JANGAN MENGGELABAH


Nazril iznil



 SPRM menegaskan berdasarkan prinsip undang-undang, mana-mana individu yang disiasat tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, dan mempunyai peluang untuk membersihkan nama jika kes itu dibawa ke mahkamah. So jangan menggelupor sangat yer Daim



TERIMA KASIH. JANGAN MAKI MAKI YA...DOSA.


 

AWAS GOLONGAN AGAMA YANG AKAN DIHISAP DULU.


 

HANG PEMBOHONG- KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK BUKAN MAKI.TAPI PUJI TUAN TUAN. HARAP DI KEDAH SATU APA PUN TAK JADI.


 

YB VIRAL ORI- SAMPAI KE DAPUR DIA AMBIL TAHU. TERBAIK YB NI


 

TANAH KPG SETIA JAYA. ZAMAN MAHATHIR DIBERI PADA TRC..ZAMAN PN BAGI MASA 7 HARI. ZAMAN MADANI DIBAWAH MENTEEI SITI ZALEHA PINDAH BILA RUMAH SIAP.LEBAI PAS SUFI KAMARI INI YANG SEKOQ NI DOK FITNAH.BENGONG SUNGGUH


 

LANGKAH DEMI LANGKAH- AKHIRNYA MENUJU SG BULOH



 Zunar Cartoonist Fan Club






TUKAR KERAJAAN HANYALAH KHAYALAN. JKOM TIDAK LAGI BERFUNGSI DAN TERSERLAH KELEMAHAN MENTERI YANG DIPERKATAKAN.

 

LANGKAH DUBAI HANYA KHAYALAN, KALAU BENAR CUKUP JUMLAH, DI KEDAI MAMAK PUN BOLEH JATUHKAN KERAJAAN

Saya kadang-kadang hairan mengapa mereka dalam PH sendiri ikut teruja dengan gembar-gembur tidak benar kononnya ada Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan.

PN yang semakin kehilangan sokongan dan setakat ini sudah lima Ahli Parlimennya mengalih sokongan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Anwar Ibrahim, tiba-tiba PH pula yang percaya kerajaan hendak dijatuhkan.

Beberapa orang menghubungi saya bertanya tentang kebenaran Langkah Dubai itu.

Saya sebenarnya sudah menulis sebelum ini bahawa kerja menggembar-gemburkan konon Anwar akan jatuh hanyalah kerja dua tiga orang TikTokers yang sebelumnya adalah penyokong setia dan makan atas tapak tangan Najib Razak.B2oleh baca di sini –

Tetapi setelah Najib jatuh, mereka jadi berterabur mencari arah dan hanya baru-baru ini saja muncul beria-ia menunjukkan sokongan kepada PN.

Tetapi, sepanjang risik-risik dengan beberapa pimpinan PN, mereka sendiri tidak pakai dan tidak peduli sangat dengan TikTokers berkenaan.

Kata mereka, TikTokers berkenaan lebih menunjukkan kecondongan kepada Tun Mahathir Mohamad, bukan pun kepada PN.Begitu pun, siapa Tun Mahathir?

Ahli Parlimen bukan, ketua mana-mana parti pun bukan?

Hakikatnya, banyak pihak dalam PN sendiri tidak tahu menahu mengenai adanya Langkah Dubai yang diheboh-hebohkan itu, malah tidak peduli pun tentangnya.

Kata mereka, apa langkah pun untuk menjatuhkan kerajaan buat masa ini adalah tidak relevan untuk diusahakan kerana mustahil boleh dijadikan kenyataan.Bahkan, tiada pun pimpinan PN yang berusaha ke arah itu, hanya dua tiga TikTokers berkenaan saja yang siang malam bercakap berkenaan dengannya, walhal mereka bukan Ahli Parlimen dan tidak bercampur dengan Ahli Parlimen blok pembangkang.

Langkah Dubai dihebohkan kononnya ketika ini Yang Dipertuan Agong sedang bercuti di sana dan beberapa Ahli Parlimen dikatakan berusaha bertemu baginda untuk merundingkan pertukaran kerajaan.

Kononnya ada beberapa Ahli Parlimen berada di Dubai, termasuk Azmin Ali, Hishammuddin Hussein dan Hamzah Zainuddin.

Memang Azmin diketahui berada di Dubai, tetapi sebagaimana dimuatkan dalam media sosialnya, beliau hanya bercuti bersama keluarganya.Pokoknya beliau bukan Ahli Parlimen.

Hishammuddin Hussein juga menunjukkan di media sosialnya gambarnya sedang bercuti, tetapi tidak jelas di mana lokasinya.

Hamzah tidak dipastikan keberadaannya, ada yang mengatakan di Dubai dan apa juga mengatakan di London.

Beliau dikatakan sedang bercuti dengan keluarganya, sambil difahamkan ada urusan berjumpa anaknya yang belajar di London.

Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri pula sedang menunaikan umrah di Mekah

Mahiaddin Md Yasin dilaporkan bercuti di London bersama keluarganya sehingga 25 Januari depan.

Pemimpin Pas, termasuk calon Perdana Menteri mereka, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pastinya kini lebih sibuk menangani banjir di Kelantan dan Terengganu berbanding keghairahan menukar kerajaan.

Jadi, siapa yang ada di Dubai dan bagaimana boleh wujud konon ada usaha ingin menjatuhkan kerajaan?

Dalam hal ini ini, kalau Agong sedang bercuti bersama keluarga baginda di Dubai, untuk apa baginda mahu menyerabutkan kepala dengan hal-hal lain yang boleh diselesaikan di dalam negara?

