PESANAN ANWAR SEMPENA HARI BUMI SEDUNIA


Hari ini kita memperingati Hari Bumi untuk kali yang ke-50. Tarikh ini diabadikan bagi meningkatkan tahap kesedaran kita tentang alam sekitar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga memilih untuk memperingati Hari Bumi pada hari yang sama Perjanjian Iklim Paris dikuatkuasakan, iaitu pada 2016.
Malaysia adalah salah satu negara yang menandatangani perjanjian tersebut.
Hari Bumi 2020 diperingati tahun ini dalam keadaan dan situasi yang berbeza dari tahun-tahun sebelum kerana cabaran dan kesan dari kemelut wabak yang telah begitu mengesankan industri-industri, kota-kota, dan ia telah mengurung jutaan warga di rumah.
Jangan kita lupa bahawa ia bukan sahaja kemelut kesihatan tetapi juga kemelut iklim.
Ini adalah peringatan terhadap impak perubahan iklim yang disebabkan dari pembangunan yang tidak terkawal, pertambahan penduduk, dan penghakisan sumber alam.
Kita telah saksikan pemusnahan habitat dan hidupan liar akibat dari kebakaran di merata tempat di seluruh dunia, banjir, dan juga malapetaka lain yang sudah menjadi kebiasaan dan kerap.
Di Malaysia, jerebu dan banjir telah menjadi acara tahunan yang menyebabkan sekolah-sekolah ditutup dan turut mengesankan aktiviti-aktiviti perniagaan.
Kes-kes pencemaran alam sekitar seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim tahun lalu juga telah memberi kesan kepada kesihatan warga.
Kematian Iman, badak sumbu Sumatera baru-baru ini menandakan spesisnya itu telah pupus di Malaysia. Terdapat juga spesis hidupan lain yang kini terus terancam dalam tingkat dan kadar yang cukup mengkhuatirkan.
Komuniti-komuniti orang Asli yang telah sekian lama menjadi penjaga dan pelindung alam sekitar terus menderita sementara pembangunan melampau dan pertimbangan politik menjadi keutamaan.
Malaysia berada di tangga ke 12 sebagai antara negara yang beraneka ragam di dunia menurut Indeks Biodiversiti Negara.
Kita harus belajar dari tragedi-tragedi lalu dan lindungi alam sekitar, hutan-hutan, dan sungai-sungai kita sebelum terlambat.
Generasi muda telah mendepani isu-isu besar terkait kesedaran alam sekitar. Usah kita gagalkan mereka.
Kita tidak sewajarnya meletakkan isu kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar sebagai antara kebijakan yang tidak diberi keutamaan.
Kita dikira gagal jika bertindak hanya setelah sesuatu tragedi berlaku, baik pencemaran alam ataupun malapetaka besar seperti banjir.
Kerjasama antara kita harus ditingkatkan. Saya menyeru kepada kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk sama-sama wujudkan kebijakan yang serius ke arah kelestarian dan usaha pemeliharaan untuk menggalakkan teknologi hijau.
Insentif wajar dilorongkan kepada industri-industri dan para pengguna yang komited kepada mengurangkan aktiviti karbon dan mereka yang melanggar undang-undang mesti dikenakan tindakan tegas. Kita harus bersama bertindak dalam memerangi ancaman ini.
ANWAR IBRAHIM
Presiden PKR
22 April 2020.

Peguam syarie: Tak pernah dengar lagi data 9 dari 10 orang Islam murtad*




Peguam syarie Fadhlina Siddiq berkata sebagai seorang peguam sebuah majlis agama Islam negeri, beliau tidak pernah lagi mendengar "data sembilan daripada sepuluh orang Islam murtad."

"Jika dakwaan ada sokongan data, sangat bagus. Jika hanya spekulasi dan mendatangkan rasa takut dan mengganggu ketenteraman awam, maka pihak berkuasa perlu menyiasat," gesanya pada suatu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau yang juga timbalan presiden NGO perlindungan kanak-kanak Family Empowerment (Fame), berkata urusan akidah merupakan tanggung jawab bersama institusi, badan dakwah dan umat Islam.

"Malah seluruh institusi di bawah Majlis Agama Islam akan bertungkus lumus menyelamatkan aqidah seorang muslim dengan pelbagai inisiatif.

