RXZ

 

Man Garage


RXZ




Berdasarkan luahan hati penganjur dan cakap-cakap netizen:


1. Sudah bertahun-tahun event RXZ ni dianjurkan.


2. Namun sepanjang PAS jadi kerajaan Terengganu dan Samsuri jadi MB, tidak pernah satu sen pun sponsor diberikan kepada event ini.


3. Kerajaan negeri sediakan tempat? Ya, tapi bukan percuma, tetap kena bayar sewa dan permit.


4. Penceramah dan ustaz selebriti dijemput? Ya, itu pun bukan percuma dan bayarannya bukannya sedikit.


5. Event RXZ ini hanya bergantung kewangan daripada tajaan dan sumbangan dari mana-mana syarikat yang sudi menaja mereka.


6. Untuk tahun-tahun terakhir ni, penaja event RXZ  adalah syarikat vape. 


7. Bahkan MB Terengganu sendiri pernah hadir ke event pakai baju yang mempromosi jenama syarikat vape tersebut.


8. Namun, dalam perkembangan terkini, kerajaan PAS Terengganu tiba-tiba menjadi terpaling nak haramkan vape.


9. Keputusan kerajaan PAS Terengganu tersebut telah memaksa penganjur event RXZ ni mencari sponsor yang baru, dan ia bukannya mudah, apatah lagi kerajaan PAS Terengganu tidak mahu beri satu sen pun.


10. Antara usaha pihak penganjur ialah berjumpa dengan SUPOL PMX, cuba meminta tajaan. Oleh kerana asas kerajaan Madani tidak pernah pilih kasih, maka SUPOL PMX bersetuju memberikan sumbangan RM100k kepada event ini.


11. Namun apakah sumbangan itu cukup? Sudah tentu tidak, penganjur pergi kepada syarikat yang besar iaitu Air Asia, selepas beberapa siri rundingan dan akhirnya Air Asia bersetuju menaja event RXZ ini.


12. Jadi kembali kepada isu, kenapa tidak jemput MB Terengganu?


13. Jika melihat cakap-cakap netizen, ada 2 sebab utama:


- Dah bertahun-tahun jemput datang rasmi, tapi satu sen tak pernah sponsor.


- Pengharaman vape telah menyusahkan penganjur terpaksa cari sponsor lain.


Kesimpulan:


Pendirian aku sebelum ini ialah mengenai kehipokritan PAS sahaja.


PAS sebelum ni kecam negeri lain anjur konsert, kononnya maksiat bercampur lelaki perempuan. Apa beza dengan event RXZ? sama sahaja bercampur lelaki perempuan, tidak maksiatkah? kenapa PAS tak haramkan?


Jadi jelas kemunafikan PAS dalam hal ini. Jika orang lain buat jadi maksiat, jika PAS buat jadi ibadah.


:)


p/s : event RXZ ini tidak pernah terhutang budi dengan kerajaan PAS Terengganu, tapi kerajaan PAS Terengganu yang terhutang budi dengan event RXZ ni yang membawa limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan negeri Terengganu. MB Terengganu patut berterima kasih kepada penganjur, bukan kecam penganjur.





No comments: