KISAH LIM DAN USOP KONFIUS 7.5 CM ATAU 7.5 INCI

 


Sam Lim

Aku dah mula komfius ni Usop,dia cakap 7.5cm,bukan 7.5 inci.

7.5cm tu macam mana 🤔

Ce ko ukur pastu pos kat sinih.. 😘

ISMAIL SABRI NAMPAK TIDAK BERHATI BUDI, UMNO RASA TAK PUAS HATI



Meski UMNO sudah berjaya mendakap kerusi Perdana Menteri, masih lagi kedengaran suara-suara tidak puas hati dalam parti itu terhadap Ismail Sabri Yaakob.


Paling kuat terdengar suara tidak tidak puas hati ialah berikutan tindakan Ismail Sabri mengenepikan Kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO yang telah berjasa besar menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin dalam lantikan kabinet yang dibuatnya Jumaat lalu.


Daripada 15 orang itu, hanya dua diberikan jawatan iaitu Noh Omar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi.


Itu pun, Noh dikatakan boleh dianggap main dua kolam kerana turut hadir dalam perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen BN di Audirorium DBKL yang diketuai Ismail Sabri selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, meskipun sebelumnya telah setuju untuk menarik sokongan terhadap Mahiaddin.


Noraini pula, di sebalik meletak jawatan sebelum itu, perlantikannya didakwa lebih disebabkan kedudukannya sebagai Ketua Wanita UMNO, sayap kanan yang penting dalam parti.


Seorang lagi menteri dalam Kumpulan 15 yang lebih dulu meletak jawatan, Shamsul Anuar Nasarah, tidak pula dilantik semula sebagai menteri.


Ini berbeza dengan tuah kumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mempertahankan Mahiaddin di mana semuanya dikekalkan jawatan menteri atau timbalan menteri yang dipegang sebelum itu.


Bahkan, Shahidan Kassim yang diketahui kuat mencemuh Presiden UMNO dan gigih mempertahankan Mahiaddin, turut diberikan “ghanimah” sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.


Jadi, di mana keadilannya?


Apakah mereka yang telah berjasa besar menjatuhkan Mahiaddin dan membolehkan Ismail Sabri beroleh jawatan Perdana Menteri dianggap tidak bernilai apa-apa?


Memang diakui sebahagian daripada Kumpulan 15 itu masih berdepan kes mahkamah, tetapi bagaimana dengan yang tiada apa-apa kes seperti Ahli Parlimen Jerantut dan Cameron Highlands?


Apakah mereka tidak layak diberikan apa-apa jawatan?


Apakah juga Shahidan Kassim jauh lebih baik dan berwibawa daripada kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan di mata Ismail Sabri?


Secara kasarnya, memang ternampak tidak berhati budi tindakan Ismail Sabri mengenepikan Kumpulan 15 dan memberi kelebihan kepada Ahli Parlimen UMNO yang bukan saja tetap mempertahankan Mahiaddin, bahkan tidak menunjukkan kesetiaan kepada keputusan parti sendiri.


Lebih-lebih lagi Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan langsung diketepikan begitu saja berbanding Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang diberikan jawatan menteri.


Selepas ini akan nampak lekehlah Timbalan Presiden UMNO kerana tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.


Dalam hal ini, tidak salah bila Mohamad Hasan memberi reaksi dalam videonya yang tular – ada orang nak ‘bunuh’ saya.


Kalau Dr Radzi Jidin daripada Bersatu dan Idris Ahmad daripada Pas yang merupakan senator boleh dilantik sebagai menteri, di mana salahnya Mohamad Hasan dijadikan senator juga dan kemudian dilantik sebagai menteri?


Dengan tindak-tanduk awal yang ditunjukkan Ismail Sabri setakat ini, ada cahayakah di hujung terowong bagi Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain pemimpin UMNO yang sedang berjuang menentukan nasib masing-masing di mahkamah?


Atau cahaya yang seolah-olah kelihatan sekarang ini berikutan kuasa sudah kembali ke genggaman UMNO adalah lampu daripada kepala keretapi yang akan melanggar dan meranapkan habis mereka itu? –


 ShahbudinHusin 29/08/2021.



SIMPAN DULU PELURU


Kita simpan dulu peluru. Awal lagi ni... kehkehkeh…  Sebenarnya cukup banyak dah peluru nak dihalakan... tunggu masa ja... sabaq aaa... kehkehkehhh… 


Bagi chan dulu aaa...

KABINET TEBUK ATAP 2.0… WALHASIL BALIK ASAL


Ismail Sabri telah mengumumkan jemaah menterinya. Kabinet Ismail Sabri masih mengekalkan kabinet Mahiaddin dengan sedikit pindaan dan kemasukan empat "muka baru" dan dilihat kabinet itu untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri...

Antara muka baru yang dibawa masuk Noh Omar, Mahdzir Khalid, Shahidan Kassim, Ahmad Faisal Azumu dan Idris Ahmad. Noh, Mahadzir dan Shahidah bekas jemaah menteri di zaman Najib dan mereka dilihat sebagai penyokong kuat Ismail Khalid. Begitu juga perpindahan Annuar Musa ke Kementerian Komunikasi dilihat lebih untuk mempertahankan Ismail Sabri dalam persediaan untuk pemilihan dalam PAU akan datang. - mso

 May be an illustration of text that says "KABINET LAMA KABINET BARU Penuh Mangkok penuh Mangkok Satu Logi Produk kerajaan"

Serangan bom: Dua rakyat Malaysia didakwa di Teluk Guantanamo

 

Astro Awani
Serangan bom: Dua rakyat Malaysia didakwa di Teluk Guantanamo
(Dari kiri) Mohamad Nazir, Mohammed Farik dan Hambali akan didakwa di Mahkamah Tentera, Stesen Tentera Laut AS di Teluk Guantanamo. - Wikipedia
KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang didakwa terlibat tragedi pengeboman di Indonesia 19 tahun lalu, akan didakwa di Mahkamah Tentera, Stesen Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba esok.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Suruhanjaya Tentera AS.
Mohamad Nazir Lep, 45, dan Mohammed Farik Amin, 46, sebelum ini dijadualkan didakwa pada Februari lalu, tetapi ditunda akibat pandemik COVID-19.
Nazir dan Farik antara ahli Jemaah Islamiyah yang ditahan di kem berkenaan sejak tahun 2006 bersama dalang tragedi pengeboman itu, Encep Nurjaman dari Indonesia atau dikenali sebagai Hambali.
Dalam kejadian 12 Oktober 2002, 202 orang maut selepas sebuah kelab malam di Bali, Indonesia dibom anggota kumpulan terbabit
Manakala pada 5 Ogos 2003, Hotel JW Marriot, Jakarta pula disasarkan mengakibatkan 12 orang maut dan puluhan yang cedera.
Kedua-dua rakyat Malaysia itu dikatakan berperanan sebagai pembantu kepada Hambali dan pernah dilatih oleh Al-Qaeda.
Kedua mereka berdepan sembilan pertuduhan, manakala Hambali pula berdepan lapan pertuduhan.
Antaranya berkaitan peranan mereka dalam serangan tersebut, konspirasi, percubaan membunuh, pembunuhan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan, terrorisme, dan menyerang orang awam.

Isu 100 Hari Prestasi Menteri : Lawak Pertama Daripada Ismail Sabri?

5 hari je Pas mrintah, Umno terus berubah. Bukti Menteri Agama ni merapu...

BERSATU YANG MENJENGKELKAN! RAKYAT SANGGUP PILIH ‘KAMBING’

ADUN TEMPLER SANY HAMZAN MENGAMUK

MENGAPA BEKAS MENTERI BAWA PELABURAN RM82 BILION DARI TURKI TAK DILANTIK..??

 


May be an image of 1 person and text



BOB KELANANG


Tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub tidak melantik semula Datuk Dr Khairudin Aman Razali sebagai menteri telah dipersoalkan.

Ini kerana, semasa menjadi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dahulu, beliau didakwa telah berjaya membawa pelaburan sebanyak RM82 bilion ke negara ini, satu kejayaan yang perlu dihargai.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dalam kenyataan ringkasnya bertanya, “Setahun yang lalu bergema di Dewan Rakyat ada pihak yang dikatakan bawa pelaburan dari Turki RM82 bilion.

Mengapa bekas menteri bawa pelaburan RM82 bilion dari Turki tak dilantik?

“Kenapa yang berkata dan yang dikata tidak dilantik sebagai menteri ya? Tak patut,” kata Hanipa dalam kenyataannya itu.

Sebelum ini kecoh di Dewan Rakyat, apabila ahli Parlimen Baling dari Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengatakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali membawa masuk pelaburan bernilai RM82 bilion berikutan lawatan tiga hari beliau ke Turki.

Namun selepas dipersoalkan, Azeez membetulkan semula angka itu dengan berkata Khairuddin membawa pulang pelaburan sebanyak RM82 bilion selama setengah tahun beliau menjadi menteri. Kenyataan ini juga dipertikaikan oleh ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Azeez cuba membela Khairudin yang diserang bertalu-talu ekoran tindakan beliau datang ke Dewan Rakyat ketika beliau sepatutnya masih dikuarantin selepas pulang dari rawatan pribadi ke Turki Julai tahun lalu.

Ketika mengumumkan senarai kabinetnya semalam, Ismail Sabri tidak menyenaraikan ahli parlimen Kuala Nerus daru Pas itu sebagai anggota jamaah menteri kabinet beliau.

 

SEKRANG KAMU LAKSANAKAN APA YANG KAMU SERING DAGANGKAN DALAM CERAMAH KAMU

 

Sekarang kamu kerajaan, kamu menteri agama. Kuasa di tangan kamu. Rakyat, terutamanya walaun-walaun Pas mahu lihat kamu tegas atau tidak? Jangan beri jawapan macam ustaz tuan berahim pendek,

" Dulu kita pembangkang, memang senang kritik sbb bukan kita yg buat, skrg kita pemerintah, bukan senang nak buat".



May be an image of 1 person and text that says "Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 26 Mei 2020 Malapetaka Arak, Kerajaan Mesti Tegas Sudah sekian lama akibat buruk berpunca dari arak sekadar menjadi kajian dan wacana di Malaysia. Lebih malang, di negara ini premis pengeluaran dan penjualan arak bukan sahaja bertambah dan berada di mercu atau lokasi utama negara, malah Malaysia mencatat import arak yang tidak sedikit. Bahkan selama ini, hasil arakjuga antara mengisi kantung pendapatan negara yang kemudian mengalir pula kepada ramai pihak. t"


Mari tengok beza kerajaan gagal bawah Mahiadin, dan kerajaan yg dikatakan akan berjaya di bawah Ismail Sabri. Umno dah buat "reform" katanya ..