"Ia termasuk usaha di peringkat Jabatan Mufti, NGO, bahagian mualaf dan Pusat Zakat serta Mahkamah Syariah," jelasnya.

Fadhlina yang juga bekas naib presiden (Helwa) Abim dipercayai mengulas dakwaan isu murtad yang tular di media sosial sebelum ini.

Terdahulu, anak perempuan presiden Umno, Nurulhidayah Ahmad Zahid semalam mendakwa - dan sempat tular selepas ditangkap layar - bahawa masalah murtad di negara ini begitu serius, lalu menarik perhatian warganet kerana dianggap tidak masuk akal.

Sesetengah mereka juga meminta Nurulhidayah menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Orang salah faham
“Fakta: Tahukah anda, 9 antara 10 orang Islam telah murtad?” begitu bunyi di permulaan hantaran Nurulhidayah di Instagram yang turut ada menyentuh tentang LGBT.

Bagaimanapun hantaran tersebut tidak lagi dapat ditemukan.

Menjelaskan isu itu, Nurulhidayah memohon maaf atas hantarannya yang diakuinya mengelirukan orang ramai.

“Orang dah salah faham, sebab saya yang buat orang keliru sebenarnya,” kata Nurulhidayah lagi.

Menjelaskan lanjut, kata Nurulhidayah, meskipun perangkaan "sembilan antara 10" itu bukanlah merujuk rakyat beragama Islam di Malaysia secara keseluruhannya.

Nurulhidayah juga berkata perangkaan itu bukanlah direka-reka malah dia mempunyai penjelasan mengenai perangkaan tersebut.

Nurulhidayah dikatakan memuat naik hantaran mengenai murtad itu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad, bersama suaminya.

Selain itu, dia turut memuat naik gambar pertemuan dengan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad, yang sebelum ini pernah menjadi setiausaha politik ayahnya, Ahmad Zahid Hamidi.

Hantaran itu menerima reaksi negatif kerana dikatakan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuaskan ekoran wabak Covid-19, dari 18 Mac hingga ke 28 April ini.

Nurulhidayah pada hari ini menafikan dia memadam hantaran berkaitan 'data' mengenai kadar murtad dalam kalangan orang Islam Malaysia seperti yang sebelum ini dimuat naik di Instagram.

Mendakwa ia berlaku secara automatik, Nurulhidayah berkata, memang penyedia media sosial seperti Instagram itu akan memadamkan hantaran jika menyentuh mengenai isu seperti murtad dan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


PASAR BORONG SELAYANG DITUTUP KERANA COVID-19






Menurut laporan, Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar pasar borong itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula semalam hingga 3 Mei depan. Terdahulu, Berita Harian melaporkan, pekebun dan pekerja warga asing dipercayai mengambil kesempatan menguasai tempat itu kerana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sejak 18 Mac lalu, peniaga pasar malam dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi. Apa yang berlaku umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan kelaparan. Tempat tumpuan peniaga pasar malam tempatan menyisih sayur di kawasan berkenaan, kini dikuasai warga asing. "Pekebun dan pekerja warga asing itu dipercayai mengambil kesempatan menguasai tempat itu kerana sepanjang tempoh PKP bermula sejak 18 Mac lalu, peniaga pasar malam dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi," menurut Berita Harian. Didapati, warga asing ini bebas berniaga di tapak itu serta parkir berdekatan secara terbuka setiap hari sehingga mengabaikan syarat-syarat penguatkuasaan PKP.

KATA ISLAM MEMIMPIN, MANA 1000 BAKUL MAKANAN ITU?






Untuk rekod, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ialah Dato' Kamaruddin Jaafar. Beliau bekas ahli UMNO yang melompat ke PAS, kemudian ke KEADILAN dan sekarang ke BERSATU demi melakukan kudeta bersama golongan kleptokrat. Nampaknya lompatan itu berbaloi kerana mendapat 1000 bakul makanan untuk diagih-agihkan kepada keluarga miskin di kawasannya. Malangnya, Kerajaan yang kononnya Melayu Islam ini bukan hanya menebuk atap dan mengumpil pintu belakang rumah yang mengisi mandat rakyat, malah memangsakan penghuninya. Ini jelas apabila sebelum ini Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mempertikai penafian Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Rina Harun mengenai status bakul makanan yang masih belum sampai di kawasan Ahli Parlimen pembangkang. Beliau berkata Rina Harun masih belum menjawab ke mana perginya bakul makanan Kementerian Kewangan untuk setiap kawasan Parlimen. "Betulkah bakul makanan telah diberikan kepada ketua-ketua bahagian Perikatan Nasional untuk agihan?" soalnya dalam satu kenyataan.

MUDAH MENTERI KEWANGAN KATA HARGA MINYAK JATUH MALAYSIA TAK TERJEJAS

UBAT ANTI-MALARIA GAGAL RAWAT COVID 19

Kluster Pengerang dikesan akibat aktiviti kunjung mengunjung



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kluster yang bermula di Pengerang, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-1508) kluster ini telah mula mengalami gejala pada 12 Mac 2020.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa telah dirawat di sebuah klinik swasta pada 16 Mac 2020 dan disyaki sebagai menghidap demam denggi.
Pada keesokan hari, beliau telah merentas beberapa buah negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac 2020.
“Keadaan kesihatan beliau mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac 2020 dalam keadaan yang kritikal.
“Beliau seterusnya disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 22 Mac 2020,” katanya.
Setakat 22 April 2020, kluster ini melibatkan sebanyak 15 kes positif COVID-19 iaitu 10 orang rakan sekerja dan lima orang ahli keluarga kes indeks, termasuk ibu beliau yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.
Katanya, sebanyak tujuh kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala lapan kes lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.
Secara keseluruhan, tiga kes di dalam kluster ini telah dirawat di ICU.
“Jangkitan dalam kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain adalah dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP,” katanya.

EEEhhhh...BANYAK PULAK ALASAN AIHHH


HAMSINA HAMZAH


Dulu masa BN memerintah, Pas kata susah nak laksanakan hudud sebab Pas bukan sebahagian dari kerajaan pusat.

Selepas itu, masa zaman PH, Pas kata susah nak laksanakan RUU355 sebab DAP menentang.

Sekarang Pas dah jadi sebahagian kerajaan pusat tebuk atap dikenali Penyamun Nasional (PNipu).

Dilantik pula ahli parlimen menjadi menteri jaga hal ehwal undang-undang.

Ini pula kenyataan dikeluarkan.

Ya, betul sekarang bukan masa sesuai lagi bincang isu RUU355.

Tetapi, kenyataan Pas ini nampak macam tak serius sangat pun nak perjuangkan RUU355.

Dulu, bukan main tunggang isu hudud, isu RUU355 demi meraih undi orang Melayu Islam.

Hahaha

Best kan tunggang isu agama dan perkauman demi mengenyangkan perut-perut lebai penipu Pas.


RENTASAN 668 | PANAS!!! INI PUNCA ZAHID HAMIDI HANTAR SURAT KEPADA MUHYIDDIN YASSIN?




MENARIK DALAM RENTASAN 668 1. KATA ISLAM MEMIMPIN, MANA 1000 BAKUL MAKANAN ITU? 2. PASAR BORONG SELAYANG DITUTUP KERANA COVID-19 3. SUDAH TAK DENGAR LAGI TENTANG HUDUD, KATA USTAZ AHMAD AWANG 4. PERIKATAN NASIONAL TERUS BERANTAKAN