Nak tukar kerajaan, bawalah usul undi tidak percaya dalam Parlimen atau kumpulkan seramai 112 Ahli Parlimen dan kemudian tunggu saja dipanggil mengadap ke Istana Negara?

Kenapa perlu sampai kejar baginda hingga ke Dubai?

Kalau benar sudah ada cukup jumlah, berpakat sambil minum teh tarik di kedai mamak pun boleh dan tak perlu pergi sampai ke Dubai.

Dalam hal ini, PH jangan sesekali terperangkap serta turut terbuai dengan sebarang spekulasi adanya langkah untuk menjatuhkan kerajaan.

Yang nyata setakat ini, ia hampir mustahil berlaku kerana jumlah Ahli Parlimen yang menyokong PN makin berkurangan, bukannya bertambah.

Gembar-gembur kejatuhan kerajaan hanyalah khayalan mereka yang terbuang dan tidak bertuan, sedangkan pimpinan PN yang waras dan bergelar Ahli Parlimen tenang-tenang saja serta tidak peduli tentang perkara itu.

Peliknya, bagaimana pihak dalam kerajaan sendiri, termasuk J-Kom yang melihatnya seolah-olah bakal menjadi kenyataan?

Di sini saja J-Kom sudah terlihat gagal, ingatkan agensi tersebut makin berfungsi setelah pemergian Dr Agus? – ShahbudinHusin 30/12/2023.



JANGAN KATA PN SAJA YANG BAGI DUIT. CYTRO PH PUN ADA YANG DAPAT DUIT. TAPI NAK LAWAN CYTRO PN MEMANG TAK NAMPAK PUN.

 

Ahmad Shukri Munir


Wang Yang berbillion Mungkin Trillion sebahagian nya Yg agak Besar dibelanjakan Untuk terus menjatuhkan kerajaan PMX.

 Mungkin Media Utama "Mereka" tak Boleh control sangat seperti dulu. Sekarang ni Hamlau Lahabau Macam Papagomo, Parpukari, Ratu kerbau, YB Viral, Cg Bahalol diberikan sedikit kekayaan Mungkin Jutaan Mereka dapat Untuk terus menghamburkan kata kata kesat pada PMX. 

Puak Puak PAS Yang sepatutnya berkhemah dan penuh kesantunan pun sudah terikut ikut menghina mengaib memaki Hamun seperti Akan mendapat pahala menghina PMX Kita Ini. Mungkin juga Wang bertaburan dipuak Itu Untuk meneruskan perjuangan TUN TUN Yg menggelupor dihujung usia orang orang Tua Korup Ini. End Game - Biar Malaysia Jahanam 

Setiap Malam tengok Cytro dan Walaun dalam Tiktok asyik mencerca orang bikin hidup di Malaysia Ini memualkan memalukan dengan adab sopan orang Melayu tercemar dilihat bangsa dan orang orang luar. 

Wang Wang Haram Yg patut dikembalikan kepada rakyat Bernilai Trillion Ringgit berleluasa digunakan Untuk orang orang jahat dan Korup. Termasuk PAS.

Nauzubillah


Betapa Jahatnya orang Bernama Mahathir, Daim dan Taib Mahmud membolot harta Malik orang Malaysia Yg Susah.




UST AZHAR IDRUS PUJI PMX



Mohd Zarul Al Qasis


Alhamdulillah lah puji PMX dan baca ayat berkenaan taat kepada pemerintah.


Cuma kalau kawan-kawan ada video berkenaan UAI minta maaf atau perbetulkan balik ulasan beliau berkenaan ashabul kahfi yang menjadi punca polimik.


Kalau ada, maklumkan saya.


Terima kasih.



JERUNG BESAR MASUK PERANGKAP


 

BANYAK DUIT OOO...


 

LANGKAH DUBAI NI KERJA DUA TIGA EKOQ TIKTOKERS SAJA...PERSEPSI..


 

KEH..KEH..KEH...NAGA KA APA...KENA BALING DENGAN TEPUNG KOMAK DULU...SENDIRI CARI PASAL.,


 

JANGAN BIMBANG , ADA LAWYER BERBAYAR AKAN BANTU. INI SERIUS .RAMAI AKAN BERKORBAN UNTUK KERAJAAN MADANI

 


WOWWW…MENARA ILHAM BOLEH DISITA SEHINGGA 18 BULAN

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa oleh undang-undang untuk menyita Menara Ilham, bangunan pencakar langit setinggi 274m milik Daim Zainuddin dan keluarganya, sehingga 18 bulan sementara siasatan dijalankan, kata seorang peguam.


Fahmi Abdul Moin berkata, walaupun tiada sesiapa yang didakwa mengikut mana-mana undang-undang kanun, pihak pendakwaan boleh memohon kepada hakim Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 41 Akta SPRM supaya harta itu dilucut hak.


“Hakim kemudiannya akan mengeluarkan warta memanggil mana-mana pihak ketiga yang mempunyai kepentingan hadir ke mahkamah untuk menunjukkan mengapa harta itu tidak patut dilucut hak,” kata bekas timbalan pendakwa raya Bank Negara Malaysia itu.


Fahmi ditanya tempoh agensi penyiasat boleh membekukan aset alih dan tak alih sementara siasatan bawah akta tersebut dijalankan.


Beliau berkata, Akta SPRM lebih drakonian berbanding Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) apabila melibatkan rampasan harta tanpa pendakwaan.


Fahmi berkata, Akta SPRM membenarkan hak ke atas harta itu dilucutkan jika Daim atau sesiapa yang dikaitkan dengan harta itu berjaya didakwa.


