APA MAKSUD PMX KERAJAAN RADZI JIDIN YANG BEBASKAN PERASUAH? KISAH BAGAIMANA MUHYIDIN DAN KERAJAAN RADZI TERIMA RM500 JUTA DARI MUSA AMAN


Nazir Ahmad


1. Pada November 2019 Musa Aman di tahan SPRM dan akhirnya pada 23 Mei 2019, Musa aman didakwa dengan 35 tuduhan berhubung penganugerahan kontrak konsensi balak negeri itu.

2. Beliau akhirnya di dakwa dengan 46 Pertuduhan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah seperti yang di sebutkan di atas.

3. Selepas Langkah Sheraton, setelah Muhyidin menjadi Perdana Menteri, beliau tahu beliau perlukan sokongan dari lebih ramai ahli parlimen untuk kekal berkuasa. Dia tahu UMNO tidak boleh dipercayai dan sekiranya UMNO tarik diri, maka Kerajaan Muhyidin Yassin akan benar menjadi gelaran Kerajaan gagal.

4. Pada masa yang sama, UMNO juga berkomplot tidak mahu bersama dengan Bersatu, tetapi menjadi Kerajaan adalah lebih baik dari jadi pembangkang. Maka mereka bersetuju. 

5. Untuk itu, Muhyiddin Yassin perlukan seseorang di Sabah bagi meyakinkan semua di sabah sama ada dari PH, BN, Kerajaan dan pembangkang, bagi menyokong Muhyidin Yassin dan Kerajaan pada Ketika itu.

6. Seorang yang diketahui mempunyai dana dan kekuatan tersebut tidak lain tidak bukan ialah Musa Aman. 

7. Maka dengan kes tersebut, Musa Aman berunding dengan Muhyidin. Bukan sekadar dia akan membantu “membeli” ahli Parlimen dan Kerajaan negeri Sabah, dia juga akan membayar sejumlah wang kepada Muhyidin Yassin.

8. Jumlah yang di maksudkan ialah RM500 juta. Pecahan jumlah tersebut ialah RM200 Juta bagi tujuan membeli ahli Parlimen dan ahli Dewan undangan negeri sabah dan selebihnya akan diberikan kepada Muhyidin Yassin untuk menggugurkan 46 kes Musa Aman.

9. Dari sini beberapa peristiwa berlaku.

10. Pada 9 JUN 2020, Musa Aman dibebaskan dari 46 pertuduhan. Mahkamah tinggi membebas dan melepaskan (DAA) Musa aman setelah “Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.”

11. Bermakna, AGC telah memberi arahan agar semua pertuduhan DITARIK BALIK, sebelum kes tersebut di bicara. 

12. AGC adalah Idrus Harun dilantik pada 6 Mac 2020 oleh Muhyidin Yassin. 

13. Setelah Langkah pertama itu berlaku, maka berlaku Langkah kedua, iaitu perlu mengambil alih sabah. 

14. Sebulan selepas itu, pada 30 Julai 2020, Musa aman mendapat 33 Akuan bersumpah (SD) menyatakan bahawa dia ada majoriti dan Kerajaan Shafie Afdal telah tumbang. 

15. Shafie Apdal enggan tunduk kepada perkara tersebut dan akhirnya mengumumkan pilihanraya Sabah pada September 2020

16. RM300 Juta tersebut diserahkan SECARA TUNAI kepada Hamzah Zainuddin yang pada waktu itu menaiki jet peribadi pada JUN 2020 pergi ke Sabah, kononnya ada pertemuan atas urusan rasmi.

17. Ia berlaku, beberapa hari selepas kes Musa Aman digugurkan. Hamzah ke Sabah, bukan sekadar untuk melihat sendiri perkembangan pembelian tersebut, malah membawa wang tunai kembali kepada Presidennya di Kuala Lumpur. 

18. Pada waktu itu, Hamzah Zainuddin adalah Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN)

19. Peristiwa “membeli ADUN” ini telah di dedahkan oleh Sahfie Apdal yang menuduh kehadiran Hamzah ke Sabah pada Jun 2020 itu adalah untuk membeli ahli dewan undangan negeri sabah agar melompat. Tidak diketahui oleh Safie juga, bahawa sejumlah RM300 juta bertukar tangan dari Musa Aman kepada Hamzah kepada Muhyidin Yassin. 

20. Sebab itulah, bila PMX sebut bahawa inilah kerja Kerajaan Perikatan Nasional sewaktu mereka berkuasa, Radzi Jiddin terus marah dan koyak. Mereka tahu, rahsia mereka telah terbongkar!

21. Sekarang anda tahu kenapa Radzi Jiddin koyak. Kerana dia juga mengetahui jumlah RM300 juta dan peristiwa pembebasan Musa Aman tersebut. 

22. Kerana itu juga, mereka berani menuduh PMX campur tangan dalam urusan kehakiman, kerana mereka lah yang sebenarnya melakukan perkara tersebut. 


Nampak dah kan siapa sebenarnya campur tangan dalam kes pembebasan? Sebarkan!