[LIVE] Sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah


*Ustaz Ebit Liew* *21 Pesanan Bermakna Dari Beliau*



Posted on April 22, 2020

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*



Antara wabak Covid-19 dan Parasit

Antara wabak Covid-19 dan Parasit

Kami dari Pakatan Harapan (PH) terpaksa memohon kepada rakyat Malaysia supaya menghadapi realiti baru kerana kita tahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini jelas tidak melakukan apa yang kerajaan sendiri menyarankan rakyat melaksanakan. Banyak unsur hipokrit telah kelihatan.
Tidak pernah dalam sejarah dunia harga minyak dunia jatuh sehingga bawah aras negatif USD -37.63! Negatif USD tiga puluh tujuh dollar enam puluh tiga sen. Inilah realiti hari ini yang mengerikan.
Bagaimanapun semasa harga minyak jatuh dari US60 Ke USD25, kerajaan telah melantik duta Khas ke Timur Tengah, YB Haji Hadi Awang, bertaraf Menteri yang ke-71.
Semasa harga minyak jatuh dari US25 ke bawah negatif USD0, kerajaan melantik pula Duta Khas ke China, YB Tiong, bertaraf Menteri yang ke-72.
Entah berapa banyak lagi perlantikkan bertaraf Menteri akan diadakan sebagai habuan untuk memastikan survival kerajaan PN. Ada yang menyatakan secara lawak mungkin akan mencecah 112 supaya dijamin majoriti PN selamat hingga PRU15.
Semasa Kerajaan PN menyarankan rakyat menghadapi realiti baru dunia, kerajaan sendiri tidak melakukan yang sama untuk berjimat cermat, seperti ketam ingin mengajar anaknya berjalan lurus.
Sementara rakyat diminta berkurung di rumah serta ditangkap dan ada yang disaman RM1,000, Menteri, Timbalan Menteri, Exco serta anak Menteri PN bergerak bebas dengan jamuan dan solat berjamaah lagi tanpa tindakan yang sama dikenakan. Itu adalah juga realiti baru hari ini ala cerita P. Ramlee ‘Antara Dua Darjat’.
Datuk Seri Mustapa Mohamed dari Kerajaan PN telah menyatakan setiap USD harga minyak jatuh, Malaysia akan kerugian beratus juta ringgit . Bayangkan bajet Malaysia pada disember 2019 mengambil kira harga minyak di tahap USD60 berbanding dengan harga hari ini di tahap USD0!
Tetapi Kerajaan PN terus menambah perlantikan bertaraf Menteri demi Menteri dan berhasrat membahagikan lagi jawatan Ketua GLC dan jawatan korporat lumayan lain kepada MP dan penyokong kerajaan sebagai habuan tanpa mengira kelayakan individu atau implikasinya.
Apakah Menteri Kewangan yang dilantik dari Bank terkemuka tidak memberi nasihat sepatutnya?
Ada kelihatan kerajaan PN peduli keadaan kesihatan kewangan negara atau dunia hari ini? Mereka terus membahagikan harta negara selepas rampasan kuasa sesuka hati dan nafsu mereka.
Sesuatu makhluk yang menghisap darah makhluk lain sehingga kering tidak bermaya lagi, dipanggil parasit. Parasit hanya berminat menghisap khasiat kekayaan keluar dari tubuh makhluk yang dikuasai itu tanpa mengira akibat dan nasibnya asalkan dia kenyang. Apakah kerajaan PN hari ini ada karakter mirip parasit?
Mereka kelihatan tidak mengambil kira situasi keadaan negara serta dunia atau bebanan hutang negara selagi mereka boleh melantik kroni serta kuncu mereka mengaut kekayaan negara. Tidak banyak perbezaan sikap kerajaan dari era Najib berbanding sekarang asalkan golongan mereka kenyang.
Sebenarnya Malaysia amat malang kita dilanda dua wabak pendemik berbisa dalam waktu yang sama ia itu wabak global Covid-19 dan wabak tempatan parasit.
Parasit yang telah menghisap darah negara lebih 60 tahun telah dikalahkan oleh rakyat pada PRU14. Tetapi kerana pengaruhnya serta akar umbi yang agak masih wujud, parasit veteran 60 tahun berjaya mengambil alih semula melalui pintu belakang.
Walaupun wabak Covid-19 merupakan wabak global berusia beberapa bulan tetapi insya Allah dengan usaha global penawarnya akan dijumpai.
Wabak parasit berusia 60 tahun ini adalah lebih berbahaya kerana pengaruh tidak sihatnya yang telah berakar umbi di Malaysia kalau tidak dihapuskan segera akan menjadi gejala sebati tidak sihat rakyat untuk selama-lamanya.
Mungkin ubat dibawa oleh Kerajaan PH dahulu untuk mematikan parasit itu ada kalanya kurang enak ditelan, seperti langkah berjimat cermat, reformasi kewangan dan tiada pemberian tender secara terus ,tetapi ubat yang mujarab memanglah sedikit pahit untuk ditelan. Dalam waktu kurang 2 tahun kami tidak sempat merawat sepenuhnya penyakit 60 tahun dahulu.
Allah ingin menguji dan memberi sesuatu isyarat kepada rakyat Malaysia. Tidak beberapa hari selepas PN mengambil alih kerajaan, wabak Covid-18 makin merebak luas dan harga minyak jatuh dari harga bajet USD60 sehingga di bawah USD0 untuk pertama kali dalam sejarah dunia!
Rakyat perlu menilai adakah kerajaan yang mewah dan boros PN ini sesuai untuk menyelamat negara?
Rakyat ditangkap dan disaman jika melanggar peraturan yang sama yang Menteri dan Timbalan PN bebas mengadakan jamuan makan dan sembahyang berjemaah.
Antara wabak global Covid-19 dan wabak parasit tempatan, parasit adalah jauh lebih merbahaya kepada kita.
Parasit ini telah berada dalam kalangan kita lebih 60 tahun dan kemunculan semula parasit yang pernah ditolak rakyat ini adalah dalam bentuk lebih berbisa serta merbahaya kerana ianya pernah berakar umbi dalam badan kita.
Parasit ini telah tahu segala kelemahan kita dan tahu bagaimana hendak menakluki kita sepenuhnya.
Ingatlah pesanan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya ‘jangan jatuh dalam lubang yang sama dan digigit ular yang sama’, yang kini lebih berbisa dan ganas.

Panas! Umno Perak didakwa tuntut bermacam-macam kepada Peja

Panas! Umno Perak didakwa tuntut bermacam-macam kepada Peja


IPOH: Perak Today melaporkan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sedang dihimpit di dalam kerajaan Perikatan Nasional Perak.
Laporan tersebut mendakwa, Umno Perak ketika ini menuntut bermacam-macam perkara kepada Ahmad Faizal termasuklah berkaitan ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Umno juga didakwa telah menuntut agar Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Perak.
Berikut adalah tulisan penuh Perak Today tanpa nama penulis yang disiarkan melalui laman facebook portal tersebut:
______
Tak habis-habis kemelut politik di Perak ni. MB Peja sentiasa dihimpit, baik semasa dalam PH mahupun PN.
Kalau dulu ada DAP yang tak habis-habis desak MB dengan bermacam-macam tuntutan, kini UMNO pula dok tuntut macam-macam.
Dikatakan beberapa hari sebelum perlantikan exco Perak, Dr Zambry mohon menjadi Penasihat Ekonomi Kerajaan negeri.
Tidak dapat dipastikan sama ada permohonan itu dibuat terus kepada MB Peja atau disampaikan menerusi Pegawai Kanan Pejabat Mb. Namun, selepas angkat sumpah exco hinggalah mesyuarat exco pertama, tiada sebarang pengumuman dibuat daripada MB.
Kemudiannya diadakan perbincangan penamatan ahli majlis dan MPKK yang disusuli perbincangan perlantikan ahli majlis baru, namun ianya seperti menuju jalan buntu.
Apa tidaknya dengan karenah Umno yang masih ingin menjadi ‘ABANG LONG’ seperti sifat sebelum pru 14. PAS pula dianggap bersekongkol dengan PPBM dalam barisan exco memandangkan UMNO hanya ada 3 wakil buat masa ini.
Ini la sifat sebenar UMNO dalam Muafakat Nasional. Mereka ingat yang sikit itu mesti patuh pada yang ramai sedangkan yang ramai itu belum tentu dapat membentuk kerajaan kalau tiada yang sikit bersama.
Malah, apalah gunanya bilangan yang ramai jika yang satu dari PPBM itu lebih berkualiti. Ini yang UMNO ak faham. Sebab apa?
Sebab mereka lebih mementingkan kuasa dari rakyat. Mereka lebih mementingkan parti dari rakyat. Mereka lebih mementingkan diri sendiri dari rakyat.
Kejutan yang berlaku baru-baru ini apabila Zambry dilihat menggunakan Pengerusi Perhubungan UMNO yang sememangnya hanya mengikut telunjuk beliau.
Game apa yang Zambry nak buat ni?
Kerajaan dibentuk atas nama PN akan tetapi UMNO cuba gunakan Muafakat Nasional untuk memberi tekanan pada MB.
UMNO mahu MB Peja menjadi anjing dan tunduk kepada kehendak dan permintaan nafsu pemimpin-pemimpin UMNO. 
Difahamkan PAS tetap dengan keputusan awal jumlah ahli majlis yang telah dipersetujui dalam perbincangan dengan UMNO dan PPBM.
Ada juga cerita mengatakan UMNO meminta PAS menyokong mereka untuk desak MB ikut kehendak UMNO dan mendapat lebih 50% kerusi ahli majlis.
Tidakkah ini menunjukkan UMNO dan DAP tiada bezanya.
Naya PPBM terutamanya MB Peja kalau begini. Rakyat Perak dah cukup gembira apabila MB Peja menjadi hero rakyat sebab menentang kehendak DAP sewaktu memimpin PH.
Tapi hari ini, apabila MB Peja mengambil keputusan untuk bersama PN, watak DAP itu telah diganti dengan UMNO.

KALAU GANG DIA BUAT...KEMAIN...


MAN JACOB

Set dia bui derma tak pa boleh amik gambar dan sebar seluas-luas nya. Siap kepak lagi duit tu nak tunjuk bukan 50 rial tapi beratus-ratus rial.
Kalu UEL amik gambar jatuh hukum HARANG terus.
Itulah Lobai..tapi nak wat lagu mana, ada Ketua Lobai pun senyap dop kata apa apa...membisu je tengak segala salah laku anak buah nya.
Ada pernah dengar Ketua Lebai belasah Lebai Lebai yang buat salah?

DITUJUKAN KHAS BUAT MENTERI,TIM MENTERI,SUKU SAKAT MENTERI,DAN ANAK BEKAS MENTERI....



AZMIN TINGGALKAN BERSATU, TUBUH PARTI BARU?



Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang keahliannya dalam Bersatu masih kabur dan tidak begitu jelas, dijangka akan menubuhkan sebuah parti baru pelbagai kaum tidak lama lagi.

Parti baru itu adalah untuk menaungi perjuangan beliau bersama beberapa lagi bekas Ahli Parlimen dan pemimpin PKR yang sama ada dipecat atau telah meninggalkan parti itu.

Difahamkan, Azmin ada menyuarakan hasrat tentang menubuhkan parti baru itu kepada beberapa pihak yang rapat dengannya dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk merealisasikannya.

Difahamkan asas utama Azmin mahu menubuhkan parti baru pelbagai kaum itu ialah kerana wadah sebegitu lebih sesuai dengan jiwanya yang sudah sekian lama bersama PKR.

Berbanding Bersatu yang disertainya setelah dipecat daripada PKR, beliau hanya menyertai parti itu untuk mengukuhkan kedudukan Muhyiddin Yassin dalam usaha Presiden Bersatu itu merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Lagi pula, penyertaannya dalam Bersatu hanya diumumkan oleh Muhyiddin dan tidak pernah dibincangkan sama sekali dalam mesyuarat parti.

Dengan itu, keahliannya dalam Bersatu adalah kabur dan tidak jelas, walaupun diberikan tanggungjawab sebagai menteri kanan.

Tambahan lagi, dengan pertelingkahan yang dijangka berpanjangan dalam Bersatu antara Tun Mahathir Mohamad dengan Muhyiddin, Azmin juga merasakan tidak selesa untuk beliau terkait dengan perkara secara berterusan.

Lantaran itu, menubuhkan parti baru pelbagai kaum mirip PKR adalah pilihan yang wajar baginya untuk meneruskan perjuangan politik bersama kumpulan yang setia dengannya.

Asas lain yang mendorong Azmin mahu menubuhkan parti baru ialah ketidakyakinannya mampu terus mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dipegangnya sekarang jika bertanding menggunakan tiket Bersatu.

Hakikat yang sama diperkukuhkan lagi billa mana kesemua Ahli Parlimen dalam kumpulannya seperti Zuraida Kamaruddin (Gombak), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak) dan lain-lain semuanya menang pada PRU14 lalu di kerusi-kerusi campuran.

Parti pelbagai kaum itu juga bertujuan agar Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan bukan Melayu yang bersamanya dan ada kedudukan dalam kerajaan sekarang mempunyai lebih kemusabahan meneruskan perjuangan berbanding jika berada dalam Bersatu.

Maka, untuk memastikan beliau dan kumpulannya terus berpotensi menang dalam PRU akan datang, Azmin diberitakan tidak ada pilihan lain selain meninggalkan Bersatu dan menubuhkan sebuah parti baru yang mirip PKR.

Seterusnya, Azmin turut merasakan hanya dengan menubuhkan parti baru saja menjadikan beliau mungkin mampu menarik rakan-rakannya dalam PKR untuk beralih wadah perjuangan dan menyertainya.

Difahamkan ada beberapa pemimpin PKR yang sebelum ini lantang menolak Anwar Ibrahim, terutama bukan Melayu, tetapi kemudian membuat U-Turn untuk kekal dalam parti itu adalah kerana wadah yang disertai oleh Azmin ialah Bersatu iaitu sebuah parti Melayu mirip UMNO.

Begitu pun, Azmin dikatakan tidak akan tergesa-gesa menubuhkan parti baru itu dan kemungkinan ia hanya akan direalisasikan selepas berakhirnya pemilihan Bersatu atau setelah selesai episod usul undi tidak percaya yang bakal dibentangkan oleh PH bersama Tun Mahathir terhadap Muhyiddin di Parlimen. (ShahbudinHusin 22/04/2020)

MAKLUMAN



ANDA BOLEH MEMBANTU BLOG INI DENGAN KLIK PADA IKLAN.SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI...ADMIN.

APA KEJAYAAN NTAH...AKU TENGAH CARI NI..

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks mungkin yang mengatakan 'Hd Harakahdaily Yesterday at 8:15 PM "Kita faham PH cuba untuk mencari isu kerana mereka (PH) melihat kejayaan yang dibuat oleh kerajaan PN (Perikatan Nasional)." i HARAKAHDAILY.NET Tidak rencat langkah kerajaan tangani Covid-19 Ustaz Idris'

KENYATAAN KETUA AMK MALAYSIA: 22 APRIL 2020


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks


HENTIKAN LAYANAN ‘DOUBLE STANDARD’ TERHADAP WAKIL RAKYAT PAKATAN HARAPAN
Saya bersimpati dengan kejadian yang menimpa YB P Prabakaran, Ahli Parlimen Batu merangkap Ketua AMK Wilayah Persekutuan yang ditahan (kini dibebaskan dengan jaminan polis) dan disiasat di bawah Seksyen 186 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Berdasarkan laporan-laporan media, beliau telah hadir untuk turut-serta dalam mesyuarat yang melibatkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi kerajaan memandangkan ada kawasan di Taman Sri Murni iaitu dalam Parlimen Batu telah dikategorikan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan (PKPD).
Selaku Ahli Parlimen kawasan, beliau seharusnya diberi ruang untuk terlibat bersama dan memberi pandangan berdasarkan maklumat-maklumat ‘ground’.
Walaupun telah dihalang menghadiri pertemuan tersebut dan berlaku pertelingkahan, beliau telah meninggalkan lokasi dengan baik.
Kenyataan Menteri Kanan sebelum ini bahawa semua Ahli Parlimen boleh meneruskan khidmat dengan mematuhi SOP, perlu dijadikan panduan.
Dalam kejadian tersebut, Ahli Parlimen Batu hadir bukan bersama rombongan ‘entourage’ yang besar, malah beliau masuk ke bilik mesyuarat tidak menggunakan kekerasan.
Sehingga kini, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan terpaksa berikhtiar sendiri serta tidak dilibatkan dalam perbincangan dan penyelerasan pengurusan kawasan Parlimen masing-masing.
Saya menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri berkenaan bahawa Perikatan dan Pakatan Harapan perlu bekerjasama untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Ini teramat penting dalam keadaan kita perlu mencegah Covid19, membantu rakyat menghadapi PKP dan merangka perancangan post-PKP.
Maka, pemerintah perlu mengambil peluang ini dan bukan sekadar rhetorik untuk bersikap lebih jujur dan bertanggungjawab.
Layanan pilih kasih atau ‘double standard’ terhadap wakil rakyat Pakatan Harapan wajar dihentikan segera.
Terima kasih.
AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia

AIRMATA- DALAM SEHARI BELIAU BERJAYA PUJUK UNTUK BERPINDAH






Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat...Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah.. Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan. Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni. Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau. Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali. Pakcik yang stroke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer. Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah. Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum. Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.


JANGAN TERKENA VIRUS BUSUK HATI


nizam aka

Kenapa perlu DENGKI,SAKIT HATI dan CEMBURU dengan usaha-usaha murni Ustaz Ebit Lew? Sepatutnya sebagai seorang yang konon-kononnyanya ustaz dan seorang yang konon-kononnya pejuang parti suci murni,kamu menyokong dan bersama-sama dengan usaha yang dibuat oleh ustaz Ebit Le
 yang buruk hati dengan usaha-usaha Ebit Lew..Kamu pun nampknya seow..

Bukannya menjadi seorang penghasut dan seorang yang kaya raya..makan mewah..melancong keluar negara,tapi punyai hati yang sangat busuk..Inikah jenis ustaz yang dipuja-puja dalam Pas?