MAU DIA TAK GERAM KE ANWAR- KATA ANWAR PEMBOHONG BAGAI. INGAT NAK KENA BAYAQ SAMAN NAK KENA SAMAN CURI REE...DIA TAK SENANG DUDUK.


 

PENCURI TAKUT SEBAB TU KEMPEN BURUKKAN DIA.


 

TAK RASA MALUKAH MAHIADDIN BILA MENANTUNYA KINI BURUAN INTERPOL, MACAM MANA NAK JADI PM SEMULA?



Menantu Mahiaddin Md Yasin kini sah diletakkan dalam notis merah Interpol atau Polis Antarabangsa untuk ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia.


Ini bermakna, Muhamad Adlan Behran sekarang adalah orang buruan pihak berkuasa di peringkat antarabangsa dan dicari di seluruh dunia.


Turut bersama diburu Interpol ialah seorang peguam, Mansoor Saat.


Kedua-dua mereka dikehendaki SPRM untuk disiasat berkaitan dakwaan rasuah berhubung projek melibatkan pendaftaran dan penyimpanan maklumat biometrik untuk pekerja asing.


Kedua-dua mereka dipercayai melarikan diri ke luar negara sejak bulan Mei tahun ini.


Ketua Polis Negara, Razarudin Husain hari ini mengesahkan berkaitan notis merah terhadap kedua-dua suspek yang dikehendaki SPRM itu.


“Ya,sudah. Tindakan notis merah telah dikenakan terhadap mereka,” katanya.


Muhammad Adlan sebelum ini, melalui peguamnya, mengeluarkan kenyataan yang mendakwa dia menjadi sasaran secara tidak sah oleh SPRM yang menyebabkannya menderita dan berada di ambang kehancuran dari segi kewangan.


Dia juga mendakwa akaun bank, baik peribadi mahupun yang dikaitkan dengan syarikatnya, telah dibekukan tanpa notis.


Bagi Mansoor pula, dia mendakwa bahawa dia menjadi mangsa penganiayaan politik.


Dengan disenaraikan dalam notis merah Interpol ini, tak rasa malukah Mahiaddin dengan apa yang sedang berlaku dan diperbualkan ramai?


Di mata umum, gambaran yang terpampang dan sedang diperkatakan ramai ialah – menantu seorang bekas Perdana Menteri sedang diburu dan dan kini diletakkan dalam notis merah Interpol berikutan enggan menyerah diri.


Di mana rasa tanggungjawab Mahiaddin sebagai pemimpin dan bekas Perdana Menteri?


Jika tidak boleh meminta menantunya untuk menyerah diri, beliau tentunya boleh meminta anak perempuannya iaitu isteri Muhammad Adlan untuk memujuk suaminya agar segera kembali dan menyerah diri kepada SPRM.


Lagi pun berapa lama mahu melarikan diri dan bersembunyi?


Kenapa Mahiaddin tidak melakukannya?


Terpenting sekali, macam mana nak jadi Perdana Menteri semula jika perkara penting seperti ini pun iaitu memastikan menantu sendiri patuh kepada undang-undang gagal dilakukan? – ShahbudinHusin 25/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



PULAK DAH....SEBAB TU LAIN KALI KENA HATI HATI BILA NAK BERPOLITIK.

 

Mat Mat


Tuu diaaa..MakPak ic merahhh.!! 

Duk sini buat fitnah, hasut dan sebar kebencian.!!! Walaontolol #PAS punn selamba pelahab abis segala fitnah anak pendatang asing..🤣🤣🤣




WOIII...INI BUKAN BERITA PALESU ....INI BETOOIIIII....




KEH..KEH..KEH



Saya ada sijil taska smp pmr.

Ingatkan sijil Pasti dan ijazah.

😂

Bawak la sorg kawan 1 taska kau.

Makbapak kau asal dr mana?.

Biadap sgt hina pm malaysia.

APA PUNYA COKIA WAKIL RAKYAT

 


ANIMAL ARE NOT DUMB

 

😍😍Animals are certainly not dumb. In the Rainforest of Cameroon on 20th July, this year, this chimpanzee asked  French photographer, JC Pierie, for his hands to help him drink water. As a thankful gesture washed them after.  "A gratitude in silence" ❤️ This video will melt your heart




😍😍Animals are certainly not dumb. In the Rainforest of Cameroon on 20th July, this year, this chimpanzee asked  French photographer, JC Pierie, for his hands to help him drink water. As a thankful gesture washed them after.  "A gratitude in silence" ❤️ This video will melt your heart

JETTY BARU MOLA KEDAH.....MMMM ROJEK SAPA BUAT


 

TENGOK TEMPAT SEDIRI


 

NAK CARI SAIFUDDIN BUAT APA....KES HINA SULTAN DAN REE BUKAN SELESAI LAGI...


 

PATUT CAKAP KEPALA BAPAK HANG

 



Lepuk kepala tu tanda kemesraan. Patut lepas kena lepuk, budak tu cakap la "kepala bapak hang". Baru sesuai. Itu kan pujian, kata walaon. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

TAK BERSYUKUR

 


Tak bersyukur Allah dah beri jugak kemenangan menyebelahi mereka tapi tak tahu nak bersyukur ...




INI GULA GULA PILIHANRAYA JUGA KAH ? JAUH KOT DARI TEMPAT PILIHANRAYA

 



Posting dibuat 9 jam tadi. Hari ini 25 Ogos, 7 pagi.. Hampir 2 minggu lepas PRN. Harap tak adalah yang dakwa ini gula-gula pilihanraya lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


RENTASAN 1431 | GEMPAR!! MB KELANTAN BAKAL DIHERET KE MUKA PENGADILAN?

‘NNATANG’ HANYA BAHASA MEREKA YANG TIDAK BERADAB



Dalam Islam, bukankah jelas ada batasan dan garis panduan apabila bergurau senda? Islam sama sekali jelas melarang umatnya menjatuhkan maruah orang lain dan bergurau melampaui batasannya. Jangan dipertahankan benda yang salah. Berbudi bahasa dan hormat-menghormati, itu ajaran Islam sebenar. Normalisasi akhlak buruk dengan gurauan kasar, berkata sesuatu yang tidak senonoh atau memanggil seseorang dengan panggilan binatang atau haiwan, ia sesuatu yang sangat tidak beradab dan mungkin ia akhlak yang diajar PAS.



RENTASAN 1434 | PANAS!! AKHIRNYA TUN M KEMBALI KEPADA 'PERJUANGAN' ASAL?

TAK PAYAH PEDULIKAN SANGAT LAH-BIARKAN SAHAJA.




Keputusan Parlimen Pulai dalam PRU15 tempohari.




Aku cuma nak tunjukkan. PH dan BN letakkan calon Melayu. Manakala PN pula yang letak calon Cina. Kalau PN yang menang, bukan ke bertambah ahli parlimen Cina?

Ini bukan soal rasis. Aku nak jawab fitnah lebai dan walaon, kononnya PH kurangkan MP Melayu dalam parlimen. Hakikatnya PN yang letak calon bukan Melayu untuk lawan calon Melayu PH dan BN.

Sebab itu aku kata, PN cuma tunggang isu Melayu dan Islam. Bukan mereka benar-benar perjuangkan Melayu pun. Mereka cuma manipulasi isu itu untuk perdaya yang bodoh.

Hakikatnya, mereka cuma mahu kuasa. Bila dapat kuasa, mereka himpun harta. Nasib orang Melayu entah ke mana. Bukan kita tak biasa. Tapi masih ramai yang terpedaya. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

Kenapa orang Cina sokong DAP orang tak marah bila Melayu sokong PN orang marah?

