Mari kita ingat pesanan Imam As Syafie R.A ketika beliau ditanya
oleh seorang anak muridnya, " Wahai Imam, nanti di akhir zaman, akan ramai
lahir pemimpin yang zalim, jadi bagaimana kami ingin tahu akan pemimpin yang
berjuang pada landasan Islam yang betul?".
Iman As Syafie R.A menjawab, " Kalau kamu ingin mengetahui,
kamu carilah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya. Maka,
kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana sesungguhnya dia sedang
berjuang di jalan yang benar".
Sesiapa sahaja yang memperjuangkan Islam, menentang korupsi dan
menegakkan keadilan, pasti akan menemui pelbagai fitnah dan mehnah di
hadapannya oleh musuh-musuh yang tidak mahu meninggalkan amalan rasuah dan
tidak mahu melihat keadilan Islam itu tertegak.
Namun, jika perjuangan yang kita lalui itu adalah laluan yang
senang dan selesa, tanpa diuji, mudah mendapat jawatan dan kedudukan, maka
muhasabahlah kembali, apakah benar jalan yang kita pilih itu? atau sebenarnya
ia hanyalah kaca dari timbunan kaca yang bersembunyi di dalamnya permata yang
berharga.
Sejarah mencatatkan ramai di kalangan pejuang bahkan para ulamak
besar yang menerima ujian berat serta fitnah sepanjang hidup mereka. Imam Abu
Hanifah R.A, (Imam mazhab Hanafi) pernah dipenjara oleh Penguasa di zaman
Abbasiyah kerana enggan menerima jawatan Qadhi. Sebelum itu, di zaman Umayyah,
beliau pernah ditahan kerana enggan menjadi hakim. Beliau mempertahankan
prinsip dan kepercayaannya dari mengejar jawatan dan kedudukan sehingga sanggup
terpenjara, Beliau wafat ketika di dalam penjara.
Imam Malik R.A (Imam mazhab Maliki) pernah dihukum gabenor Kota
Madinah ketika era Abbasiyah karena mengeluarkan fatwa bahwa hukum talaq yang
dilaksanakan penguasa tidak sah. Ketika itu, Kerajaan Abbasiyah membuat fatwa,
iaitu seluruh penduduk perlu taat kepada pemimpin. Jika engkar, akan terjatuh
talaq atas isterinya. Imam Malik R.A membantah fatwa tersebut karena
meriwayatkan hadith bahawa tidak ada talak bagi orang yang dipaksa.
Imam mazhab Syafie, Imam As Syafie R.A juga tidak terlepas dari
ujian dan fitnah. Beliau telah difitnah kononnya mengikut Syiah dan cuba
menggulingkan kerajaan Khalifah Harun Ar Rasyid, Kemudian Imam Syafie
ditangkap. Tangan dan kakinya diikat dengan rantai, lalu diarak di jalanan
sebagai sosok yang tertuding melawan kekuasaan negara. Namun akhirnya, beliau
dibebaskan setelah Khalifah menyedari itu merupakan satu fitnah jahat
terhadapnya. Khalifah yang adil apabila dia mengetahui seseorang itu difitnah,
maka orang itu akan dibebaskan.
Imam Ahmad bin Hambal R.A (Imam mazhab Hambali) pernah
dipenjarakan kerana enggan mengikuti kepercayaan kaum Muktazilah iaitu Alquran
itu adalah makhuk. Khalifah Al Makmun ketika itu memaksa para ulamak bersetuju
dengan pendapat bahawa Al Quran itu adalah makhluk. Imam Ahmad R.A tetap
mempertahankan kesucian Al Quran dengan menyatakan bahawa Al Quran itu adalah
Kalamullah, tidak boleh disamakan dengan makhluk. Beliau dipenjarakan dan
kemudiannya dibebaskan di era Khalifah Almutawakkil.
Imam Ibnu Taimiyah R.A juga berkali-kali ke penjara hanya kerana
beliau mempertahankan prinsip dan keyakinannya Begitulah hebatnya seseorang
yang mempertahankan prinsip sehinggakan tidak lagi takut untuk dipukul atau
dipenjarakan. Ada sesetengah pejuang itu sudah menganggap penjara sebagai hotel
mereka. Bagaimana dengan kita? Ramai yang megaku kononnya pejuang rakyat,
pejuang Islam, tetapi usahkan penjara, lokap pun tidak pernah mereka masuk
bahkan mahu membayar denda melanggar SOP Covid19 pun mereka cuba mahu lari
dengan berbagai alasan.
Kita samasekali tidak menyamakan Anwar Ibrahim itu dengan para
ulamak besar dan pejuang-pejuang hebat seperti di atas kerana terlalu jauh beza
martabatnya bahkan tiada sesiapa pun di dunia ini sekarang menyamai mereka.
Kita cuma boleh samakan perjuangan Anwar Ibrahim dengan para pejuang dan
pemimpin mutakhir ini. Laluan para pejuang dahulu kala untuk menyampaikan
kebenaran dan melawan kezaliman adalah sama yang dilalui oleh para pejuang masa
kini.
Para pejuang terdahulu menentang pemerintah atas dasar prinsip
dan kebenaran. Ulamak dahulu menolak jawatan yang ditawarkan oleh pemerintah
kerana mempertahankan prinsip meskipun terpaksa menanggung risiko dipenjarakan.
Ramai ulamak sekarang mengejar jawatan dan meninggalkan prinsip yang dipegang.
Ramai di kalangan mereka menghimpit para pemerintah yang silih berganti asalkan
mereka mendapat kedudukan.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden Pas) dan Almarhum Tok Guru
Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) salah seorang ulamak di era moden yang tidak pernah
menghimpit pemerintah dan menjadi pengampu, bahkan kedua mereka istiqomah
menentang pemerintah yang zalim dan lantang menegur kemungkaran pemerintah.
Kedua ulamak hebat ini akan membela orang-orang yang dizalimi dan difitnah
meskipun berlainan parti. Anwar Ibrahim adalah di antara pemimpin politik yang
telah mendapat pembelaan dari kedua tokoh hebat ini apabila Anwar difitnah dan
dizalimi.
Sehingga saat ini, Anwar terus difitnah dan dikhianati. Apakah
beliau mengalah? Merajuk atau berputus asa? Tidak. Dia mengajak kita semua
terus bangkit. Dia tolak semua tawaran atau perbincangan yang boleh melenyapkan
prinsipnya. Atas faktor itulah kita masih di sini dan terus berjuang.
WFAUZDIN NS