PAS sudah sedia mengambil alih tempat Umno – Sakmongkol

PAS sudah sedia mengambil alih tempat Umno – Sakmongkol


PAS sekarang ada pasukan yang boleh menggantikan Umno. Inilah yang sangat digeruni oleh Umno dan sekutu-sekutu medianya. Berapa banyak akhbar arus perdana yang berkempen untuk golongan ulama? Termasuk yang saya sebut jezebel seorang pemberita dari akhbar Star?

Utusan Malaysia apatah lagi - berkempen seolah-olah mereka sukakan golongan ulama. Sejak bila Umno yang tidak ada roh agama sukakan ulama? Mereka tidak suka tetapi jika kumpulan ini menang dan mendominasi PAS mereka yakin dapat menundukkan PAS.

Senanglah puak Umno mengampungkan PAS dan menggambarkan para ustaz sebagai golongan kuno. Umno dan sekutu mereka tidak mahukan barisan pimpinan yang streetsmart dan boleh membaca gerak-geri Umno.
Akhbar-akhbar arus perdana milik BN semua menggambarkan pertandingan di dalam PAS sekarang sebagai seolah-olah pertandingan dan pertembungan antara golongan yang mahukan Islam dan golongan yang tidak mahukan Islam. Sepanjang masa penulis dari Star, Bernama, Utusan Malaysia.

Bahkan mereka yang sudah keluar daripada jemaah PAS sendiri menyokong puak ulama. Hassan Ali bukan seorang ulama tapi menyokong golongan ulama semata-mata mahu membalas dendam ke atas golongan bukan ulama dalam PAS yang dia gagal menjadi ahli yang baik. Hassan Ali hanya seorang pakar motivasi yang boleh menangis semasa berceramah. Itu sahaja.

Pada muktamar baru-baru ini, saya ada di Stadium Melawati Shah Alam. Ini muktamar yang sederhana - tidak ada pertunjukan kehebatan dan kekayaan seperti persidangan agung Umno.

Kerusi dan meja untuk perwakilan adalah yang selalu disediakan untuk pelajar tetapi dialas dengan kain. Perwakilan ada seribu lebih tetapi ahli PAS yang hadir sebagai permerhati dan menjadi perangsang kepada pimpinan PAS berjumalh dua hingga tiga ribu orang.

PAS ada lebih penyokong berbanding Umno. Tenaga yang terpancar daripada kesungguhan penyokong PAS membakar semangat pimpinan PAS.

Adakah saya ada kesangsian mereka yang hadir disini mempertikaikan agenda politik Islam parti PAS?  Jika ada kesangsian, ia dinyahkan sama sekali bila berdepan dengan lautan warga PAS.
Bahkan saya berasa kehadiran yang begitu ramai mengukuhkan lagi iltizam menegakkan politik Islam. Tidak syak lagi, tenaga daripada ribuan yang hadir berpindah kepada perwakilan yang berjumlah seribu lebih itu yakni, mereka mahukan pasukan yang kuat berkerja dan ligat mengejar agenda politik Islam.

Mereka mahukan PAS mempunyai ketrampilan moden , dinamik dan inklusif. Ia bukan pasukan yang terbahagi kepada golongan ulama dan bukan ulama. Ia satu pasukan yang disatukan oleh agenda politik Islam. Perbezaan ketrampilan dan pendekatan adalah biasa tapi tidaklah sampai menghancurkan agenda politik Islam.

Ramai pimpinan dahulu dikekalkan. Ramai antaranya daripada golongan profesional dan bukan ulama. Saya kenal mereka daripada dekat dan tiada syak langsung mengenai komitmen mereka kepada agenda politik Islam.

Saya juga kenal beberapa tokoh ulama yang menjadi pimpinan tertinggi PAS kali ini. Idris Ahmad ahli parlimen Bukit Gantang misalnya adalah golongan ulama yang juga ligat dan cergas mendepankan agenda politik PAS.

Nasrudin, Nik Abduh, Nik Zawawi, Ridhuan Mohd Nor, Dr Mahfudz adalah tokoh-tokoh ulama yang akan mengukuhkan lagi agenda politik PAS.  Kita jangan lupa bahawa golongan ulamak PAS ramai yang jadi MP kali ini.

Barisan pimpinan PAS ini akan bergerak sebagai satu pasukan yang komited kepada agenda perjuangan PAS. Para perwakilan menghantar isyarat yang bijaksana, sementara semua mahukan agenda politik Islam didepankan, mereka mahukan pendekatan yang pragmatik dan praktikal.

Apa maknanya pemilihan PAS ini kepada Umno? Ia menandakan PAS mempunyai pasukan pimpinan yang boleh menggantikan Umno. Menjelang PRU14, 75% daripada pengundi adalah pengundi yang sudah dibandarkan atau separuh bandarkan.

Generasi baru ini terdedah kepada pendekatan media dan cara berinteraksi yang baru. Kita telah lihat anak-anak muda enggan menerima indoktrinasi yang dilakukan melalui cara berpesta pestaan ala Umno. Mereka tidak mahu penghinaan ke atas kebijaksanaan mereka. Jika PAS berkerjasama dengan parti PR yang lain, PRU14 kita yang punya. – sakmongkol@blogspot.com, 25 November, 2013.


* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.


ZAHID PULANG KE KAMPUNG KATA PEMBERITA


Tak perlulah sampai guna lilin, tapi tunjuklah keinginan nak berjimat - Shahbudin Husin

PM Malaysia jawab macam budak-budak.Penyamun yang menyamun duit rakyat , itulah pengkhianat yang diamanahkan untuk menjaga rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya bersuara juga mengenai kontroversi bil letrik di Seri Perdana yang mencecah lebih RM2.2 juta bagi tahun 2012 yang lalu sehingga bukan saja menjadi isu Parlimen tetapi juga menjadi perbualan di kalangan rakyat.

Rata-rata berpendapat, bil sebanyak itu terlalu tinggi dan kurang sesuai dengan kedudukan ekonomi negara sekarang ini.

Dalam penjelasannya, Najib berkata, jumlah sebanyak itu adalah sesuatu yang wajar dan tidak dapat dielakkan kerana Seri Perdana adalah sebuah kompleks yang mempunyai pelbagai kemudahan dan digunakan juga untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan.

"Saya orang ketiga berpeluang tinggal di sana, sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri, termasuk jika PR yang memerintah selepas ini, Perdana Menteri mereka juga tinggal di situ.

"Jangan bangkit pasal bil letrik Seri Perdana tinggi, macam mana nak elak, itu bukan saya punya, tapi rakyat yang punya.

“Itu bukan kediaman saya, itu adalah kediaman Perdana Menteri dan saya hanya menumpang. Kalau ketua kerajaan lain datang, adakah kita kena raikan mereka dalam gelap?

"Bila Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin," jelas Najib dalam suatu program di Kuala Lumpur.

Sekali imbas, memang nampak logik dan meyakinkan jawapan Najib itu. Tetapi dua kali imbas, jawapan itu memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu berubah dan mengurangkan langsung walau satu sen bil letrik di Seri Perdana itu.

Tidak ada sesiapa menafikan bahawa Seri Perdana adalah kediaman Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak tinggal di situ.

Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil letriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit?

Ini kerana ramai yang tahu bahawa bil letrik di Seri Perdana tidaklah terlalu tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana. Kenapa hanya sekarang bilnya tinggi?

Adakah tiap-tiap malam tetamu luar diraikan di sana? Adakah kenaikan itu kerana banyaknya alat-alat dan lampu-lampu kristal dipasang di Seri Perdana sejak Najib dan Rosmah tinggal di situ?

Jawapan Najib bahawa "kalau Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" pula ternyata keluar daripada tajuk yang diperdebatkan rakyat. Kalau dalam peperiksaan, jawapan yang keluar tajuk ini tidak mendapat apa-apa markah.

Persoalan rakyat ialah kenapa bilnya terlalu tinggi dan tak bolehkah dikurangkan jumlahnya itu?
Rakyat tidaklah mahu Perdana Menteri sampai menjamu tetamu negara luar dengan cahaya lilin atau tidur tanpa menggunakan penghawa dingin atau tanpa kipas angin.

Kalau mahu juga makan malam dengan cahaya lilin, cukuplah ketika beliau makan dengan isterinya saja.
Untuk kegunaan ketika meraikan tetamu luar negara, gunakanlah yang sewajarnya tetapi ketika tiada apa-apa kegunaan, berjimatlah.

Apa yang rakyat mahukan ialah sekurang-kurangnya tidaklah semua penghawa dingin atau lampu dipasang sepanjang masa. Pasangnya di mana yang perlu saja. Lampu-lampu hiasan dan kristal mewah tidaklah juga perlu dinyalakan sepanjang malam.

Apa yang rakyat mahukan juga ialah komitmen dan keinginan untuk berjimat cermat sebagaimana yang beliau selalu sarankan kepada rakyat.

Tetapi kenapa Najib terlalu berat mulut untuk memberikan komitmennya untuk turut sama berjimat cermat seperti rakyat, sekurang-kurangnya berjanjilah bil elektrik di Seri Perdana bagi tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya akan terus menurun berbanding bil RM2.2 juta bagi tahun 2012.

Namun jawapan Najib ini hanya memperlihatkan sikapnya yang mahu terus bermewah dan menggunakan apa saja semahunya wang pembayar cukai tanpa sekatan.

Beliau langsung tidak memperlihatkan sikapnya mahu menjiwai kesusahan dan derita rakyat, bahkan tanpa peri kemanusiaan melabelkan pula rakyat yang mengelak daripada membayar cukai sebagai pengkhianat.
Semua orang tahu tentang tanggungjawab sebagai pembayar cukai, tetapi pembayar cukai kadang-kadang hendak juga tahu ke mana wang cukai mereka dibelanjakan dan tidak mahu ia disia-siakan dengan penggunaan yang tiada kena-mengena seperti pembaziran bil letrik, sewaan jet eksekutif, jamuan mewah dan sebagainya.


Adakah pengkhianat juga namanya jika mempersoalkan ke mana perginya wang cukai ini? – shahbudindotcom, 24 November, 2013.


FACE TO FACE WITH MAT SABU