“Sekiranya terdapat kesalahan predikat diutamakan, dan jika pihak pendakwaan memperoleh sabitan, maka hak ke atas harta itu boleh dilucutkan,” katanya kepada FMT.


Minggu lepas, dilaporkan bahawa Menara Ilham disita mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM sementara siasatan dijalankan.


Menurut Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib, ketua pengarah tanah dan galian di Kuala Lumpur diarah menyita harta itu dalam notis bertarikh 18 Dis.


Mana-mana individu yang ingkar notis itu boleh disabitkan kesalahan dan didenda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta itu, atau RM50,000, mana-mana lebih tinggi, dan dipenjara tidak lebih dua tahun.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mendedahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Daim, yang juga bekas menteri kewangan, atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan penyitaan bangunan pencakar langit 60 tingkat itu.


Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/30/sprm-boleh-sita-menara-ilham-sehingga-18-bulan-sementara-siasatan/



𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐈𝐆𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

 

















Kuala Lumpur, 30 Disember 2023 - Sebuah Pangsapuri 14 tingkat menjadi tumpuan serbuan pada kali ini. Hasil aduan yang diterima daripada orang awam dan risikan yang dilakukan selama seminggu. Penduduk di sekitar Pangsapuri risau akan kedatangan ramai warga asing yang menyewa di unit tersebut. Malah, ada segelintir daripada mereka yang menganggu ketenteraman awam penduduk sekeliling.  


Dengan kekuatan pegawai seramai 85 orang, hasil serbuan mendapati seramai 1000 orang telah diperiksa dan seramai 567 orang pedatang asing tanpa izin (PATI) yang berumur antara 1 hingga 55 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan. Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada warganegara Indonesia seramai 72, Myanmar 75, Bangladesh 252, Nepal 163, Filipina 4 dan India seorang.


Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. 


Sumber : FB  Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Media Sosial



MANA MP BERUAS, BILA LAGI NAK MINTA MAAF?


Semua pihak ternampak menolak cadangan Ahli Parlimen DAP Beruas, Ngeh Koo Ham agar dilantik pakar bukan Islam menganggotai jawatankuasa khas berkaitan undang-undang syariah.


Yang jelas, tidak ada sama sekali yang menyokong cadangan beliau itu.


Bahkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sendiri menganggap cadangan Ngeh itu suatu kekhilafan.


Katanya, perlu ditegaskan bahawa penubuhan jawatankuasa khas itu bukan ditentukan oleh jemaah menteri tetapi oleh Majlis Kebangsaan Hal-ehwal Agama Islam atau MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor dan mereka melapor secara langsung kepada MKI.


“Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang kemudian perlu dibawa ke jemaah menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan.


Berita penuh di sini – https://m.malaysiakini.com/news/691623


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar pula menyifatkan cadangan Ngeh itu tidak berasas sama sekali.


Ini kerana kata beliau, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam itu dianggotai para pakar Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sivil dan undang-undang Syariah.


“(Mereka) berkelayakan untuk membuat kajian, memberikan pandangan dan sumbang saran bagi memastikan jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni dapat dibuat bagi menyelesaikan semua isu yang berbangkit dalam perkara ini demi memartabatkan dan memperkasa perundangan Syariah dan sistem kehakiman Syariah di negara ini,” tambahnya.


Berita penuh di sini – https://m.malaysiakini.com/news/691628


Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.


Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.


Menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office hari ini, Sultan Selangor turut bertitah, MKI yang dipengerusikan baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.


Di sini berita selanjutnya – https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/478358


Menyusul hal yang sama, Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga turut bersuara agar urusan orang Islam tidak dicampuri oleh bukan Islam.


“Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor yang mengingatkan agar dihormati dan tidak dicampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di negara ini, saya mendukung penuh kenyataan tersebut,” demikian tegas Anwar.


Selanjutnya apa kata Perdana Menteri itu ada di sini – https://m.malaysiakini.com/news/691665


Kesimpulannya, apa yang diusulkan oleh Ngeh adalah ditolak dan tertolak sepenuhnya secara automatik.


Yang nyata, saranan beliau hampir-hampir mencetuskan bibit-bibit ketidakharmonian dalam negara ini yang telah memaktubkan Islam sebagai agama Persekutuan.


Soalnya, di mana Ngeh sekarang ini?


Bila lagi beliau mahu memohon maaf dan menarik balik cadangan tidak masuk akalnya itu?


Kenapa masih berdiam diri? – ShahbudinHusin 30/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/30/mana-mp-beruas-bila-lagi-nak-minta-maaf.html



Kenyataan Media Perdana Menteri 30 Disember 2023


Merujuk kepada kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan agar dihormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia, dan saya mendukung penuh kenyataan tersebut. 


Namun, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan bagi mengelak sebarang kekeliruan, pihak bukan Islam boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam suasana yang harmoni dan beradab.


ANWAR IBRAHIM


Foto: Arkib


Lepas ni jadi bodoh


Nik Hasyudeen


Semasa yang menjalankan firma perakaunan dahulu, saya ada seorang pelanggan yang dikira berjaya. Dia di antara pelanggan besar saya di ketika itu. Saya amat berterima kasih di atas sokongan beliau.


Namun, orangnya suka marah-marah dan apabila dia bercakap, dia menekan suaranya sehingga berdesing dan menjadi kecil.


Saya pernah menghadiri saya mesyuarat bersama beliau dan ahli-ahli pasukan pengurusannya. Saya dah lupa tajuknya tetapi seperti biasa dia marah-marah. Dia kata “bodoh-bodoh” ke atas muka setiap seorang ahli pasukannya. Tiba-tiba dia berhenti apabila memandang satu muka yang dia tidak kenal. Dia tanya “mengapa saya tak kenal muka kamu?”, lalu orang itu jawab “saya baru masuk”. Kemudian pelanggan saya kata “tak apa, lepas ni kamu jadi bodoh”.


Walaupun perniagaannya menjadi besar di satu ketika tetapi ianya tidak bertahan lama. Saya sudah lama tidak mendengar nama perniagaan berkenaan di kebelakangan ini.


Di dalam berniaga kita kena maksimakan potensi setiap warga perniagaan. Apabila mereka berkembang potensinya, sumbangan mereka kepada perniagaan akan bertambah dan إن شاءالله perniagaan kita akan berkembang di atas usaha kita bersama.


Jika kita bawa masuk orang dari luar dan dia menjadi bodoh disebabkan bekerja dengan kita, itu maknanya kita tidak begitu berjaya sebagai seorang pengurus dan pemimpin. Ahli pasukan kita akan bekerja disebabkan mereka takut kepada kita, bukannya kerana hormat dan mahu memaksimakan sumbangan mereka ke atas perniagaan.


Apabila Allah SWT mengurniakan sedikit kejayaan dan kesenangan kepada kita, itu adalah satu ujian. Adakah kita besyukur atau mula besar kepala dan berasa kita hebat. Orang yang besar kepada mudah menjadi sombong. Harta yang Allah pinjamkan pun dirasakan macam milik mutlak. Mulalah tengok orang lain dengan pandangan yang hina.


Penyakit besar besar ni boleh berjangkit kepada warga masyarakat dan negara. Berhati-hatilah dengan ujian kesenangan. Jika kita kata semua orang Islam bersaudara, adalah kita jujur dengan kata-kata itu? Jika kita bersemangat nak sokong saudara kita yang sedang diserang, sedarkah kita bahawa anak-anak mereka yang ada di negara ini tidak dapat bersekolah disebabkan status mereka dan sistem kita?


Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.




PERANGAI NETIZEN DAN CARA MENGAMANKAN DUNIA MAYA ANDA


Ditemui beberapa perangai netizen dalam FB seperti berikut ;


1. Tidak mampu membaca dan memahami tulisan orang lain dengan baik, lalu menyimpulkan maksud yang salah.


2. Suka menggeneralisasikan kenyataan seseorang yang sebenarnya khusus kepada kes tertentu seolah² hal demikian menjadi norma umum.


3. Gemar membuat screenshot kenyataan di luar konteks perbincangan lalu dijadikan isu utama sehingga ia menimbulkan fitnah dan salah faham. Sebab itu perlu lihat timeline dan isu yang diwacanakan waktu itu.


4. Obses forward kenyataan pihak lain dalam posting orang lain seolah² empunya posting tidak membaca kenyataan orang lain.


5. Meninggalkan komen di ruang pihak yang tidak dipersetujui, dengan kata² provokatif, nista dan tidak beradab selain semua perkara mahu dikaitkan dengan parti dan politik. Dalam bahasa lain, masuk ke dalam rumah orang secara tidak beradab.


Sedangkan perkara yang paling mudah jika tidak setuju dengan posting orang lain, kita boleh ;


1. Ignore tanpa memberikan sebarang komen. Dengan itu, anda belajar mengawal emosi.


2. Unfriend saja orang anda tidak suka. Ia bagus untuk kurangkan beban anda.


3. Jika keberatan, boleh atau delete hide posting/komen beliau.


4. Berikan jawapan balas dalam.posting sendiri, jika perlu. FB anda, hak anda.


5. Komen hanya dalam posting kenalan rapat kerana mereka kenali sikap anda.


Jika anda menjauhi LIMA perangai buruk dan LIMA perangai baik yang saya sebutkan di atas, dunia FB anda akan aman dari celaan dan makian. Fikiran pun tenang.


Dr HK

Tempat sejuk

28.12.2023



WOIIII- HANG KUTUK ORANG TAK PA...KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN .TU PUJIAN.



 Panaih nampak? Hahaha...


Takdak la. Bukan orang marah hang karok. Cuma tak berkenan je. Satunya sora hang tak sedap. Keduanya, banyak lari tempo. Itu tak kira hat pithcing lari lagi.


Tapi hat paling penting, sebab masa DS Anwar nyanyi dulu hang bukan main kutuk. Ada video hang dok kata pemimpin ni menyanyi pun orang ambik kira.


DS Anwar menyanyi secara kebetulan kerana diajak dalam satu program. Hang pulak nyanyi (1) dalam TikTok, (2) awai pagi dan (3) dengan anak dara pulak tu. Kena tang hang tak salah no?


Sebelum ni DS Anwar bergurau minta nombor telefon seorang pelajar, yang sebenarnya nak menunjukkan beliau kagum kecerdikan pelajar tu, pemimpin parti hang bukan main lagi kutuk. Macam-macam kata.


Siap kata menghina perempuan. Tapi hang yang buat, jadi halal. Itu ja masalahnya. Hang ingat orang nak kisah sangat kat hang ka? Takdak kerja aih nak sibuk pasai orang perasan macam hang. Tak guna seduit!


Kita cuma tunjuk kat rakyat yang hang dan parti hang memang hipokrit. Bukan perjuang Islam sangat pun. Tadi dok guna modai nak tipu walaun ja. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGONG DAP


1.    Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Dato’ Ngeh Koo Ham yang mencadangkan pelantikan pakar perundangan bukan Islam untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut.