 May be an image of text that says "4 sektor penting negara. Kerajaan Gagal: Kewangan- Zafrul Pendidikan Radzi Jidin Kesihatan- Adham Baba Sains & Teknologi Khairy Kerajaan Berjaya: Kewangan Zafrul Pendidikan Radzi Jidin Kesihatan Khairy Sains & Teknologi- Adham Baba"


ANWAR IBRAHIM - PERTAHANKAN PRINSIP LEBIH UTAMA DARI MENGEJAR JAWATAN

 

May be an image of 3 people


Mari kita ingat pesanan Imam As Syafie R.A ketika beliau ditanya oleh seorang anak muridnya, " Wahai Imam, nanti di akhir zaman, akan ramai lahir pemimpin yang zalim, jadi bagaimana kami ingin tahu akan pemimpin yang berjuang pada landasan Islam yang betul?".

Iman As Syafie R.A menjawab, " Kalau kamu ingin mengetahui, kamu carilah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya. Maka, kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana sesungguhnya dia sedang berjuang di jalan yang benar".

Sesiapa sahaja yang memperjuangkan Islam, menentang korupsi dan menegakkan keadilan, pasti akan menemui pelbagai fitnah dan mehnah di hadapannya oleh musuh-musuh yang tidak mahu meninggalkan amalan rasuah dan tidak mahu melihat keadilan Islam itu tertegak.

Namun, jika perjuangan yang kita lalui itu adalah laluan yang senang dan selesa, tanpa diuji, mudah mendapat jawatan dan kedudukan, maka muhasabahlah kembali, apakah benar jalan yang kita pilih itu? atau sebenarnya ia hanyalah kaca dari timbunan kaca yang bersembunyi di dalamnya permata yang berharga.

Sejarah mencatatkan ramai di kalangan pejuang bahkan para ulamak besar yang menerima ujian berat serta fitnah sepanjang hidup mereka. Imam Abu Hanifah R.A, (Imam mazhab Hanafi) pernah dipenjara oleh Penguasa di zaman Abbasiyah kerana enggan menerima jawatan Qadhi. Sebelum itu, di zaman Umayyah, beliau pernah ditahan kerana enggan menjadi hakim. Beliau mempertahankan prinsip dan kepercayaannya dari mengejar jawatan dan kedudukan sehingga sanggup terpenjara, Beliau wafat ketika di dalam penjara.

Imam Malik R.A (Imam mazhab Maliki) pernah dihukum gabenor Kota Madinah ketika era Abbasiyah karena mengeluarkan fatwa bahwa hukum talaq yang dilaksanakan penguasa tidak sah. Ketika itu, Kerajaan Abbasiyah membuat fatwa, iaitu seluruh penduduk perlu taat kepada pemimpin. Jika engkar, akan terjatuh talaq atas isterinya. Imam Malik R.A membantah fatwa tersebut karena meriwayatkan hadith bahawa tidak ada talak bagi orang yang dipaksa.

Imam mazhab Syafie, Imam As Syafie R.A juga tidak terlepas dari ujian dan fitnah. Beliau telah difitnah kononnya mengikut Syiah dan cuba menggulingkan kerajaan Khalifah Harun Ar Rasyid, Kemudian Imam Syafie ditangkap. Tangan dan kakinya diikat dengan rantai, lalu diarak di jalanan sebagai sosok yang tertuding melawan kekuasaan negara. Namun akhirnya, beliau dibebaskan setelah Khalifah menyedari itu merupakan satu fitnah jahat terhadapnya. Khalifah yang adil apabila dia mengetahui seseorang itu difitnah, maka orang itu akan dibebaskan.

Imam Ahmad bin Hambal R.A (Imam mazhab Hambali) pernah dipenjarakan kerana enggan mengikuti kepercayaan kaum Muktazilah iaitu Alquran itu adalah makhuk. Khalifah Al Makmun ketika itu memaksa para ulamak bersetuju dengan pendapat bahawa Al Quran itu adalah makhluk. Imam Ahmad R.A tetap mempertahankan kesucian Al Quran dengan menyatakan bahawa Al Quran itu adalah Kalamullah, tidak boleh disamakan dengan makhluk. Beliau dipenjarakan dan kemudiannya dibebaskan di era Khalifah Almutawakkil.

Imam Ibnu Taimiyah R.A juga berkali-kali ke penjara hanya kerana beliau mempertahankan prinsip dan keyakinannya Begitulah hebatnya seseorang yang mempertahankan prinsip sehinggakan tidak lagi takut untuk dipukul atau dipenjarakan. Ada sesetengah pejuang itu sudah menganggap penjara sebagai hotel mereka. Bagaimana dengan kita? Ramai yang megaku kononnya pejuang rakyat, pejuang Islam, tetapi usahkan penjara, lokap pun tidak pernah mereka masuk bahkan mahu membayar denda melanggar SOP Covid19 pun mereka cuba mahu lari dengan berbagai alasan.

Kita samasekali tidak menyamakan Anwar Ibrahim itu dengan para ulamak besar dan pejuang-pejuang hebat seperti di atas kerana terlalu jauh beza martabatnya bahkan tiada sesiapa pun di dunia ini sekarang menyamai mereka. Kita cuma boleh samakan perjuangan Anwar Ibrahim dengan para pejuang dan pemimpin mutakhir ini. Laluan para pejuang dahulu kala untuk menyampaikan kebenaran dan melawan kezaliman adalah sama yang dilalui oleh para pejuang masa kini.

Para pejuang terdahulu menentang pemerintah atas dasar prinsip dan kebenaran. Ulamak dahulu menolak jawatan yang ditawarkan oleh pemerintah kerana mempertahankan prinsip meskipun terpaksa menanggung risiko dipenjarakan. Ramai ulamak sekarang mengejar jawatan dan meninggalkan prinsip yang dipegang. Ramai di kalangan mereka menghimpit para pemerintah yang silih berganti asalkan mereka mendapat kedudukan.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden Pas) dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) salah seorang ulamak di era moden yang tidak pernah menghimpit pemerintah dan menjadi pengampu, bahkan kedua mereka istiqomah menentang pemerintah yang zalim dan lantang menegur kemungkaran pemerintah. Kedua ulamak hebat ini akan membela orang-orang yang dizalimi dan difitnah meskipun berlainan parti. Anwar Ibrahim adalah di antara pemimpin politik yang telah mendapat pembelaan dari kedua tokoh hebat ini apabila Anwar difitnah dan dizalimi.

Sehingga saat ini, Anwar terus difitnah dan dikhianati. Apakah beliau mengalah? Merajuk atau berputus asa? Tidak. Dia mengajak kita semua terus bangkit. Dia tolak semua tawaran atau perbincangan yang boleh melenyapkan prinsipnya. Atas faktor itulah kita masih di sini dan terus berjuang.

WFAUZDIN NS

 

MALAYSIA DARUL PINGAT DANKERAJAAN SAKAU DUIT.

 

May be an image of 4 people and textMay be an image of 1 person and text that says "PERBANDINGAN SAIZ KABINET PM Ke-6: Najib 35 Menteri 33 Timbalan Menteri Jumlah: 68 PM Ke-7: Mahathir 28 Menteri 26 Timbalan Menteri Jumlah: 54 PM Ke-8: Mahiaddin 32 Menteri 38 Timbalan Menteri Jumlah: 70 PM Ke-9: Ismail Sabri 32 Menteri 38 Timbalan Menteri Jumlah: 70"


ZUWAIRI MOHD YUSOF


Hanya di Malaysia bawah PN-BN orang gagal di naikkan pangkat dan di beri penghargaan.Fakta yang tak tersangkal.Ade yg di beri pingat kebesaran pun ramai bersepah.Yg dapat jadi TYT Sarawak,Melaka pun ade.Senang citer UMNO,PAS,PPBM,GPS cukup suka kaki bodek,jilat,ampu,kipas pencacai perkauman seperti MALAUN UMNO,WALAUN PAS tegar yg mudah di manipulasi kepal otak mereka.Memang itulah carenya mereka berkuasa sejak 1957-2018 dan kini kembali bersambung lagi.USA merdeka 200 tahun lebih pun ade masalah perkauman ape lagi kita yg baru 64 tahun merdeka.Generasi baru akan menggantikan generasi lama yg taksub perkauman dan mane2 parti yg berasaskan kaum tidak akan lagi relevan lepas ini itu pasti.

Jangan ade bekas tentera,polis yg mengundi mane2 calon UMNO,PAS,PPBM,GPS di peti undi PRU15 nanti.Ismail yg jadi Menteri Pertahanan 18 bulan sendiri guna premis tentera untuk perjumpaan MP2 UMNO tanpa segan silu.Jadi PM9 dia lantik plk Hishamudin jadi Menteri Pertahanan semula walaupun dulu zaman dia MENHAN helikopter tempur dah beli bayar pun tak sampai lagi.6 kapal TLDM bayar rm billion belum siap lagi.Semua anggota tentera,polis yg masih berkhidmat eloklah meletakkan kepercayaan anda pada PH pimpinan Anwar Ibrahim bukan pada mereka yg gunakan anda sebagai perkakas untuk buat sesuka hati langgar undang2 atau SOP.May be an image of 3 people and text

Buat 1 juta lebih penjawat awam,ingatlah bagaimana saat2 anda di layan seperti rakan,sahabat jemaah kabinet PH walaupun ade beberape menteri,timbalannya yg indah kabar dari rupa akibat lantikan yg bukan dari calon pilihan parti2 PH seperti Azmin,Zuraida,Xavier,Saifudin Abdullah.Anda sendiri lihat bagaimana Wan Azizah,Mujahid Rawa,Dzulkefly,Yeo Bee Yin,Saifudin Nasution berjaya menjakankan tugas dengan sebaiknya walaupun cuma 22 bulan.Kepada semua rakan2 media ingatlah bagaimana anda semua di layan seperti yg sepatutnya bukan seperti puluhan tahun bawah BN atau 18 bulan bawah tebuk atap.

Kepada anak2 muda,pengundi2 atas pagar,anda lihat sendiri bagaimana layanan kabinet 18 bulan pada anda sejak hari pertama.Kayangan,elit langgar sop pun di beri diskaun tapi kalian yg marhen di lanyak hukuman maksimum rm 10 000,20 000,50 000 dan penjara.Mereka bebas ke mane2 merentas negeri dan negara tetapi kamu di kurung tanpa bantuan tunai,sokongan moral secukupnya.MP2 yg kamu pilih PRU14 nak masuk parlimen pun mereka sekat dengan polis,FRU hari itu.Ingat ye anak2 muda PH yg bentangkan UNDI18 dan luluskan di parlimen pada 2019 tapi semuanya tergendala bila MAHATHIR letak jawatan dan kabinet tumbang 2020.

Anak muda seperti VEVEONAH di cerca MP2 UMNO,PPBM.Anak muda seawal 17 tahun di kompoun ribu riban langgar SOP.Anak kayangan,bangsawan selamba ke sana sini sampai luar negara melancong,bercuti dan sebagainya.Nasib ratusan ribu anak2 yg gagal menguasai 3M Membaca,Mengira,Menulis cukup membimbangkan 2 tahun terakhir.1000+ murid jadi yatim piatu kematian ibubapa akibat covid,71 000 ribu emak dan bapa bercerai berai sepanjang 18 bulan menyebabkan entah berapa ramai anak2 yg hilang kasih sayang.Sudahlah kau hapuskan UPSR,150 000 laptop sampai sekarang jadi tanda tanya.

