Minda Khawarij Hadi Awang
OLEH: AHMAD MURSI
Tulisan ‘Minda Presiden’ Abdul Hadi Awang (23 Ogos 2025) bukan hanya fokus ‘Mengapa Parti Ini Layak Dinamakan Islam’, tapi juga digambarkan mengapa hanya PAS itu Islam dan parti lain tidak.
Flow naratif Hadi mula dengan terang berkaitan Islam, kemudian makna itu dialihkan kepada Pas, akhirnya ‘exclusion’ parti lain ditolak keluar dari Islam.
Untuk fahami, bagaimana ideologi Pas dipengaruhi retorik Khawarij, kena baca tulisan Hadi ini yang kini jadi ideolog tunggal Pas. Ini yang bina fikrah ahli Pas kini.
Strategi Hadi ialah kaburi bahawa “Pas itu Islam, Islam itu Pas, kritik Pas dituduh mush Islam”, walaupun ramai orang Islam menolak ghuluw PAS.
Strategi sama diguna Zionis yang sengaja kaburi bahawa “Zionisme itu Yahudi, kritik Zionisme adalah kritik Yahudi dan anti semitik” walaupun ramai orang Yahudi menolak Zionisme.
Tulisan ini adalah retorik Khawarij yang dibungkus dengan bahasa politik moden.
Unsur Khawarij 1: Dakwaan eksklusif terhadap kebenaran agama
Kata Hadi: “๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ซ๐ข๐ต๐ช ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ข๐ต๐ถ ๐ด๐ข๐ฉ๐ข๐ซ๐ข. ๐๐ฅ๐ข๐ฑ๐ถ๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ข๐ช๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ซ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฎ๐ข ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต ๐ฅ๐ช๐ด๐ถ๐ญ๐ถ๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ญ๐ด๐ถ๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข…”
Khawarij terkenal dengan sikap menganggap hanya mereka yang benar dan pihak lain dianggap sesat atau batil, walaupun sama-sama Muslim. Ini bercanggah dengan prinsip ahlus sunnah yang mengiktiraf kewujudan ijtihad berbeza tanpa mengkafirkan atau menyesatkan secara mutlak.
Menjadikan tanda kebencian musuh sebagai ukuran keaslian iman
Kata Hadi: “๐๐ข๐ญ๐ข๐ถ ๐ซ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฎ๐ข ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ๐ฏ๐บ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ช ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฎ๐ถ๐ด๐ถ๐ฉ ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ, ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ด๐ถ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ฑ๐ข๐ด๐ต๐ช ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ญ๐ด๐ถ๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข.”
Unsur Khawarij: pemikiran hitam-putih (binary thinking). Jika tidak memusuhi pihak tertentu (khasnya musuh Pas), maka bukanlah Islam yang benar. Ini cara berfikir yang simplistik dan tidak seimbang, kerana ukuran kebenaran bukan semata-mata sama ada musuh benci atau tidak. Moorthy Hindraf – ICERD sayang Pas, tidak mengapa.
Memutlakkan legitimasi kepada kumpulan sendiri
Kata Haji Hadi: “๐๐ข๐ต๐ข ๐ณ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ช ๐ฌ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ญ๐ข๐ฏ ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ ๐ด๐ฆ๐ซ๐ข๐ฌ ๐ป๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ซ๐ข๐ฉ.”, “๐๐๐ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ช ๐ฉ๐ถ๐ฌ๐ถ๐ฎ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ฏ๐จ๐จ๐ช.”, “๐๐๐ ๐ต๐ฆ๐ต๐ข๐ฑ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช๐ด๐ต๐ช๐ฒ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ต๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ข๐ฎ๐ข ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช๐ฏ๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ซ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ช๐ต๐ถ๐ฃ๐ถ๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฏ…”
Unsur Khawarij: menyamakan legitimasi kumpulan dengan kebenaran Islam itu sendiri. Khawarij pada zaman dulu menganggap sesiapa yang tidak bersama kumpulan mereka sebagai keluar daripada Islam atau tidak benar. Selain PAS, maka tidak Islam samada PKR, Umno, AMANAH, BERSATU dan lain-lain sebab tak ada perkataan Islam pada namanya.
Memomokkan pihak lain degnan istilah sekularisme penjajah
Walaupun benar sekularisme memang berlawanan dengan Islam, tetapi dalam tulisan Hadi, semua lawan politik yang tidak menyokong PAS disamakan dengan agenda penjajah dan sekularisme.
Unsur Khawarij: suka memberi label besar (fasik, munafik, kafir, ejen musuh) kepada lawan politik. Ulama sebut inilah antara tanda ghuluw (melampau) Khawarij – mudah menghukum dengan tuduhan besar.
No comments:
Post a Comment