(Terkini) Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Sentuhan Kasih Desa Peringkat Nege...

KAJIAN PERLAKSANAAN GAJI PROGRESIF.



 Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) kini sedang berjalan pada peringkat projek rintis yang menyasarkan penglibatan 1000 syarikat.



Setakat ini, 908 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah berdaftar di laman web DGP dan kita telah menerima permohonan daripada 398 syarikat daripada pelbagai sektor. Kementerian dan pihak-pihak terbabit akan turut mengambil tindakan susulan dan membantu syarikat-syarikat yang telah mendaftarkan minat untuk menyertai projek rintis DGP.


Semenjak Kertas Putih DGP dibentangkan pada Parlimen dan diluluskan pada November 2023, Kementerian Ekonomi bersama-sama Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh sebagai persediaan untuk menggerakkan projek rintis ini.


Untuk projek rintis ini, Kerajaan Madani telah menyediakan RM50 juta bagi tujuan pelaksanaan dengan turut melibatkan pembayaran insentif kepada 1000 majikan. Untuk majikan yang menyertai program DGP, bayaran insentif kepada majikan dijangka akan bermula sekitar Oktober tahun ini.


Dasar Gaji Progresif bukan sekadar akan dilaksanakan tetapi telah pun berjalan. Ini adalah usaha dalam komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mereformasikan pasaran buruh negara dan juga membetulkan herotan gaji dalam pasaran buruh selari dengan peningkatan produtiviti.


Kementerian Ekonomi akan menganjurkan Townhall Dasar Gaji Progresif pada 6 Ogos 2024 pada jam 2:30 petang. Sesi ini bertujuan untuk melibatkan pihak pemegang taruh, khususnya dari PMKS, untuk mendalami pemahaman mereka tentang dasar dan projek rintis DGP. 


Untuk mendaftarkan kehadiran, boleh klik pautan ini: https://www.gajiprogresif.gov.my/townhall/



𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗔𝗧, 𝗛𝗔𝗧𝗜-𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗛𝗔𝗧


✍️  Ahmad Mursi 


1.  Ulama dalam Islam ada dua (1) Ulama Akhirat (2) Ulama Su'.


2.  Nas Al-Quran dan Hadith menggalakan untuk dampingi Ulama' Akhirat dalam masa sama memberi amaran bahaya Ulama Su' (Jahat).


3.  Ulama Akhirat disebut sebagai pewaris para Nabi yang mewarisi ilmu dan membimbing masyarakat.


4.  Ulama Su' pula disamakan seperti anjing yang jelirkan lidah kerana menjual agama untuk dunia dan hawa nafsu.


5.  Nabi saw menyebut Ulama' Su' lebih dikhuwatiri dari bahaya Dajjal dan mereka 'seburuk-buruk makhluk' kerana dari mereka munculnya fitnah.


6.  Mempunyai Ilmu yang hebat tidak menjamin seseorang boleh terselamat dari godaan syaitan dan menjadi ghuluw.


7.  Abdurrahman bin Muljam adalah Guru Al-Quran, penulis wahyu, penghafal Al-Quran. Akhirnya mati dalam keadaan sia2 kerana Ghuluw. Dia membunuh Saidina Ali sambil membaca potongan ayat Al-Quran: "Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya" Al-Baqarah:207.


8.  Puncanya kerana dia berpolitik dan bermain isu akidah. Maka menjadi Ghuluw dan mengkafirkan Saidina Ali.


9.  Status 'Tok Guru Al-Quran' di awal hidupnya tidak menjamin pengakhiran husnul khatimah atau su'ul khatimah. 


10.  Ada manusia yang awal hidupnya pelacur, akhirnya bertaubat dan Allah terima taubatnya maka mati dalam Husnul Khatimah. Ada yang awal hidupnya ahli ibadah, akhirnya mati Su'ul Khatimah dalam melakukan maksiat dan takabbur.


11.  Janganlah cepat menghukum. Kesemuanya dalam ilmu Allah dan RahmatNya yang luas. Maka sentiasalah kita berdoa, menjauhi takabbur dan terus berusaha membuat amal kebaikan.



MENIPU DENGAN JENAMA PERUBATAN ISLAM


Dzolkarnain


1. Menengok, menilik bukan perubatan Islam. Islam tidak pernah membenarkan tengokan, tilikan. Pemberitahuan penengok, penilik adalah bohong. Syaitan yang membisikkan maklumat bohong itu ke telinga penengok, penilik.


2. Menjampi juga bagi saya bukan perubatan Islam. Meskipun penjampi menggunakan ayat Quran atau hadith. Apatah lagi jika jampi yang diguna bukan Quran atau hadith. Meskipun penjampi adalah ustaz, apatah lagi bomoh.


3. Penjampi menggunakan jampi yang sama atau lebih kurang sama untuk semua jenis masalah. Penjampi tidak menganalisa penyakit dan puncanya. Bahkan penjampi tak tahu pun jenis penyakit. Penjampi hanya agak-agak sahaja dalam amalannya.


4. Saya tidak berkata "berjampi" salah. Saya tahu lafaz yang diajar oleh Nabi SAW yang boleh diguna sebagai "jampi". Saya tahu ada hadith tentang sahabat yang "menjampi" dengan surah al-Fatihah dan mendapat "pengeras" seekor kambing. Saya tahu hal itu.


5. Itu isu lain. Fokus saya ialah, bomoh atau ustaz yang menjampi telah menipu orang ramai atas nama "perubatan Islam". Dakwa mereka, perubatan jampi adalah perubatan Islam. Seolah-olah ilmu perubatan yang dipelajari oleh anak-anak kita selama 5 tahun di universiti, secara sepenuh masa, cuti pun terhad, bukan perubatan Islam.


6. Bayangkan, perubatan Islam ialah jampi. Pengamal perubatan Islam ialah bomoh atau ustaz yang menjampi. Doktor dan jururawat yang bersengkang mata termasuk pada hari raya di hospital bukan pengamal perubatan Islam? 


7. Datang ustaz atau bomoh, pegang jag air, dengan mata sedikit tertutup, mulut berkumat-kamit berjampi dengan ketayap di kepala, perubatan Islam selalu? 


8. Itukah bentuk perubatan yang disandar kepada Islam? Jampi? Lekeh benar Islam jika itulah bentuk perubatannya. Ilmu perubatan yang cabang-cabangnya ratusan, dengan ribuan pakar dalam setiap cabang, bukan perubatan Islam?


9. "Perubatan Islam" ialah jampi yang ditiup, dilakukan oleh seorang ustaz, dipelajari dari mulut ke mulut, diijazahkan oleh seorang atau beberapa orang guru, tanpa kajian, tanpa makmal, tanpa eksperimen, tanpa data, boleh dipelajari oleh sesiapa saja tanpa syarat kelulusan dalam bidang ilmu tertentu, terutama ilmu sains... Inikah perubatan Islam?


10. Lama benar kita ditipu oleh ustaz dan bomoh yang berjampi, kononnya merekalah pengamal perubatan Islam. Cara mereka adalah cara perubatan Islam. Kesian orang Islam. Mereka ditipu oleh orang Islam sendiri.


11. Sudara... Perubatan Islam bukan begitu. Perubatan Islam ialah perubatan yang berpaksikan ilmu, kajian, data dan penelitian yang mendalam. Ilmu perubatan Islam ketat dengan disiplin dan etika. Hanya mereka yang punya kelayakan tertentu layak mencebur diri dalam bidang ini. 


12. Bidang ini melibatkan nyawa manusia. Bukan main-main. Bukan boleh agak-agak dan jampi-jampi. Nyawa adalah nombor satu dalam urutan keutamaan dan tujuan syariat. Nabi SAW menyuruh sahabat yang mengadu sakit berjumpa dengan orang yang berkeahlian dalam urusan itu.


13. Justeru, para doktor dan jururawat adalah pengamal perubatan Islam sebenar. Bukan bomoh, bukan ustaz, bukan juru bekam dan bukan tukang al-fasd (pengeluar darah melalui urat). Bukan juga tukang jampi.


14. Bidang perubatan Islam berada di universiti yang dikendalikan oleh pakar bidang itu. Berada di hospital yang dikendalikan oleh doktor, jururawat dan pembantu perubatan. Bukan di pusat bekam, atau di pusat rawatan yang dinamai "Pusat Rawatan Islam".


15. Berhentilah menipu dan menjadi mangsa penipu.



UN NI AWAT NGOK SANGAT


Pak Ya Siam


 Bodoh la pejuang ulamak PAS ni..




Gambaq billie eilish tu mai waktu lebai Tok guru haji Dahi Awang dalam kerajaan !!



Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Sambutan 100 Tahun Jab...

TIADA PERBINCANGAN ANTARA UMNO & PAS SEPERTI DAKWA KETUA PENERANGAN PAS,...

JAWAPAN PMX TERHADAP PENIPUAN DARI GENG KAKI PEMFITNAH BERSATU DAN PAS!

PATUT LAMA DAH KENA


 

WOIIII.. HANGPA.. NAK HABAQ BAGI... NI PALESU..


 

SANUSI KATA PALA BAPAK HANGPA.



 PAS Selangor berpendapat, mustahil ada sekolah yang tidak mengetahui pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung berhubung prosedur penerimaan sumbangan daripada pihak luar.


Pesuruhjayanya, Ab Halim Tamuri, berkata pekeliling tersebut dikeluarkan KPM sejak 2018 dan menggariskan kaedah penerimaan sumbangan yang dibenarkan atau sebaliknya...



"Adalah amat mengecewakan rakyat Malaysia jika benar kenyataan dalam Malaysiakini yang Timbalan Menteri Pendidikan (Wong Kah Woh) tidak membantah tindakan menerima sumbangan daripada hasil minuman keras yang jelas bercanggah dengan pekeliling KPM pada 2018," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pala hotak nkolah PAS...



TUUUU DIAAAAA..



 Whoaaa!!! Lebai marah SJKC dapat dana persendirian dari luar untuk pendidikan, rupanya sejak puluhan tahun pejabat parti lebai sendiri di taja oleh sykt judi Lim Goh Tong! 😆




SANUSI KATA ADA PERJUMPAAN UMNO - DAP. . DIA KALAU TAK MUHONG SAJA LA.


 

PRESIDEN INDONESIA AKAN MULA BEKERJA DARI NUSANTARA

 


Presiden Indonesia Joko Widodo dijangka memulakan tugas rasmi di ibu kota baharu negara, Nusantara, yang terletak di Pulau Kalimantan, pada 28 Julai, lapor Xinhua.



Ketua Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono membuat pengumuman itu pada Rabu.


Presiden dijadualkan merasmikan sebuah lebuh raya pada 28 Julai dan "kami sedang dalam proses membuat semua persiapan yang diperlukan agar presiden dapat mula bekerja di ibu kota baharu," kata pegawai itu. 


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



RENTASAN 1621 | RASIONALISASI SUBSIDI BAHAN API, PETANDA NEGARA 'TAK SEL...



MENARIK DALAM RENTASAN 1621
1. KERAJAAN MADANI SEDANG SELAMATKAN MALAYSIA 2. GHULUW MENGGUGAT PERPADUAN NEGARA 3. PAS GILA TALAK?












LEMBIK LA KAU

 


𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗱𝗱𝗶𝗾 buat hantaran ni di 𝗫 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀.



Pelik bila dia kata sakit kaki. Baru 43km. Sebelum ni lari 200km elok je 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗳𝗶𝗮𝘁.


Mungkin dia dah jangkit sakit walaun, 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸. 43km lebih jauh dari 200km. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PARA PARA PENJAHAT

 

Irfan Bahrin


Fitnah adalah syiar dan panji kebodohan.


Biasanya, yang mengibarkan adalah orang jahat. Bila ia dikibarkan, orang bodoh pun berkumpul di sekelilingnya. 


Yang mengibarkan adalah iblis dan syaitan. Lalu berkumpullah di kelilingnya ahli neraka. 


Fitnah adalah najis bahan buangan orang jahat, kemudian menjadi makanan orang bodoh. 


Semakin banyak fitnah yang disebarkan demi dan dalam suatu kumpulan, bererti semakin ramai orang bodoh dan orang jahat dalam kumpulan itu.


Orang yang tidak pandai membezakan antara fitnah dan kebenaran, ibarat orang yang tidak pandai membezakan antara makanan dan najis.


Orang yang tidak kisah yang dia ambil itu fitnah ataupun tidak, ibarat orang yang tidak kisah makan bercampur najis.


"Aku sebarkan fitnah ini demi kebaikan, demi bangsa, demi agama, demi kumpulan kita," katanya. 


Hakikatnya dia adalah syaitan pedagang najis yang mahu membuatkan orang baik, orang yang sayang bangsa, orang yang sayang agama, makan najis.


Anda mungkin rasa 'najis' ini cuma perumpamaan, tapi ia akan menjadi realiti kepada ramai orang. 


Bagaimana jika seseorang itu masuk neraka kerana mencipta, menyebarkan, ataupun tidak kisah dengan fitnah? 


Neraka itu, antara seksa dahsyatnya, ialah meneguk kotoran dan nanah ahli neraka. Kerana dulu di dunia, mereka mampu memilih antara yang baik dan yang keji, lalu mereka memilih yang keji. 


Wallahua'lam. Moga Allah mengampunkan kesilapan dan memelihara kita.



KISAH DI UTARA


Desa HM


 Kisah di sebuah negeri di utara Nicaragua...



Kisah berlaku di negeri paling utara, bernama Palisey...


Ketua negeri tsb telah terlibat dgn kes salahguna kuasa... dan telah dinasihatkan oleh Maharaja negeri tsb utk letak jwtn...


Lalu Maharaja menitahkan Kepala Besar parti mereka bernama Masidin Yaddin utk mengadap...


Dititahkan supaya ketua negeri Palisey ini ditukar. Tapi, ketua negeri beri syarat .. pengganti mestilah dari parti mereka yakni parti logo matahari....


Namun... bila berita ini smpai kpd presiden parti logo matahari bernama Eddy Wangga...  presiden ini tak setuju.


Maka.. terpaksa lah ketua negeri utk akur dgn presiden nya sendiri, berbanding mendengar cakap Kepala Besar parti Masidin Yaddin...


Tunggu lah... esok pak aji sambung cerita.. 


Nota: gambar di bwh hanyalah sekadar hiasan. Tak ada kena mengena dgn kisah di atas...


👀👀🙄



SANUSI HANYA NAK KERJA MUDAH


 

ANEH BIN AJAIB

 

Che Ibrahim


Aneh binti ajaib... Adakah masyarakat bukan Islam juga tidak boleh terlibat dengan apa apa elemen yang  ada kaitan dengan arak dan judi sebagaimana orang Islam?? 


Haram ke atas mereka mengambil apa apa manfaat dari hasil Judi dan arak??




[panas] PAS “KULI BATAK” VETERAN UMNO! APA SUDAH JADI PARA LEBAI LEBAI INI?

TERIMA KASIH REGA SAWIT DAN GETAH NAIK. YANG WALAUN KATA MAHALDAH NI, TU JENIS MALAS ..


 

TERPENCIL BUKAN BEERTI TERCICIR


 Saya belajar dari mereka.



Jauh untuk sampai ke Kg. Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut Pahang.


Saya belajar bahawa hidup terpencil tidak semestinya tercicir.


Malah kalau ada yang memandang kita kecil, biarkan sahaja.


Barangkali kekuatan yang pada kita, mampu mengubah alam suatu hari nanti. 


DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS

Yang Di-Pertua

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 


https://vt.tiktok.com/ZSYv2VyFY/



PENAKUT MUHYIDDIN NI. SAMPAIKAN TUTUP PARLIMEN. TAKI MENTERI UNDANG UNDANG PUN SAMA.

 


Mahkamah Persekutuan pada Rabu membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.



Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas berpendapat permohonan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari memenuhi syarat bagi memulakan semakan kehakiman.


"Pada peringkat ini, kami tidak akan menjawab persoalan undang-undang yang dibangkitkan dan pihak berkaitan boleh membawanya ke Mahkamah Tinggi," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



UMNO DALAM BAHAYA JIKA KALAH DI NENGGIRI



Sama seperti PRK Dun Sungai Bakap sebelum ini yang PKR begitu berharap dapat memenanginya, situasi yang sama turut berlaku kepada UMNO dalam PRK Dun Nenggiri pada 17 Ogos depan.


Bagi PKR, parti itu amat berharap dapat memenangi PRK Dun Sungai Bakap bagi menafikan wujudnya sentimen penolakan rakyat terhadap kerajaan madani.


Tambahan lagi Sungai Bakap adalah tempat di mana Anwar Ibrahim dilahirkan dan jika kerusi milik Pas/PN itu mampu dirampas, ia adalah suatu isyarat yang baik bagi menggambarkan kerajaan madani masih diterima oleh rakyat negara ini.


Sebab itu, sebelum PRK Sungai Bakap, Anwar difahamkan telah memberi arahan kepada menteri-menteri PKR agar “by hook or by crook” memastikan kerusi itu mesti sedaya upaya cuba dimenangi.


Malangnya, impian itu tidak menjadi kenyataan, malah daripada kalah 1,563 undi, kekalahan calon PKR bertambah kepada 4,267 undi.


Mahu tidak mahu, baik PKR, PH atau lain-lain parti dalam kerajaan madani, mereka kini terpaksa menerima realiti bahawa penolakan rakyat bukan lagi ilusi, tapi benar-benar suatu realiti.


Selepas Sungai Bakap, kini datang pula PRK Nenggiri yang perlu dihadapi.


Kali ini giliran UMNO pula berdepan situasi yang sama dihadapi PKR sebelum ini.


Jika di Sungai Bakap Pas/PN menang sebelumnya dengan majoriti 1,563 undi, di Nenggiri kemenangan Bersatu/PN hanyalah 810 undi.


Dengan berbekalkan kekurangan undi 810 undi itulah UMNO/BN akan berusaha sedaya upaya memenangi PRK Dun Nenggiri pada 17 Ogos depan.


Mampukah UMNO/BN mencipta kejayaan atau mereka juga akan mencipta sejarah yang sama seperti PKR di Sungai Bakap?


Kalau kalah lagi, terutama dengan undi lebih besar daripada 810, UMNO pasti akan terus bergegar atau digegar kedudukannya menjelang PRU16 akan datang.


Sebagai langkah awal untuk mencipta kemenangan, UMNO telah melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Kempen bagi PRK tersebut.


Perlantikan itu adalah hanya Ku Li yang diyakini faham tentang kedudukan Dun Nenggiri yang terletak dalam kawasan Gua Musang itu.


Untuk langkah awal agar kemenangan benar-benar terhasil, difahamkan pemimpin-pemimpin parti dalam kerajaan perpaduan yang ingin turun berkempen di Nenggiri perlu melalui tapisan beliau terlebih dahulu.


Hanya yang mendapat lampu hijau daripada Ku Li saja yang dibenarkan datang berkempen ke Nenggiri.


Keadaan itu segera mencetuskan spekulasi kononnya Rafizi Ramli yang mengungkapkan perkataan “bodoh” dan “bahlol” ketika berkempen di Sungai Bakap sebelum ini adalah antara yang bakal dilarang daripada turun berkempen di Nenggiri.


Nama lain yang disebut-sebut bakal dikenakan larangan yang sama ialah Lokman Noor Adam, Pengarah Komunikasi UMNO.


Oleh kerana Lokman pun dalam banyak ceramahnya sebelum ini kerap mengungkapkan perkataan “bodoh”, dibimbangi beliau akan terbabas lagi ketika sedang syok berkempen dengan mikrofon dan kamera ada di depannya.


Satu perkara ialah ialah PRK Nenggiri nanti diadakan hanya beberapa hari sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU2024) yang akan diadakan antara 21 hingga 24 Ogos di WTCKL.


Memandangkan telah ada dua bahagian di Johor yang meluluskan usul agar UMNO mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan madani, bayangkanlah apa situasi pada PAU2024 kali ini jika kerusi Dun Nenggiri gagal dimenangi?


Tentulah Dewan Merdeka WTCKL lebih panas lagi kiranya kekalahan calon UMNO/BN nanti bukan saja lebih daripada 800 undi, bahkan mencecah sehingga 2,000 atau 2,500 undi.


Inilah juga yang menjadikan PN tambah bersemangat tinggi untuk mengulangi sejarah Sungai Bakap ke Nenggiri nanti. – ShahbudinHusin 22July2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/22/umno-dalam-bahaya-jika-kalah-di-nenggiri.html



DIA TAK FAHAM FITNAH DAN KRITIK


RMS


Beza kritik dan menfitnah pun main toron jah.. 😆😆



TIGER DAH LAMA BANTU SJKC.

 

Ibrahim Mat Isa


Tiger dah berpuluh tahun menyumbang dana ke sekolah Cina. Tak ada siapa yang bising pun. Sebab itu sekolah Cina kekal membangun megah dan cantik².



Tiger tak pernah menyumbang ke sekolah tahfiz atau sekolah pondok kerana pak lebai tak sudi terima bantuan atas alasan agama.


Kenapa tiba² isu ini timbul?



YA AMPUSALAM... WAKALIAMPUT.

 

Abu Mishkat


Tuan-tuan yemelia, jika datang pengikut mazhab Walauniyah datang kepadamu berhujah atau mempersenda dengan biskut Tiger, maka berilah olehmu akan poster ini. 


Nescaya urat kentutnya tersimpul, lalu kembong perutnya 😁




DERMA AWAM GUNA BELI KERETA MEWAH! AKTA DAN PENERANGAN YANG MANTAP YB AZ...




PN CUCI TANGAN SALAHKAN PMX! PN MEETING NEGARA KOMUNIS, DAKWAAN PAS!



Ibaratkan Malaysia ini sebagai sebuah rumah. Akibat tuan rumah terdahulu tak reti jaga, maka keadaan rumah jadi amat teruk. Atap berlubang-labang, batang paip bocor, penghawa dingin tidak berservis, dapur berkecah, jamban berkerak, longkang tersumbat, tingkap ada yang pecah dan lain-lain lagi masalah. Apa yang dilakukan oleh tuan-tuan rumah terdahulu hanya pandai berhutang tiap kali muncul masalah. Duit yang dipinjam tidak pula digunakan untuk membaiki rumah, tapi selalu hanya untuk joli sakan. Lantas ia menambah lagi masalah. Di dalam rumah, ada pula anak-anaknya jahat, yang rembat duit keluarga sendiri. Akhirnya rumah semakin punah-ranah dan semacam tidak layak didiami. Apabila masuk tuan rumah baru—yang kini dipimpin oleh PM Anwar Ibrahim—segala kerosakan mustahil dapat ditangani dalam satu malam. Ketika PM Anwar ingin memperbaiki tiap kerosakan, tuan rumah dan geng-gengnya melalak-lalak macam jin dibacakan Yassinan. Dengan berperangai begitu, tuan dan geng-gengnya berharap kesalahan mereka dilupakan orang. Segala yang rosak, bagi mereka, hanya muncul sejak Anwar menjadi perdana menteri. Mereka lepas tangan. Yang disembunyikan, sewaktu mereka memimpin, hutang meningkat RM1.5 trilion dengan inflasi mencecah 4-5 peratus. Kadar penganguran pada 2020 juga dicatat paling tinggi sejak 1993, iaitu 4.5 peratus—kini dapat dikurangkan di bawah 3.5 peratus. Beberapa petunjuk utama ekonomi seperti prestasi Ringgit juga kian mengukuh daripada hampir RM5 per-Dollar Amerika, sudah berada pada paras RM4.70 dalam kurang tiga bulan sahaja. Menurut data Bloomberg, Ringgit bahkan menjadi matawang kedua terbaik di Asia selepas Rupee India. Lagi dalam keadaan rumah yang serba rabak, ada kalanya perlu diganti segera di situ dan di sini. Misalkan bekalan air perlu ditutup seketika, kerana bocornya sudah terlalu besar dengan kerugian semakin hari semakin banyak. Kala “bekalan air dihentikan seketika” itulah, pemimpin pembangkang mengambil kesempatan menonjol diri sebagai jaguh. Konon kerajaan bodoh belaka sehingga menyebabkan bekalan terputus. Fakta yang disembunyikan ialah ia bukan diputuskan selama-lama, namun hanya gangguan sementara pembaikan dilakukan. Penyasaran subsidi Bayangkanlah kalau tiada penyasaran subsidi, jumlah eletrik atau diesel yang diraih golongan maha kaya beserta kecurian ialah berjumlah RM5-6 bilion setahun. Angka itu tidak mati di situ, tapi terus meningkat. Dan bayangkan juga kalau PN terus jadi kerajaan dengan Muhyiddin Yassin atau Hamzah Zainuddin PM-nya, dalam tiga tahun ke depan Malaysia bakal rugi sehingga RM20 bilion! Penggunaan diesel di sempadan kini mendadak kurang sampai 40 peratus sejak penyasaran dilaksanakan. Kalau bukan kerana penyeludupan, hantu raya manakah yang mengogok diesel sebegitu banyak tiap-tiap bulan? Mana mungkin dengan kebocoran besar, hutang negara boleh dikurangkan. Apek lempang di pekan Pagoh pun tahu matematik ini. Jelas sekali bicara Muhyiddin yang mengaku pintar ekonomi, seperti ungkapan hakim Jeremy Bentham dari England di abad ke-18 sebagai “omong kosong di atas panggung”! Ya, pemimpin PN hanya enak menghentam di depan penyokongnya sendiri di pentas ceramah, tapi tanpa keberanian melakukan sesuatu yang benar untuk negara. Dan apakah ketika menjadi PM, Muhyiddin buta tidak nampak ada kebocoran besar eletrik, diesel, subsidi ayam dan pelbagai bentuk rasuah? Kalau batang paip meleleh sehingga bil naik 10-20 ringgit sebulan di rumah pun ibu-bapa sudah bising-bising, inikan pula berbilion-bilion, dibiarkan Muhyiddin. Kalau bukan culas, apakah namanya lagi? Lebih tidak bertanggungjawab apabila jenis pemimpin PN akan mendiam diri seribu bahasa ketika mereka tahu yang mereka bermasalah dan bersalah. Lihatlah Muhyiddin langsung tidak berketik untuk menjelaskan isu menantunya yang lari ke luar negeri sejak lebih setahun lalu. Kalau dahulu pemimpin PN menganjing Jho Low yang lenyap entah ke langit mana, kini tidak ada bezanya sikap mereka dalam berhadapan cerita menantu Muhyiddin. Dan di saat blok pembangkang menggunakan surat layang atau status FB kabur sebagai asas berhujah di dalam parlimen, badan-badan kewangan antarabangsa pula memberi pandangan meyakinkan bersangkutan kebangkitan baharu ekonomi Malaysia. Keluar dari kuasa kegelapan Dua minggu lalu, syarikat kewangan seperti JP Morgan atau majalah perniagaan terkemuka Forbes mengakui ekonomi Malaysia dengan berani telah ditetapkan berada pada landasan betul. Dalam satu temubual televisyen CNBC, Ketua Strategik Asia Pasific JP Morgan, Rajiv Batra berkata Malaysia kini jadi pilihan utama pelabur antarabangsa dan menjadi negara ekonomi yang paling diyakini selepas China dan Jepun. Sekali lagi, dengan pencapaian yang dicatat kurang setahun setengah sahaja, tidak ada sepatah komen pun di kalangan pemimpin pembangkang—selain malangnya, mereka lebih disebukkan dengan doa Qunut Nazilah bagi menghancurkan sesama Muslim.


MUHYIDDIN YANG PATUT RASA TAKUT! PAS TINGGALKAN BERSATU APA CERITA?



Ketika pemimpin tertinggi Umno dan BN menafikan wujud sebarang rundingan dengan pihak dalam PN, Fahmi Fadzil berkata, ketika ini yang sepatutnya "benar-benar bimbang" ialah Bersatu. Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan itu berkata, Bersatu sedar bahawa mereka sebenarnya menjadi beban kepada PN dan PAS dalam gabungan tersebut. "Saya yakin Bersatu patutnya betul-betul takut mengenai hal ini, macam di Nenggiri, ramai (dalam PAS) mahukan parti PAS bertanding di situ "Pihak yang patut paling risau ialah Bersatu sebab mereka tahu dan faham mereka adalah liabiliti kepada PAS dan PN," katanya di Putrajaya hari ini. Terdahulu Fahmi ditanya media mengenai khabar angin yang mendakwa berlaku rundingan sulit di antara Umno dan PAS, serta kemungkinan ada kebimbangan di pihak PH.




[ISU SEMASA] PAS BELA TINDAKAN MP BACA QUNUT NAZILAH DI PARLIMEN

PELIK....



 Nak tanya sikit, what’s wrong with our society today? Perhatikan keadaan di bawah:


1. Tular videou lama yang menujukkan bekas pelajar-pelajar UPNM yang lepas tali gantung masa peringkat mahkamah tinggi pada masa itu keluar dengan perasaan gembira seolah-olah tak ada langsung penyesalan dan bersalah walau kawan mereka sendiri meninggal?


2. Seorang pembuli siber wanita berjalan catwalk keluar mahkamah dan dengan muka senyuman sinis langsung tak ada penyesalan walau ia mengakibatkan depresi dan bunuh diri oleh mangsa?


3. Influencer laki bini lepas keluar reman SPRM buat live kongsi pengalaman menarik dalam tahanan reman SPRM seolah bangga dan seronok walau pernah pakai baju oren dan tak ada sebarang perasaan malu?


Apa benda semua ni?



PENGHASUT! PEMFITNAH! KERAJAAN HARUS AMBIL TINDAKAN TEGAS & KERAS!

Salam Tan Sri Sharifah Hafsah.





Saya ada beberapa soalan.


1. Adakah Tan Sri yang memulakan kesemua masalah ini? Bukan Tan Sri Pengerusi MQA dahulu?


2. Adakah Tan Sri dalang yang ingin membunuh laluan parallel latihan kepakaran, seterusnya menganiaya pakar-pakar yang tidak dapat diiktiraf? Sebab mainkan MQA MQA, ya lah sebab katanya KKM tak ada boleh latih pakar. 


3. Saya dengar Tan Sri sekarang dah pass pass artikel ini kepada kawan-kawan yang ada kawan-kawan di Dewan Negara? Betul ke? Tak give up lagi ya? Saya percaya dengan Dewan Rakyat, mereka bagus-bagus semuanya. 


Saya nasihatkan sudah-sudah lah. Pindaan RUU Akta Perubatan sudah lepas Dewan Rakyat. Tidak perlu kacau kami. Mungkin boleh berehat sahaja dirumah. Your time is up.


Rafidah Abdullah



LIHAT MUKA LEBAI PAS DALAM KERAJAAN PN. MEREKA TAK TEGUR DAN TAK BISING. INI NAMANYA HIPOKRIT

 

Jamzuri Ardani


Saya tidak menyokong penglibatan syarikat arak di sekolah. Pada masa yang sama saya juga menolak hipokrasi pak lebai.




KERAJAAN SEHARUSNYA ATASI SWMUA INI

 

Desa MH


Sudah banyak amaran yang diberikan berkenaan penyalahgunaan media sosial kebelakangan ini... 



Namun gejala2 seperti cyber bully, scammer, perjudian dlm talian, pelacuran, kongsi gelap dan penjualan dadah masih berleluasa. 


Selain itu, gejala seperti fitnah, adu domba, propaganda perkauman dan agama juga semakin menjadi2... Walaupun beberapa amaran telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Komunikasi...


Terkini... fenomena ini telah beberapa kali diulang titah oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yg DiPertuan Agong, mengarahkan kerajaan untuk mengambil tindakan proaktif bagi memastikan environment komunikasi di kalangan rakyat menjadi semakin sihat.


Justeru, sudah sampai masanya, kerajaan madani utk melihat fenomena 'langit yg terlalu terbuka' ini diberikan sentuhan baru, agar negara yg sdg dibina kembali ini dpt terus subur dgn adab dan budaya mengikut acuan kita.


Khuatir... kalau terus dibiarkan.. sampai masa, keluarga, anak2 atau saudara mara kita mungkin akan menjadi mangsa cyber bully, scammer atau terjebak dgn gejala2 yg tidak diingini... 


Kerajaan Madani perlu lebih tegas.


🇲🇾🇲🇾🇲🇾❤️



PUNCA UMAT BERPECAH.


Ibrahim Mat Isa


 Kerana pak lebai miang nak tunjuk hero kununnya berdoa Nazilah dalam parlimen, habis punah orang berkelahi dalam group pasal wajar ke, tak wajar ke baca doa tu.



Memang betul orang duk kata, PAS ni pemecah belah keharmonian masyarakat. Politik palahangguk apa lagu tu!



BIAQ KITA RAMAI RAMAI BELI TANAH DI KEDAH PULAK


Najib Bakar


 Benda ni susah nak manoeuvre bang, akan amik masa bertahun-tahun keluar masuk mahkamah.



Pasukan pengkaji memang syok dapat geran juta-juta, tapi hasil dapatan tu benda yang dah jadi sejarah.


Kalau dapatan tu terbukti, Pulau Pinang sah milik Kedah, pastu nak rakyat Kedah buat apa?


Depa cuma boleh respon "ooooooo gitu ka" ja la.


Sekarang ni rakyat Kedah nak fikir ke depan, masa depan, ekonomi masa depan.


Elok lah keluarkan bajet untuk fikir macam mana nak tingkatkan pendapatan negeri Kedah. 


Boleh tiru model pertanian Thailand dengan cuaca yang lebih kurang.


Kedah tu punya tanah luas yang Penang tak ada, potensi pun tinggi.


Tapi kena berfikir dan bagi idea baru la, bukan biar penjawat awam ja tolong fikir. 


Kalau dak baik takyah ada orang politik.



FAEDAH. BERJALAN 10K LANGKAH

 


PENGUSAHA KILANG DIDENDA RM10 JUTA.



 Pengusaha sebuah kilang pemprosesan plastik disyaki menjadi punca pencemaran sungai hingga menyebabkan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) di Selangor pada Selasa berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM10 juta.



Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, siasatan awal mendapati berlaku kebocoran pada tangki simpanan produk Poly Methacrylic Acid (PMAA) di premis itu sehingga mengalir ke longkang dan sungai.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews