam isu rasuah?


28. Yang penting rakyat mesti mampu melihat bahawa insan bernama Muhyidin ini adalah bencana buat negara.


29. Muhyidin, Tun M dan Hj Hadi perlu ditolak rapat ke dinding agar mereka tidak lagi dalam arena politik Malaysia. 


30. Semoga dengan itu politik Malaysia lebih stabil dan  baik. 


Salam 3-0


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPKualaKrau

#PeneranganPahang

#MalaysiaMadani

#KerajaanPerpaduan



No comments: