Dari awal lg krisis Tranung ni Pa$ malah Hadi Awang semacam tak reti nak bertindak.




Tapi tang Selangor dia punya sibuk .....
*
Terengganu dalam krisis, Istana tarik balik semua gelaran MB

Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang Jumaat kelmarin, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.
Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini.
"Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.
"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu (Gambar atas).
Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.
"Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.
"Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.
Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).
8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.
Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.
Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).
Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.
Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu.

APPU REFORMIS KENTAL

BELIAU ANTARA AKTIVIS YANG KEDEPAN DIKALANGAN KAUM INDIA DI TEMERLOH DAN MENTAKAB.SENTIASA MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TINGGI DALAM AKTIVITI PARTI KEADILAN DI PAHANG. RAMAI YANG MENGENALI BELIAU BAIK DIKALANGAN KAUM MELAYU , TIONGHUA DAN KAUM INDIA DI PAHANG.

Appu, anggota parti yang sangat komited dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.

"Saya sembahyang tak mau mati lagi boss...Saya mau tengok Dato Seri (Anwar Ibrahim) bebas lepas penjara dulu...itu jam kalau time saya sudah sampai tak apalah saya pergi".
Beberapa bulan lalu dia dibawa ke hospital Kajang (masa tu dia ziarah anak dia disana) dan dibawa ke hospital Kajang kerana sakit kaki (lutut).Dr cadangkan inject cecair ke lutut dengan kos.
Maka oleh kerana kekurangan wang dia pun pergi ke Pejabat ADUN Kajang-"kita punya Presiden boss," Appu bagitahu saya dengan bangga selepas itu-untuk mohon bantuan,jika ada.
Tetapi tak dapat apa-apa bantuan,Appu tak komplen tapi dia zahirkan ketidak senangan cara mana staff pejabat ADUN itu melayannya.
Saya sengaja provok," appu marah sama Kak Wan tak dapat bantuan?"
Appu dengan suara tinggi jawab tak marah pun atau kecil hati kerana "Saya faham boss,Presiden banyak lain kerja,lagi pun Dato Seri Anwar duduk dalam, Presiden kena jaga keluarga.saya pun bukan undi Kajang,saya undi Temerloh juga".
Untuk rekod, Sdr Yahya Sahri ada bantu beliau.
Begitulah Appu. Kalau DSAI datang Temerloh atau Pahang,dia ditugaskan bantu security detail DSAI.tanggungjawab dijalankan dengan penuh komited hinggakan teh tarik dan lauk pauk dia insist rasa dulu (termasuk daging-alasan Appu,Tuhan tahu saya kena jaga pemimpin saya) utk pastikan selamat.
Kita doakan Appu segera sembuh.



Tabung Bantuan sdr Ramasamy a/l Letchmanan - seorang Reformis dan pejuang KEADILAN sejati dari Negeri Pahang.
No. Acc - 0640029000408017 - Bank Simpanan Nasional.

Khabar angin bertiup, Ku Li akan dilantik TPM II


Tengku Razaleigh HamzahTengku Razaleigh Hamzah
Khabar angin bertiup kencang kononnya ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II tidak lama lagi.
Buat permulaan, putera diraja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu akan berucap bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Memorial Tun Ghafar Baba, di Bukit Peringit Melaka, pagi ini.
Ia adalah sempena 10 tahun pemergian Allahyarham, salah seorang pejuang terbilang Umno yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka.
Selain Najib Razak, difahamkan semua pemimpin tertinggi Umno juga akan turut hadir di mana majlis memperingati ulang tahun yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan secara besar-besaran itu.
Anak Tun Ghafar, Tamrin yang telah meninggalkan Umno dan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia juga akan memberikan ucapan.
Sementara itu, seorang blogger yang banyak menulis tentang Umno, Shahbudin Husin turut menulis tentang kemungkinan ini.
Katanya, seseorang menelefon dan pantas memberitahu bahawa Ku Li akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan tidak lama lagi.
"Sebab apa?" tanya Shahbudin kepada sumbernya.
Si pemanggil memberikan tiga sebab mengapa perlantikan itu dibuat oleh Najib Razak, tulis Shahbudin:-
Antaranya sebagai 'hadiah' kerana sudi menurunkan tandatangan sokongan melalui Deklarasi Kelantan yang memberikan sokongan kepada Najib.
Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Najib bagi berhadapan dengan Tun Mahathir Mohamad.
Manakala sebab ketiga adalah untuk mengimbangi kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa sudah mula 'pasang angan-angan' untuk menjadi Perdana Menteri, tulis Shahbudin.
"Tapi bukankah Tengku Razaleigh nak jadi Perdana Menteri, bukannya Timbalan Perdana Menteri?" soal Shahbudin.
"Daripada tak jadi apa-apa, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri pun kira okay juga,"kata pemanggil tadi penuh yakin kepada Shahbudin.