Semenjak DS Anwar Ibrahim menjawat jawatan PM 10, beliau telah hadir beberapa mesyuarat berkala termasuk mesyuarat di peringkat Asean dan PBB, 17 lawatan ke luar negara di Asean, China, Amerika Syarikat, UAE dan Arab Saudi.
Di Negara China, potensi pelaburan adalah sebanyak RM 170 Bilion. dan esok (11/10/23) Geely dari China akan ke Tg Malim bersama PMX untuk melaksanakan penambahan projek besar-besaran Automotif, kota automobil kereta terbesar di rantau ini.
Begitu juga, Elon Musk memberikan jaminan bahawa ibu pejabatnya di Cyber Jaya akan disiapkan bulan ini juga.
Di New York, potensi pelaburan adalah sebanyak RM 47 Bilion termasuk penambahan dari Boeing. Di samping itu pelaburan dari Google, Medtronic, Siemens Healthineers dan sebagainya.
Di UAE, Malaysia mendapat komitmen dari Presiden UAE dan telah bersetuju untuk melabur dengan kerjasama Abu Dhabi Future Energy, berjumlah RM 40.6 Bilion, RM37.8 bilion bagi membangunkan projek-projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti 10 gigawatt (GW) di Malaysia.
Ini di antara beberapa pelaburan besar yang berjaya dibawa oleh PMX hasil dari lawatan beliau ke luar negara. Ingat, PMX ini baru berusia 10 bulan mentadbir.
Apakah kita masih mahu mendengar ngomelan orang tua saka yang berleter siang malam mendakwa PMX tidak berbuat apa-apa?
WFAUZDIN NS