2.    Jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor dan bertujuan untuk menasihati Majlis tersebut dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah.


3.    Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa.


4.    Perlu ditegaskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini bukan ditentukan oleh Jemaah Menteri tetapi oleh MKI dan mereka melapor secara langsung kepada MKI.


5.    Saya amat sedar bahawa kenyataan Dato’ Ngeh akan menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam.


6.    Ini tidak benar sama sekali. DAP menghormati kebijaksanaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan MKI.


7.    Masyarakat bukan Islam juga tidak perlu bimbang dalam perkara ini kerana  sekiranya sebarang pindaan undang-undang yang melibatkan hak bukan Islam, ia perlu diperhalusi dan diputuskan oleh Jemaah Menteri  dan seterusnya proses seperti biasa perlu dilaksanakan di Parlimen.


8.    DAP komited terhadap prinsip hormat-menghormati antara satu sama lain dan keharmonian antara agama dan kaum merupakan tanggungjawab kita bersama.


9.    Marilah kita mengakhiri tahun 2023 ini dengan semangat yang harmoni dan menyumbang kepada Malaysia yang makmur dan sejahtera pada tahun 2024.


 

LOKE SIEW FOOK

SETIAUSAHA AGUNG DAP


29 Disember 2023




TIADA SEORANG PUN DARI PEMIMPIN PAS DISENARAI SEBAGAI ULAMAK AHLI SUNNAH WALJAMAAH MALAYSIA. JOM LIHAT SENARAI BERIKUT.

 

*🗣️Sebarkan*


*Tiada seorang pun dari pemimpin PAS disenaraikan sebagai ulamak ahli sunnah Waljamaah Malaysia..*


*Presiden PAS Tuan guru haji Hadi pun tiada dalam senarai ulamak..*🤣


*Rupanya ulamak PAS ini hanya terpakai dlm MAJLIS SYURA ULAMAK PAS*


*Jadi penyokong PAS selama ini kena tipu dgn olamak politik PAS..*

🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣


*Senarai nama Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia.*

*Sumber: Ahli Sunnah Waljamaah*


Ramai ulamak, asatizah, ilmuwan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di Malaysia. Di antaranya ialah :


1. Maulana Aswadi (hadith)

2. Maulana Abdullah Amir (hadith)

3. Maulana Hussein Abdul Qadir (hadith)

4. Sheikh Wan Izzuddin (hadith)

5. Maulana Helmi, Tahfiz Pulau Tawar,

6. Maulana Johari, Tahfiz Sungai Salan Jerantut

7. Maulana Wan Mohd Adli, Tahfiz Sungai Badak Jerantut.

8. Baba Li Sepanjang (aqidah, feqh)

9. Sheikh Husni Ginting (aqidah, sirah, hadith)

10. Maulana Hasnul Hizam (hadith)

11. Tuan Guru Hj Salleh Pondok Sik Kedah (aqidah, feqh)

12. Tuan guru hj Abdul Wahab bin Hasan (Ust Awang Lanai)

13. Tuan guru Hj Rafaei Carok Salang prt pnjang

14. Tuan guru hj Bakar ( Belantek) Umar prt pnjang

15. Tuan guru Hj Rahim Jaafar Ulu Bakai Malau

16. Tuan guru hj Adnan Majid sg karangan pdg serai

17. Tuan guru ust Rosyam sg kob kulim

18. Tuan guru ust Ridhouddin bin tn guru hj Wahab mudir MIU mgkuang titi

19. Tuan guru hj Bakar Penanti

20. Tuan guru Ust Mutalib Md Arof kbg semang

21. Tuan guru hj Abdul Wahab pdg cempedak tasik glugor

22. Ust Salmi sg bakap

23. Sheikh Fahmi Zamzam (aqidah, feqh, tasawuf)

24. Sheikh Nuruddin al Banjari (feqh, tasawwuf)

25. Dato’ Wan Zahidi – Mantan Mufti Wilayah Persekutuan (Aqidah, feqh)

26. Dato Haji Mohd Salleh Hj Ahmad – (Aqidah, feqh)

27. Ustaz Dr Jahid Sidek (aqidah, feqh, tasawuf)

28. Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (aqidah, falsafah, pemikir Islam)

29. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki (aqidah, tasawuf,hadis)

30. Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (hadith)

31. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre (feqh)

32. Ustaz Nazrul Nasir (aqidah, feqh, tasawuf)

33. Ustaz Rashidi Abdul Wahab (aqidah, feqh)

34. Ustaz Khalif Muammar (aqidah, falsafah)

35. Ustaz Dr Nik Roskiman (aqidah, tasawwuf)

36. Ustaz Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah (Aqidah, falsafah)

37. Habib Ali Zaenal Abidin (sirah, tasawwuf)

38. Habib Najmuddin Othman Al-Khered

39. Ustaz Muhadir bin Hj Joll (aqidah, feqh)

40. Ustaz Dr Asmadi Mohamed Naim (aqidah, feqh)

41. Syeikh Hj Abdul Raof Bin Nurin (aqidah, feqh, tasawuf)

42. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis (aqidah, tasawwuf, tafsir, hadith)

43. Ustaz Ellyeen Aminen (aqidah)

44. Ustaz Al-Amin Daud (aqidah)

45. Ustaz Abdul Rahman ar Raniri (hadith)

46. Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain (feqh)

47. Ustaz Nik Nazimuddin – mudir madrasah khairuummah (feqh)

48. Ustaz Muhammad Subki Abd Rahman – mudir pondok repek pasir mas (feqh)

49. Ustaz Mazrisyam (feqh)

50. Ustaz Zamihan al Ghari (aqidah, feqh)

51. Ustaz Engku Ahmad Fadzil (feqh)

52. Ustaz Basir Mohamed al Azhari (aqidah, feqh)

53. Ustaz Abdullaah Jalil (feqh)

54. Ustaz Abu Zahrah Abdullah Tohir (aqidah, feqh)

55. Ustaz Umar Mohammad Noor (hadis)

56. Ustaz Ayman al Akiti (aqidah, feqh)

57. Ustaz Dr Afifi al Akiti (aqidah, feqh, falsafah)

58. Ustaz Dr Fauzi Hamat (aqidah)

59. Ustaz Dr Luqman Haji Abdullah- madrasah rahmaniah pondok lubuk tapah (feqh)

60. Ustaz Hafiz Mansor (aqidah, feqh)

61. Ustaz Ibrahim Masran – pondok ledang (Aqidah, feqh, tasawuf)

62. Ustaz Wan Haslan Khairuddin (Aqidah, dakwah)

63. Ustaz Mohammad Elias Al Malakawi – madrasah Khairuummah (aqidah, feqh)

64. Ustaz Shahul Hamid (dakwah)

65. Ustaz Mohamad Hanif Haron (hadis)

66. Ustaz Danial Farhan Dolmat

67. Ustaz Muhammad Fahmi Mohamed Amin

68. Ustaz Mustaffa Kamal bin Hamzah (Aqidah, tasawwuf)

69. Dr Shuhadak Mahmud

70. Ustaz Azahar Hashim

71. Ustaz faiz (pu Faiz)

72. Ustaz Don Daniyal Biyajid

73. Ustaz Zakuan Faiz (ibnu batoota)

74. Ustaz Wadi Anuar (aqidah, sirah) 

  75. Sheikh Ahmad Sheikh Said Al Linggi Mufti N9 Rasah (Aqidah, Fight, Tasawuf).                                    76. Sheikh Rashid Sheikh Said Al Linggi N9 Rasah (Aqidah, Fight, Tasawuf)    


Para ulamak, asatizah, ilmuwan agama ini ada di kalangannya yang mempunyai master, PhD, bergelar profesor dalam bidang masing-masing dan diiktiraf oleh ulamak dunia.


Ulamak berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal agama.


Seorang ulamak akhlaknya cukup tinggi dan alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.



TAK SALAH NAK TAKUT APA. KALAU ORANG BAWAH SIASAT,ORANG KAYA RAYA TAK PERLU SIASAT?





AMANAH TEMERLOH AKTIF BANTU MANGSA BANJIR









Ketua AMANAH Temerloh Cikgu Azizul turut  bersama mengiring YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail ke PPS SK Teluk Ira menyantuni mangsa-mangsa banjir.

Turut hadir Penyelaras Dun Kuala Semantan Dato’ Ridzuan Hazimin,Ketua-ketua jabatan,Penghulu,ketua kampung,kakitangan sokongan dan sukarelawan.

Semoga semua mangsa banjir tabah atas ujian dan didoakan keadaan banjir akan segera pulih.

#banjirtemerloh2024
#AmanahProgresifPeduli
#perpaduantemerloh



MENGENAI PENGANJURAN PROGRAM KEROHANIAN AMBANG TAHUN BARU 2024

 




KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

MENGENAI PENGANJURAN PROGRAM KEROHANIAN AMBANG TAHUN BARU 2024


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baru 2024 pada 31 Disember 2023 bertempat di tiga buah masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pelbagai aktiviti kerohanian diadakan sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di negara ini yang menjadi kelaziman menyambut tahun baru masihi dengan pelbagai aktiviti diadakan.


2. Masjid Negara umpamanya, akan mengadakan bacaan Surah Yaasin, majlis zikir dan doa selamat. Di Masjid Putra pula, selain aktiviti bacaan Yaasin, zikir dan doa selamat, akan turut diadakan ceramah khas ambang tahun baru yang akan disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustaz Aiman Ridhuan, Naib Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2022. Sementara di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula menampilkan program khas Ambang Gema Syukur dengan pengisian Kuliah Maghrib Khas, sesi Tadabbur Surah Al-Mulk dan refleksi. Program diteruskan pada 1 Januari 2024 dengan acara Qiamulail Tahun Baharu, Solat Subuh Berjemaah, Ceramah Khas Subuh 4 GAZA yang akan disampaikan oleh Ts. Dr. Abdelrahman Ibrahim salah seorang aktivis Palestin, slot International Quran Moment dan Forum Perdana Tahun Baharu yang menampilkan Imam Besar MTMZA, Ustaz Nor Azamir Hj. Alias dan Dr Hizul Azri. Selain itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut membuka aktiviti gerai jualan yang sebahagian hasil jualan akan disumbangankan kepada tabung Palestin.


3. JAKIM ingin mengajak seluruh lapisan masyarakat hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti kerohanian.  Di samping bermunajat dan berdoa semoga negara kita dijauhi dari segala musibah, bala bencana dan wabak penyakit, doa juga dipohon agar Palestin diberikan keamanan dari pergolakan yang berpanjangan.


Sekian.


Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff

Ketua Pengarah JAKIM


29 Disember 2023



HONORARIUM

 

Hapiz Kodiang


Sesetengah masjid memanggil penceramah tersohor dengan memberikan honorarium RM5-RM10K (sekadar contoh). Namun apabila pihak masjid maklumkan pada saya bayaran demikian tiada masalah kerana dengan kehadirannya, kutipan untuk masjid boleh mencecah RM30-RM50K. Ia berbaloi daripada menjemput yang biasa seperti saya, di mana kutipan pun hanya sekadar lepas untuk saguhati pengkuliah yang tidak seberapa. 


Itu yang membezakan penceramah yang boleh menyumbang kepada tabung masjid berbanding orang macam saya yang hanya sekadar untuk memenuhi jadual kuliah bulanan masjid.


Jangan diviral pada amaun honorarium yang besar sahaja. Lihat pada return kepada masjid. Bagi masjid² yang tidak mampu, jemput saja level² macam saya. Jangan bandingkan dengan masjid lain. Hal bayaran besar dalam sesetengah keadaan tidak jadi isu masjid yang ditadbir oleh golongan profesional, bekas teknokrat, businesmen dan hartawan di bandar² besar.


Kalimah "Saya" di sini merujuk kepada pengkuliah² biasa seperti saya sendiri! Kita tidak cemburu pun dengan kelebihan Ustaz Ustaz Azhar Idrus dan angkatannya... mereka ada sumbangannya tersendiri.


Saya pernah terbaca mengenai seorang wazir* kepada Sultan Nuruddin al-Zanki bersama Kamaluddin yang sering dibayar 10K Dinar bagi setiap nasihatnya kepada kerajaan. Wazir² lain tidak berpuas hati kerana mereka juga memberi nasihat tetapi dibayar gaji biasa. Sultan Nuruddin berkata setiap nasihat Kamaluddin sangat berkesan untuk kerajaan berbanding nasihat kalian yang tidak bermanfaat langsung. Bayaran gaji yang kalian terima itu sudah cukup banyak untuk kalian sebenarnya.


Dr HK

27.12.2023


* Kisah ini memang disebut dalam mukadimah pengarang kitab Fasl al-Din 'an al-Dawlah. Mungkin saya tersilap sebut nama.sebenar wazir itu. Nanti saya akan pastikan kesahannya.




CUBAAN TEBUK ATAP: PN ATUR LANGKAH DUBAI!*



Bimbang dengan Kerajaan Perpaduan yang semakin stabil dan diterima oleh rakyat, pembangkang kini menggerakkan satu lagi usaha merampas kuasa secara ‘tebuk atap’.


Terbaru beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kini berada di Dubai terlibat dalam pertemuan tertutup. Ia dipercayai turut dihadiri oleh dua Ahli Parlimen BN dan akan juga bertindak sebagai mewakili kelompok tertentu. 


Kalau suatu ketika dulu, PN pernah mendapat kuasa memerintah melalui Langkah Sheraton atau Sheraton Move, kali ini pula melalui apa yang dipanggil sebagai Langkah Dubai. 


Difahamkan kelompok Ahli Parlimen itu sedang berusaha untuk mengadakan sembah mengadap ke atas Yang diPertuan Agong (YDPA) yang telah berada di Dubai bagi urusan lain. 

Tidak pasti sama ada mereka berpeluang untuk menghadap baginda Tuanku tetapi setakat ini, ia nampak sukar. 


Tempoh YDPA Al-Sultan Abdullah akan berakhir 31 Januari 2024 sebelum diambilalih oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. 


Perkembangan terbaru ini memperlihatkan betapa PN terdesak untuk merebut kuasa dengan mencabuli proses demokrasi. 


Melalui gerakan yang diatur, beberapa pemimpin Pas dan Bersatu cuba mendapatkan sokongan sebahagian Ahli Parlimen BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).


Antara tawaran yang diberikan kepada BN (termasuk MCA dan MIC) ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menteri kabinet kanan kepada beberapa pemimpin serta pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 


Langkah tersebut antara lain bertujuan menarik sokongan orang Melayu dan akar umbi UMNO khususnya, bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu nanti. 


Ternyata PN mahu memanipulasi isu pengampunan dan pembebasan Najib bagi kepentingan politik sempit iaitu hanya untuk tujuan mendapatkan kuasa. 


Turut dirangka adalah mewujudkan semula Muafakat Nasional sebagaimana pernah dirintis oleh UMNO dan Pas selepas PRU-14. 


Seorang bekas Perdana Menteri dan bekas menteri kanan daripada UMNO adalah di antara beberapa pemimpin UMNO yang bekerjasama dengan PN bagi menjayakan percaturan terbaru ini. 


Kedua-duanya mengambil pendekatan baling batu sembunyi tangan namun perkara tersebut dapat dihidu lebih awal. 


Beberapa pemimpin UMNO termasuk yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan rombakan Kabinet baru-baru ini, turut diambil kesempatan oleh PN dengan menawarkan kedudukan lebih baik.


Menurut sumber, PN juga sedia menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada PBB dan autonomi yang lebih besar selain 20 peratus royalti hasil minyak kepada Sarawak.


Walaupun pelbagai pihak dan rakyat telah menolak sebarang gerakan untuk menukar kerajaan secara tebuk atap demi kestabilan, PN masih berterusan melakukan usaha tersebut tanpa rasa bersalah dan malu. 


Terdapat desas-desus percaturan terbaru ini mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang bekas menteri kanan yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa. 


Antara asas kepada gerakan ini kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam pentadbirannya, ditolak oleh majoriti orang Islam dan faktor DAP makin berpengaruh termasuk agresif membuat pelbagai tuntutan untuk kepentingan kaum tertentu.


Sementara itu, sumber yang rapat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Langkah Dubai tidak akan membawa sebarang impak dan UMNO akan terus teguh menyokong Anwar. 


Menurut komen ramai netizen di media sosial pula, gerakan menumbangkan kerajaan seperti Langkah Dubai ini tidak akan berjaya kerana rakyat sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan. 


Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah kestabilan politik dan keharmonian bagi menjamin kesejahteraan negara termasuk menarik lebih banyak pelaburan asing. 


Berdasarkan semua petunjuk Langkah Dubai percaturan PN tidak akan berhasil malah boleh menjadi senjata makan tuan. 


Rakyat akan lebih simpati kepada kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar yang diketahui umum bekerja keras. Sebaliknya PN dilihat asyik mahu sabotaj negara.


Oleh Zamani Zaman



Apa teruk sangat PAS ni? Dah hutang bayarlah.


Zainuddin Omar


Orang yang dihutang pun tengah terlantar di hospital sakit tenat. 


Hutang parti sendiri pun tak terjaga ada hati nak jaga negara? 


****************

PAS dan dua pihak lain menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Dis lalu berhubung keputusan kes tuntutan hutang syarikat bekas pencetak Harakah.


Dua pihak terbabit ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, dan penerbit Harakah, Galeri Media Serbaneka Sdn Bhd.


Kedua-dua mereka bersama PAS menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Dis lalu.


“Perayu-perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim mahkamah sesyen selain keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan di Kuala Lumpur pada 5 Dis 2023 merayu kepada mahkamah tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut


“(Ia) memutuskan bahawa permohonan responden (kandungan 9) bertarikh 2 Okt 2023 untuk penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap perayu-perayu atas tuntutan responden inter alia perayu-perayu membayar kepada esponden sebanyak RM656,233.69, faedah pada kadar 5 peratus setahun ke atas RM656,233.96 dikira dari tarikh 5 Disember 2023 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM3,000 di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012,” kata notis rayuan yang difailkan Tetuan Faizi & Associates yang mewakili perayu berkenaan.


Terdahulu Malaysiakini pada 5 Dis lalu melaporkan bekas pencetak Harakah memperoleh penghakiman terus mengarahkan PAS membayar hutang sebanyak RM656,233.69.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu membenarkan permohonan NAJ Resources (M) Sdn Bhd untuk penghakiman terus (keputusan tanpa perbicaraan penuh) terhadap ketiga-tiga defendan tersebut.


Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, peguam bela plaintif Putra Taulan Rasul mengesahkan pihaknya menerima notis rayuan berkenaan semalam.


Menurutnya mahkamah menetapkan 11 Jan depan sebagai tarikh bagi pengurusan kes.


“Ya, mereka ada failkan rayuan. Notis rayuan diserahkan kepada kami pada 28 Dis.


“Tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 11 Jan 2024,” katanya.



TUNGGU SAT...NAK KENA TUNGGU DUIT LU. MUNG SABO SABO LU. KITA NAK TENGOK KETA AT DULU.

 



BAND BARU LAGU BARU.KEH..KEH..KEH


 

TU DIA AIHHH..KENA GODAM LAK..

 

Pendakwah Teknologi


Page FB KPDN Melaka telah diambil alih oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mohon cadangan untuk membantu pihak KPDN Melaka.






JANGAN SALAH SANGKA..5 HARI JA DEPA NANTI PELUK ISLE.

 Group Rafizi.


Dalam diam2 Lobai mesra dengan Yahudi nampakkk...

Heheheee...

😎😎😎




APA NAK KALUT..BANJIR TUNGGU DULU. KAMI NAK SELESAI BAB KETA NIH..



W.Faudzin


 Semoga rakyat Terenganu yang menjadi mangsa banjir, banyakkan bersabar ok.  Lupakan dulu bantuan itu ini, berilah laluan kerajaan negeri beli kereta baru buat Exco2 mereka dulu.   Selesaikan masalah mereka dahulu ok.  Bukankah kita yang lantik mereka ?


DENGAR KATA ADA DAH YANG DIBAYAR UNTUK PERTAHANKAN DAN PERKENALKAN KERAJAAN MADANI. APA NAK RISAU .,


Sayangi Negaraku




 PDRM Harus Ambil Tindakan Keras Komplot Guling Kerajaan YPDA


1. Tun M dan Tun Daim bersama sekumpulan ahli semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan. 


2. Jurucakap mereka pula terus ditaja untuk Menghasut rakyat menggulingkan kerajaan YPDA. 


3. PDRM dan pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap segala komplot mereka. 


4.  Undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Hasutan perlu digunakan untuk menyiasat dan mendakwa mereka. 


5. KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) Seksyen 505 - Kenyataan-kenyataan yang Mendatangkan Khianat Awam juga boleh digunakan kepada kumpulan yang kini giat merancang siri pembelotan terhadap YDPA. 


6. Segala komplot ini bukan sahaja memiliki unsur pengkhianatan dan penghinaan kepada YPDA malahan turut adalah satu ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara.


7. Kesemua ini adalah adalah perkara serius yang akan memberi risiko kepada ekonomi negara. Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 427 - Melakukan khianat sehingga menyebabkan kerugian berharga sebanyak dua puluh lima ringgit.


8. Jurucakap yang sengaja melakukan provokasi yang boleh memecahkan keamanan awam pula boleh didakwa Seksyen 504 Kanun Keseksaan. 


9. Penyebar - penyebar yang terus menyebarkan sebarang berita yang akan mengancam kestabilan negara pula perlu didakwa atas  Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


10. Oleh sebab itu , pihak PDRM dan semua agensi berkaitan perlu tegas memulakan tindakan siasatan , tangkapan dan pendakwaan.