Benarkah Tun M runtuhkan PH?
Siapa buka “Pintu Belakang”?
Mengapa TunM letak jawatan PM?
TunM jawab, sebab dia tidak dapat sokongan dari parti dia sendiri, Parti Bersatu.
TunM jawab, sebab dia tidak dapat sokongan dari parti dia sendiri, Parti Bersatu.
1. Alasan TunM tu terlalu simple, satu alasan yg tidak kuat, tidak kukuh, terlalu lemah, untuk buat keputusan yg terlalu besar; letak jawatan PM.
Keputusan mengangkat TunM sbg PM, datang dari satu pakej; iaitu konsensus PH. Pasca PRU14, Parti TunM Bersatu , cuma dapat 12 kerusi Parlimen, bukan 112 kerusi Parlimen. Yang mencukupkan majoriti mudah 112 kerusi atau lebih, adalah sokongan dari ahli-ahli Parlimen PH yg lain; Amanah, DAP, PKR dan sokongan MP Warisan. Itu pakejnya.
2. TunM datang/dilantik sbg PM, hasil dari Mesyuarat @ Konsensus PH. Tapi TunM letak jawatan PM tanpa consult atau berbincang atau bermesyuarat dgn PH. TunM buat keputusan ‘seorang diri’ tanpa mesyuarat/consensus PH. Itu tidak ADIL bagi PH. Bagi pandangan yg lebih ekstreme, itu dah macam “Satu Khianat” kpd PH.
TunM tetap kekal sebagai PM, walaupun 12 MP Bersatu dan 10 MP PKR(Azmin) tidak menyokong TunM sbg PM di LUAR Parlimen. TunM hanya tergugur jawatan sebagai PM jika Undi Tidak Percaya ke atasnya berjaya dicapai dalam Parlimen. TunM sendiri amat arif hakikat ini, tapi TunM memilih untuk letak jawatan “mengaku kalah” kpd TS Muhyidin?
Adakah kita kenal TunM seorang yg mudah mengaku kalah dlm pertarungan Politik?
Adakah kita kenal TunM seorang yg mudah mengaku kalah dlm pertarungan Politik?
3. Pagi 24.02.2020, Anwar & LGE bergegas mahu jumpa TunM di Sri Perdana Putrajaya. TunM tiada di pejabat. Tak masuk pejabat pun. Anwar & LGE bergegas ke kediaman TunM di Seri Kembangan, dapat jumpa TunM. Anwar & LGE minta TunM tidak meletakkan jawatan, dan beri jamin PH beri sokongan padu kpd TunM untuk kekal sbg PM, walaupun TunM dah istihar letak jawatan Pengerusi Bersatu dan keluar PH.
Petang 24.02.2020, TunM ke Istana menghantar surat perletakan jawatan sbg PM, mengenepikan rayuan Anwar & LGE yg mewakili PH.
4. Kenapa TunM “keluar” PH?
Alasan TunM tu “terlalu simple”, satu alasan yg tidak kuat, tidak kukuh, terlalu lemah, hanya kerana tiada sokongan dari Parti nya Bersatu, dan Bersatu umum keluar PH, kerana TunM masih ahli Bersatu bermakna secara automatik TunM juga keluar PH.
Alasan TunM tu “terlalu simple”, satu alasan yg tidak kuat, tidak kukuh, terlalu lemah, hanya kerana tiada sokongan dari Parti nya Bersatu, dan Bersatu umum keluar PH, kerana TunM masih ahli Bersatu bermakna secara automatik TunM juga keluar PH.
Sedangkan TunM boleh sahaja kekal dlm PH, walaupun masih kekal dlm Bersatu kerana TunM mendapat sokongan padu dari PH. Sokongan itulah tunjang utama TunM berjaya jadi dan kekal sbg PM selama 22 bulan.
TunM letak jawatan Pengerusi Bersatu, tapi memilih untuk kekal sbg ahli Bersatu. Alasan TunM letak jawatan Pengerusi Bersatu juga tidak kuat, sangat lemah, kerana ikut perlembagaan Bersatu, TunM perlu ditewaskan melalui undi tidak percaya parti barulah gugur sbg Pengerusi Bersatu.
Jika TunM kekal sbg Pengerusi Bersatu, adakah ada ahli Bersatu berani usulkan Undi Tidak Percaya kpd TunM?
Jika Bersatu tidak sokong TunM sbg PM lagi, mengapa TunM masih percayakan Bersatu? Tidak logik keadaan begitu!
5. Semasa TunM sebagai PM Interim, TunM “mendedahkan cita2nya” mencadangkan konsep ala-Unity Government, jika dia dipilih sbg PM lagi sekali @ PM8, iaitu sebuah Jemaah Menteri yg dipilih TIDAK SEMESTINYA dari Parti2 yg mendapat Mandat Rakyat dari Pilihanraya Umum (ke 14). Ini sesuatu yg amat luarbiasa dari amalan sediakala, dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan TunM ini “tiba-tiba” sahaja muncul , yg tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH.
Sekali lagi TunM membuat keputusan sendirian, tanpa merujuk atau berbincang dgn sesiapa, termasuk PH. Ini satu tindakan yg tidak adil, bagi sesetengah pandangan ekstrem, ini seolah-olah “Satu Khianat” kpd PH.
6. Kronologi TunM; Meletak jawatan sbg Pengerusi Bersatu, tapi kekal sbg ahli Bersatu, sekaligus secara automatik TunM keluar PH, meletak jawatan sebagai PM PH (kerana sudah keluar PH), mencadangkan Unity-Government, semuanya ‘Keputusan Sendiriannya’ , yg jelas sangat tidak adil kpd orang yg mengangkatnya (PH) sbg PM dan setia menyokongnya (PH) selama 22 bulan. Hatta, di saat runcing PH (Anwar & LGE jumpa TunM) tetap memberi sokongan padu kpd TunM sbg PM.