Tidak lupa kepada semua pengundi2 di 54 parlimen FELDA yg ada.Berikan kepercayaan penuh anda kepada calon2 PH nanti seperti anda beri pada PRU14 yg lalu.Nasib kalian,mase depan FELDA akan PH pimpinan DSAI pulihkan naiktaraf seperti mana kami pulihkan TABUNG HAJI selame 22 bulan.FELDA sebenarnya mampu berdiri setanding PETRONAS tapi di rosakkan tangan2 BN UMNO puluhan tahun walaupun di bawan kleptokrat NAJIB RAZAK,ya NAJIB RAZAK yg hapuskan pelbagai subsidi barang dan buat GST 6 peratus cukai pukul rata yg bebankan anda yg gaji pun tak seberape sekian lama.GST tu cuma nak menutup semua skandal2 mereka saja bukan untuk naik taraf hidup anda pun.Lihat saja nilai RM itu ade kembali ke RM 2+setiap 1 USD?Makin jatuh nilanya tak pernah pulih ke tahap dulu.Dengan dollar Singapura,Brunei pun kita tewas

 

Dipetik daripada ucapan tahniah oleh YB Dato Seri Mujahid Yusof Rawa



TAHNIAH USTAZ IDRIS AHMAD 


1. Jikalau ada peluang untuk membuktikan pencapaian 100 hari, maka Yb Sen Ustaz Idris Hj Ahmad adalah orang yang paling layak diberi tumpuan. Sebagai Menteri Agama yang baru dan bukan dari pasukan kitar-semula, rakyat sewajarnya memberikan peluang dan ruang untuk beliau membuktikan dirinya. 


2. Nama mesra yang saya panggil beliau ialah Ustaz Derih. Saya mengenali beliau sejak aktif di zaman Pemuda Pas. Kami dari latarbelakang karier pensyarah yang sama sebelum terlibat secara sepenuh masa dalam politik kepartian. Beliau lebih komited apabila mengambil keputusan lebih awal bersara dari ITM (masa itu) Alor Gajah, Melaka. Saya hanya bersara dari Universiti Telekom (kini MMU) menjelang PRU 1999. 


3. Kami bertemu sebagai kepimpinan pemuda Pas di bawah Datok Mahfuz dan DS Salehudin Ayob. Karier Ustaz Derih dalam Pemuda membawa beliau sebagai pengganti Salehudin Ayob dan terkenal sebagai seorang yang melihat ke dalam parti dari sudut program pentarbiyahan. Suka berceloteh, berjenaka dan terkenal dalam penyampaian ceramahnya "hentam Umno kaw-kaw" salah satu tagline beliau tentang Umno ialah "al Fulus fid dunia wal Mampus fil akhirah" 


4. Ustaz Idris seorang yang setia dengan parti malah ketika PRk Bukit Gantang diadakan tahun 2009 nama beliau turut dicalonkan bersama DS Nizar. Jujurnya saya ketika itu menyokong pencalonan beliau atas sifat beliau berasal dari kawasan Bukit Gantang dan parti mahukan generasi muda waktu itu. Namun nama DS Nizar disokong atas keperluan strategik setelah kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Perak 11 bulan memerintah. 


5. Ustaz Idris jadi MP setelah memenangi kerusi di Bukit Gantang pada PRU 2013 dan beliau merupakan seorang yang berdisplin dalam kehadiran semasa persidangan. Sejak mengenali beliau, saya mendapatinya seorang yang tepat masa dan kemas penampilannya. 


6. Kini Ustaz Derih diuji dengan kedudukan sebagai Menteri Agama yang akan diperhatikan oleh rakyat keberkesanannya. Saya tidak fikir beliau terpaksa membuat semula segala dasar pentadbiran Islam . Semua yang diperlukan sudah tersedia ada atau belum sempat dilaksanakan dalam dasar komprehensif yang ditinggalkan. Dari Penerapan Nilai Islam, Hadhari, Wasathiyah dan Gagasan Rahmah. 


7. Gagasan Rahmah masih ada dokumen yang boleh dirujuk di JAKIM walaupun dasar ini menjadi 'habuan' di media sosial kepada para pembenci PH dan diri saya sepanjang 22 bulan menggalas amanah. Majlis Raja-Raja pada 2019 telahpun memperakui dasar ini ketika saya membentangnya pada majlis Pre-council di hadapan semua Paduka Tuanku dan Raja-Raja Melayu. Saya yakin Ustaz Derih seorang yang berobjektif dan tidak akan diheret pada sentimen politik dalam penggubalan dasar-dasar pentadbiran agama. 


8. Agenda memperkasakan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) patut diteruskan termasuk mengoperasikan Akta Profesion Guaman Syarie (2019) yang telah diluluskan. Majlis Peguam Syarie perlu segera dilaksanakan seperti di dalam akta. Akta Wakaf dll akta yang memperkukuhkan pentadbiran Islam Persekutuan perlu diberi tumpuan. Persoalan tuntutan nafkah juga patut diteruskan dengan membuat pindaan kepada Akta KWSP di mana keputusan Mahkamah Syariah perlu dimasukkan dalam senarai keputusan yang mengikat. Hingga kini keputusan Mahkamah Syariah dalam tuntutan nafkah terhadap suami-suami culas tidak diiktiraf oleh akta KWSP. Mohon meneruskan perjuangan kami. 


9. Saya terasa kesal kerana satu tugas yang belum sempat saya lunaskan ialah penyelarasan  Undang-undang Jenayah Syariah di antara negeri-negeri. Tugas ini telahpun kami letakkan kerangka masa mengikut proses libat urus semua negeri, malah saya telah bertemu dengan semua Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam menyatakan hasrat penyelarasan ini. Alangkah baiknya jikalau Menteri Agama yang baru dapat menyempurnakan hasrat penyelarasan ini. Ia akan menjadi kayu pengukur kepada prestasi beliau nanti. Pihak Penasihat Undang-undang JAKIM saya yakin sedia membantu. 


10. Saya kecewa dengan Menteri Agama selepas saya kerana semua agenda di atas tidak diberi tumpuan langsung malah 17 bulan terbuang dengan perkara remeh yang tidak menyentuh soal dasar dan pentadbiran agama di Persekutuan. Isu TH dibiarkan jadi bahan politik dan sentimen kebencian sehingga saya terpaksa berdebat terbuka dengan mantan Pengerusi TH DS Azeez Rahim mempertahankan program pemulihan kami dan fitnah yang dimainkan oleh pembenci PH dan saya. Timbalan Menteri Agama yang dikekalkan hari ini tidak banyak membantu menjelaskan keadaan, malah sejujurnya beliau turut terheret dengan sentimen murahan tentang TH yang mempunyai agenda politik sempit. 


Saya meletakkan harapan tinggi Menteri Agama yang baru dapat menumpukan soal dasar dan pentadbiran Islam dan jauhilah daripada diheret kepada sentimen kepartian dan kebencian. Jikalau beliau sudi, beliau boleh merujuk 7 sektor yang telah kami sediakan di mana ia mungkin membantu beliau menilai prestasinya secara objektif dalam setiap sektor untuk tempoh 100 hari. 


Tahniah, Selamat bertugas dan saya menyeru warga netizen khususnya, berilah Ustaz Idris peluang. Seeru a'la Barakatillah... 


Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden Amanah 


29 Ogos 2021


Langkah pertama Idris, sahkan apakah benar fatwa “Amanat Haji Hadi” dipadamkan

 

TERMASUK JAGA ORANG GILA TUNJUK KOTE KAT MASENGER DAN PEMINTA SEDEKAH BAYAR BIL LETRIK

 


Saiz besar Kabinet sebab nak jaga ramai orang gila, kata ulama Pas


Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik berpendapat saiz Kabinet XXL yang diterajui Ismail Sabri perlu kerana ramai orang gila di negara ini.

Dia yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkata, jumlah menteri yang ramai untuk Malaysia dengan komposisi kira-kira 32 juta tidak harus dibandingkan dengan negara lain.

Mokhtar bagaimanapun tidak menghuraikan golongan ‘orang gila’ yang dimaksudkannya itu.

“Tak payah hairanlah. Di negara lain tu tak ramai orang gila sebab itu tak perlu ramai ahli Kabinet.

“Sebab nak jaga orang gila perlu ramai yang menjaganya. Itu tak campur lagi group meroyan dan group merapu tak sudah-sudah,” katanya menerusi catatan di Facebook sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada 27 Ogos lalu mengumumkan senarai barisan Kabinet baru yang sebahagian besarnya adalah Kabinet lama diterajui Mahiaddin Yassin sebelum ini.

Barisan Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ itu menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri ketika Malaysia mempunyai 32.66 juta penduduk sehingga suku tahun kedua 2021.

Ismail Sabri juga mengekalkan jawatan empat menteri kanan seperti dilakukan ketika pentadbiran Mahiaddin yang dianggap “kerajaan gagal”.

Dari segi pecahan mengikut parti, Umno dan Bersatu masing-masing mempunyai 10 menteri.

Bagi jawatan timbalan menteri pula, Bersatu mendominasi dengan 14 Ahli Parlimen dilantik ke jawatan itu manakala Umno hanya mempunyai 10 timbalan menteri.

Sementara itu, Pas mempunyai tiga menteri dan lima timbalan menteri.


Rundingan kerajaan-PH bukan untuk perjanjian CSA, kata Saifuddin

 

Saifuddin Nasution berkata berkata, tidak ada keperluan untuk Ismail mengikat perjanjian CSA dengan PH kerana beliau mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

PETALING JAYA: Sebarang rundingan antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH) tidak akan melibatkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA), kata Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution.

“Ia bukan perjanjian CSA antara kerajaan dan PH tetapi lebih kepada satu persefahaman demi kebaikan rakyat.

“(Rundingan) perjanjian CSA sebelum ini adalah inisiatif individu, antara beberapa pemimpin pembangkang dan kerajaan terdahulu di bawah Muhyiddin Yassin,” Malaysiakini memetik Saifuddin sebagai berkata.

“Sekarang ia (rundingan) sudah jadi formal antara kerajaan dengan pembangkang. Finaliti itu bergantung komitmen kerajaan Ismail terhadap agenda prorakyat dan proreformasi,” katanya.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR, berkata tidak ada keperluan untuk Ismail mengikat perjanjian CSA dengan PH kerana beliau mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

“Dalam kes Muhyiddin dia jelas hilang majoriti. Jadi, dia adakan inisiatif perjanjian dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang secara individu.

“Tapi Ismail buat masa ini ada sokongan 114 ahli parlimen. Jadi tiada keperluan CSA. Rundingan itu bukan lagi modal CSA,” katanya.

Saifuddin menolak kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua daripada DAP bahawa PH sedia menerima perjanjian CSA dengan Ismail sekiranya beliau membuat tawaran serupa seperti yang dilakukan Muhyiddin.

“Kenyataan Tony ‘terlalu awal’. Proses rundingan masih di peringkat awal untuk membuat (apa-apa) keputusan.

