JOJO GHAZALI — ANAK MUDA MALAYSIA YANG MENGGEGAR DUNIA MUAY THAI!
Nama Johan “Jojo” Ghazali kini semakin meniti di bibir peminat sukan tempur seluruh dunia. Baru berusia 17 tahun, tapi pencapaiannya dah jauh mengatasi usia. Dari gelanggang kecil di Malaysia, kini Jojo berdiri megah di pentas antarabangsa — ONE Championship, antara organisasi seni bela diri paling berprestij di dunia.
Siapa Jojo sebenarnya?
Jojo berasal dari Sarawak, berdarah campuran dan mula berlatih Muay Thai sejak kecil. Bakat luar biasa dan disiplin tinggi membuatkan dia cepat menyerlah. Tahun lalu, dia mencipta sejarah apabila menjadi atlet termuda Malaysia yang menandatangani kontrak bernilai enam angka (USD 100,000) bersama ONE Championship — sesuatu yang jarang dicapai oleh remaja seusianya.
Kenapa ramai kagum dengan Jojo:
Setiap kali naik gelanggang, semangat juangnya luar biasa.
Walaupun masih muda, dia tak gentar berlawan dengan nama besar.
Sentiasa bawa identiti Malaysia — pernah berbaju Melayu masa sesi ‘face-off’, sesuatu yang buat ramai bangga.
Tak kira menang atau kalah, Jojo tetap menunjukkan sikap seorang pejuang sejati — berani, rendah hati, dan tak mudah menyerah. Kini dia terus berlatih keras, memperbaiki diri, dan memburu kemenangan demi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Johan “Jojo” Ghazali bukan sekadar atlet — dia lambang generasi muda yang berani bermimpi besar dan sanggup berjuang untuknya.
#JojoGhazali #ONEChampionship #MuayThaiMalaysia #MalaysiaBoleh #FighterSpirit #AnakSarawak #BanggaMalaysia
MAHATHIR PERANGKAP DIRI SENDIRI. SPRM PUN TENGAH JALANKAN SIASATAN BUAT MASA INI
Mohamad Luqman
Ini 6 kotak bukti dari unit guaman Anwar dibawa ke mahkamah Shah Alam semalam untuk prosiding. Yang selama ni rakyat duk menganjing kata 6 kotak ni hanya dongeng anwar.
Dalam 6 kotak ni ada bukti² yang boleh dakwa Tun guna kuasa dan aset kerajaan mengayakan kroni, dan keluarga Tun.
Anwar diam tak buka mulut walaupun Tun suruh minta maaf dan ugut untuk saman. Anwar tak hirau.
Tun keras, dan terus saman Anwar 150 juta.
Masa start prosiding, sampai ja 6 kotak ni, terus Tun mintak tangguh. Alasan : baru makan ubat, jadi kena rehat. Ka dia tak expect 6 kotak bukti ni ada sungguh.
🤣
Mari kita tengok siapa yang Kenaaaa...
LUMRAH DUNIA POLITIK. BILA DIPUNCAK KUASA LUPA YANG MENOLONGNYA..BILA JATUH...IANYA SUDAH TERLAMBAT
MSO
DUNIA POLITIK TAK UBAH DUNIA SEMUT
Selepas Umno dan BN hilang kuasa memerintah ekoran kekalahan dalam pilihan raya 2018 satu demi satu rakan kongsinya dalam BN bertindak meninggalkan gabungan itu. Apa yang berlaku adalah lumrah dan satu sunnah politik, kamu akan disanjung, dipuja ketika kamu ada kuasa dan akan dikeji dan dihina serta ditinggalkan bersendirian apabila kehilangan kuasa.
Begitu juga orang berjaya hari ini akan melupai pengorban setiap orang mengangkatnya, dan akan teringat balik apabila jatuh semula. Ketika itu ia tidak lagi memberi apa apa makna.
Daripada 14 parti gabungan dalam BN akhirnya tinggal tiga atau empat parti saja yang memberi nafas kepada BN, iaitu Umno sendiri, McA, MiC dan PBRS. Kedudukan BN semakin hari semakin mengecut dan mengecil tidak ada tanda tanda ia akan membesar dan gemuk gedebuk dengan kausa semula.
Dalam situasi itu dua rakan Umno atau nafas kepada BN itu McA dan MiC juga sedang berkira kira untuk meninggalkan Umno. Kedua parti itu sedang mencari alasan dan helah sahaja bagi menghalalkan tindakan mereka.
Paling ketara ialah MiC. Keintiman pemimin MiC dengan pemimpin pembangkang menampak akan kesediaan parti India itu untuk meninggalkan BN. Seorang tokoh Umno membuat ramalan MiC akan meninggalkan BN dalam waktu terdekat.
Tidak pelik kalau MiC ataupun McA akan bertindak demikian, kerana seperti dinyatakan tadi lumrah dalam politik apabila kamu tidak ada kuasa, kamu akan ditinggalkan. Politik penuh dengan aportunis dan hipokrasi. Ingatan kepada Umno jangan susah hati kalau suatu hari nanti kehilangan rakan asal sejak dalam Perikatan itu, kerana itu adalah lumrah dan hukum alam.
McA dan MiC tidak akan ke mana pun sekiranya tanpa Umno. Mungkin kedua parti itu mengharapkan kepada PN yang kini dipimpinan Bersatu dan Pas. Kalau kita arif dan masak dengan politik Pas, kebersamaan MiC dan McA dengan Pas tidak sejauh mana pun. Ia akan musnah sebelum menjelang senja.
Yang penting Umno kena perbaiki dan perkasakan semula parti itu. Apabila keadaanya pulih pasti rakan rakannya itu akan kembali bertaut semula. Dalam dunia politik tidak jauh bezanya dengan dunia semut mereka akan berhimpun dan bertemu dimana tempat ada gula. Trims.
ORANG BAWA SUWEY SOKONG MANA MANA PUN AKAN TEWAS..LIHAT SEJARAH DIA .
Alif Jamil
Jumpa dah punca Tun demam sampai kena tangguh prosiding.
Rupanya ada sekor beruang gila yg bawak suwei dalam mahkamah 😪
PERBELANJAAN TIDAK CAPAI MATLAMAT
Rafizi Ramli
Coraknya jelas. Perbelanjaan pembangunan (DE) tak capai seperti dirancang.
Untuk 2025, RM84.7 bilion diluluskan tetapi hanya sekitar RM80 bilion dibelanjakan, kurang lebih RM6 bilion.
Tahun 2026 pula, DE dianggarkan RM81 bilion, hampir sama dengan tahun sebelumnya dan 6 peratus lebih rendah daripada rancangan asal 2025.
Dalam sektor ekonomi, hampir separuh atau RM17.5 bilion pergi kepada pengangkutan seperti LRT, MRT dan jalan raya.
Pertanian cuma sekitar RM550 juta, iaitu 1 hingga 2 peratus daripada keseluruhan.
Kita selalu cakap tentang harga makanan dan kebergantungan pada import, tapi bajet untuk modenkan pertanian masih kecil.
Kalau corak ini berterusan, kita hanya terus bina infrastruktur tanpa tambah keupayaan sebenar ekonomi.
DE bukan sekadar angka tetapi menentukan masa depan, peluang kerja di luar bandar, produktiviti, dan harga makanan.
SEKOLAH AGAMA JADI TEMPAT PENGUBAHAN WANG HARAM?
Che Ibrahim
Dulu antara senarai tugas ambo sebagai Pegawai Tadbir Maik ialah sebagai Pendaftar Sekolah Sekolah Agama/Arab, pondok, maahad tahfiz dll serta perkara perkara yang berkaitan dengannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.
Ambo pun terkejut dengan pendedahan polis yang mengatakan separuh dari sekolah sekolah tersebut tidak berdaftar dengan MAIK.
Aman Muhammad
Wow, ini satu pendedahan yang mengejutkan!
1. Polis Kelantan kata, SEPARUH daripada madrasah, pondok, tahfiz di Kelantan, adalah TIDAK BERDAFTAR.
2. ya, SEPARUH, dan TIDAK BERDAFTAR.
3. Dengan kata lain, mereka semua ini beroperasi secara haram.
4. Takde beza dengan kuil haram, kedua-duanya langgar peraturan.
5. Pihak polis kata lagi, berdasarkan maklumat risikan, sebahagian madradah jadi pusat cuci duit haram.
6. Apa maksudnya?
7. Contohnya, lebai terima duit haram (dari rasuah projek kerajaan negeri), dan lebai beri duit haram tu kepada madrasah atas nama 'derma'.
8. Apabila duit haram tu dah masuk akaun madrasah sebagai derma, maka duit haram telah dicuci dan disucikan, nak guna pun takde masalah dah.
9. Sebab tu kita boleh tengok mudir-mudir madrasah ni ramai pakai kereta mewah Mercedes, duduk rumah besar, banyak bini, ada tanah, rumah kedai, buka bisnes, tapi madrasah kekal buruk under construction bertahun-tahun. kan?
9. Satu lagi pendedahan polis ialah, wujud satu ajaran sesat persis Ayah Pin, di mana ada satu golongan yang beri derma berjuta-juta ringgit kepada madrasah kerana percaya ada wali di situ yang ada kuasa boleh beri keberkatan dan kekayaan.
Nasihat aku kepada umat Islam terutamanya kepada ibubapa yang mahu anaknya hantar ke madradah, pondok atau pusat tahfiz.
Jangan tersalah hantar macan madrasah di Tumpat tu, di mana mudir PAS tu telah cabul pelajar tahfiz beramai-ramai sampai ada ritual mandi air kencing mudir lagi.
Semoga Tuhan melindungi kita semua dari kejahatan ulamak jahat yang cuci duit haram.
🤲
𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮, 𝗪𝗮𝗻𝗴 & 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗼𝘀𝗮 — 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗮𝘁𝗮𝗽 𝗖𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶: 𝘼𝙣𝙬𝙖𝙧, 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙖𝙥𝙖 𝘿𝙖𝙢𝙖𝙞?
𝟭. 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮: 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗹𝘀𝘂
Dalam sejarah perjuangan, 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 selalu datang dengan 𝙙𝙪𝙖 𝙬𝙖𝙟𝙖𝙝 — satu 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙧𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩, satu lagi 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞.
Zaman dulu, kuasa itu dilaungkan sebagai amanah perjuangan. Tapi kini, bila Reformasi sudah sampai ke Putrajaya, kuasa itu makin kelihatan 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙖𝙢𝙖𝙣𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙡𝙨𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙣𝙩𝙪𝙩 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙩𝙖.
Ada yang dulu jerit "𝘓𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘓𝘢𝘸𝘢𝘯!" sekarang sibuk jaga jawatan, bukan jaga nilai.
Ada yang dulunya berani menegur, kini menunggu isyarat siapa boleh ditegur.
𝙄𝙩𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙖𝙧𝙖𝙙𝙤𝙠𝙨 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖 — 𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙟𝙞 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙝, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜.
𝘼𝙣𝙬𝙖𝙧 pernah diuji dengan kuasa di tangan musuh.
𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 pula diuji dengan kuasa di tangan sendiri — dan memilih untuk melepaskannya.
Di situ letaknya 𝙗𝙚𝙯𝙖: satu diuji oleh kezaliman orang lain, satu diuji oleh kesenangan sendiri.
Dan itulah sebabnya, 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣𝙖𝙣 Rafizi bukan kecil — kerana dia berundur bukan sebab kalah, tapi sebab 𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙪𝙩.
𝟮. 𝗪𝗮𝗻𝗴: 𝗡𝗮𝗳𝗮𝘀 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗡𝗮𝗳𝘀𝘂 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸?
Politik dan wang — dua benda yang 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙧𝙖𝙥𝙖𝙩, 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙪 𝙗𝙪𝙨𝙪𝙠.
Dalam dunia hari ini, dana politik bukan lagi soal idealisme, tapi soal siapa dapat lebih cepat sebelum PRU datang balik.
Ada yang kata tanpa dana, perjuangan tak boleh hidup.
Benar, tapi 𝙟𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙙𝙖𝙣𝙖 — bukan kerana jiwa.
Kerana bila wang mula menentukan hala,
𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙪𝙠𝙖𝙧 jadi perniagaan,
dan 𝙞𝙙𝙚𝙖𝙡𝙞𝙨𝙢𝙚 𝙙𝙞𝙟𝙪𝙖𝙡 macam tender.
Rafizi pernah sebut, "𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯, 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘺𝘢."
Ramai anggap dia naif, tapi dalam diam, dialah yang 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙣𝙞 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙙𝙚𝙧𝙝𝙖𝙣𝙖, 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙢𝙚𝙬𝙖𝙝.
Itulah 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀, yang menakutkan orang yang hidup atas persepsi.
𝟯. 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗼𝘀𝗮: 𝗛𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗟𝗮𝗺𝗮 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗕𝗮𝗿𝘂
Setiap kali kerajaan 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙪𝙠𝙖𝙧, rakyat berharap “hantu lama” dah 𝙙𝙞𝙝𝙖𝙡𝙖𝙪.
Tapi hakikatnya, hantu politik lama 𝙘𝙪𝙢𝙖 𝙩𝙪𝙠𝙖𝙧 𝙟𝙪𝙗𝙖𝙝.
Sistem yang dulu disumpah — kini 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜, 𝙙𝙞𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜, 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙧𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣𝙠𝙖𝙣.
Kalau dulu kita marah orang guna projek untuk politik,
sekarang ada yang buat benda sama, tapi atas nama “𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪 𝘴𝘶𝘳𝘷𝘪𝘷𝘢𝘭”.
𝙈𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙡𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙠𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙪𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖?
𝘿𝙤𝙨𝙖 𝙡𝙖𝙢𝙖 politikus lama —
𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜 untuk rakyat, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙪𝙠 𝙝𝙖𝙨𝙞𝙡 dari sistem yang sama.
𝙄𝙩𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙤𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙪 𝙥𝙚𝙠𝙖𝙩.
𝟰. 𝗖𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶: 𝗠𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗿𝗶 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗧𝗼𝗽𝗲𝗻𝗴
Sampai masa, Reformasi perlu berhenti bercakap tentang musuh luar,
dan mula menatap musuh dalam cermin.
Kerana 𝙢𝙪𝙨𝙪𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙜𝙞 UMNO, PAS, DAP atau mana-mana parti —
𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙚𝙜𝙤 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙪𝙧𝙖𝙖𝙣 yang menumpang atas nama perjuangan.
Cermin itu sedang 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙩𝙪𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙟𝙖𝙝-𝙬𝙖𝙟𝙖𝙝 kita sekarang.
𝘼𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙟𝙪𝙟𝙪𝙧, 𝙖𝙙𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙙𝙞𝙧𝙞𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙪𝙡𝙪.
Dan 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗿𝗮𝗵,,
cermin itu 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 — 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗼𝘀𝗮.
====>>>
🖋️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...
𝘒𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮𝘢𝘯.
𝘞𝘢𝘯𝘨 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨-𝘣𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨.
𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘮𝘢𝘳𝘶𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 — 𝘪𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘬𝘢𝘭,
𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘩𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨.
KEUPAYAAN JET PEJUANG CHINA.
Omar Baihaiki
Permintaan untuk jet pejuang J-10CE China melonjak selepas kejayaan medan perang
Lonjakan permintaan untuk jet pejuang J-10CE China berpunca daripada kejayaan dan kecekapan medan perangnya dalam pelbagai misi udara. Uzbekistan telah menyertai senarai negara yang ingin memperolehnya, bersama Bangladesh, Indonesia, Mesir, dan Pakistan, selepas jet pejuang itu menunjukkan keunggulan udaranya dan bersaing dengan rakan sejawatannya dari Barat dan Rusia generasi keempat. Versi eksport dilengkapi dengan radar AESA termaju dan sistem peperangan elektronik, dan mampu membawa peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh seperti PL-15, sebagai tambahan kepada peluru berpandu jarak sederhana dan dekat seperti PL-12 dan PL-10, meningkatkan keupayaannya untuk terlibat dari pelbagai arah dan pada pelbagai julat.
Kejayaan medan perang jet pejuang itu jelas ditunjukkan semasa konfrontasi udara antara tentera Pakistan dan India, mendorong China bertaruh untuk mengeksportnya ke beberapa negara. Siri J-10B/C telah menjadi jet pejuang pelbagai peranan utama Tentera Udara China, yang mampu melakukan serangan darat dan menyekat pertahanan udara musuh menggunakan peluru berpandu seperti KD88H dan YJ-91, dengan radius operasi sehingga 1,200 kilometer, meliputi Semenanjung Korea dan ruang udara Jepun dari pangkalan Yanji di timur laut China.
NOKHTAH... KIOK WALAUN.
Che Ibrahim.
Perlembagaan Pas diluluskan oleh ROS, masa tu zaman penjajah lagi (1951).
Jika perlembagaan Pas dianggap "Islam", maka Kerajaan yang meluluskan Perlembagaan Pas itu tidak lawan Islam la...
Pahtu bakpo Pas dok lawan Kerajaan atas alasan tidak islamik??
KES SAMAN MAHATHIR VS ANWAR. BEBAN BUKTI
KES SEMALAM
ALIF JAMIL
Beban Bukti.
Hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjadi pentas terhadap satu peristiwa penting dalam sejarah politik Malaysia apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir untuk prosiding saman sivil yang beliau failkan terhadap Datuk Seri Diraja Anwar Ibrahim (PMX).
Tun mendakwa Anwar Ibrahim telah memfitnahnya dalam ucapan Kongres Nasional Khas PKR Disember 2023, apabila Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sepanjang 22 tahun pemerintahannya, Tun Mahathir “memperkaya anak-anak dan kroninya”.
Namun dalam ruang perundangan, setiap saman itu bukan bererti siapa lebih berani atau siapa lebih benar.
Ianya soal beban bukti.
Dan dalam kes ini, beban bukti (burden of proof) terletak dibahu Tun Mahathir sendiri.
Dalam sistem perundangan sivil , siapa yg saman, dia yg perlu buktikan.
Dalam undang² fitnah, plaintif sebagai pihak yg menyaman mesti membuktikan tiga perkara utama:
1. Kenyataan itu merujuk kepada dirinya secara jelas.
2. Kenyataan itu bersifat fitnah yakni menjatuhkan reputasinya dimata masyarakat.
3. Kenyataan itu tidak benar atau dibuat dgn niat jahat (malice).
Namun, cabaran terbesar terletak pada poin ketiga untuk membuktikan bahawa tuduhan itu tidak benar.
Kalau Tun gagal buktikan satu saja dari tiga perkara itu dgn kebarangkalian lebih tinggi (balance of probabilities), maka saman Tun akan ditolak.
Kerana untuk menafikan dakwaan memperkayakan anak² dan kroni, Tun Mahathir perlu buktikan bahawa tiada langsung sebarang bentuk manfaat ekonomi, peluang korporat atau keistimewaan dasar yg diperoleh oleh lingkaran rapat beliau sepanjang tempoh pemerintahannya.
Masalah utama bagi Tun M adalah beliau bukan berdepan tuduhan jenayah individu tetapi berdepan dgn tuduhan struktur kuasa.
Anwar Ibrahim tidak menuduh beliau menerima wang, mencuri atau mengarahkan sebarang transaksi² peribadi kedalam akaun beliau.
Sebaliknya apa yg disebut adalah pengayaan anak² dan kroni melalui dasar pentadbiran.
Ini disebut sebagai structural enrichment melalui State-Facilitated Capitalism.
Ia adalah kekayaan yg berpunca dari keputusan dasar yg menguntungkan kumpulan tertentu tanpa bukti transaksi langsung.
Contohnya apabila konsesi, kontrak dan saham diagihkan kepada individu atau syarikat tertentu yg mempunyai hubungan politik walaupun tanpa arahan bertulis namun manfaatnya tetap terarah.
Itulah asas enrichment by proximity to power.
Enrichment by proximity to power ni bermaksud kekayaan yg diperoleh kerana kedekatan dgn kuasa politik atau pentadbiran kerajaan.
Ini bukan bermakna seseorang itu mencuri wang kerajaan secara langsung..
Tapi mereka berada cukup dekat dgn pusat kuasa samada sebagai ahli keluarga, sahabat atau kroni politik sehingga keputusan dasar, projek kerajaan dan peluang² ekonomi secara tidak langsung mengalir ke arahnya.
Dalam kes ini, Tun juga ada peluang untuk menang.
Beliau cuma perlu buktikan bahawa sepanjang 2 dekad memegang kuasa, semua keputusan ekonomi dan korporat adalah dibuat secara bebas tanpa sebarang konflik kepentingan keluarga atau kroni.
Untuk itu, beliau perlu buktikan bahawa :
1. Anak-anaknya tidak pernah mendapat manfaat langsung atau tidak langsung drpd dasar kerajaan.
2. Tiada kroni politik atau korporat yg menerima faedah luar biasa daripada penswastaan.
3. Semua keputusan dibuat secara telus dan profesional tanpa konflik kepentingan.
Itulah beban bukti yg sedang menanti beliau harini.
Suara Dari Perlis , Bila Pemimpin Tak Lagi Berani Pertahankan Raja
Seluruh Perlis sedang bercakap tentang satu audio yang tular. Suara yang dikatakan mirip Menteri Besar Perlis, YAB Shukri Ramli. Dalam audio itu, katanya ada kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin m, memperlekeh, malah seolah-olah merendahkan martabat institusi Raja. Rakyat marah, bukan kerana politik, tetapi kerana soal maruah negeri.
Bila wartawan tanya, beliau jawab belum dengar lagi audio itu. Sedangkan satu negeri dah dengar. Nak kata belum sempat, takkan pegawai pun tak berani lapor? Kalau betul bukan suara beliau, jawab terus. Nafikan. Tegas. Itu cara pemimpin matang. Tapi bila jawapan hanya senyum sengeh dan elak, rakyat nampak jelas, beliau sendiri tak yakin dengan dirinya.
Kalau benar beliau dihormati, beliau sepatutnya orang pertama yang mempertahankan Raja bila ada yang berani mempersoalkan. Tapi apa yang kita nampak, seorang Menteri Besar yang kelihatan cemas, gelisah, dan cuba menyorok di sebalik alasan “belum dengar”. Ini bukan imej seorang pemimpin negeri. Ini imej orang yang takut pada bayang sendiri.
Rakyat Perlis bukan bodoh. Mereka boleh menilai. Mereka tahu bila seseorang bercakap dengan jujur atau sekadar mencari masa untuk menyelamatkan diri. Dalam hal ini, apa yang rakyat nampak hanyalah kelemahan, bukan kepimpinan.
Kalau setiap kali timbul isu besar pun jawabnya “belum dengar”, apa lagi yang tinggal untuk rakyat percaya? Jawatan bukan sekadar pangkat, ia amanah. Dan kalau amanah pun dah gagal dijaga, mungkin lebih baik beri laluan kepada orang lain yang lebih berani, lebih jujur, dan lebih berjiwa rakyat.
Kerana dalam politik, bukan fitnah yang menjatuhkan pemimpin. Tapi cara dia menjawab fitnah itu yang menentukan sama ada dia masih layak dipanggil pemimpin.
Dr Ahmad Fadhzil Mohamad
Kangar, Perlis
MAT JARGON DAH PECAH LOBANG BERSATU DAN SIKAP HADI AWANG SERTA MUHYIDDIN.
PH SUPPOTERS
Ahli parlimen machang dari Bersatu PN telah mengesahkan bahawa..
1 - Mahiaddin Yassin adalah penderhaka sebenar titah YDPA pada tahun 2022.
2 - Hadi Awang memang tidak mahu Mahiaddin Yassin sebagai PM PN.
3 - Mahiaddin Yassin & Hadi Awang buat keputusan sendiri tolak titah perpaduan dari YDPA sebelum bincang dengan AMT PN.
4 - Mahiaddin Yassin kencing GPS & GRS kata BN sokong PN bentuk kerajaan 113.
5 - m
Mahiaddin Yassin penyebab PN gagal jadi kerajaan perpaduan hingga banyak permis2 Bersatu di tutup seluruh negara kerana tiada duit & dana.
6 - Hadi Awang mahu Hamzah sebagai PM PN.
7 - Akui Qunut Nazilah MP (TESLA) Pas Jasin sangat berkat & di makbulkan Allah.
8 - Titah perpaduan dari YDPA telah batalkan slogan no Anwar no DAP no Bersatu.
9 - YDPA nasihat Mahiaddin ke arah perpaduan, dgn angkuh derhaka Mahiaddin Yassin pilih ke arah perpecahan.
10 - Bersatu tiada jentera hanya harap jentera Pas.
11 - Bersatu sudah tiada duit & bakal lingkup menjelang pru 16 nanti.
12 - Ketua Penerangan Bersatu adalah trojen horse yang selalu buat kenyataan jelik jijik & tidak elok dengan menghina PMX yang menampakkan seolah dari suara Bersatu & ianya mencalar imej Bersatu di mata rakyat.
KIOK
Inilah Pengkhianat Negara Kita Malaysia 🤬
Saya Jom Media
😱 Kantoi “Fast Track” Bawa Masuk Warga Asing!
Pada 15 Oktober 2025, sekitar jam 3 petang, pegawai bertugas di KLIA Terminal 2 mula syak sesuatu pelik.
Ada seorang wanita tempatan bernama Nuraidah, kononnya tengah off day, tapi datang ke lapangan terbang dan eskot enam warga Indonesia dari Gate L3 ke Kaunter A3.
Pegawai imigresen mula rasa tak kena, terus rujuk kes tu kepada penyelia PIT Jafry dan TPPI Jeya Prakas ambil alih siasatan.
🔍 Bila disiasat…
Rupa-rupanya Nuraidah ni kerja sebagai Lounge Supervisor di Sky Suite Lounge Terminal 2 — tapi masa kejadian dia tak bertugas pun.
Dia mengaku dibayar RM100 seorang oleh Naim Asmawi, Front Office Supervisor di Terminal 1.
Kerja ni bukan baru — dah jalan hampir dua bulan, dan lebih 20 orang warga asing (terutama Indonesia, tapi juga China & Vanuatu) dah “lepas” cara ni.
Semua ni dibuat tanpa pengetahuan majikan, guna slip Fast Track yang diambil diam-diam dari lounge supaya warga asing tu boleh lalu imigresen senang-senang.
📱 Bukti dalam telefon pun ada!
Dalam phone Nuraidah, pegawai jumpa beberapa nama lain yang juga dipercayai terlibat 👇
Naim Asmawi – Front Office Supervisor (T1)
Jimmy – Lounge Supervisor (T2)
Muhammad Faizal – Hotel Sama-Sama
Shah, Razana, Selvester – Greeter di FTCO
Nuraidah kata dia cuma tolong sebab Naim yang minta.
🧩 Lepas tu pegawai panggil Naim pula…
Naim pun mengaku semua, katanya dia dapat senarai nama pelancong dari seorang ejen bernama Nicholas melalui WhatsApp (no. 014-628****).
Dia dibayar RM150 seorang oleh ejen, dan bayar RM100 pada Nuraidah yang bawa masuk mereka.
Yang paling terkejut — Naim dah buat benda ni lebih setahun!
Negara terlibat termasuk Indonesia, China, Vanuatu, Kemboja dan Laos.
✈️ Tentang 6 warga Indonesia tu
Mereka tiba dari Yogyakarta dengan pesawat AirAsia AK347, transit di Malaysia sebelum nak ke Hanoi keesokan harinya (16/10/2025) naik Vietnam Jet.
🔚 Kesimpulan
Dari semua bukti, jelas wujud “setting Fast Track” — guna laluan khas untuk bantu warga asing masuk Malaysia dengan bayaran ejen.
Tiada pegawai imigresen terlibat, tapi beberapa staf syarikat di lapangan terbang didapati bersekongkol.
⚖️ Tindakan
Naim Asmawi & Nuraidah ditahan bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
6 warga Indonesia ditolak kemasukan & dihantar ke Depot Imigresen Putrajaya.
Pas lapangan terbang Nuraidah dan 6 kakitangan lain dibatalkan oleh AVSEC untuk elak benda ni berulang.
AKPS (Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan) sahkan siasatan lanjut masih berjalan.
Semua ni dibuat masa cuti kerja, tanpa izin majikan, semata-mata nak duit lebih.
Tapi akhirnya, kantoi besar — sebab risikan AKPS memang dah pantau lama.
Sekarang korang dah tahu kenapa orang marah bila ada “pengkhianat dalam sistem” sendiri.
Kita lawan bukan sebab benci, tapi sebab nak jaga keselamatan dan maruah negara.















