ISU TABUNG HAJI

 


Cukup lah menunggang Tabung Haji - Mendedahkan Pemimpin Pembangkang yg bodoh sombong sedangkan 23 company non muslim lulus dibawahnya.






Di bawah ini tulisan Ahmad Mursi yang sangat bagus. 


*************


𝗞𝗢𝗡𝗧𝗥𝗔𝗞 𝗥𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦: 𝗧𝗛 𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗨𝗧𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗢𝗟𝗘𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜


✍️  Ahmad Mursi 


1.  Kalau Tan Sri Abdul Rashid Hussein kata, syarikat yang dapat kontrak runding terus rebranding TH itu memang layak dan selari dengan polisi perolehan, saya percaya tanpa banyak soal.


2.  Kerana beliau lagenda dalam industri kewangan dan dunia korporat yang membina asas penubuhan RHB Bank – kini bank ke-4 terbesar di Malaysia.


3.  Kalau ustaz² PAS & Marzuk pandai sangat bab branding dan marketing, lama dah Kelantan maju selepas 35 tahun di bawah PAS.


4.  Jadi cakap² kononnya orang bukan Islam tak layak buat kerja rebranding TH sebab ada “hayya alal falah” tak lebih hanya helah nak menunggang emosi umat Islam.


5.  Nampak sangat ustaz² PAS ni tak faham hubungan profesional korporat. Semua hasil kerja tetap mesti diluluskan oleh Lembaga Pengarah TH.


6.  Berkenaan kontrak runding terus, TH ialah badan berkanun, bukan kementerian. Tidak tertakluk sepenuhnya kepada polisi Perbendaharaan kerajaan, namun tetap terikat dengan peraturan integriti awam serta boleh diaudit oleh Jabatan Audit Negara (pembaharuan sejak 2019 oleh Dr Mujahid) dan dipantau SPRM. TH ada autonomi perolehan sendiri yang ketat, dengan pengawasan audit dalaman dan Ahli Lembaga Pengarah. 


7.  Kini pula, institusi ini berada di bawah jagaan Tan Sri Abdul Rashid Hussain – seorang tokoh kewangan berwibawa. Beliau bukan sekadar Pengerusi TH, tapi juga Presiden Ke-10 UIA. Tokoh berjati diri dan berfikrah Islam tinggi, dan banyak sumbangan kepada umat Islam.


8.  Maksudnya, TH dan RM95 bilion aset umat Islam kini di bawah jagaan orang yang tepat – bukan ahli politik seperti lazimnya dulu, dan bukan juga diurus oleh “bukan Islam” seperti fitnah yang diviralkan pembangkang.


9.  Kalau tak setuju kontrak rebranding ni, bahaslah secara baik. Tapi kenapa sampai ajak orang tarik keluar deposit Tabung Haji? Itu tindakan khianat, 'membakar' institusi umat Islam sendiri.


10.  Rebranding TH bukan sekadar perbelanjaan biasa untuk tukar logo. Ia PELABURAN untuk yakinkan masyarakat tempatan & antarabangsa supaya terus menabung, melabur dan bekerjasama dengan TH.


11.  TH bukan hanya urus Haji, tapi juga fund manager terpenting umat Islam di Malaysia, dengan pelaburan tempatan & global.


12.  Sebab itu TH tak boleh lantik syarikat sebarangan macam kontrak gali parit. Ini kerja branding korporat – niche dan strategik.


13.  Di sinilah pengalaman Tan Sri Rashid Hussein dan ALP lain penting – mengenal pasti syarikat yang benar² mampu deliver. Marzuk tu tak reti apa.




Isu Usul SST di DUN Kedah: PAS/PN Lari Daripada Tanggungjawab Sendiri

 KENYATAAN MEDIA


Isu Usul SST di DUN Kedah: PAS/PN Lari Daripada Tanggungjawab Sendiri





1. Usul yang dibawa dan diluluskan di DUN Kedah yang membantah Semakan semula perluasan SST hanyalah gimik politik murahan. Hakikatnya, SST 8% hanya dikenakan pada barangan mewah, bukan barang asas harian. Beras, minyak masak, gula, tepung, sayur dan ikan tidak terlibat langsung. Jadi hujah kononnya rakyat marhaen terbeban adalah pembohongan semata-mata.


2. Masalah sebenar rakyat Kedah ialah keputusan kerajaan negeri sendiri  pimpinan MB Sanusi dan Pas yang menaikan tarif air dan premium tanah yang semakin menekan petani, peneroka kecil, malah pemaju kecil. Dua isu ini langsung tidak ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan.


3. Jelas bahawa kerajaan negeri Kedah cuba lari daripada tanggungjawab dengan mengalih perhatian rakyat kepada isu SST. Kalau benar prihatin, mengapa diam seribu bahasa bila rakyat mengeluh tentang air dan premium tanah?

kenapa kenaikan Ini dikatakan tidak bebankan rakyat sedangkan semakan semula SST untuk barang mewah. Adakah Adun Kedah merupakan pengguna barang mewah yang di naikan SST. Nampaknya Adun PAS/PN Dun Kedah bukan ketahuan kepala ekoq.


4. Walaupun kenaikan tarif air adalah dengan kelulusan  Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) namun terpulang kepada kerajaan negeri nak tentukan naik atau tidak dan kadar kenaikan. Masaalahnya Kerajaan Kedah pimpinan MB sanusi hanya tahu mempersoalkan semakan semula SST yang dikenakan pada barangan mewah. Tak salah nak naik tapi jangan hanya pandai menyalahkan kerajaan persekutuan. Kerajaan semak semula SST untuk pulangkan kembali pada rakyat khususnya Asnaf dan B40. Kerajaan Kedah pulangkan apa?


5. Soalannya mudah:

👉 Air dan tanah itu keperluan asas kehidupan setiap rakyat Kedah.

👉 SST pula hanya pada barangan mewah.

Siapa sebenarnya yang menekan rakyat? Jawapannya ada di Wisma Darul Aman, bukan di Putrajaya.


Usul SST oleh DUN Kedah tidak lebih daripada cubaan menutup kelemahan sendiri. Masalah besar rakyat Kedah hari ini datang daripada dasar kerajaan negeri pimpinan Sanusi, bukan daripada SST.


MAHFUZ BIN OMAR

Naib Presiden

Parti Amanah Kedah

24 Ogos 2025

Alor Setar, Kedah.




PAK DOLLAH BUAT HAL LAGI


 

PROGRAM TU DIBERI BANTUAN SEBAB MELIBATKAN ANAK MUDA. SELAMA INI MB GANU SEDUIT TAK BERI. PENGANJUR MOHON UNTUK BANTUAN.


 

MENUNGGANG AGAMA

 Mohd Asri


PAS menghina Islam. Perjuangan mereka hanya untuk 'mencari makan' tetapi sanggup melacurkan hukum2 & prinsip2 perjuangan Islam. Di Terengganu...bg rasuah nak menang PRU. Ada 15 kes2 fitnah & mereka kalah di Mahkamah. Tuduh org lain tapi sendiri bg kontrak 23 Sykt bukan Islam. Di Kedah...MB suka menipu & loyar buruk. Di Perlis..anak MB ada kes (mrnantu kpd Presiden parti). Negeri2 mereka berjenama dari parti Islam..tetapi, tidak maju2 ( mundur) dan banyak kes2 jenayah & kerosakan akhlak.. 



Pastu boleh pulak walauns cakap "hangpa pun ada jgk wat perangai camtu...". Ya, mgkn ada..tapi berbeza jauh sgt sbb PAS menggunakan @ meletakkan perkataan 'Islam' di pintu parti. Tu pun WALAUNS masih tak sedar?.



LIVE Sesi Petang 24 Ogos - Himpunan Honggaq Kedah - Leman Raja Lawan

MUHYIDDIN BERGEGAR KETAKUTAN DITANGKAP?

Honggaq Kedah live

FARHASH SAMAN RM10 JUTA! PEMBANGKANG SEMAKIN MEBANGGANG!


Ahli politik PKR yang kini bergelar ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bersama dua individu lain memfailkan saman fitnah terhadap portal berita MalaysiaNow dan editornya, dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta berhubung artikel portal itu mengenai skandal perlombongan di Sabah. Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini, saman itu difailkan oleh firma guaman Messrs Ahmad Deniel, Ruben & Co di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Julai. Farhash bersama Bumi Suria Sdn Bhd dan Mohd Aminudin Mustapha menamakan MNow Sdn Bhd serta Muhammad Abd Ar-Rahman Koya sebagai defendan. Farhash dan Aminudin ialah pengarah Bumi Suria. Selain RM10 juta, plaintif turut menuntut ganti rugi teruk, teladan dan ganti rugi tambahan, perintah mahkamah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf penuh, tanpa syarat dan terbuka di portal tersebut, faedah lima peratus setahun, serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Mereka juga menuntut defendan memadam artikel berkenaan daripada laman MalaysiaNow dan telah memfailkan permohonan injunksi segera untuk menghalang portal itu daripada mengulang siar artikel yang didakwa berunsur fitnah tersebut.



Kontrak runding terus: Tabung Haji ada kuasa, tokohnya


 


AHMAD MURSI


Kalau Tan Sri Abdul Rashid Hussein kata, syarikat yang dapat kontrak runding terus rebranding Tabung Haji (TH) itu memang layak dan selari dengan polisi perolehan, saya percaya tanpa banyak soal.

Kerana beliau lagenda dalam industri kewangan dan dunia korporat yang membina asas penubuhan RHB Bank – kini bank ke-4 terbesar di Malaysia.

Kalau ustaz-ustaz Pas dan Marzuk pandai sangat bab branding dan marketing, lama dah Kelantan maju selepas 35 tahun di bawah Pas.

Jadi cakap-cakap kononnya orang bukan Islam tak layak buat kerja rebranding TH sebab ada “hayya alal falah” tak lebih hanya helah nak menunggang emosi umat Islam.

Nampak sangat ustaz-usaz Pas ni tak faham hubungan profesional korporat. Semua hasil kerja tetap mesti diluluskan oleh Lembaga Pengarah TH.


Berkenaan kontrak runding terus, TH ialah badan berkanun, bukan kementerian. Tidak tertakluk sepenuhnya kepada polisi Perbendaharaan kerajaan, namun tetap terikat dengan peraturan integriti awam serta boleh diaudit oleh Jabatan Audit Negara (pembaharuan sejak 2019 oleh Dr Mujahid) dan dipantau SPRM. TH ada autonomi perolehan sendiri yang ketat, dengan pengawasan audit dalaman dan Ahli Lembaga Pengarah.


Kini pula, institusi ini berada di bawah jagaan Tan Sri Abdul Rashid Hussain – seorang tokoh kewangan berwibawa. Beliau bukan sekadar Pengerusi TH, tapi juga Presiden Ke-10 UIA. Tokoh berjati diri dan berfikrah Islam tinggi, dan banyak sumbangan kepada umat Islam.


Maksudnya, TH dan RM95 bilion aset umat Islam kini di bawah jagaan orang yang tepat – bukan ahli politik seperti lazimnya dulu, dan bukan juga diurus oleh “bukan Islam” seperti fitnah yang diviralkan pembangkang.

Kalau tak setuju kontrak rebranding ni, bahaslah secara baik. Tapi kenapa sampai ajak orang tarik keluar deposit Tabung Haji? Itu tindakan khianat, ‘membakar’ institusi umat Islam sendiri.

Rebranding TH bukan sekadar perbelanjaan biasa untuk tukar logo. Ia PELABURAN untuk yakinkan masyarakat tempatan dan antarabangsa supaya terus menabung, melabur dan bekerjasama dengan TH.


TH bukan hanya urus Haji, tapi juga fund manager terpenting umat Islam di Malaysia, dengan pelaburan tempatan dan global.

Sebab itu TH tak boleh lantik syarikat sebarangan macam kontrak gali parit. Ini kerja branding korporat – niche dan strategik.


Di sinilah pengalaman Tan Sri Rashid Hussein dan ALP lain penting – mengenal pasti syarikat yang benar-benar mampu deliver. Marzuk tu tak reti apa.



TANGGUNGLAH DOSA JIKA MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM


 Minda Khawarij Hadi Awang

OLEH: AHMAD MURSI



Tulisan ‘Minda Presiden’ Abdul Hadi Awang (23 Ogos 2025) bukan hanya fokus ‘Mengapa Parti Ini Layak Dinamakan Islam’, tapi juga digambarkan mengapa hanya PAS itu Islam dan parti lain tidak.

Flow naratif Hadi mula dengan terang berkaitan Islam, kemudian makna itu dialihkan kepada Pas, akhirnya ‘exclusion’ parti lain ditolak keluar dari Islam.

Untuk fahami, bagaimana ideologi Pas dipengaruhi retorik Khawarij, kena baca tulisan Hadi ini yang kini jadi ideolog tunggal Pas. Ini yang bina fikrah ahli Pas kini.


Strategi Hadi ialah kaburi bahawa “Pas itu Islam, Islam itu Pas, kritik Pas dituduh mush Islam”, walaupun ramai orang Islam menolak ghuluw PAS.


Strategi sama diguna Zionis yang sengaja kaburi bahawa “Zionisme itu Yahudi, kritik Zionisme adalah kritik Yahudi dan anti semitik” walaupun ramai orang Yahudi menolak Zionisme.



Tulisan ini adalah retorik Khawarij yang dibungkus dengan bahasa politik moden.