“Kami baru-baru ini dihubungi oleh wakil PM setelah Ismail mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin PH minggu lepas. Yang paling penting, PH tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan (sekarang),” kata Saifuddin.

Sementara itu, Saifuddin turut memberitahu bahawa PH menubuhkan jawatankuasa kerja untuk menguruskan rundingan dengan kerajaan.

“Ini fasa pertama. Apa-apa keputusan terakhir akan dibuat oleh Majlis Presiden PH,” katanya.

Beliau berkata rundingan antara kerajaan dan PH tidak lagi fokus kepada undang-undang anti lompat parti, mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri dan reformasi Parlimen semata-mata.

“Sekarang sudah ada tambahan, tertakluk kepada keputusan kedua-dua pihak,”katanya.

Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat lalu setelah mendapat sokongan majoriti 114 Ahli Parlimen.

Beliau akan berdepan undi percaya untuk menentukan keabsahan sebagai perdana menteri apabila Parlimen bersidang mulai 6 September ini.

JAHAT JUGA PARTI PAS YA...INGAT BAIK SANGAT...TAPI KAU PUN ADA MASAALAH..MAKAN ANGIN KATA BAWA PELABURAN BILLION BILLION...BAWA JANDA TU YANG TERANGKAT

 


Panas! Ada ‘pihak tertentu’ dalam Pas keluarkan nama Khairuddin dari senarai Jemaah Menteri, lapor portal



Panas! Ada ‘pihak tertentu’ dalam Pas keluarkan nama Khairuddin dari senarai Jemaah Menteri, lapor portal


PAS mengugurkan nama Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada dilantik sebagai menteri dalam senarai anggota Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Khairuddin adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komditi (KPPK) di dalam Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber, nama beliau pada awalnya turut tersenarai dalam Jemaah Menteri yang baharu bagaimanapun dikeluarkan berikutan arahan ‘pihak tertentu’ di dalam parti.

Berdasarkan reaksi netizen di media sosial, rata-rata hairan apabila Khairuddin yang dianggap antara ‘menteri yang bekerja’ digugurkan dari senarai Jemaah Menteri.

Ismail Sabri semalam mengumumkan senarai Kabinetnya selepas memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kuota PAS kekal dengan tiga menteri dan lima timbalan menteri, namun, portfolio milik PAS telah bertukar dari KPPK kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) apabila Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad dilantik menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang digugurkan daripada senarai Kabinet kali ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.

Antara menteri dan timbalan menteri PAS yang masih kekal ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar dan Air); Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dan Timbalan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Amzad Mohamed @ Hashim.

SELEPAS BERJASA BOLEHKAN ZIARAH PUSARA, LEBIH TERPUJI JIKA ISMAIL SABRI DAPAT BENARKAN RENTAS NEGERI DENGAN SEGERA

 

Satu-satunya jasa Ismail Sabri Yaakob yang ada yang dapat dirasai rakyat setakat seminggu memegang jawatan Perdana ini ialah mendedahkan bahawa menziarahi kubur bukan lagi perkara yang melanggar SOP.

Selama ini tiada siapa tahu atau dimaklumkan bahawa menziarahi kubur bukan lagi suatu perkara larangan.

Tetapi, berikutan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri dan semalam beliau pulang ke kampungnya di Temerloh, Pahang untuk menziarahi pusara ayah dan ibunya yang telah meninggal dunia, Majlis Keselamatan Negara atau MKN lantas tampil membuat penjelasan.

Di sebalik kritikan dan kecaman ramai terhadap tindakannya itu, Ketua Pengarah MKN, Radzi Md Saad berkata, ziarah kubur hanya dilarang ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha semata-mata.

“Di luar daripada itu, aktiviti ziarah kubur masih boleh dilakukan oleh sesiapa asalkan mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan dan mencuci tangan.

“Yang penting, ia mestilah tertakluk dengan SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa,” ujarnya.


Dengan itu, tegas Radzi lagi, Ismail Sabri tidak melanggar sebarang SOP semasa melakukan ziarah kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh Sabtu lalu.

Dalam hal ini, kalau Ismail Sabri tidak dilantik sebagai Perdana Menteri, bukan saja kita tidak tahu menziarahi kubur bukan lagi larangan, malah MKN pun tidak mungkin begini pantas tampil dengan penjelasannya.

Kalau sekadar sebagai menteri biasa menziarahi kubur ibu bapa, bukan saja tiada siapa peduli, bahkan ia juga bukan berita bagi pengamal media.

Jadi, inilah satu-satunya jasa Ismail Sabri setakat ini sejak dilantik sebagai Perdana Menteri yang boleh dikata dapat membawa sedikit kegembiraan kepada rakyat jelata yang sekian lama terkurung dalam kehidupan dek bermacam-macam PKP yang kini diteruskan lagi dengan empat fasa PPN pula.

Kepada yang sudah lama tidak berpeluang menziarahi kubur ibu bapa atau kaum keluarga yang disayangi, inilah masa untuk melakukannya.

Tetapi,, bagi mereka yang tinggal di ibu kota ini, sudah pasti kubur ibu bapa dan kaum keluarga yang disayangi itu terletak di kampung halaman masing-masing, sama seperti pusara ibu bapa Ismail Sabri juga yang terletak di Temerloh, Pahang.

Masalahnya ialah bagaimana mahu merentas negeri?

Kami sebagai rakyat biasa bukan seperti Perdana Menteri atau menteri yang boleh merentas negeri pada bila-bila masa ada rasa tergerak di hati.

