TEDIAAAA....

 

Tergelak aku tengok gambar dekat story.




Memanglah dalam Islam tak ada DNAA. Tapi dalam Islam pun tak apa istilah tipu sunat, tak boleh juga anggap rasuah sebagai hadiah atau sedekah. Tak ada dan tak boleh diadakan.


Bab pertuduhan pun, menurut Islam, kena ada saksi yang adil. Kalau saksi sendiri meragukan, bukti pula boleh dipersoal, apakah pertuduhan dibenarkan?


Contoh nak tuduh orang mencuri. Tapi tiada saksi. Atau saksi itu dikenali sebagai penipu, atau saksi diketahui seorang yang berdendam terhadap orang yang dituduh, menurut hudud bagaimana?


Yang dibenarkan menuduh tanpa bukti dalam Islam hanyalah suami menuduh isterinya berzina. Itu pun si suami mesti bersumpah. Selain dari itu tak boleh. Sebab Islam menitikberatkan keadilan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PUPPET ATOK

 



Kartun oleh Zunar.


.. pengundi muor melihat ss tak lebih dari barua madey..tiap kali praya terhegeh-hegeh nak jalin kerjasama dengan PH.. bila dah menang, segala tindakannya menjadi beban kepada PH..

Alhamdulillah...duri dalam daging dah keluor sendiri...✍️☕☑️



MASA NI MESTI BOLEH DERMA KE PASTI

 

Wang Xiang


SAYANG .... RM1.4 jota kalau bagi kat PASTI ok jugak. 

Macam2 boleh buat kat PASTI.

Masa ni kenap tak sanggup masuk penjara.

Emmmm ... pelik juga, ya ....




NAK MAKAN NASI CAMPOR..KALAU MAHAL JANGAN SALAH KERAJAAN. PILIHAN BANYAK



 Lapo. Nak makan sekali tengok harga. Adoyai... Madani ni. Hahaha... Sesekali jadi walaun. Nak order room service tengok harga mahal, salahkan kerajaan. Boleh gitu?


Tapi aku bukan walaun. Harga tak masuk akal ni. Biar pun company bayar, rasa tak berbaloi lak. Baik la aku order grab je.


See walaun? Pilihan di tangan anda. Kalau nak hak order yang mahal ni, order je la tapi jangan bebel salahkan kerajaan. Kalau rasa tak munasabah harganya, carilah option lain. Mudah, kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Tuduh Menteri Pendidikan seleweng peruntukan: Laporan polis ke atas CheguBard

 



Oleh: Noraini Nordin


Kenyataan semberono aktivis pro PN, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard mendakwa kononnya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat projek 'sakau' melalui perlaksanaan Program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi amat tidak bertanggungjawab.


Susulan tuduhan oleh CheguBard yang tidak disertakan bukti itu Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, ‘Atiqah Syairah Shaharuddin membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.


Berdasarkan laporan itu, ‘Atiqah menyatakan ketika berada di sebuah hotel di Johor Bahru pada 8 September lalu, beliau telah menerima satu kiriman video daripada nombor yang tidak dikenali melalui aplikasi Whatsapp yang memaparkan Chegubard membuat tuduhan melulu terhadap Fadhlina selaku Menteri Pendidikan.


Dalam video tersebut, kata ‘Atiqah, Badrul telah menuduh Menteri membuat projek 'sakau' buku teks atau mengaut keuntungan melalui perlaksanaan Program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.


Sehubungan itu, dalam laporan polisnya, ‘Atiqah menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh Badrul tersebut sambil menyifatkannya sebagai berniat jahat, bersifat 3R serta mengelirukan masyarakat.


Menurut beliau, walaupun ketika musim kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), tuduhan yang bersifat fitnah tidak seharusnya dibenarkan, apatah lagi berkaitan dunia pendidikan kerana ia hanya mengelirukan masyarakat serta menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa pelajar.


Sehubungan itu, ‘Atiqah Syairah berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terhadap fitnah jahat oleh aktivis pro PN terbabit.

[berita baik] HIMPUNAN HARAM AKAN DISIASAT!KERJASAMA PH MUDA TAMAT SERTA...



Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) dan Hilman Idham (PN-Gombak Setia) akan disiasat dibawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Seksyen 505 (b) menjenayahkan perbuatan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam manakala seksyen 233 merujuk kepada perbuatan menyalahgunakan rangkaian media sosial. Siasatan ke atas mereka berdua akan dibuat ekoran penganjuran ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ pada 16 September, Hari Malaysia. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dan siasatan akan dibuat di IPD Dang Wangi. ========================================================================================= Kerjasama dengan Adun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mewakili Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz dengan Pakatan Harapan (PH) Johor ditamatkan, berkuatkuasa serta merta. “Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa, maka saya selaku Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan turut membuat keputusan menamatkan sebarang bekerjasama dengan ADUN Puteri Wangsa di Tebrau dan dalam masa terdekat akan menyusun gerak kerja penyelarasan di DUN Puteri Wangsa,” kata Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse. “Hakikatnya Muda wujud atau tidak, ada atau tiada di Malaysia, di Johor dan di Tebrau tidak memberi apa-apa makna kerana tiada beri nilai tambah kepada PH sebaliknya banyak menyusahkan dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bertujuan menyerang kepimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.



KES C4BU1 MP ARAU DILEPASKAN & TANPADIBEBASKAN! SAMA MACAM ZAHID TAPI KE...


Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memutuskan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilepas tanpa dibebaskan atas tuduhan menc4bu1 seorang remaja perempuan bawah umur pada Oktober tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu secara tertutup selepas mendengar keterangan tiga saksi termasuk mangsa. Terdahulu, saksi pertama, Inspektor Norzuki Hussain tampil memberi keterangan diikuti Inspektor Nor Fattah Abdullah. Mangsa kemudiannya turut tampil memberi keterangan secara tertutup.




[panas] KETUA PEMBANGKANG CAKAP BESAR! LOKMAN INGATKAN HAMZAH APA DIBUAT!

INI RESPON PH BILA ANWAR HILANG SOKONGAN MAJORITI!!

KONSERT PATUH SYARIAH DI KELANTAN, PAS HIPOKRIT


Berdasarkan gambar dan rakaman video jelas menunjukkan penganjuran konsert anjuran Media Prima itu tidak mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998. Suasana di malam penganjuran konsert itu, jelas terpapar percampuran tempat duduk antara lelaki dan perempuan sehingga menimbulkan persoalan tentang penguatkuasaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang melanggar garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri.




Pisahkan AG, Pendakwa Raya tanda semangat reformasi masih membara



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Perpaduan disyorkan menyegerakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya dalam tempoh setahun bagi memberi keyakinan semula kepada rakyat


Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH - Bagan) berkata, iltizam itu sangat penting bagi memberi isyarat kepada rakyat bahawa semangat reformasi dan obor perubahan dalam kerajaan masih membara. 


"Saya harap bahawa kerajaan boleh menetapkan tempoh setahun untuk menyempurnakan pemisahan kuasa di antara Pendakwa Raya dengan Peguam Negara.


"Hanya dengan langkah ini baru kita dapat menyakinkan orang ramai bahawa niat dan semangat reformasi masih membara-bara lagi,” katanya dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat sesi pagi. 


Sebelum itu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP menuntut pihak Peguam Negara (AG) memberi penjelasan lanjut berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah. 


Jelasnya, penjelasan itu penting wajar kerana diperakui banyak pihak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut termasuk Majlis Peguam.


 

Lantikan Peguam Negara baharu: "Kenapa sekarang baru nak bising?"




 Oleh: Abdullah Zaid

Isu pelantikan Peguam Negara baharu yang dipertikaikan oleh pembangkang PN hari ini mendapat respons balas Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan.


Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH - Bagan) membidas dakwaan pembangkang kononnya isu pelantikan Peguam Negara baharu seperti sudah dirancang.


Menurut Lim, Ahli Parlimen Datuk Dr Radzi Jidin (PN - Putrajaya) tidak seharusnya mempersoalkan lantikan Peguam Negara kerana hakikatnya Kerajaan Perpaduan sebelum ini turut mengekalkan Peguam Negara yang dilantik kerajaan lepas dan tidak pula dikritik oleh sesiapa.


"Saya tidak faham mengapa YB Putrajaya (Radzi Jidin) bising, apabila Peguam Negara dilantik oleh kerajaan lepas dikekalkan juga Kerajaan Perpaduan.


"Janganlah kita ada double standard. Bila kita kekalkan lantikan yang dibuat kerajaan lama (PN), mengapa tidak bising. Hanya bising bila tidak berpihak kepada anda.


"Saya rasa janganlah berpolitik di sini, Tidak guna. Kerana ia tidak membawa kebaikan kepada negara," katanya di Dewan Rakyat sesi pagi.


Dalam pada itu, Lim yang juga Pengerusi DAP mahu pihak Peguam Negara memberi penjelasan lanjut di atas keputusan menggugur tuduhan 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Zahid Hamidi.


Katanya, penjelasan itu wajar bagi menyakinkan rakyat tentang keputusan yang dibuat Peguam Negara sekali gus dapat meredakan suara tidak puas hati banyak pihak terhadap isu berkenaan.