Unsur Khawarij 1: Dakwaan eksklusif terhadap kebenaran agama

Kata Hadi: “𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘵𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢. 𝘈𝘥𝘢𝘱𝘶𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘦𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘴𝘶𝘭𝘶𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘴𝘶𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢…”


➡ Khawarij terkenal dengan sikap menganggap hanya mereka yang benar dan pihak lain dianggap sesat atau batil, walaupun sama-sama Muslim. Ini bercanggah dengan prinsip ahlus sunnah yang mengiktiraf kewujudan ijtihad berbeza tanpa mengkafirkan atau menyesatkan secara mutlak.

Menjadikan tanda kebencian musuh sebagai ukuran keaslian iman

Kata Hadi: “𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘫𝘦𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘶𝘴𝘶𝘩 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘴𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘭𝘴𝘶𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢.”


➡ Unsur Khawarij: pemikiran hitam-putih (binary thinking). Jika tidak memusuhi pihak tertentu (khasnya musuh Pas), maka bukanlah Islam yang benar. Ini cara berfikir yang simplistik dan tidak seimbang, kerana ukuran kebenaran bukan semata-mata sama ada musuh benci atau tidak. Moorthy Hindraf – ICERD sayang Pas, tidak mengapa.


Memutlakkan legitimasi kepada kumpulan sendiri

Kata Haji Hadi: “𝘔𝘢𝘵𝘢 𝘳𝘢𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘬𝘶𝘮𝘱𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘬 𝘻𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘢𝘫𝘢𝘩.”, “𝘗𝘈𝘚 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘵𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘩𝘶𝘬𝘶𝘮 𝘵𝘦𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪.”, “𝘗𝘈𝘚 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘲𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘳𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘣𝘶𝘩𝘬𝘢𝘯…”


➡ Unsur Khawarij: menyamakan legitimasi kumpulan dengan kebenaran Islam itu sendiri. Khawarij pada zaman dulu menganggap sesiapa yang tidak bersama kumpulan mereka sebagai keluar daripada Islam atau tidak benar. Selain PAS, maka tidak Islam samada PKR, Umno, AMANAH, BERSATU dan lain-lain sebab tak ada perkataan Islam pada namanya.


Memomokkan pihak lain degnan istilah sekularisme penjajah

Walaupun benar sekularisme memang berlawanan dengan Islam, tetapi dalam tulisan Hadi, semua lawan politik yang tidak menyokong PAS disamakan dengan agenda penjajah dan sekularisme.


➡ Unsur Khawarij: suka memberi label besar (fasik, munafik, kafir, ejen musuh) kepada lawan politik. Ulama sebut inilah antara tanda ghuluw (melampau) Khawarij – mudah menghukum dengan tuduhan besar.




PUNYA DENGKI


 

PERANGAI BEKAS PM DULU.


 

KITA ULAM ....PERANGAI TUN


 

BUAT RAYUAN DAN PASTIKAN MAKLUMAT TEPAT

 


KENYATAAN MEDIA

24 Ogos 2025


Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini berhubung saman yang difailkan terhadap saya oleh Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan kenyataan saya pada 14 dan 15 Julai 2023.


Saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Mahkamah atas perhatian, masa dan pertimbangan yang telah diberikan sepanjang prosiding berlangsung.


Walau bagaimanapun, setelah meneliti keputusan tersebut bersama pasukan guaman, saya berpendirian bahawa terdapat asas undang-undang yang kukuh untuk dirayu. Justeru, saya telah mengarahkan peguamcara saya untuk segera memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Saya juga akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan berkenaan sementara menunggu proses rayuan selesai.


Sebagai seorang yang menghormati prinsip keluhuran undang-undang, saya percaya sistem kehakiman negara akan memberikan ruang yang adil bagi saya mengemukakan hujah dan mempertahankan kebenaran.


Saya ingin menegaskan bahawa segala kenyataan yang saya keluarkan sebelum ini adalah berasaskan tanggungjawab saya dalam menyuarakan isu-isu kepentingan awam. Saya akan terus berpegang pada prinsip bahawa keterbukaan, integriti dan kebertanggungjawaban adalah asas penting dalam amalan demokrasi.


Sekian, terima kasih.


DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

24 Ogos 2025



MAKLUMAT BOLEH SILAP ?

 Iswardy


Saifuddin dikatakan memfitnah isu REE dan menuduh sanusi mencuri.


Macam mana menteri KDN boleh dapat maklumat salah. Risau aku bila ada SB bisik kepada Saifuddin Nasution Ismail dan Anwar Ibrahim yang kita akan menang besar next pru 🤭




KIOK

 


Nora Md Noor

ᴀᴋᴜ

ɪɴɢᴀᴛ 100ᴋ ʀᴜᴘᴀɴʏᴀ ʟᴇᴘᴀs ᴋᴇɴᴀ ʙᴏᴏ ᴛᴀᴍʙᴀʜ ʟɢ 


ɴɢᴀɴ ᴀʜʟɪ

ᴘᴀʀᴛɪ ᴘᴇɴʏᴏᴋᴏɴɢ ᴅᴀɴ ᴘᴇᴊᴜᴀɴɢ ʙᴋɪʀᴀ2 ɴᴀᴋ ʙᴀɴᴛᴜ


ʟᴇʙɪʜ ʙᴀɪᴋ ᴋᴀᴜ ʙᴀɴᴛᴜ ᴀʜʟɪ

ᴘᴀʀᴛɪ ᴘᴇɴʏᴏᴋᴏɴɢ ᴅᴀɴ ᴏʀɢ ʏɢ ʙᴇʀᴍᴀᴛɪ2ᴀɴ ɴɢɴ ᴘᴀʀᴛɪ


ʏᴀɴɢ ᴅ ʙᴀɴᴛᴜ sᴇᴍᴜᴀ ʏɢ ʜᴀᴠᴇ2 

ʜᴀʀʟᴇʏ ᴅᴀɴ ʀxᴢ ᴅᴀʜ ᴊᴅ ʙᴀʀᴀɴɢ ᴠɪɴᴛᴀɢᴇ ᴅᴀɴ ʜᴀʀɢᴀ ʀxᴢ ʙᴜᴋᴀɴ ᴍᴜʀ2 sᴀʜᴀʙᴀᴛ


ᴀᴋᴜ ʜᴀʀᴀᴘ sᴀᴛᴜ ᴍᴀsᴀ ᴘʀɴ ᴅᴀɴ ᴘʀᴋ ɴᴛ ɢᴇɴɢ2 ɴɪ ʏᴀɴɢ ᴀᴋᴀɴ 

ᴊᴀɢᴀ ʙɢᴜ 

ᴘᴀᴄᴀᴋ ʙᴇɴᴅᴇʀᴀ 

ᴊᴀᴅɪ ᴘᴀᴄᴀ 

ᴍᴀsᴜᴋ ʀᴜᴍᴀʜ ᴋᴇ ʀᴜᴍᴀʜ ᴘᴇɴɢᴜɴᴅɪ

ᴍᴇʀᴀʏᴜ ᴜɴᴅɪ


ʙʟᴍ ᴘɴʜ ᴀᴋᴜ ᴛɢᴋ ɢɪʟᴀ ᴍᴄᴍɴɪ

ʟᴇʙɪʜ ɢɪʟᴀ ᴅᴀʀɪ ɢɪʟᴀ!!!


sᴀʟᴀʜ ᴛᴇᴛᴀᴘ sᴀʟᴀʜ!!!


ᴀᴘᴀ ᴘᴜɴ ᴛᴀʜɴɪᴀʜ ʟᴀ ᴀᴋᴜ ᴜᴄᴀᴘᴋᴀɴ!!!


ʙᴜᴀᴛ ʟᴀᴋ ᴋᴛ ɴᴇɢᴇʀɪ ᴡᴀʟᴀᴜɴ

ᴀᴘᴀ ᴋʟ sᴇʟᴀɴɢᴏʀ xᴅᴇ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴋᴇ?

ʙɢ ʟᴀ ᴀᴘᴀ ᴘᴜɴ ᴡᴀʟᴀᴜɴ xᴋɴ ᴘɴʜ ᴄᴜᴋᴜᴘ


ʙᴀɢɪ ɪᴛᴜ ɪɴɪ 

ʜᴜᴊᴜɴɢɴʏᴀ ᴋɪᴛᴀ ʏɢ ᴋᴇɴᴀ ʟɪᴘᴀᴛ


ᴋᴀʟᴀᴜ xʙᴏʟᴇʜ ᴅ ᴛᴇɢᴜʀ ᴀᴋᴜ ᴋʜᴜᴀᴛɪʀ ᴋᴏʀᴀɴɢ ᴀᴋᴀɴ ʜᴀɴʏᴜᴛᴛᴛᴛᴛᴛᴛ ᴅ ʙᴀᴡᴀ ᴏʟᴇʜ ᴀʀᴜs sᴜɴɢᴀɪ ʏɢ ᴅᴇʀᴀs!ʟᴘs ᴛᴜ ᴄᴀᴋᴀᴘ ᴘᴜʟᴀ ʜɪᴅᴜᴘ ɪɴɪ ᴋᴇʀᴀs!


ɴᴋ ʜᴀʀᴀᴘ ᴘᴇɴᴊɪʟᴀᴛ ᴛᴇɢᴀʀ ᴅᴏʀᴀɴɢ ᴛᴇɢᴜʀ ᴍᴍɢ xʟᴀ

ᴛᴜ ʏɢ ᴋᴇʟᴜᴀʀ ɪᴅᴇᴀ ʏᴀɴɢ xᴄᴇʀᴅɪᴋ!!


ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴇʏʜ 300ᴋ

ᴄᴀɴɴᴏᴛ ʙʀᴀɪɴ ʟᴀ !




PENJELASAN KERAJAAN.MALAYSIA



 Penjelasan kerajaan Malaysia terhadap tohmahan YB Dr. Haim Hilman bin Abdullah EXCO Negeri Kedah Darul Aman.


Juga nasihat kerajaan tentang budaya kuning dalam mencipta content...



.

Ura-ura Dr Akmal akan keluar UMNO atau bawa UMNO bersama PN - Komen saya

RXZ Members: Ini ke punca Ahmad Samsuri ‘merajuk’?



OLEH MAN TOBA



RXZ 7.0 Kuala Terengganu: MB Sentap Bila PMX Hulur RM100k?

RXZ 7.0 di Kuala Terengganu tahun ni lain macam meriah. Beribu-ribu bikers turun berkumpul, brotherhood makin padu, dan kali ini PMX hulur RM100,000 untuk support geng RXZ.

api, tetiba muncul drama — MB Terengganu buat kenyataan tak dijemput.

Katanya RXZ jadi mangsa politik, katanya ada syarat itu ini dari Putrajaya, siap keluar istilah “politik low class, politik komang spanar.”

Weh geng, sini nak habaq sikit.


Penganjur sendiri cakap, selama RXZ Members dianjurkan kat Terengganu, tak pernah sekali pun MB atau kerajaan negeri sponsor walau seringgit.

Penganjur bertahan dengan usaha komuniti sendiri, crowd sendiri, sokongan dari brotherhood RXZ.

Tiba-tiba bila PMX turun support dengan sumbangan RM100k, terus MB sentap? Terus keluar ayat touching-touching konon dipinggirkan?

“Dulu kau tak pernah hulur, orang diam. Sekali orang lain hulur, kau yang melompat. Itu bukan politik komang spanar, itu namanya politik hati plastik.”

Fakta mudah:

PMX support RXZ, sedia hulur dana untuk anak muda & bikers.

MB Terengganu? Rekod kosong dari dulu, tapi pandai claim konon RXZ jadi mangsa politik.

Tunggang motor dengan selamat, jangan lupa solat, dan jangan biar semangat brotherhood kita diracun politik plastik. RXZ ni untuk rakyat, bukan untuk ego seorang MB yang tak pernah sponsor pun.

Gua nak tanya geng bikers — betul ke RXZ ni jadi mangsa politik, atau sebenarnya MB yang sakit hati sebab orang luar (PMX) lebih ikhlas hulur support berbanding dia sendiri?






TAK PAYAH BAGI LA PERUNTUKAN ..TIADA FAEDAH SEBAB WALAUN TAK HARGAI PUN.


 

Shamsul Iskandar (lima dari kanan) menghadiri Majlis Perasmian RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak pada 23 Ogos 2025. Foto Bernama

KUALA NERUS, 23 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menyokong penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, di sini selama dua hari bermula semalam.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, berkata peruntukan itu bertujuan menyuntik semangat penganjur untuk terus menganjurkan aktiviti sukan permotoran yang memberi impak ekonomi serta memperkukuh silaturahim.

Beliau berkata Program RXZ Members 7.0 yang majoritinya disertai golongan belia menjadi platform penting menghimpunkan peminat sukan permotoran dari seluruh negara sekali gus mengangkat industri itu ke tahap lebih tinggi.

Shamsul Iskandar (dua, kanan) menyerahkan sumbangan khas Perdana Menteri berjumlah RM100,000 kepada Pengarah RXZ Members 7.0, Mohd Luqman Hassan (kiri) pada Majlis Perasmian RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Gong Badak pada 23 Ogos 2025. Foto Bernama

“Sebelum ini Perdana Menteri telah memberikan peruntukan RM100,000 dan, hari ini saya mewakili beliau menyampaikan tambahan RM200,000, menjadikan keseluruhan sumbangan sebanyak RM300,000.

“Bantuan tambahan ini diusahakan sendiri oleh Perdana Menteri dengan sokongan syarikat korporat. Kita harap sokongan ini memberi dorongan kepada penganjur untuk terus menganjurkan program serupa pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu, hari ini.

Sementara itu, Shamsul Iskandar menafikan dakwaan kononnya kerajaan menghalang penganjuran RXZ Members 7.0 melibatkan kerajaan Terengganu.

RXZ Members menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025 pada kali ini.

Katanya dakwaan itu tidak tepat kerana program tersebut dianjurkan secara persendirian tanpa membabitkan kerajaan negeri mahupun mana-mana ahli politik, selain sudah menjadi acara tahunan.

“Mereka (penganjur) hanya memohon pertimbangan Perdana Menteri untuk mendapatkan sokongan, dan beliau melihat program seperti ini sebagai ruang meraikan kepelbagaian dari seluruh negara serta peluang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


Dr Samsuri merajuk teruk sampai tak nak rasmi RXZ Members 7.0 sebab Sams...

HOT! DISGRACE PMX AND END UP LOST YOURSELF! KEEP PMX UNITY!

KENAPA PERIKATAN NASIONAL TAKUT DENGAN ANWAR IBRAHIM DAN KERAJAAN PERPAD...



Sangat jelas, Perikatan Nasional sekarang sangat takut dengan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan. Ketakutan mereka diserlahkan dengan pelbagai tindakan-tindakan yang tidak masuk akal, yang mana kesemua tindakan itu hanyalah untuk menunjukkan mereka kekal relevan dalam arena politik Malaysia. Tindakan yang boleh kita katakan sebagai tindakan populis semata-mata. Persoalannya, kenapa PN ni takut sangat dengan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan. Jom, kita sembang.





NAZA BRO


 

RAFIDAH..INI KES KAMU..SAMAN KHALID SAMAD.SILA HADIR UNTUK BELA DIRI ATAU BAWA LAWYER. 2 SEPTEMBER 2025. CAKAP OANDAI..HANG PI JAWAB DI MAHKAMAH. KALU TIDAK HADAP SAMAN DAN BAYAR.


 

BEKAS TENTERA JADI WARDEN SEKOLAH.


 



KENA KENTAL MB.

 


Jeming Hassan



Jejak digital sejarah takkan menipu. Bertahun RXZ Members hidup tanpa sesen pun dana kerajaan negeri.


Hari ini bila kerajaan pusat hulur RM100 ribu, tiba-tiba MB Terengganu nyetok, kononnya dipolitikkan.





Ambo yakin, ini politik Samsuri yang lapar perhatian dan mahu berkempen jawatan Naib Presiden menjelang Muktamar PAS 2025.


Jika ikhlas mahu bersama geng RXZ, hadir sahaja sebagai peserta. Ini tak dapat jemputan dan layanan VIP terus salahkan kerajaan Madani.




Hikayat RXZ, Suatu Tugu Kebodohan





Rastom A.Rahman



Maka tersebutlah suatu zaman di negeri bernama Tanah Melayu, ketika rakyatnya ramai dan negerinya makmur, diperbuatlah berbagai-bagai pesta dan perhimpunan. Ada pesta ilmu di menara gading, ada pesta seni di balairung seri, ada pula pesta tani di dataran desa. Maka sekalian itu, besar faedahnya kepada rakyat jelata. Bertambah pandai si muda, bertambah rezeki si tua, dan negeri pun harum namanya.


Adapun datang pula suatu pesta, dinamakan orang akan dia Perhimpunan RXZ. Maka berkumpul segala anak muda beribu-ribu, berpusu-pusu datang umpama kerengga menyerbu batang tebu. Maka gegak gempitalah bunyinya, raung ekzos dua lejang bagai halilintar sumbang, asap berkepul menutup langit bagai gerhana.


Maka kata mereka, “Inilah lambang persaudaraan kami, inilah tanda kasih sayang kami.” Tetapi tiada kelihatan faedahnya, melainkan jalan menjadi sesak, telinga menjadi pekak, dada menjadi sesak. Syahadan, tiap-tiap tahun ada pula khabar duka, seorang dua tergolek di jalan, terbujur berbalut kain putih. Maka rataplah kaum keluarga, sedangkan sahabat-sahabat terus bersorak bising tanpa sedar akan sia-sia perbuatan itu.


Maka ada pula orang besar berkata, “Program ini harus dilihat sebagai semangat belia.” Tetapi kata orang arif, semangat apakah yang tiada berakal? Semangat yang tiada ilmu, itulah semangat binasa. Bukankah lebih baik diangkat program belia yang membawa manfaat, kursus kemahiran, pesta ilmu, atau kerja sukarela? Banyak sungguh program kerajaan yang patut dipuji dan disokong, kerana di situlah hasilnya tampak, dari menambah rezeki hingga meninggi budi. Tetapi program RXZ ini tiada lain hanyalah noda, ibarat duri dalam daging, habuk dalam santan.


Aneh pula kelakuan, disalut pula dengan nama agama. Dihadirkan ustaz selebriti, ceramah di pentas, kononnya “RXZmember hormat ulama”. Padahal agama tiada pernah mengajar manusia membakar minyak subsidi dengan sia-sia, tiada pernah menyuruh menyesakkan jalan dan memekakkan telinga. Adapun yang sebenar ialah, agama diperalatkan untuk menutup aib kebodohan, umpama tikar buruk yang menutup longgokan sampah.


Tiadalah ia mengangkat martabat bangsa, bahkan menjatuhkan maruah di mata dunia. Syahadan, biarlah ditulis dalam hikayat sebagai contoh segala perhimpunan yang tiada faedah, supaya kelak anak cucu kita tahu menimbang antara intan dan kaca, antara ilmu yang kekal dan pesta bising yang fana.



KENAPA SUPUL BONGOK SANGAT. BUAT LA TEMPAT LAIN.


ISWARDY Morni 



PMX udah udah la bagi duit untuk program RXZ di negeri walaun. Malu je kena boo.. 😂😂😂


Lain kali bagi la kat selangor ke penang ke sarawak ke. Bagi kat terengganu buat apa. Bongok punya Setiausaha politik. Ko ingat walaun akan berterima kasih ke Kau bagi duit.



RXZ

 

Man Garage


RXZ




Berdasarkan luahan hati penganjur dan cakap-cakap netizen:


1. Sudah bertahun-tahun event RXZ ni dianjurkan.


2. Namun sepanjang PAS jadi kerajaan Terengganu dan Samsuri jadi MB, tidak pernah satu sen pun sponsor diberikan kepada event ini.


3. Kerajaan negeri sediakan tempat? Ya, tapi bukan percuma, tetap kena bayar sewa dan permit.


4. Penceramah dan ustaz selebriti dijemput? Ya, itu pun bukan percuma dan bayarannya bukannya sedikit.


5. Event RXZ ini hanya bergantung kewangan daripada tajaan dan sumbangan dari mana-mana syarikat yang sudi menaja mereka.


6. Untuk tahun-tahun terakhir ni, penaja event RXZ  adalah syarikat vape. 


7. Bahkan MB Terengganu sendiri pernah hadir ke event pakai baju yang mempromosi jenama syarikat vape tersebut.


8. Namun, dalam perkembangan terkini, kerajaan PAS Terengganu tiba-tiba menjadi terpaling nak haramkan vape.


9. Keputusan kerajaan PAS Terengganu tersebut telah memaksa penganjur event RXZ ni mencari sponsor yang baru, dan ia bukannya mudah, apatah lagi kerajaan PAS Terengganu tidak mahu beri satu sen pun.


10. Antara usaha pihak penganjur ialah berjumpa dengan SUPOL PMX, cuba meminta tajaan. Oleh kerana asas kerajaan Madani tidak pernah pilih kasih, maka SUPOL PMX bersetuju memberikan sumbangan RM100k kepada event ini.


11. Namun apakah sumbangan itu cukup? Sudah tentu tidak, penganjur pergi kepada syarikat yang besar iaitu Air Asia, selepas beberapa siri rundingan dan akhirnya Air Asia bersetuju menaja event RXZ ini.


12. Jadi kembali kepada isu, kenapa tidak jemput MB Terengganu?


13. Jika melihat cakap-cakap netizen, ada 2 sebab utama:


- Dah bertahun-tahun jemput datang rasmi, tapi satu sen tak pernah sponsor.


- Pengharaman vape telah menyusahkan penganjur terpaksa cari sponsor lain.


Kesimpulan:


Pendirian aku sebelum ini ialah mengenai kehipokritan PAS sahaja.


PAS sebelum ni kecam negeri lain anjur konsert, kononnya maksiat bercampur lelaki perempuan. Apa beza dengan event RXZ? sama sahaja bercampur lelaki perempuan, tidak maksiatkah? kenapa PAS tak haramkan?


Jadi jelas kemunafikan PAS dalam hal ini. Jika orang lain buat jadi maksiat, jika PAS buat jadi ibadah.


:)


p/s : event RXZ ini tidak pernah terhutang budi dengan kerajaan PAS Terengganu, tapi kerajaan PAS Terengganu yang terhutang budi dengan event RXZ ni yang membawa limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan negeri Terengganu. MB Terengganu patut berterima kasih kepada penganjur, bukan kecam penganjur.