Untuk itu, terlanjur Ismail Sabri telah membuat jasa pertama yang membolehkan rakyat sekarang ini bebas menziarahi kubur, adalah lebih baik dan terpuji jika beliau dapat menyusulinya dengan jasa yang seterusnya.

Untuk waktu terdekat ini, dua perkara yang boleh membuatkan rakyat gembira jika Ismail Sabri dapat lakukan ialah – melonggarkan PKP melalui PPN dan membenarkan semula pergerakan rentas negeri untuk semua.

Tidak bebas merentas negeri, walaupun boleh menziarahi kubur, semua itu tidak bermakna apa-apa.

Sekatan-sekatan jalanraya oleh pihak polis juga eloklah diberhentikan serta-merta kerana dengan banyak sektor ekonomi sudah dibuka, ia hanya menyebabkan kesesakan jalanraya saja.

Yang terpenting sekali dalam hal ini, Ismail Sabri harus membuktikan beliau berbeza dengan Mahiaddin yang hanya menjadikan tindakan mengurung rakyat untuk mengekalkan kuasanya.

Berilah kebebasan kepada kami rakyat jelata ini bebas ke mana-mana, selain majoritinya sudah disuntik vaksin, yang penting ialah menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Tidak guna sama sekali bertukar Perdana Menteri, sudahlah susah dan rakyat tiada wang dalam poket, jika kebebasan bergerak pun masih sama dengan era yang lama. –

 ShahbudinHusin 29/08/2021.

BANGSA SENDIRI PUN MENIPU, APA LA SANGAT KAWAN KAWAN POLITIK.

 Gempar! Mohamad Hasan dedah ada pihak nak bunuh karier politiknya



Gempar! Mohamad Hasan dedah ada pihak nak bunuh karier politiknya



Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya.

Menerusi satu video yang tular, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pada mulanya dilihat sedang berjalan memasuki masjid sambil menggunakan telefon bimbit.

Namun beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau disapa oleh seorang jemaah sambil bergurau bertanya mengenai nama beliau yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naik lah (masjid),” katanya seorang jemaah.

“Itu namanya politik. Mereka hendah bunuh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Sebelum ini, Pemuda UMNO telah mencadangkan Mohamad dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu,

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.

Namun semalam, Ismail Sabri kembali melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.



Anwar ucap tahniah kejayaan jaguh angkat berat negara

 


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada jaguh angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat emas di sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.

"Tahniah kepada jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat emas pertama negara dan memecahkan rekod Paralimpik dalam kategori lelaki 72kg.

"Kami bangga dengan pencapaian anda!" katanya.

Bonnie berjaya menecahkan rekod Paralimpik dengan angkatan seberat 228 kg bagi kategori yang disertainya.

Sebelum ini dia memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230 kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229 kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Dalam sukan Paralimpik kali ini, Bonnie mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang mendapat pingat perak dan Mickey Yule dari Great Britain yang mendapat pingat gangsa.

 

Sudah terbukti gagal, buat apa bagi tempoh 100 hari?

 


Ketua AMK, Akmal Nasir menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung kabinet baharu adalah mendukacitakan kerana menganggapnya sebagai kabinet Perikatan Nasional (PN) ‘kitar semula’.

Beliau berkata, Perdana Menteri telah melepaskan peluang yang terbaik untuk melangkaui kegagalan kerajaan PN sebelum ini, ketika rakyat mengharapkan barisan menteri yang baharu mampu membawa Malaysia keluar dari krisis pandemik dan krisis ekonomi.

"Namun Menteri yang dilantik adalah di kalangan majoriti menteri sama yang gagal menunjukkan sebarang pencapaian membanggakan.

"Contohnya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) yang dikecam susulan perkembangan ekonomi yang lembap serta kluster-kluster Covid yang dikaitkan dengan kilang masih dikekalkan sebagai Menteri Kanan.

"Selain itu, Menteri Pendidikan yang tidak berupaya menetapkan halatuju pendidikan negara serta pendekatan yang tidak konsisten serta menyusahkan ibu bapa dilantik semula untuk terus menerajui Kementerian Pendidikan.

"Manakala, keputusan mengekalkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipersoalkan kerana tidak menunjukkan kesungguhan menyelesaikan isu-isu terutamanya berkaitan penderaan dan kesihatan mental sepanjang pandemik menunjukkan tiada perubahan yang akan berlaku," katanya.

Justeru, Akmal mempersoalkan sama ada lantikan semula menteri-menteri yang gagal menggalas tanggungjawab sebelum ini merupakan habuan sebagai balasan menyokong Perdana Menteri.

"Perkara ini dilihat sama dengan amalan "scheme of things" yang diamalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

"Ini amat ketara bila bukan sahaja menteri yang sama dilantik ke jawatan sama atau ditukar kementerian, malah saiz kabinet juga amat besar dan merupakan satu pembaziran bilamana negara perlu memfokuskan kepada kewangan, kebajikan dan kelansungan kehidupan rakyat," katanya.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut mempersoalkan komitmen Perdana Menteri terhadap mengangkat agenda anak muda.

"Apakah Perdana Menteri benar-benar ingin mengangkat isu belia bila Menteri Belia dan Sukan sendiri bukan dari kalangan belia manakala tiada muka-muka baru pimpinan muda yang dilibatkan dalam kabinet beliau?

"Jaminan Perdana Menteri bahawa tempoh 100 hari bagi membuktikan pencapaian mereka juga adalah tidak masuk akal, apabila kelompok yang sama telah terbukti gagal menangani krisis sepanjang 533 hari memerintah malah menjadikannya semakin teruk," katanya.