Ooo..PATUT MELOMPAT.






 Aku baru dapat transkrip apa yang YB Howard Lee sebut. Bisa betul. Patutlah lebai meroyan sangat.


Secara dasarnya tak adalah apa sangat. YB Howard cuma ingatkan kewajipan mentaati pemerintah dan mengingatkan keabsahan pemerintah yang ada.


YB Howard juga menegur sifat khawarij sebahagian pemimpin PAS yang gemar mengkafirkan orang lain dan itu bukanlah sesuatu yang kita tidak tahu.


Aku tak mahu hukum salah atau tidak. Itu biarlah polis yang siasat. Cuma, pemimpin PAS patut malu perangai jelek mereka ditegur orang bukan Islam.


Tapi nak buat macamana. Kalau tak tuduh orang yang tak sokong mereka sebagai kafir atau munafik, apa lagi yang PAS boleh buat? Memerintah pun tak pandai. Ekonomi hancur. Itu je la modal yang ada. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ANTARA DUA DARJAT.


Undilah Dato' Amizar Abu Adam, Calon Barisan Nasional yang mewakili Kerajaan Perpaduan di DUN N.36 Pelangai.



UNDI YANG BAWAH NI MEMANG TAKDIRRR.....NAK AYAQ TAK DAK ?TAK DA DUIT BAYAR GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI  ?.
PROJEK TAK JALAN. TAK CAYA LIHAT KELANTAN PERLIS KEDAH. TERANGGANU PASAI DA DUIT MINYAK..KALAU DAK JUGA ....













CEMBURUNYA SI NUSI-DIA APA PUN TAK BOLEH BUAT DI KEDAH.

 


Tersebar cerita Sanusi kutuk DS Anwar berucap di UNGA dan memberi khutbah Jumaat di Pusat Islam New York City. Pada asalnya aku malas nak ambil peduli. Kita pun tahu Sanusi tu jenis macam mana. Tapi ada juga yang minta aku ulas.


Sebenarnya tak ada apa nak ulas. Perbuatan Sanusi tu tak lain hanya kerana rasa cemburu yang amat sangat terhadap DS Anwar. Sebab bukan saja dia sendiri, bahkan yang dia panggil Tok Guru pun tak dapat penghormatan sebegitu.


Rasanya kita semua pernah ada kawan yang jenis dia je lebih. Apa kita ada, dia ada lebih baik. Kalau jelas yang kita ada tu lebih baik, dia tetap kondem juga. Tetap kata yang dia punya tu paling hebat.


Contoh macam kereta. Kita pakai Alphard. Dia pula pakai Nissan Vanette. Dia punya cemburu, dia akan kata Alphard ni kuat minyak, roadtax mahal, bahaya sebab tak sedar bawak laju, apa saja dia akan kata sebab nak tunjuk Vanette dia lagi baik.


Ingat tak lagi filem Bujang Lapok, scene Sudin dan Jeton bawah sampan? Sudin kata bahaya kahwin dengan orang kaya. Sebab orang kaya ke sana sini naik kereta laju-laju. Senang kemalangan. Nanti Jeton cepat jadi janda.


Lagi satu, kahwin dengan orang kaya tak dapat naik kolek sebab badan berat dengan barang kemas. Kalau terbalik, Jeton akan mati lemas tak dapat nak berenang sebab barang kemas. Sebenarnya Sudin nak perdayakan Jeton. Sebab dia miskin, tak dapat nak tandingi orang kaya tu. Itu saja caranya agar Jeton tak tinggalkan dia dan kahwini orang kata tu.


Haaa... Macam tu la Sanusi. Sebenarnya dia resah sebab dari segala segi dia dan segala pemimpin PN tak dapat tandingi DS Anwar. Jadi apa lagi dia nak buat? Terpaksalah cerita buruk. Yang akhirnya dia sendiri yang terlihat sebagai bodoh.


Jadi tak usah layan. Abaikan saja. Rakyat yang tahu berfikir akan rasa meluat dengan kelaku sampahnya itu. Walaun percaya tu biarkan saja. Walaun tu dah memang ditakdirkan takkan cerdik selamanya. Jadi biarkanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


INI SETAKAT YANG DICAPAI .LAGI PERKBANGAN PELABURAN MENYUSUL.



Alton indutri labur RM 2Billion di Johor Bahru. 1 lavi syarikat yang tidak didedahkan namanya bakal melabur dan berpengkalan di Penang..

Lapangan Terbang Sabiha adalah merupakan pintu masuk ke eropah ke 6 tersibuk di dunia. Ianya diuruskan oleh sebuah syarikat dari Malaysia.



 

APA MAKSUD PMX KERAJAAN RADZI JIDIN YANG BEBASKAN PERASUAH? KISAH BAGAIMANA MUHYIDIN DAN KERAJAAN RADZI TERIMA RM500 JUTA DARI MUSA AMAN


Nazir Ahmad


1. Pada November 2019 Musa Aman di tahan SPRM dan akhirnya pada 23 Mei 2019, Musa aman didakwa dengan 35 tuduhan berhubung penganugerahan kontrak konsensi balak negeri itu.

2. Beliau akhirnya di dakwa dengan 46 Pertuduhan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah seperti yang di sebutkan di atas.

3. Selepas Langkah Sheraton, setelah Muhyidin menjadi Perdana Menteri, beliau tahu beliau perlukan sokongan dari lebih ramai ahli parlimen untuk kekal berkuasa. Dia tahu UMNO tidak boleh dipercayai dan sekiranya UMNO tarik diri, maka Kerajaan Muhyidin Yassin akan benar menjadi gelaran Kerajaan gagal.

4. Pada masa yang sama, UMNO juga berkomplot tidak mahu bersama dengan Bersatu, tetapi menjadi Kerajaan adalah lebih baik dari jadi pembangkang. Maka mereka bersetuju. 

5. Untuk itu, Muhyiddin Yassin perlukan seseorang di Sabah bagi meyakinkan semua di sabah sama ada dari PH, BN, Kerajaan dan pembangkang, bagi menyokong Muhyidin Yassin dan Kerajaan pada Ketika itu.

6. Seorang yang diketahui mempunyai dana dan kekuatan tersebut tidak lain tidak bukan ialah Musa Aman. 

7. Maka dengan kes tersebut, Musa Aman berunding dengan Muhyidin. Bukan sekadar dia akan membantu “membeli” ahli Parlimen dan Kerajaan negeri Sabah, dia juga akan membayar sejumlah wang kepada Muhyidin Yassin.

8. Jumlah yang di maksudkan ialah RM500 juta. Pecahan jumlah tersebut ialah RM200 Juta bagi tujuan membeli ahli Parlimen dan ahli Dewan undangan negeri sabah dan selebihnya akan diberikan kepada Muhyidin Yassin untuk menggugurkan 46 kes Musa Aman.

9. Dari sini beberapa peristiwa berlaku.

10. Pada 9 JUN 2020, Musa Aman dibebaskan dari 46 pertuduhan. Mahkamah tinggi membebas dan melepaskan (DAA) Musa aman setelah “Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.”

11. Bermakna, AGC telah memberi arahan agar semua pertuduhan DITARIK BALIK, sebelum kes tersebut di bicara. 

12. AGC adalah Idrus Harun dilantik pada 6 Mac 2020 oleh Muhyidin Yassin. 

13. Setelah Langkah pertama itu berlaku, maka berlaku Langkah kedua, iaitu perlu mengambil alih sabah. 

14. Sebulan selepas itu, pada 30 Julai 2020, Musa aman mendapat 33 Akuan bersumpah (SD) menyatakan bahawa dia ada majoriti dan Kerajaan Shafie Afdal telah tumbang. 

15. Shafie Apdal enggan tunduk kepada perkara tersebut dan akhirnya mengumumkan pilihanraya Sabah pada September 2020

16. RM300 Juta tersebut diserahkan SECARA TUNAI kepada Hamzah Zainuddin yang pada waktu itu menaiki jet peribadi pada JUN 2020 pergi ke Sabah, kononnya ada pertemuan atas urusan rasmi.

17. Ia berlaku, beberapa hari selepas kes Musa Aman digugurkan. Hamzah ke Sabah, bukan sekadar untuk melihat sendiri perkembangan pembelian tersebut, malah membawa wang tunai kembali kepada Presidennya di Kuala Lumpur. 

18. Pada waktu itu, Hamzah Zainuddin adalah Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN)

19. Peristiwa “membeli ADUN” ini telah di dedahkan oleh Sahfie Apdal yang menuduh kehadiran Hamzah ke Sabah pada Jun 2020 itu adalah untuk membeli ahli dewan undangan negeri sabah agar melompat. Tidak diketahui oleh Safie juga, bahawa sejumlah RM300 juta bertukar tangan dari Musa Aman kepada Hamzah kepada Muhyidin Yassin. 

20. Sebab itulah, bila PMX sebut bahawa inilah kerja Kerajaan Perikatan Nasional sewaktu mereka berkuasa, Radzi Jiddin terus marah dan koyak. Mereka tahu, rahsia mereka telah terbongkar!

21. Sekarang anda tahu kenapa Radzi Jiddin koyak. Kerana dia juga mengetahui jumlah RM300 juta dan peristiwa pembebasan Musa Aman tersebut. 

22. Kerana itu juga, mereka berani menuduh PMX campur tangan dalam urusan kehakiman, kerana mereka lah yang sebenarnya melakukan perkara tersebut. 


Nampak dah kan siapa sebenarnya campur tangan dalam kes pembebasan? Sebarkan!



FAKTA vs AUTA -TAK RAMAI...





Saya nampak ada yang buat modal, katanya kehadiran delegasi asing tak ramai ketika PMX di PBB baru2 ini. Katanya yang hadir sikit sekali. PMX memalukan Malaysia. Katanya tak setanding PM sebelumnya. 


Itu pun buat jadi modal depa 😅


Makanya, marilah kita semak fakta. 


Macam mana penerimaan delegasi asing ketika PM7 di sana. Saya tengok dalam Youtube. Tahun 2018 dan 2019. Gambarnya di bawah. Lebih kurang sama juga. Sikit juga. Ramainya tang mana?


*************************


Kita ni nak politik, politik juga. Bagaimana benci pun anda pada dia, dia tetap PM kita. 


Bukannya di ke sana sebagai Presiden Pakatan Harapan. Tetapi sebagai Perdana Menteri Malaysia. 


Nak kritik pun carilah isu membina, jangan fitnah dan buat fake news pulak. 


Bendanya cakap la apapun, susah kalau kita nak yakinkan Taksuber. Mereka bandingkan PM 9 bulan dan PM 22 tahun. Saya tak paham kenapa. Adakah nak Pemimpin pooojaan naik semula? 


Sikit lagi, adalah yang kata saya taksuber PMX pula. Masa saya hentam dia bulan lepas, mereka kata saya pentaksub Atok. Itulah nasib kita. Lalang kata mereka. 


Tapi hakikatnya, setia kita pada negara. Bukan pemimpin berhala. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



SORRY...SPRM BARU PANGGE...

 

You touch me, siap lah. Tarik balik, tarik balik, tarik baliklah. 🥴




TAK SALAH DOK DIAM DIAM. BAGI SPRM SIASAT.


 

BODOH BEBENOR SAPA MAKAN UMPAN NI




Kihkihkih... Bodoh benor siapa percaya. Negeri yang dia perintah lebih 30 tahun tu pun tak boleh maju, nak bagi pembangunan kat tempat yang dia jadi pembangkang negeri tu. Agak-agak la nak menipu pun lebai oi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MEROMBAK KABINET PERLU, TAPI MENYUSUN KETUA-KETUA SETIAUSAHA JAUH LEBIH PERLU



Sebuah portal berita semalam melaporkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka akan membuat rombakan kabinet secara besar-besaran dalam masa terdekat ini.


Laporan yang dibuat dengan memetik sumber daripada Jabatan Perdana Menteri itu menyebut, selain melakukan rombakan kabinet, Anwar juga dikatakan mahu menukar Ketua Setiausaha beberapa kementerian.


Di samping rombakan kabinet dan menukar Ketua Setiausaha, Anwar turut dilaporkan akan menyusun semula anggota birokrasi dan kakitangan penting perkhidmatan awam, malah juga pegawai-pegawai di pejabatnya sendiri.


Semua rombakan atau perubahan itu dikatakan sudah sampai masanya untuk dilakukan bagi memantapkan lagi kedudukan kerajaan berikutan selesainya PRN enam negeri, disusuli sokongan terbuka GPS kepada Anwar sehingga habis penggal yang sekaligus bererti kerajaan perpaduan ini akan terus stabil sehingga 2027 akan datang.


“Perdana menteri kini fokus untuk memantapkan lagi kerajaan agar berfungsi lebih berkesan melaksanakan dasar-dasar utama seperti RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12), pembentangan Bajet 2024 pada Oktober, polisi tenaga dan menurunkan kos sara hidup rakyat,” kata sumber tersebut.


Setelah hampir setahun terbentuknya kerajaan perpaduan, berita rombakan kabinet ini adalah berita yang amat menggembirakan buat para penyokong PH di seluruh negara.


Selama ini begitu banyak boleh didengar rungutan dan rasa tidak puas hati penyokong bawahan ini terhadap beberapa menteri yang gagal dalam peranan mereka.


Meskipun dibatasi dengan pilihan yang terhad di kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk diangkat sebagai menteri, tetapi ramai berharap agar Anwar tidak takut menukar atau menggugurkan beberapa menteri yang dilihat lemah dan tidak berfungsi sepanjang 10 bulan beliau menerajui kerajaan ini.


Tidak terkecuali, perbualan juga sudah merata di kalangan penyokong PKR dan PH sendiri yang mahu Anwar segera menukar lain-lain lantikan yang mengetuai agensi, jabatan atau unit yang penting, seperti Jkom misalnya.


Untuk kerajaan ini lebih menyerlah, selain merombak kabinet, apa yang dirasakan perlu, malah sangat perlu diberi perhatian oleh Perdana Menteri ialah berkaitan komunikasi, penyampaian maklumat kepada rakyat dan menangkis segala macam serangan serta fitnah pembangkang yang dilihat kian ekstrem kebelakangan ini.


Selain pasukan media sosial perlu diurus dengan lebih baik lagi, keberkesanan media arus perdana juga amat perlu dipertingkatkan lagi agar benar-benar berkesan dan menggerunkan pihak lawan.


Namun demikian, di samping rombakan kabinet dan kemudian diharapkan akan berlaku perubahan di peringkat agensi atau jabatan bawahannya selepas itu, terutama berdasarkan kecenderungan pengundi kakitangan awam ketika PRN enam negeri baru-baru ini, menyusun semula Ketua-Ketua Setiausaha kementerian sudah termasuk dalam kategori tidak boleh ditangguh-tangguh lagi.


Secara prinsipnya, walupun undi adalah rahsia dan seseorang itu bebas membuat pilihan, tetapi sebagai penjawat awam, mereka perlu bersama, menyokong dan sehati sejiwa dengan parti yang menerajui kerajaan semasa.


Kalau kerajaan diumpamakan seperti sebuah kereta, Perdana Menteri dan parti yang menjadi kerajaan adalah umpama pemandu dan pemegang seterengnya, manakala penjawat awam pula adalah enjin serta segala macam komponen yang menggerakkan kereta tersebut.


Ke mana hala tuju kereta adalah terletak di tangan pemandu yang memegang setereng menentukannya dan untuk memastikan perjalanan lancar menuju destinasi, enjin mesti sentiasa dalam keadaan baik.


Jika salah satu – pemandu atau enjin – tidak berfungsi atau tidak tahu peranan masing-masing yang harus saling membantu itu, kereta boleh jadi akan masuk ke dalam gaung.


Dalam kedaaan negara sekarang, kita boleh dikata sudah memiliki pemandu atau Perdana Menteri yang baik, ada hala tuju serta wawasan yang jelas ke mana kereta ini mahu dibawanya.


Dengan itu, enjin mesti membantu dan tidak seharusnya selalu meragam atau buat hal di tengah jalan.


Dan jangan lupa, bagi memastikan kereta dapat berjalan dengan baik serta sampai ke destinasi dalam sasaran waktu yang telah ditetapkan, adalah menjadi kuasa dan pilihan pemandu untuk menukar mana-mana komponen enjin yang tidak berfungsi dengan gantian yang lebih baik.


Dalam hal ini, sebelum Anwar berdepan kerosakan enjin dan agar kereta yang dipandunya tidak selalu meragam, menyusun serta menukar mana Ketua-Ketua Setiausaha kementerian dengan yang sealiran dengan jiwa pemenang setereng adalah suatu keperluan.


Hanya dengan menukar Ketua Setiausaha yang merupakan komponen utama dalam enjin terlebih dahulu, barulah boleh dipastikan penjawat awam secara keseluruhannya atau lain-lain komponen dalam enjin juga tidak sangkut dan sentiasa bersama dengan aspirasi kerajaan semasa yang sedang berkuasa.


Jika tidak dilakukan segera, kerajaan bukan saja tidak mampu berfungsi dengan baik dalam khidmatnya kepada rakyat, malah akan sentiasa gagal dan seterusnya potensi untuk menang lagi dalam PRU akan datang akan tipis dengan sendirinya. – ShahbudinHusin 24/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette



Kan dah kena... nak sangat jadi hero kat Parlimen🏢🏢...


Ken.








SISTEM NI KENA ADA DI MALAYSIA

 



Aku rasa undang-undang ni bagus kalau amalkan di Malaysia. Lebih berkesan dari hukuman penjara. Sebab yang main isu 3R ni semuanya demi politik.


Keadaan negara kita dah makin teruk. Sampai ada pemimpin kata tak salah main isu 3R. Bukannya tak mengaku tapi kata tak salah. Otak dah rosak teruk.


Bayangkan kalau hukuman sebegini diterapkan di negara kita, berapa ramai yang hilang kelayakan berpolitik? Baru aman dunia politik kit!  Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DIA TAK NAK BERSUMPAH SEBAGAI MP YANG TERBABIT DNAA KAH?



Kalimah 'Wallahi, Wabillahi, Wayallahi' tak pernah disebut dalam sumpah ahli parlimen semenjak dari Merdeka lagi. Apa isunya?


Shahidan memang sengaja bangkitkan isu. Takkan dia tak tahu memang tak pernah sebut kalimat tu kot? Berbelas tahun jadi MP.


Dia tanya cara lawak. Tapi dalam lawak tu ada niat sengaja nak menimbulkan syak wasangka. Ini pun macam fitnah juga sebenarnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Oooo..HISAP VAPE RUPENYE.


 

Ooo..KENE MAIN GOLF DAN CANDAT BARU BUAT KEJE. MUNG TOK PAHANG SUNGGUH.

 

MMMS.


Selagi tak ada itinerary candat sotong dan main golf, selagi itu kami anggap PMX hanya jalan-jalan dan makan angin. - Un tersiksa 22 bulan.





AZIZAH MELIHAT ANWAR SEDANG MEMBACA KUTBAH


 

INI YANG WALAUN KATA PM TAK BUAT APA. DAPAT HARGA SAWIT BAGUS PUN TOK SEDO DAN TAK PAHANG




 Walaun kata PMX 9 bulan tak buat apa. Dah ni apa? Bandingkan 10 bulan Kerajaan Madani dengan 17 + 16 bulan PN dalam kerajaan, Kerajaan Madani buat berpuluh kali ganda banyak perkara baik. PN pula cuma ada vaksin dan Jana Wibawa. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KENAPA TAK DAPAT PERUNTUKAN.


 

KENALI KERA DAN TUPAI


 

ANWAR DIKENALI DIKALANGAN ULAMAK DUNIA


 

SEMOGA KAKYONG DITAHAN POLIS SEGERA.


 

KITA HARUS SOKONG KERAJAAN HARI INI


 

NAK TERANGKAN TENTANG OTAK SENDAT MEMANG MEREKA TAK AKAN FAHAM.


 

SEKILO RM7 KALAU 10 KILO BERAPPA PULOH ? KEH..KEH.