Jangan buat PRN lagi, jika tidak, kita bertindak balas, Hadi beri amaran...
Owhh amat memalukan. Setelah Umno menolak untuk bekerjasama , sementara Pas nak bermain dua kolam demi sevival bergantung untuk mendapatkan kuasa, Pas sendii sebenarnya telah memalukan parti itu.
PRN Johor | Pas tidak akan jadi peminta sedekah
Tak minta sedekah panya Hadi. Bukan sahaja memalukan Pas, walaun pun naik malu dengan pendirian sebuah parti yang dahulunya kuat, namun kini menjadi pak turut dan membisu untuk meminta kerjasama antara Bersatu dan Umno. Adakah ni yang Hadi cuba sembunyikan.
Ini Negara Kita, Mana Lagi Kita Nak Pergi? Jangan Sesekali Patah Semangat!
Mantan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pandan, YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa jangan patah semangat dengan perjuangan yang telah lama dibina.
Wanita ini kongsi petua supaya nasi lambat basi, cuma masukkan satu bahan ini saja semasa ditanak
January 28, 2022
Siapa yang selalu mengalami masalah nasi cepat basi wajib baca perkongsian ini sehingga habis. Hanya dengan meletakkan bawang putih semasa memasak nasi, dijamin nasi akan menjadi lambat basi.
Bukan itu sahaja, banyak kelebihan bawang putih yang ramai tak tahu iaitu dapat membuang angin dalam badan dan banyak lagi manfaat lain buat untuk tubuh badan manusia.
Petua ini telah dikongsikan oleh Imy R Saidin di laman sosial Facebook. Menurutnya lagi, sudah hampir 3 tahun beliau mengamalkan cara ini, anak-anak juga jarang sakit dan demam. Jom lihat perkongsian lengkap olehnya di bawah.
Petua Supaya Nasi Lambat Basi Guna Bawang Putih
Petua Sihat dari Dapur
Letak bawang putih 3-5 ulas masa masak nasi. Dah 3 tahun + saya amalkan, anak-anak jarang sakit.. Alhamdulillah. Dulu tiap bulan demam.
Selain sihat, nasi juga lambat basi. Juga bagus untuk buang angin, insyaa Allah.
Suhaizan tempelak Umno, sengaja pilih bubar DUN Johor waktu ini supaya ramai tak keluar mengundi
January 28, 2022
Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat mempersoalkan tujuan kerajaan negeri Johor yang diterajui UMNO-Barisan Nasional (BN) membubarkan DUN untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada ketika ini.
Dakwanya, ia disengajakan supaya peratusan keluar mengundi nanti tidak tinggi, yang terbukti memberikan kelebihan buat UMNO-BN seperti pada PRN di Melaka tempoh hari.
Beliau menyuarakan andaiannya itu berdasarkan kenyataan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata kemenangan mereka di Melaka tidak mungkin dicapai sekiranya ramai yang keluar mengundi.
“Beliau kata ‘threshold’ jumlah yang keluar mengundi mesti tidak lebih 65 peratus, kalau tidak UMNO tidak mungkin dapat memenangi kerusi yang begitu banyak.
“Maknanya UMNO memang tidak mahu rakyat keluar mengundi,” katanya.
Pembubaran DUN yang dibuat di waktu ini juga dilihatnya sebagai kesempatan yang mahu diambil UMNO-BN ketika warga berbangsa Cina mahu merayakan Tahun Baharu mereka pada Februari nanti.
“Bila mereka sudah balik berhari raya, mereka tidak akan mahu balik kali kedua semata-mata untuk mengundi. Mereka mesti akan pilih salah satu, sama ada pilihan raya atau raya.
“Kemudian ramai pekerja Malaysia di Singapura tidak dapat balik, mereka ini sebahagiannya kaum Tionghwa dan sebahagian dalam kalangan mereka itu adalah penyokong Pakatan Harapan,” jelasnya lagi.
Sebab ketiga yang dibaca Suhaizan adalah rakyat ketika ini masih risau dengan keadaan wabak COVID-19 dengan gelombang varian Omicron sudah semakin meningkat sekaligus menyebabkan mereka berat untuk keluar mengundi.
Ini ditambah dengan peningkatan jumlah pengundi di Johor iaitu seramai kira-kira 700,000 pengundi baharu susulan berkuatkuasanya pendaftaran automatik warganegara berusia 18 tahun sebagai pemilih pada 15 Disember 2020 tempoh hari.
“Umpamanya di Kota Iskandar, pengundinya meningkat kira-kira 60 peratus, daripada 60,000 sekarang menjadi lebih 100,000.
“Bila terlalu ramai, bayangkan bagaimana mereka nak beratur, jadi di situ melahirkan ketakutan kepada pengundi untuk keluar mengundi,” katanya.
Dengan memanfaatkan kesemua faktor yang disebutkan ini, kata Suhaizan UMNO-BN akan meraih sokongan penuh daripada pengundi akar umbi yang setia kepada mereka, seterusnya berharap mengulangi kejayaan di Melaka untuk UMNO-BN mengukuhkan semula penguasaannya di Johor.
BANYAK PENDEDAHAN BANYAK RASUAH LA BAI- ITU YANG DIDEDAH-
Tak faham macamana dia ni boleh jadi menteri. Boleh dia kata Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tinggi kerana banyak pendedahan. Dan dakwanya lagi, di negara ini, yang bukan rasuah pun dianggap rasuah sebab itu CPI tinggi.
Pernah yang bukan rasuah tapi dianggap rasuah? Belum ada dalam sejarah. Tapi rasuah dianggap tak salah itu banyak. Contohnya rasuah jawatan kepada ahli parlimen untuk memberi sokongan terhadap Mahiaddin.
Malah ada lebai kata dalam hudud tak ada jenayah rasuah. Siap suruh tukar takrifan rasuah lagi. Nak bagi yang terima rasuah tak bersalah. Macam tu ada. Tapi yang bukan rasuah dikata sebagai rasuah seingat aku memang tiada.
Eh ada. Tapi berlaku kepada pemimpin parti lawan sahaja. Itu pun sebab. Nak suruh pemimpin parti lawan tu berpaling dan tinggalkan parti lawan. Tak mahu ikut, memang tiba-tibalah tak ada kes pun boleh kena dakwa.
Nampaknya kerajaan dah terhentak sampai dinding dah ni. Tak boleh nak pusing sampai keluar alasan bodoh begini. Sama macam lebai rimau. Makhluk begini boleh jadi menteri, alamat gelap masa depan negara. Hancur semua.
Kalau Rasuah Tapi Melayu Takpa, Kurang-Kurang Melayu Juga
Dato Seri Anwar Ibrahim bersama
anak-anak muda di PD mendengar dan bertukar pandangan di dalam program #TemuAnwar
Bersama Anak Muda PD.
"Anak-anak muda mesti di
depan dalam menyikapi isu-isu besar demi masa depan negara. " - Anwar
Ibrahim
Siasatan polis bertentangan demokrasi, hak bersuara?
Himpunan 20 Januari lalu bagi menyerah memorandum anak muda
menentang dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada Ahli ahli Parlimen di jalan masuk ke
Bangunan Parlimen tidak seharusnya dianggap sebagai satu kesalahan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah (gambar,
kanan) berkata, perhimpunan aman sama
sekali tidak menyalahi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan lalu, katanya, di
atas dasar apakah pihak polis menyiasat peserta perhimpunan atau wakil rakyat
yang turun menerima memorandum pada hari berkenaan.
"Saya rasa siasatan ini tidak perlu dijalankan kerana ini
melanggar demokrasi.
"Dalam Perlembagaan kita ada hak untuk berhimpun dan juga hak
untuk bersuara. Saya harap polis akan batalkan siasatan kepada bukan sahaja
Ahli Parlimen tetapi juga peserta bantah #TangkapAzamBaki kerana
ini (siasatan) tidak diperlukan," katanya kepada wartawan selepas
menghadiri sesi soal siasat di IPD Dang Wangi, pagi tadi.
Menurut Maria lagi, Azam Baki adalah individu yang sepatutnya
menjawab persoalan mengenai pemilikan sahamnya kepada rakyat lantaran beliau
penjawat awam, bukannya peserta perhimpunan dipaksa menjawab apakah sebab
mereka membantah.
"Saya rasa dia (Azam) tidak boleh tidak menjawab soalan. Kita
dah timbul dalam media, dalam Parlimen. Semua statement kita ada, tetapi dia tidak jawab.
"Bagi saya semua yang turun himpunan #TangkapAzamBaki apa
salahnya kalau kita sebagai rakyat bertanya (mengenai skandal Ketua Pesuruhjaya
SPRM).
"Ini menyentuh integriti (penjawat awam)," katanya lagi.
Dr Wan Azizah disiasat semata mata kerana buku Tommy Thomas?
Siasatan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Ismail petang tadi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dibuat
berdasarkan tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mengaitkan
nama mantan Timbalan Perdana Menteri itu dalam buku beliau.
Menurut Dr Wan Azizah, pengawai penyiasat mengarahkannya datang
untuk memberi keterangan berkaitan buku itu dan ditanyakan 4 soalan.
"Saya dipanggil berdasarkan saya diminta menjawab soalan
mengenai nama saya (dikaitkan dalam buku)
"Sekejap sahaja, 4 soalan. Dia (pegawai penyiasat) tanya apa
yang pendapat Tommy Thomas. Itu pendapat dia," katanya ringkas kepada
wartawan setelah diganggu beberapa kali pengumuman dari pembesar suara polis
yang mengarahkan pihak media memastikan Prosedur Operasi Piawai (SOP) Covid 19
dipatuhi.
Sementara itu, peguam beliau yang juga Ahli Parlimen Selayang,
William Leong Jee Keen menjelaskan soal siasat polis hanya berkisar kepada
tulisan Tommy tentang Dr Wan Azizah dalam buku 'My Story; Justice in the wilderness'.
Bagaimanapun beliau tidak memberi butir butir pertanyaan pihak polis.
Manakala Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata,
beliau tidak faham apakah tujuan sebenar siasatan tersebut dibuat.
Menurut Nurul, banyak individu dipanggil untuk diambil keterangan
berdasarkan buku berkenaan namun adakah siasatan itu dilakukan mengikut
keutamaan tugas polis?
"Walaupun YB William berkata siasatan berkaitan buku, kepada
saya ini terang terangan intimidasi politik
"Saya melihat salah guna aset negara, iaitu pihak polis yang
digunakan bagi menyiasat (hal politik) dan (sepatutnya) menyelesaikan masalah
rakyat.
"Kepada Menteri Dalam Negeri tolonglah hentikan
intimidasi," katanya.
Nurul menegaskan menteri yang bertanggungjawab harus melihat
keutamaan tugas polis terhadap isu isu jenayah dan bukannya hal hal remeh
lainnya.
"Tentunya kita hormati anggota polis. Mereka melakukan
tugasan tetapi punca kuasa mereka yang mengeluarkan arahan haruslah mengambil
tanggungjawab, lebih lebih lagi mengaitkan buku salah seorang bekas Peguam
Negara," katanya lagi.
KITA SAHAJA YANG KALUT PRN
Jepun separa darurat.
Sementara itu di England beberapa perlawanan bolasepak dibatalkan. Tetapi di
Malaysia siap nak buat pilihanraya.
Kenapa begitu? Sebab
di kedua negara itu, tidak ada UMNO. Sana tidak ada perosak, makhluk tamak dan
jahat yang sanggup korbankan nasib rakyat demi kepentingan diri.
Dan juga di sana
tiada pengikut parti yang bodoh dan sanggup tersiksa semata-mata untuk melihat
pemimpinnya kaya. Sebab itu mereka boleh tak buat macam kita.
KISAH SEORANG LELAKI YANG SUKA BEBELANJA
Dia macam ni. Seorang lelaki hidup mewah. Selalu beri anak
isterinya duit tunai. Rumah besar, kereta mewah. Anak-anaknya hidup dalam
kemewahan.
Tapi lepas lelaki itu mati, baru keluarganya tahu yang semua
kekayaan itu adalah hasil tipu. Kini semua mangsa menuntut hak mereka.
Jadi anak isteri yang mewah tadi serta-merta jadi miskin. Hutang
keliling pinggang kerana tiada wang untuk dibayarkan kepada yang menuntut hak.
Salah siapa? Adakah nak kata anak isteri lelaki itu yang tak
pandai urus rumahtangga sehingga hidup mereka dibebani hutang yang banyak?
Atau salah lelaki itu yang jahat menipu dan bila dia telah
tiada, maka keluarganya yang terpaksa pula menanggung hutang yang dibuatnya.
Apa pendapat anda?
APA KOMEN ANDA- KERAJAAN MELAYU ISLE PUNYA KERJA LA NIH
LATEST: Bank2 milik
PNB, Khazanah & KWSP beri pinjam kepada syarikat JUDI Hong Kong sampai
RM2.51 BILLION! Tanpa penjamin pulak tu!
APA KOMEN ANDA?
More @ www.zunar.my
RAKYAT JUGA YANG SALAH-APA PUNYA GOMEN
Rakyat juga yg salah.. cuba berterus-terang
berapa kouta serta berapa pengeluaran minyak paket yg berada di pasaran. Adakah pengeluaran itu memadai utk kegunaan jumlah rakyat b40?
"Contoh terdapat enam ahli keluarga ke pasar dan mereka akan beratur membeli tiga peket minyak masak setiap seorang untuk dijadikan stok di rumah." - Pengarah KPDNHEP Melaka
Sinar Harian juga ada akaun Telegram. Jom follow https://t.me/SinarHarianOfficial
LOGO PKR MUDAH DIKENALI, PERLU UNTUK PRN JOHOR
Logo PKR mudah dikenali, perlu untuk PRN Johor
Persoalan mengapa KEADILAN berkeras ingin menggunakan logo parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan hadapan menjadi tanda tanya dan menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat.
Bagi Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, jawapan kepada persoalan itu mudah, iaitu jenama lama lebih mudah dikenali.
Katanya, pengalaman berkempen di Melaka mengajarkan satu perkara, logo Pakatan Harapan (PH) memerlukan petugas kempen menerangkan mengenai gabungan politik itu, dan tentunya sukar dilakukan dengan Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen dalam norma baharu.
“Semasa PRN Melaka, saya melawat sebuah taman perumahan di luar bandar di DUN Lendu. Saya hulurkan risalah berlogo PH. Penerima itu seorang wanita Cina usia 50an, beliau blank dan tanya suaminya parti apa ini? Suaminya terpaksa terangkan ini Pakatan Harapan
“Dalam PRN banyak penjuru, logo lama amat membantu. Familiarity itu separuh kerja siap (hal imej selesai). Kami boleh fokus terangkan isu dan agenda perubahan,” katanya.
Tambah Sim, KEADILAN bertanding dalam kawasan marginal atau luar bandar yang mana setiap undi penting. Di kawasan tertentu, katanya, perbezaan 100 undi menentukan kalah menang.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu menegaskan, PH sentiasa perlukan strategi yang fleksibel menghadapi situasi semasa. Dari Barisan Alternatif ke Pakatan Rakyat dan kini PH, fleksibeliti penting demi mencapai kemenangan.
“Di PRU 2018 lalu DAP Sabah guna logo Warisan walaupun parti itu anggota PH.
“Di PRN Sarawak 2021, DAP mahu guna logo Roket. Itu tidak menjadi masalah.
“Mohon persefahaman rakan rakan PH. KEADILAN tetap berjiwa HARAPAN (biarpun guna logo berasingan),” katanya lagi.
SPRM PERLU SIASAT AZAM BAKI SEBELUM BAIKI INDEKS RASUAH
SPRM perlu siasat Azam Baki sebelum baiki indeks rasuah
Oleh: Redzuan RF8 Media
Skor dan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 yang dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) baru baru ini mengejutkan rakyat.
Berdasarkan indeks itu, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke 57 pada 2020.
Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, hal itu jelas menunjukkan sejak kerajaan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional merampas tampuk pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2020 yang lalu, amalan rasuah dan salahguna kuasa telah kembali berleluasa.
“Hari ini rakyat mempersoalkan tindakan yang akan diambil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani kemerosotan itu dan seterusnya memastikan institusi SPRM benar-benar berperanan membenteras rasuah serta menjamin nilai-nilai integriti dalam keseluruhan sistem pentadbiran di Malaysia.
“Saya berpandangan kurangnya tindakan dalam mereformasikan SPRM menjadi institusi antirasuah yang benar-benar bebas dan berada di bawah tanggungjawab Parlimen seperti yang dicadangkan pada tahun 2015, turut menjadi salah satu faktor kepada kemerosotan kedudukan CPI berkenaan,” katanya.
Tegas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, seperti yang telah digesa berulang kali sebelum ini oleh pelbagai pihak, SPRM perlu bertindak sebagai sebuah badan yang bebas dan diletakkan di bawah pemantauan Parlimen bagi menjamin semak dan imbang dalam institusi berkenaan. Juga penting bagi mengelakkan campur tangan pihak berkepentingan terutamanya dalam kes berprofil tinggi.
Oleh itu, katanya, kenyataan SPRM untuk mengambil perhatian serius berkenaan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 perlu dibuktikan melalui proses siasatan yang telus melibatkan Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu terlebih dahulu.
“Jika SPRM serius berkenaan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 perlu dibuktikan melalui proses siasatan yang telus melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang terpalit dengan krisis moral dan integriti.
“Saya percaya ini merupakan langkah permulaan yang wajar diambil oleh pihak kerajaan dan SPRM bagi membersihkan nama institusi berkenaan serta nama baik negara Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Tindakan SPRM yang menutup mata dan telinga terhadap kontroversi Azam Baki hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi berkenaan,” katanya lagi.
Isteri Bung Mokhtar layak dapat wang pengenalan RM2.8 juta – Saksi
Seorang perunding unit amanah memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, pelakon Datin Seri Zizie Izette A. Samad layak mendapat wang pengenalan (introduction fee) RM2.8 juta selepas Felcra bersetuju melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata, Zizie Izette yang juga kenalannya berhak mendapat wang tersebut selepas memperkenalkan beliau kepada suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra dan seorang lagi pegawai kanan agensi itu.
Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata, pemberian wang pengenalan berfungsi sebagai strategi pemasaran bagi membolehkan beliau meneroka peluang pelaburan dalam syarikat-syarikat besar selain mengetengahkan pengalamannya selama 13 tahun dalam syarikat terkemuka yang mencatatkan jualan unit amanah tertinggi di negara ini.
Norhaili menjelaskan, sebanyak RM2.2 juta dibayar secara tunai di Public Bank Taman Melawati manakala selebihnya kira-kira RM800,000 dipecahkan dalam bentuk pelaburan yang dibayar semula ke dalam akaun unit amanah Public Mutual milik Zizie Izette.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengapa hanya RM2.2 juta dibayar secara tunai kepada Zizie Izette sedangkan selebriti itu sepatutnya mendapat RM2.8 juta, saksi berkata, beliau dimaklumkan bahawa Public Bank ketika itu tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi.
Dalam keterangannya, Norhaili turut berkata, beliau dan seorang lagi ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid menerima komisen RM2.9 juta setiap seorang selepas Felcra bersetuju melabur RM150 juta dalam unit amanah.
Jelasnya, beliau dan Madhi kemudian berbincang untuk memberikan wang pengenalan kepada Zizie Izette kerana memperkenalkan mereka kepada suaminya.
Norhaili menyatakan, wang RM2.8 juta itu diputuskan selepas mengambil kira faktor-faktor termasuk pengurusan pelaburan Felca dan kos jangka panjang kerana pelaburan itu mengambil masa tujuh tahun untuk matang.
Saksi pendakwaan turut berkata, wang pengenalan sebanyak itu layak diberikan kepada Zizie Izette selepas mengetepikan perbelanjaan kos pengendalian, cukai serta faedah pembawa secara kekal yang diterimanya selagi pelaburan Felcra di bawah jagaan beliau.
Ketika ditanya oleh pihak pendakwaan mengapa jumlah yang begitu besar diberikan kepada isteri Bung Moktar, Norhaili berkata, beliau tidak melihat nilai itu sesuatu yang besar selepas mengambil kira pengurusan pelaburan Felcra untuk jangka panjang.
Dalam keterangannya, Norhaili turut menyatakan, tiada elemen rasuah dan permintaan rasuah daripada Ahli Parlimen Kinabatangan itu mahupun isterinya manakala wang RM2.8 juta yang diberikan kepada Zizie Izette bukan rasuah, sebaliknya adalah wang pengenalan.
Pada peringkat itu, Chin How memohon penangguhan kes atas alasan pihak pendakwaan perlu mendapat arahan selanjutnya berhubung keterangan yang dikemukakan oleh saksi berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya perlu mendapat arahan sama ada perlu mengemukakan permohonan mencabar kebolehpercayaan saksi di bawah Seksyen 155 Akta Keterangan 1950 atau permohonan mengikut Seksyen 154 untuk menyoal balas saksi yang dianggap sebagai saksi belot (hostile witness).
Hakim Rozina Ayob kemudian menangguhkan perbicaraan hingga 14 Februari ini bagi mengetahui perkembangan lanjut daripada pihak pendakwaan.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Tertuduh juga didakwa menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Teong Kim cabar TMJ berikan pasukan untuk dilatih
January 28, 2022
Lim Teong Kim terus mempertahankan kenyataannya bahawa dakwaan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengatakan beliau meminta gaji setinggi €70,000 hingga €80,000 (RM300,000 – RM340,000) sebulan adalah tidak benar.
Ia dibuat menerusi komen balas di ruangan Instagram yang sama di mana pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membidas Teong Kim yang turut mempersoalkan kemampuan kewangannya sehingga mampu membeli kereta mewah.
“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar. Kamu mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan saya sebagai jurulatih. Saya cabar kamu berikan saya pasukan untuk dilatih,” ujar bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu.
Komen itu mungkin dibuat selepas TMJ mendakwa Teong Kim belum pernah mempunyai pengalaman mengendalikan mana-mana pasukan senior baik di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan sebelum ini.
Maka permintaan gaji harus direndahkan dan bersedia untuk membantu bola sepak negara dari segi pembangunan.
“Untuk sistem pebangunan boleh… tapi nak gaji berapa? Masa dia [Lim Teong Kim nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330,000-RM380,000) sebulan dan nak bawa 2-3 orang pembantu,” kata TMJ.
“Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya players dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu. Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan.”
Sejak meletak jawatan sebagai Pengarah NFDP, Lim Teong Kim kini telah kembali ke Jerman dan merupakan antara individu yang paling lantang mengkritik FAM dan sistem bola sepak negara.
Wartawan cilik: Selain kepetahan dan pandai berceloteh, guru dedah 10 fakta menarik di sebalik keceriaan Haziq
KEPETAHAN wartawan cilik dalam membuat liputan mengenai penemuan ular sawa ketika membersihkan kawasan masjid di kampungnya di Sungai Petani, Kedah telah mendapat liputan meluas baru-baru ini.
Lagak seperti seorang wartawan, Muhammad Haziq Mohd Asyraf dengan aksi bersahaja yang diselang seli dengan slanga utara membuat tinjauan di Pasar Pagi Bukit Selambau turut mencuit hati apabila dia selamba memperkenalkan ibunya dengan gelaran datin.
Selain netizen, keletah menghiburkan Haziq turut mendapat perhatian dan pujian selebriti tempatan seperti Tiz Zaqyah, Fahrin Ahmad, Mustaqim Bahadon dan Aniq Suhair.
“Power adik ni. Kita pun tak pandai nak cakap ayat panjang-panjang macam ni details, lancar je.
“Terbaik, kecil-kecil dah tahu struktur melapor. Ada nama, ada lokasi, ada struktur cerita, menamakan pihak yang turut terlibat…. ada jiwa. Penggunaan perkataan dan bahasa laporan yang hampir sempurna dan hand held shot yang buat penonton excited dan cemas sama.
Bakat macam ni harus digilap. Teruskan melapor semoga terus berjaya!” demikian antara komen yang ditinggalkan pada video tersebut.
Menurut guru yang mengajar Haziq di Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau, Muhammad Islakh Abdul Kadir, 35, dia telah mengajar kelas kanak-kanak yang bercita-cita untuk bergelar seorang cef dan wartawan itu sejak darjah tiga lagi.
Haziq bersama guru Bahasa Inggerisnya, Cikgu Islakh.
Jelas guru bahasa Inggeris itu, anak peniaga sayur itu adalah antara muridnya yang berbakat besar dan percaya Haziq boleh pergi jauh jika lebih banyak perhatian diberikan kepadanya.
Namun selain kepetahan Haziq yang pandai berceloteh dan bersahaja di depan kamera ini, ada 10 fakta menarik mengenai murid tahun enam ini, antaranya:
1. Anak sulung daripada dua beradik ini seorang yang peramah dan suka mengusik guru-guru serta rakan-rakan di sekolah.
2. Seorang yang kreatif dalam mengulas sesuatu perkara secara spontan.
3. Bijak dalam semua mata pelajaran di sekolah.
4. Pandai menyesuaikan diri di dalam kelas walaupun banyak saingan di kelas pertama.
5. Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang pandai memasak pelbagai jenis kek dan kuih muih tradisional seperti bahulu.
6. Selalu membawa kek ke sekolah untuk cikgu dan rakan-rakan untuk sama-sama merasai air tangannya.
7. Ibu bapa menyokong minat Haziq dalam bidang masakan dengan menyediakan segala peralatan memasak, selain dikongsi di Facebook milik ibunya.
8. Meminati penyanyi dan pelakon, Nabila Razali.
9. Video secara langsung penemuan ular oleh Haziq yang dimuat naik pemilik Facebook Putra Mar sehingga kini meraih kira-kira 1.1 juta tontonan.
10. Di sebalik perwatakan kanak-kanak yang ceria, Haziq bagaimanapun akan diam di sekolah jika kesihatannya terganggu. Ini kerana dia menghidap penyakit talasemia dan perlu menjalani rawatan secara berkala.
APAKAH MAHIADDIN SENDIRI ADA MARUAH?
Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin menyifatkan Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang yang mengumumkan keluar daripada parti itu sebagai tidak mempunyai maruah.
Menurut beliau, tindakan Mazlan itu bahkan tidak memberi apa-apa kesan kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sudah pun dibubarkan.
“Mana maruah dia, mengapa dia bersikap begitu dan baru sekarang hendak cakap soal itu ini.
“Boleh jadi dia sudah tahu tidak akan menjadi calon mungkin.
“Dia nak masuk UMNO? Dia fikir UMNO akan calonkan dia?
“Bagi saya apa yang dia buat sudah tidak penting kerana kalau dia keluar lebih awal sebelum DUN terbubar, ia cerita lain.
“Sekarang ini sudah tidak jadi apa-apa dan hanya tinggal sejarah sahaja.
“Dia nak keluar dan bawa dua orang (Adun)? Kenapa tidak 200,000 orang?” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.
Dengan serangan Mahiaddin atas tindakan Mazlan itu, yang dijelas di mata beliau, mereka yang meninggalkan wadah perjuangan sedia ada adalah mereka yang tidak bermaruah.
Tetapi, apakah ini bermakna sekian ramai pelompat parti daripada UMNO yang sekarang berada dalam Bersatu turut sama tidak bermaruah?
Adakah Bersatu sendiri yang menerima pelompat-pelompat tersebut juga tidak mempunyai maruah?
Selain itu, apakah Mahiddin sendiri yang meninggalkan PH dan membentuk kerajaan PN tanpa proses pilihanraya ada memiliki maruah?
Mazlan sajakah yang tiada maruah atau semua mereka itu sama-sama tiada maruah? – ShahbudinHusin 28/01/2022.
Subscribe to:
Posts (Atom)