Aku baru dapat transkrip apa yang YB Howard Lee sebut. Bisa betul. Patutlah lebai meroyan sangat.
Secara dasarnya tak adalah apa sangat. YB Howard cuma ingatkan kewajipan mentaati pemerintah dan mengingatkan keabsahan pemerintah yang ada.
YB Howard juga menegur sifat khawarij sebahagian pemimpin PAS yang gemar mengkafirkan orang lain dan itu bukanlah sesuatu yang kita tidak tahu.
Aku tak mahu hukum salah atau tidak. Itu biarlah polis yang siasat. Cuma, pemimpin PAS patut malu perangai jelek mereka ditegur orang bukan Islam.
Tapi nak buat macamana. Kalau tak tuduh orang yang tak sokong mereka sebagai kafir atau munafik, apa lagi yang PAS boleh buat? Memerintah pun tak pandai. Ekonomi hancur. Itu je la modal yang ada. Guane boh?
Raja Gelap II
.