NAJIB MAHU SALAHKAN KHALID SAMAD KERANA HIMPUNAN TABLIGH DI SRI PETALING?



Di dalam menangani isu COVID-19 ini, nampaknya Najib tercari-cari siapa yang bersalah sepertimana rakyat tercari-cari siapa terlibat di dalam pembunuhan Altantuya dan siapa psrompak 1MDB.

Maka, Najib menjumpai satu surat dari DBKL bertarikh 17 Feb 2020 yang meluluskan "penutupan jalanraya" sempena Himpunan Tabligh di Sri Petaling yang mengikut surat tersebut bermula pada 25 Feb 2020 hingga 02 Mac 2020. 

Surat dari DBKL itu tidak mutlak, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang diberikan terutamanya permit dan kebenaran oleh pihak Polis. Najib mungkin terlupa bahawa Polis di bawah KDN, iaitu menterinya sekarang adalah PM kerajaan pintu belakang yang Najib dan partinya sokong. Mengapa tidak serang Muhyidin, PM sekarang? Kita tahu, Najib tidak akan Serang Muhyidin selagi kes beliau di mahkamah tidak selesai. Walhal, permit himpunan dari pihak Polis itu lebih besar dari kelulusan DBKL.

Bayangkan, jika waktu itu DBKL tidak meluluskan himpunan tersebut, apa yang mereka akan kata kepada YB Khalid Samad selaku Menteri Wilayah waktu itu? Pastinya mereka akan kata YB Khalid Samad ikut telunjuk Dap dan anti dakwah Islam. Mereka akan bertanya atas alasan apa DBKL tidak luluskan himpunan Tabligh? Bukankah waktu surat kebenaran dikeluarkan oleh DBKL itu belum ada lagi arahan melarang sebarang himpunan seperti sekarang? Jika waktu itu telah ada larangan, bukan sahaja himpunan Tabligh, semua amalan solat berjemaah di masjid dan surau juga akan dilarang.

Ketika itu wabak COVID-19 masih berada di bawah kawalan, maka tiada larangan seumpama itu dikeluarkan. Atas sebab itu, DBKL membenarkan penutupan jalan dibuat tetapi syarat utamanya iaitu permit dan kebenaran mesti diperolehi melalui Polis iaitu di bawah KDN. Adakah sesiapa tahu waktu itu jemaah Tabligh ada membawa wabak berkenaan?

Jangan lupa, pada 24 Feb 2020 akibat "Langkah Sheraton" perancangan pengkhianatan untuk merampas mandat rakyat berlaku di mana kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat tumbang. Kerajaan cuma ada PM sementara tanpa menteri kabinet. Himpunan Tabligh berlangsung di dalam keadaan negara tidak terurus akibat pengkhianatan ini hinggalah Muhyidin menjadi PM kerajaan pintu belakang pada 01 Mac 2020. Lebih seminggu, barulah kerajaan pintu belakang ini memiliki menteri2 menganggotai kabinet.

PKP mula dikuatkuasakan hanyalah pada 18 Mac 2020. Jaraknya sebulan dari tarikh DBKL meluluskan himpunan Tabligh. Di mana otak Najib boleh berfikir untuk menyalahkan YB Khalid Samad tetapi berdiam diri dengan Muhyidin selaku menteri KDN ketika itu yang meluluskan permit Himpunan Tabligh?

Kalaupun Najib anti jemaah Tabligh dan seolah-olah mensasarkan jemaah dakwah ini, tidak perlulah buat kerja bodoh untuk menyalahkan DBKL atau YB Khalid Samad. Najib lebih baik duduk diam di rumah, " Stay at Home" sebelum "Stay at Sg Buluh".

WFAUZDIN NS

Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'TunCarlos TUNCARLOS.COM Menu Home COVID-19 khalid samad Najib Razak Politik Kantoi, rupanya Khalid Samad yang luluskan himpunan tabligh Kantoi, rupanya Khalid Samad yang luluskan himpunan tabligh April 2020 Razak. Politik COVID-19, khalid samad, Najib'