RAKYAT AMERIKA PROTES LOCKDOWN


IBRAHIM MAT ISA





Semalam, satu rally secara aman telah digerakkan oleh rakyat Amerika Syarikat memprotes tindakan lockdown yang dikuatkuasa oleh pemerintah di sana.

Rally berkenaan atas keyakinan mereka bahawa manusia tidak boleh disekat kebebasan mereka dengan alasan yang berkaitan penyakit dan menafikan hak mencari sumber hidup.

Demikian sikap dan kecenderungan untuk berbalah hanya kerana nafsu yang tidak mahu dikongkong. Kejadian seperti ini berlaku sejak zaman dahulu juga berkaitan sikap tidak peduli akan hal wabak menular.

Sejarah perebakan pandemik secara berjemaah akibat pengabaian dan sifat sambil lewa pernah terjadi seabad lalu iaitu Perarakan Philadelphia.

Pandemik Spanish Flu yang memuncak pada tahun 1918-1919 telah meragut hampir 50-100 juta nyawa manusia di seluruh dunia jauh melebihi korban Peperangan Dunia Pertama. Mengikut jurnal, negara kita sahaja (Malaysia) telah melibatkan sekitar 40,000 nyawa.

Amerika Syarikat yang sedang dalam akhiran peperangan tersebut terdesak untuk menampung perbelanjaan perang telah berhasrat untuk menjual bon. Waktu itu sebaran penyakit Spanish Flu masih baru merebak dan masih dalam tempoh kuarantin.

Ahli-ahli politik telah bersetuju dengan penjualan bon tersebut yang dipanggil 'Liberty Loan' dan mereka berhasrat untuk mengadakan perarakan besar-besaran di Philadelphia dengan meraikannya bagi menaikkan moral mereka.

Walaupun mendapat tentangan daripada pesuruhjaya kesihatan agar membatalkan perarakan tersebut, namun ia mesti diteruskan sebagaimana yang dijadualkan. Malahan ahli-ahli politik tidak mengambil serius saranan-saranan yang telah dicadangkan semasa mengadakan perarakan.

Maka pada 28 September 1918, berlakulah perarakan besar-besaran seramai kira-kira 200,000 orang yang turut disertai oleh 600 kelasi dan 118 orang awam yang disahkan positif. Seluruh jalan raya dipenuhi dan padat dengan manusia.

Selepas TIGA HARI perarakan tersebut berlansung iaitu awal bulan November 1918, kesemua katil di 31 hospital di sekitar Philadelphia dipenuhi pesakit dan dalam masa seminggu, seramai 45,000 orang telah dijangkiti dan keseluruhan bandar ditutup.

Namun ia sudah terlambat, pada minggu kedua November 1918, 12,000 orang mati disusun bergelimpangan di tepi jalanraya. Dalam masa enam bulan sahaja sejumlah 500,000 penduduk Philadelphia telah dijangkiti.

SUMBER | History, The Week
Semoga kejadian buruk perangai manusia degil zaman lampau tidak berjangkit kepada manusia zaman kini di negara kita. Sama-sama mengambil pengajaran!
Imej mungkin mengandungi: teks mungkin yang mengatakan 'Spanish Influenza has endangered the prosecution of the WAR in Europe: There are1500 cases in the Navy Yard 30 deaths have already resulted sulted SPITTING SPREADS SPANISH INFLUENZA DONT SPIT'
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan luaran