Lepas ni jadi bodoh


Nik Hasyudeen


Semasa yang menjalankan firma perakaunan dahulu, saya ada seorang pelanggan yang dikira berjaya. Dia di antara pelanggan besar saya di ketika itu. Saya amat berterima kasih di atas sokongan beliau.


Namun, orangnya suka marah-marah dan apabila dia bercakap, dia menekan suaranya sehingga berdesing dan menjadi kecil.


Saya pernah menghadiri saya mesyuarat bersama beliau dan ahli-ahli pasukan pengurusannya. Saya dah lupa tajuknya tetapi seperti biasa dia marah-marah. Dia kata “bodoh-bodoh” ke atas muka setiap seorang ahli pasukannya. Tiba-tiba dia berhenti apabila memandang satu muka yang dia tidak kenal. Dia tanya “mengapa saya tak kenal muka kamu?”, lalu orang itu jawab “saya baru masuk”. Kemudian pelanggan saya kata “tak apa, lepas ni kamu jadi bodoh”.


Walaupun perniagaannya menjadi besar di satu ketika tetapi ianya tidak bertahan lama. Saya sudah lama tidak mendengar nama perniagaan berkenaan di kebelakangan ini.


Di dalam berniaga kita kena maksimakan potensi setiap warga perniagaan. Apabila mereka berkembang potensinya, sumbangan mereka kepada perniagaan akan bertambah dan إن شاءالله perniagaan kita akan berkembang di atas usaha kita bersama.


Jika kita bawa masuk orang dari luar dan dia menjadi bodoh disebabkan bekerja dengan kita, itu maknanya kita tidak begitu berjaya sebagai seorang pengurus dan pemimpin. Ahli pasukan kita akan bekerja disebabkan mereka takut kepada kita, bukannya kerana hormat dan mahu memaksimakan sumbangan mereka ke atas perniagaan.


Apabila Allah SWT mengurniakan sedikit kejayaan dan kesenangan kepada kita, itu adalah satu ujian. Adakah kita besyukur atau mula besar kepala dan berasa kita hebat. Orang yang besar kepada mudah menjadi sombong. Harta yang Allah pinjamkan pun dirasakan macam milik mutlak. Mulalah tengok orang lain dengan pandangan yang hina.


Penyakit besar besar ni boleh berjangkit kepada warga masyarakat dan negara. Berhati-hatilah dengan ujian kesenangan. Jika kita kata semua orang Islam bersaudara, adalah kita jujur dengan kata-kata itu? Jika kita bersemangat nak sokong saudara kita yang sedang diserang, sedarkah kita bahawa anak-anak mereka yang ada di negara ini tidak dapat bersekolah disebabkan status mereka dan sistem kita?


Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.




No comments: