Berdialog bersama Patrick Grove dan ‘startups’ dalam program wacana ‘Wild Digital Southeast Asia’ yang dikendalikan oleh Patrick Grove dari iFlix. Dialog ini turut disertai usahawan-usahawan teknologi digital di seluruh Malaysia.
BERGAMBAR: ANWAR BERDIALOG DALAM PROGRAM 'WILD DIGITAL SOUTHEAST ASIA"
Berdialog bersama Patrick Grove dan ‘startups’ dalam program wacana ‘Wild Digital Southeast Asia’ yang dikendalikan oleh Patrick Grove dari iFlix. Dialog ini turut disertai usahawan-usahawan teknologi digital di seluruh Malaysia.
DAP anjur rumah terbuka Aidilfitri raikan penggiat seni dan sastera tanah air
Pada
oleh Foto: Hasful Zainuddin
DAP sentiasa menghargai sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan penggiat seni dan sastera tanah air dalam memangkin pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia.
Ini dibuktikan dengan penganjuran majlis “Rumah Terbuka Aidilfitri Meraikan Penggiat Seni dan Sastera” bertempat di Rumah Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur, semalam.
Majlis yang julung kalinya diadakan DAP itu berlangsung sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para sasterawan, penggiat seni dan pemimpin parti.
Ia dimulakan dengan ucapan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang merupakan penganjur majlis bersama Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said.
Kit Siang dalam kata aluannya menekankan tentang kepentingan seni dan sastera dalam mengangkat martabat sesebuah bahasa.
“Mana-mana bahasa, tanpa sastera dan seni, akan menjadi bahasa yang layu dan lama-lama mati. Sastera dan seni menjadikan sesuatu bahasa itu indah dan kaya.
“Keindahan dan kekayaan bahasa Melayu terbit daripada karya-karya yang dihasilkan sejak zaman-berzaman.
“Kita rakyat Malaysia perlu memberi sokongan kepada sastera dan seni untuk memastikan ia terus mekar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri.
Selain A. Samad Said, Sasterawan Negara lain yang turut menyerikan majlis adalah Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Dr. Zurinah Hasan dan Profesor Emeritus Dr. Mohd Haji Salleh.
Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik tradisional Melayu dan sesi deklamasi sajak oleh para Sasterawan Negara serta pemimpin DAP antaranya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim dan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan.
Turut hadir adalah Exco Johor, Sheikh Omar Ali, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qui, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong; Adun Dusun Tua, Edry Faizal; Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei; Adun Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid; dan Adun Ketari, Young Syefura Othman.
LAGI VIDEO BABITKAN AZMIN TERSEBAR
Satu lagi klip video membabitkan Azmin Ali yang didakwa mempunyai hubungan seks sejenis dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini tersebar di laman youtube.
Kali ini klip video itu menunjukkan rakaman CCTV di ruang menunggu di depan lift dan menuju bilik 2015 hotel Four Points, Sandakan, Sabah pada 11 Mei 2019.
11 Mei 2019 adalah tarikh yang disebut oleh Haziq dalam pengakuannya sebagai waktu berlakunya hubungan intim antara beliau dengan Azmin di Hotel Four Points, Sandakan.
Klip video berkenaan boleh ditonton di sini – https://m.youtube.com/watch?v=63sUAp4wKTk
Dalam paparan rakaman tanpa suara itu, selain Azmin dan Haziq, turut dilihat ialah wajah seseorang yang didakwa sebagai Hilman Idham, Setiausaha Politik Azmin sendiri.
Berdasarkan video itu, ketiga-tiga mereka dipercayai tinggal di tingkat sama di Hotel Four Points pada tarikh berkenaan.
Dikatakan klip video kali ini hanyalah “teaser” saja dan akan muncul video lain selepas ini menampakkan dengan lebih jelas wajah mereka yang terlibat.
Tunggguuuu….
Apakah ini bermakna selagi hasil siasatan polis tidak diumumkan, akan muncul lebih banyak klip video tidak lama lagi? (Shahbudindotcom 03/07/2019)
MP Labis kesal soalan lisan jadi modal politik jijik UMNO
Tindakan UMNO memutar belit soalan lisan saya di Parlimen berkenaan sepasang nombor pendaftaran kenderaan pada 1 Julai 2019, secara penuh muslihat sehingga menjadi suatu isu perkauman dan seolah-olah wujud ‘peperangan’ dengan pihak Istana Johor adalah amat dikesali. Sejak UMNO kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia telah secara berterusan dan tanpa rasa segan silu menampakkan rupa buruknya dengan siri perang psikologi secara sistematik terhadap DAP dan pemimpin-pemimpinnya, dengan apa jua cara.
Terbaru adalah cubaan membawa usul tergempar ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, berkenaan soalan saya. Tujuan UMNO mengemukakan usul itu adalah tidak lain untuk mewujudkan permusuhan antara saya dan Istana Johor. Usul tersebut adalah suatu serangan tersirat terhadap saya secara peribadi, dan DAP secara amnya. UMNO cuba menjadikan Keluarga Diraja Johor mangsa kolateral untuk memperkukuh tapak sokongannya yang semakin merudum, dan mengalihkan perhatian orang ramai daripada perbicaraan rasuah pemimpin-pemimpinnya di mahkamah. Saya justeru amat berharap agar Keluarga Diraja Johor tidak terjerumus ke dalam perangkap licik yang dipasang oleh UMNO ini. Usul tersebut hanyalah jerangkap samar untuk tujuan tersembunyi mereka.
Saya memuji dan berterima kasih kepada Speaker DUN Johor yang tegas menolak usul perangkap ini, yang dibuat dengan sentimen perkauman.
Malangnya, seperti yang dijangka, setelah gagal mengemukakan usul ini, “cybertroopers” UMNO tidak membuang masa dan segera melancarkan serangan berita palsu melalui laman Facebook mereka, Segamat Today, dengan mendakwa saya telah membuat kenyataan kononnya mendesak Kerabat Diraja Johor untuk tidak menggunakan nombor plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’.
Untuk rekod, saya tidak pernah menyatakan demikian. Saya akan membuat laporan polis berkenaan berita palsu yang sengaja direka oleh Segamat Today dan saya menggesa pihak polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain untuk mengambil tindakan segera bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Insiden terbaru ini tambah mengesahkan akibat buruk yang menanti seorang Ahli Parlimen apabila sesuatu isu dibangkitkan di Parlimen, tidak kiralah betapa baikpun niat untuk membangkitkan isu itu; dan ia dengan mudah diputar belit sehingga menjadi kontroversi dengan akibat-akibat yang serius, oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Saya ingin menyatakan untuk rekod bahawa saya tidak mempunyai sebarang prasangka buruk terhadap Keluarga Diraja Johor. Hal sedemikian tidak akan pernah terlintas di fikiran saya, dan saya amat kesal sekiranya soalan tersebut telah mengguris perasaan Keluar Diraja Johor. Saya tidak berniat untuk berbuat demikian. – Roketkini.com
*Pang Hok Liong adalah Ahli Parlimen Labis
Subscribe to:
Posts (Atom)