 



Sebenarnya tak ada siapa nak marah kalau sesiapa pun nak sokong PN, kalau PN tu parti yang elok. Yang jadi masalahnya, PN tu parti yang jahat.

Pertama, PN terutama PAS selalu tunggang agama. Putar belitkan dalil bagi membenarkan perbuatan yang salah oleh pemimpin mereka.

Contoh, mengkafirkan orang yang tak menyokong parti itu. Menghalalkan menipu. Menganggap parti itu sebagai satu-satunya wadah Islam.

Kedua, PN terutamanya PAS sering berdolak-dalik dan berpusing-pusing dalam membuat keputusan. Senang cerita, PAS ni kuat sangat spin.

Bila dia bersama DAP, MCA anti Islam. Tapi bila PAS bersama BN yang ada MCA, DAP pula yang anti Islam. Tolak DAP sebab DAP tolak hudud. Tapi bersama Gerakan yang saman kerajaan Kelantan sebab nak buat hudud. Apa cerita macam tu?

Ketiga, PN parti yang terlalu gila kuasa. Sampaikan sanggup tebuk atap, rampas kerajaan tanpa PRU. Dah kalah PRU, masih nak tebuk atap lagi.

Keempat, pemimpin PN kesemuanya kayu dan tak tahu buat kerja. Selama 33 bulan dalam kerajaan, tak ada kebaikan langsung untuk rakyat. Makan gaji buta semuanya, termasuklah duta khas.

Kelima, dalam PN terlalu ramai pengkhianat. Orang yang berpaling daripada amanah yang diberi. PN tak pentingkan kejujuran dan ketulusan.

Keenam, pemimpin PN tak sedar diri. Ejek orang kluster mahkamah, padahal mereka sendiri terpalit dengan banyak kes mahkamah.

Ketujuh, masih juga tak sedar diri, masa PN pegang Putrajaya, harga barang keperluan semua menggila naik. Tapi bila sekarang barang turun harga, dialah yang paling kecoh. Padahal masa dia perintah dulu, tak buat apa pun untuk turunkan harga barang.

Kelapan, PN selalu gunakan sentimen agama dan kaum, menghasut perpecahan di kalangan rakyat. Selalu buat remark yang melahirkan prejudis.

Kesembilan, PN selalu berlagak suci. Bila orang lain buat, kritik dan cemuh macam tak ada esok. Tapi bila pemimpin sendiri yang buat, tiba-tiba ada saja dalil bagi menghalalkan.

Dan yang kesepuluh, PN gunakan fitnah sebagai senjata. Berderet pemimpin PN kalah fitnah. Tapi tak insaf-insaf. Tetap juga teruskan fitnah. Pakai lagak lebai, tapi perangai macam Dajjal.

Cukuplah bagi sepuluh. Ini pun entah macamana koyak walaon baca. Tapi koyak pun tak boleh nak nafikan. Sebab kenyataan. Paling habis maki je la yang dorang boleh buat.

Selain PN ada parti lain seperti PSM, Warisan, GPS, Putra dan lain-lain. Ada orang marah? Tak ada pun. Sebab parti-parti ini tak sejahat PN.

Kalau PN berubah, berpolitik secara jujur, tak buat fitnah, rasanya orang tak marah pun. Tapi itulah. Kalau tak guna fitnah, tak boleh dapat sokongan. Sebab kalau dari segi idea dan kerja, PN memang zero. Demikianlah PN. Guane boh?

Raja Gelap

 

PAS TERLIBAT DALAM SISTEM DEMOKRASI, TERDAPAT UNSUR FALSAFAH

 

Kritikan dan kempen politik yang dilemparkan ke atas Pakatan Harapan bahawa gabungan itu berjuang di atas landasan falsafah dan bukannya landasan Islam seperti mana perjuangan Pas tidak dipersetujui oleh pendakwah bebas Ustaz Wan Ji Wan Hussin.

Menurut Wan Ji, Pas sendiri terlibat dengan demokrasi yang terdapat unsur falsafah di dalam sistem berkenaan.

Katanya, jika Pas setuju dengan konsep falsafah itu, bersaing dalam pilihanraya, begitulah juga parti politik lain.

“Demokrasi tidak ada dalam al-Quran dan hadis, demokrasi berasal dari falsafah Yunani kuno, Pas pula terlibat dengan demokrasi. Jadi, Pas juga terjebak dengan falsafah,” katanya.

Mengenai hujah segelintir penceramah Pas bahawa perjuangan politik parti itu ‘paling benar’ kerana menolak falsafah dan bertepatan amalan ahli Sunnah wal Jamaah, Wan Ji berkata, politik sebaik baiknya tidak perlu dikaitkan dengan pegangan akidah.

“Dalam ahli Sunnah wal Jamaah, politik adalah urusan bagaimana mahu menjadikan rakyat mendapat kebajikan yang baik. Kalau Pas mengaitkan politik dengan akidah, bermakna Pas terpengaruh dengan faham khawarij atau syiah,” kata Wan Ji lagi.

Kempen Pas dalam Pilihan Raya Negeri lalu terutama di negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung yang mengaitkan parti itu dengan perjuangan Islam, dan tidak mengundi Pas adalah menentang perjuangan Islam menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan majoriti umat Islam Malaysia.

Kempen berkenaan seolah olah mengembalikan Malaysia ke era takfiri dan Amanat Hj Hadi pada 1980an lalu yang banyak menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.



MATANGKAN ANAK MUDA: WUJUDKAN PROGRAM KHIDMAT NEGARA




 Program Khidmat Negara perlu dihidupkan semula untuk mematangkan anak muda, terutama dalam persediaan mereka menjadi pengundi pada usia 18 tahun.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata ada keperluan untuk menghidupkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau apa sahaja program agar anak muda faham tanggungjawab dalam mmemilih pemerintah dan tidak mudah termakan dengan tohmahan atau hasutan.

Katanya, program boleh dimuatkan dengan latihan ketenteraan namun perlu diwujudkan kursus untuk menjadi pemilih yang bertanggungjawab, tahu membezakan kuasa pemerintahan dan boleh mempertimbangkan dengan betul maklumat yang diperolehi.

“Program khidmat negara seperti PLKN bukan sahaja perlu dihidupkan semula tetapi ditambah baik supaya progam itu lebih jitu dan berkesan.

“Banyak negara-negara maju seperi Korea Selatan membuat program seperti ini sebagai national service supaya anak muda ada semangat cinta pada negara,” katanya kepada Suara Keadilan.

Tambahnya, berbekalkan pengalaman selama dua tiga bulan itu akan mampu menyuntik semangat patriotik dan daya kepimpinan buat golongan belia.

“Dari situ mereka akan ada minat untuk terlibat dengan persatuan-persatuan di universiti, jadi anak muda akan lebih faham dengan isu masyarakat dan perkembangan semasa.

“Begitu juga anak-anak muda yang cenderung dengan kemahiran, berbekalkan dengan pengalaman yang mereka dapat di program itu dapat memupuk minat untuk terlibat dalam program berkemahiran seperti TVET,” ujarnya.

Selain itu, Taufiq yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menjelaskan bahawa usaha untuk mewujudkan semula program seperti itu bukan bermotifkan politik atau mempengaruhi pengundi muda memilih kerajaan.

Sebaliknya, inisiatif dibuat bagi memberi peluang kepada mereka mempunyai buah fikir yang lebih mendalam dalam hal memilih pemerintah.

“Usaha ini bukan memaksa anak muda undi parti kerajaan tetapi memberi peluang kepada mereka mempunyai sudut pandang yang jauh dalam soal memilih pemimpin.

“Oleh itu, proses penyediaan platform perlu dilakukan segera oleh kerajaan kerana populasi anak muda semakin tinggi dan jika kita tidak menyediakan apa-apa platform dibimbangi memberi kesan buruk kepada mereka,” jelas Taufiq.

Untuk rekod, PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 pelatih setahun dengan menjadikan Rukun Negara sebagai asas latihan.

Ia kemudian dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.



54 RIBU PEMOHONAN I/C BUKAN DARI CHINA SAHAJA

 








Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin sekali lagi menafikan tuduhan kononnya terdapat 54,000 permohonan kewarganegaraan daripada warganegara China.

Sebaliknya kata beliau, sebahagian besar permohonan tersebut daripada pelbagai latar belakang dan keturunan.

“Sebahagian besar (permohonan) ialah anak-anak tanpa warganegara (stateless child) dan anak-anak dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan serta anak angkat yang tiada warganegara.

“Nak sekolah pun payah, kalau sakit tak boleh bagi rawatan melainkan bayar (penuh), takkanlah tiada kemanusiaan langsung,” katanya.

Saifuddin berkata demikian melalui penstriman langsung ucapan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di akaun media sosial rasminya.

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan tindakan kementeriannya menyaring permohonan tersebut berlandaskan pada peruntukan undang-undang yang sah.

“Kita ada autoriti dan garis panduan warganegara melibatkan perkara di bawah Perkara 15(2), 15A dan 19(1), mengikut negara asal yang ada memperuntukannya.

“Kita nak buat perkara yang betul, mereka (pemohon) lahir dalam negara (ini), apa jadi pada mereka inilah yang kita selesaikan.

“Selain itu, kita akan terus meneliti permohonan mana-mana yang mencapai tapisan kuasa kita, akan diteruskan, dan ini tekad yang kami nak bawa,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan, ucapan Saifuddin semasa sidang akhbar pada 9 Januari lalu dimanipulasikan sebahagiannya sehingga mengelirukan rakyat terbanyak.




ADUN PH – BN LAWAN PERJUANGAN ISLAM, HELAH LAMA PAS


 Tuduhan Menteri Besar (MB) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kononnya dua ADUN pembangkang di negeri itu sebagai pihak menentang perjuangan Islam adalah helah politik Pas.

Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussein menganggap tindakan MB tersebut adalah helah lama untuk memastikan rakyat terus menyokong Pas memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Katanya, dalam Islam politik adalah untuk mentadbir urus negara. Sedangkan mentadbir secara Islam yang efisien tidak semestinya dilakukan oleh Pas sahaja.

“Islam ajar politik adalah mengurus tadbir rakyat dengan baik.

“Justeru, kalau dilihat dalam cara pengurusan air, Selangor lebih mengikut perjuangan politik Islam berbanding Kelantan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Menurut Wan Ji, Selangor lebih menjaga kebajikan rakyat mengikut acuan Islam dengan menyediakan bekalan air berstandard tinggi, namun bekalan air di Kelantan masih belum memenuhi piawai ditetapkan.

Begitu juga, katanya, Selangor lebih Islamik dalam menyediakan peluang pekerjaan buat rakyatnya berbanding Kelantan yang tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan cukup.

“Selangor menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya, lebih ikut perjuangan politik Islam berbanding Kelantan.

“Oleh itu, menggunakan jenama Islam di saat gagal memberi kebajikan pada rakyat, ia sama sahaja meletakkan jenama air zam-zam pada botol yang dalamnya ada air arak,” katanya lagi.

Oleh itu, tegas Wan Ji, perjuangan politik Islam tidak seharusnya bergantung kepada parti mana tetapi kebajikan yang dilakukan oleh parti berkenaan terhadap rakyat yang diperintah.

Kelmarin, ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim memberi tempoh selama tujuh hari kepada MB Kelantan menarik balik tuduhan beliau yang menganggap kedua dua mereka menentang perjuangan Islam.