𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐈𝐆𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

 

















Kuala Lumpur, 30 Disember 2023 - Sebuah Pangsapuri 14 tingkat menjadi tumpuan serbuan pada kali ini. Hasil aduan yang diterima daripada orang awam dan risikan yang dilakukan selama seminggu. Penduduk di sekitar Pangsapuri risau akan kedatangan ramai warga asing yang menyewa di unit tersebut. Malah, ada segelintir daripada mereka yang menganggu ketenteraman awam penduduk sekeliling.  


Dengan kekuatan pegawai seramai 85 orang, hasil serbuan mendapati seramai 1000 orang telah diperiksa dan seramai 567 orang pedatang asing tanpa izin (PATI) yang berumur antara 1 hingga 55 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan. Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada warganegara Indonesia seramai 72, Myanmar 75, Bangladesh 252, Nepal 163, Filipina 4 dan India seorang.


Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. 


Sumber : FB  Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Media Sosial