SIAPA JENERAL PERANG SEMWNTARA PRN SABAH MELAKA HAMPIR TIBA.


 

AKHIRNYA OPR TURUN


 

HIPOKRASI TN IBRAHIM. TAK MASUK AKAL.


 

BUKAN KISAH BAHARU. TETAPI DAH LAMA. TUJUAN UNTUK MEMBETULKAN.


Faizal Rahman.



 1. Saya meneliti titah YDPA berhubung isu Pelantikan Hakim yg sedang dibicarakan oleh pelbagai pihak & masyarakat. 


2. Dapat di fahami bahawa titah YDPA menekankan peri pentingnya Perlembagaan Persekutuan dijunjung oleh semua pihak & mengelakkan dipolitikkan. 





3. Isu menggangu lantikan Hakim di sebut oleh Ketua Hakim Negara (pada masa itu) seawal 8 Januari 2025 lagi. Berita penuh: 


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1346396/ganggu-lantikan-hakim-adalah-jenayah-yang-boleh-dihukum-penjara


4. Hanya menjadi perhatian umum baru-baru ini (Julai 2025) apabila didedahkan terdapat seramai 31 orang (termasuk Ketua Hakim & Presiden Hakim Mahkamah Rayuan) yg mengalami kekosongan jawatan. 


5. Didedahkan juga kekosongan-kekosongan Hakim-Hakim lain sudah berlanjutan selama tempoh 1 tahun yg dirumuskan sebagai paling teruk dalam sejarah. Isu inilah yg sebenarnya Kerajaan Pusat gagal utk menjawab & menjelaskan kepada masyarakat. 


6. Justeru, pihak kerajaan & jentera-jentera medianya (rasmi atau tidak) usah melatah & mudah menuding jari seolah-olahnya YB Raf adalah pihak yg mempolitikkan isu ini. Walhal isu sudahpun berlanjutan selama tempoh yg lama & sudahpun dilaporkan oleh media. Malah, ia juga pernah disebut sendiri oleh Ketua Hakim Negara pada masa itu. 


7. Tindakan Kerajaan Pusat yg berdiam diri dalam menjelaskan para 5 & 6 di atas, hanya akan menyebabkan rakyat akan terus membuat pelbagai tanggapan munasabah yg semestinya tidak memihak kepada mereka. 


8. Rakyat menjunjung tinggi & hormat akan Titah YDPA & Perlembagaan Persekutuan. 


9. Pun begitu, Kerajaan Persekutuan perlu cakna akan hak rakyat yg di jamin di bawah Perlembagaan Persekutuan utk BEBAS memberikan sebarang pandangan dan kritikan, khususnya di dalam hal ehwal perjalanan pentadbiran negara. 


10. Terdapat kenyataan daripada Jurucakap rasmi kerajaan tentang “perbincangan ada tetapi tidak mendalam”, jelas menunjukkan isu itu sudah ada dalam pengetahuan kerajaan dalam tempoh masa tertentu. 


Rumusannya:


Ia bukan SUATU ISU BARU yg di angkat YB Raf pada Julai 2025 dan rakyat berhak mendapat penjelasan Kerajaan Pusat mengapa perlantikan tidak dibuat di dalam tempoh 1 tahun lamanya???



BARANGKALI NAK PENYEPAK.


Che Ibrahim


 Naik pun beban, turun pun beban... pah mung nak gapa??






WALAU MAHATHIR ADALAH SETERU POLITIKNYA, UCAPAN ANWAR ADALAH TANDA HORMAT

Aliff  Jamil



 Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim ini bukan sekadar rutin diplomatik menyambut ulang tahun ke-100 seorang negarawan. 







Ia adalah helaian baru dalam sebuah naskhah sejarah panjang antara anak didik dan gurunya, antara murid politik dan arkitek kekuasaan yg pernah mengangkat dan menjatuhkan satu sama lain.


Nada tulisannya tenang tapi sarat penuh makna. 


Disebalik doa dan pujian atas kesihatan serta amal bakti buat Tun Mahathir, terselit satu pengiktirafan yg jujur bahawa meskipun sejarah mereka berduri, Anwar Ibrahim tidak pernah mencabut hormatnya terhadap insan yg pernah digelarnya mentor dan gurunya.


Rakyat Malaysia tahu, hubungan mereka bukan satu cerita yg pendek. 


Ianya sebuah epik yg terlalu panjang.. 

Ada waktu suka dan ada waktu luka.


Namun di usia Tun yg sudah menjangkau 100 tahun, Anwar Ibrahim memilih untuk menulis bukan dgn dakwat dendam tetapi dgn tinta kemanusiaan.


Mungkin inilah hakikat sebuah jiwa matang yg tidak menyimpan bara, tidak membalas luka dgn racun dan tidak menjadikan kuasa sebagai senjata untuk memperkecilkan lawan yg sudah lemah dimamah usia.


Dan mungkin inilah pengajaran terbesar buat kita yg masih muda dan bergelut dalam gelanggang politik dan kehidupan bahawasanya dendam bukan pusaka dan hormat itu tidak pernah mengurangi maruah.


Semoga ciapan ini menjadi penawar kepada yg masih menyimpan bara dan menjadi inspirasi buat generasi baru bahawa pemimpin yg besar ialah pemimpin yg mampu memaafkan, meskipun dia pernah dizalimi oleh sistem. 


Selamat ulang tahun ke-100, Tun Dr Mahathir.

Jasa dan sumbangan Tun kekal terpahat di Tanah Air kita.


Dan tabik hormat buat Anwar Ibrahim kerana menulis dengan hati.. 


Terima kasih buat keduanya kerana kalian telah membina Malaysia menjadi hebat dimata dunia..


NAK KENAI WALAUN MUDAH SAJA.

 


Dua benda yang sangat pelik dengan kenyataan di bawah, yang menunjukkan dia sebenarnya tak faham pun apa yang di tulis. OPR atau kadar faedah di gunakan oleh Bank Pusat untuk kawal inflasi +25 mata asas atau rancakkan ekonomi - 25 mata asas. 




Kenapa +/-25 mata asas atau 0.25%?


Untuk berhati-hati sebab ekonomi sensitif dengan perubahan kadar faedah.


Kalau OPR turun 25%, makna OPR akan jadi -22% yang mana technically impossible. Kalau situasi ini berlaku, kita pinjam bank rm100, tapi hanya kena bayar rm78 sahaja, yang lama kelamaan akan jadi hyperinflasi. So point pertama dia tak faham.


Point kedua dia pula adalah kelakar, kalau dia tak cakap mungkin "saya ingat Matahari itu sejuk".


Sama ada OPR 2.75%( ikut sifir dia tenat) atau 3% ( ikut sifir dia kuat) , mana-mana kerajaan akan cuba untuk "mempertingkatkan" ekonomi regardless berapapun OPR Bank Negara letak.


Jadi penggunaan "sama ada" yang cuba hendak membandingkan dua situasi yang berlawanan tak kena dengan contoh yang diberi. 


MMMS



KINI RR DIHENTAM KEMAIN. MEMANG BENAR PENIAGA CINA MULA MERUNGUT. TAPI ITU LAH BILA UNTUNG DIAM PULA.


Hamdan Taha


 Rafizi Ramli sebelum ini dia di anggap Hero oleh ahli PKR tetapi setelah di di kalahkan dengan helah sekarang yang ahli pkr yang selalu puji dia saya tengok dah kerjanya maki dan hamun RR pulak... Ada yang kata dia dah gila talak, ada yang kata dia tamak, ada yang kata dia tak sedar diri, ada yang kata dia pentingkan diri, ada yang kata dia mabuk ketum.... Tapi ramai yang kata dia dengki dengan pmx dan nak ambik alih jawatan presiden PKR dan nak bunuh PMX dari politik jadi sebelum PMX di bunuh lebih baik PMX bunuh dulu..... Ini semua yang kekal jadi pentaksub PMX bukan, orang Parti dia diam je tunggu dan lihat...


Tapi walaupun penyokong RR tak tahu berapa jumlahnya pula mula menjauhkan diri dari PMX dan PKR mereka kecewa RR telah tidak lagi berada di jawatan penting dalam PKR... Saya juga ada lihat di FB kumpulan penyokong RR ni dah mula menyerang PMX juga Kerajaan PH... 


Tadi saya pagi pergi kedai beli barang barang keperluan nak buat reban ayam, tauke cina dan antara yang terbesar di tempat saya ni lah kedai, bila kali ni beli barang saya kena bagi alamat, nama dan ic terkejut saya dah beli barang di situ selama 12 tahun kali lain macam, taukeh kata dia di minta oleh kerajaan berbuat begitu, dan dia merunggut harga barang naik tak manasabah, dia kata ada satu barang tu selalu dia dapat dari kilang satu tan 400 tiba tiba naik 550,ini tak kena ni sst 10 persen je sepatutnya naik 440 je.... Itu cina dengan cina tu... Dia punya marah pada Kerajaan dan PMX malas nak tulis la ayat ayat dia... Tapi yang pasti dia selama ni sokong PH dan Dap... Kali ni dia kata tak ada dah... Anak dia muda lagi senyum je...


Jadi jika kata orang cina tak terkesan sokongan saya tak fikir begitu lah gayanya, ada kesan tapi apakah boleh menyebabkan PH kalah di Putra heights saya tak pasti, tapi yang jelas dia kata dekat 10 tahun sokong Mat sabu tapi tak pernah sekali tengok dia dan ada datang sini.... Ada juga dah keluar ayat tu tok Abduljalil Ishak oiii.




TNB NAIK HARGA BIL....PEMBANGKANG TAK DA ISU NI

 


FAHAMI KARTEL


 

NGO SOKONG PM ANWAR

 


ADANAN MANDEREA. PERDANA MENTERI YANG SYAHID.

 




Adnan Menderes, Perdana Menteri Turki yang syahid ditali gantung kerana mengembalikan azan dari bahasa Turki kepada Bahasa Arab. Yang ketika Ribuan masjid dan sekolah agama dibuka kembali selepas ditutup oleh Mustafa Kamal. 

Harga nyawa dibayar demi Syiar tercinta.


Mufti Empat Mazhab Turki, Sheikh Ali Haidar Effendi pernah berkata :

"Seluruh amalku dijalan Allah tidak mampu menyaingi satu perbuatan Adnan Menderes iaitu kembalikan azan ke dalam Bahasa Arab"


Mari kita renungkan kisah ringas beliau agar menjadi sedikit pedoman buat kita semua..


Adnan Manderes - Bekas Perdana Menteri Turki Yang Diselamatkan Dari Nahas Kapal Terbang, Berjanji Mengembalikan Islam Di Turki, Tetapi Mati Di Tali Gantung.


Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.


Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu enjin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya.. Allahu a’lam.


Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, di mana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki. Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:


1. Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab

2. Ibadah haji diizinkan

3. Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum

4. Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.


Seperti yang semua ketahui, bahawa Attarturk amatla sekular pada era pemerintahan beliau yg kononnya ciri² islam adalah ciri mundur hingga semua nilai2 tersebut dihapuskan sama skali.


Hasilnya parti Attaturk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 kerusi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar. Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Perlantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid dan dibolehkan memakmurkan masjid.


Pada pilihanraya 1954, parti Attaturk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru al-Qur’an.


Menderes juga mengizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz al-Qur’an.


Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israhell. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israhell, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang ‘Made in Israhll’. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israhell di Turki tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attaturk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, dia menangkap dan menghukum gantung Menderes. 


Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, “Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israhell. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahan militer tentera Turki.”


Akhirnya, Menderes syahid di tali gantung. Dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang dikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan dan generasi terbaik Turki saat ini.


Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya ‘Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.’ Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki.


🤲☔

Al-Fatihah..



𝐊𝐄𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊𝐓𝐄𝐋𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐏𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈

 


Faudsii Majed Al Yamani






𝐊𝐄𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊𝐓𝐄𝐋𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐏𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈


Dalam dunia yang semakin digital, pemilihan dalaman parti politik seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajar memanfaatkan teknologi bagi menjamin ketelusan, ketepatan dan keterangkuman. Namun, Pemilihan PKR 2025 membuktikan bahawa teknologi, apabila tidak diiringi dengan prinsip integriti dan ketelusan, hanya akan menjadi topeng kepada manipulasi kuasa. Aplikasi ADIL, sistem eKYC, storan AWS S3, dan dakwaan penggunaan blockchain seharusnya memperkasakan demokrasi dalaman parti. Malangnya, pelaksanaan yang tidak telus serta kawalan penuh oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.


𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐃𝐈𝐋: 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐩𝐚𝐫𝐞𝐧𝐬𝐢


Aplikasi ADIL yang kononnya mempercepat proses pemilihan sebenarnya dibangunkan secara tertutup, tanpa audit kod sumber, tanpa pengesahan keselamatan oleh pihak bebas, dan tanpa log terbuka kepada calon atau pemantau luar. Terma penggunaan aplikasi menyatakan bahawa ia disediakan “AS IS”, tanpa jaminan, dan pengguna tidak berhak menuntut ketepatan atau keutuhan sistem.


Lebih membimbangkan, ahli dan calon tidak dibenarkan membuat tangkapan skrin atau mengakses data undian secara mentah (raw data). Ini bukan sahaja menyukarkan sebarang usaha semakan silang, malah memadam terus konsep “check and balance” dalam sistem pemilihan. Tanpa bukti digital, sebarang bantahan dilihat sebagai “tidak kukuh”, walaupun mungkin sah dari sudut substansi.


𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐞𝐊𝐘𝐂: 𝐀𝐥𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐃𝐢𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢


eKYC diperkenalkan untuk mengesahkan identiti pengundi menggunakan pengimbasan wajah dan kad pengenalan. Namun, tiada penilaian bebas dilakukan terhadap algoritma pengecaman wajah – adakah ia bebas dari bias terhadap jantina, kaum atau umur? Ramai ahli melaporkan kegagalan dalam pengecaman, yang menyebabkan mereka tidak dapat mengundi.


Kesan paling besar ialah apabila pengundi dinafikan hak mengundi secara senyap tanpa diberi peluang rayuan atau saluran semakan. Tiada laporan teknikal diterbitkan oleh PKR untuk menilai kadar kegagalan eKYC, seolah-olah semua berjalan lancar sedangkan di akar umbi, rungutan semakin meluas.


𝐀𝐖𝐒 𝐒𝟑: 𝐀𝐰𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐆𝐞𝐥𝐚𝐩


Sistem storan Amazon Web Services (AWS S3) digunakan untuk menyimpan data undi dan eKYC. Namun, tiada maklumat teknikal atau konfigurasi keselamatan didedahkan. Jika bucket tidak dienkripsi atau dibiarkan terbuka seperti dalam banyak insiden global, data boleh diceroboh, dimanipulasi atau dipadam tanpa kesan yang dapat dikesan.


Ini menimbulkan persoalan: siapa yang mempunyai akses kepada data mentah di AWS S3? Adakah hanya juruteknik yang dilantik oleh JPP, atau adakah calon juga diberi akses untuk semakan selepas keputusan diumumkan? Berdasarkan maklum balas awam dan calon, jawapannya jelas – tiada akses, tiada semakan.


𝐑𝐞𝐭𝐨𝐫𝐢𝐤 𝐁𝐥𝐨𝐜𝐤𝐜𝐡𝐚𝐢𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫


PKR mendakwa menggunakan pendekatan “blockchain” bagi menjamin ketelusan. Namun, tiada bukti atau dokumentasi yang menunjukkan bahawa aplikasi ADIL benar-benar menggunakan rangkaian blockchain seperti Ethereum, Polygon atau Hyperledger. Tiada sebarang jejak transaksi yang boleh diaudit secara terbuka.


Istilah “blockchain-like” digunakan tanpa definisi teknikal. Ini hanyalah retorik yang digunakan untuk menutup kelemahan sistem yang bersifat tertutup, dikawal pusat, dan tidak dapat diaudit secara bebas. Tanpa desentralisasi dan rekod terbuka, sistem tersebut tidak layak pun digelar “blockchain”.


𝐉𝐏𝐏: 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩


Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah memainkan peranan yang dominan dalam mengurus, menilai, menolak dan mengesahkan keputusan pemilihan. Namun, ia sendiri dilantik oleh Presiden parti, bukan dipilih secara demokratik oleh akar umbi. Ini mencetuskan konflik kepentingan, terutama apabila keputusan-keputusan kritikal – seperti menolak bantahan – dilakukan tanpa maklum balas kepada pembantah.


Calon-calon seperti Nik Nazmi dan Akmal Nasir pernah menimbulkan persoalan tentang keputusan undi cabang yang tidak sejajar dengan keputusan pusat. Namun, sebarang bantahan ditolak senyap, dan keputusan akhir diumumkan oleh JPP tanpa prosedur rayuan atau pendedahan data.


Tiada akses kepada log undi, tiada pemantau bebas, dan tiada laporan penuh audit dikeluarkan. Apabila proses bantahan pun tidak diberi maklum balas, ini bukan sahaja melanggar prinsip keadilan prosedural, malah mencerminkan sikap angkuh birokrasi tertutup.


𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢: 𝐃𝐞𝐦𝐨𝐤𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐊𝐑 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭


Pemilihan PKR 2025 sepatutnya menjadi lambang kematangan politik digital di Malaysia. Sebaliknya, ia menjadi medan baru untuk menyempurnakan kawalan politik melalui teknologi yang tidak boleh disemak atau dipersoalkan. Teknologi yang kononnya menjadi pelindung integriti pemilihan kini digunakan untuk menafikan hak, menutup mulut pengkritik, dan melindungi elit kuasa.


Dalam kata lain, demokrasi dalam talian tanpa ketelusan adalah sama seperti autokrasi bersalut digital. Jika ini dibiarkan, PKR akan kehilangan kredibiliti sebagai parti reformasi.


𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐭𝐥𝐚𝐤


Teknologi hanyalah alat. Tanpa sistem audit bebas, proses rayuan yang adil, dan pelibatan akar umbi dalam pemantauan, ia hanya akan mengulangi keburukan sistem manual dengan cara yang lebih licik dan senyap.


PKR perlu berani melakukan reformasi ke atas sistem pemilihan dalaman – bermula dengan:


• Kod sumber aplikasi ADIL yang telus,

• eKYC yang diuji dan diaudit secara bebas,

• Audit keselamatan ke atas AWS S3,

• Penggunaan blockchain sebenar yang dapat diaudit awam,

• Pelantikan JPP melalui pemilihan terbuka oleh ahli.


Hanya dengan ini, PKR boleh memimpin perubahan – bukan sekadar dalam slogan, tetapi dalam sistem yang benar-benar adil dan terbuka.


#KeadilanTanpaKetelusan  

#ADILAtauAutokrasi  

#ReformasiDigitalPKR  

#BukaKodADIL  

#JPPBukanHakimMutlak  

#BlockchainTanpaBlok  

#UndiKitaHakKita  

#TeknologiTanpaIntegriti




Kalau ulama rapat Khomeini pun dibisukan, siapa yang kebal?





Dulu, Ayatollah Nekounom di zaman awal kebangkitan Khomeini, beliau antara ulama muda paling berpengaruh dari Qom yang mendukung idea revolusi. Beliau pernah mengajar di maratib tertinggi hawzah dan diberi kepercayaan sebagai murid kanan di bawah jaringan ulama reformis sekitar Khomeini.


Beliau hadir dalam banyak pertemuan sulit semasa revolusi, jadi sahabat peribadi Khomeini, dan turut mengatur strategi kebangkitan terhadap Shah.


Dalam era Shah Pahlavi, beliau ditangkap oleh SAVAK(badan perisikan Iran) sebanyak 29 kali kerana ucapan dan penglibatannya bersama gerakan anti-kerajaan.


Malangnya setelah menang revolusi 1979, beliau dikhianati oleh kerajaan yabg dibangunkannya dulu, sekali lagi beliau dibungkam dan dianggap ancaman oleh kerajaan.


Nasib Ayatollah Nekounam sama seperti ramai ulama Sunni di Iran menerima. Ditekan, dibuang, disenyapkan hanya kerana mengkritik kerajaan. Di Iran, bukan aliran kau yang penting, sunni syiah tu tak penting, tapi sama ada kau setia atau tak pada pemerintah.


Kalau lawan, sama ada Sunni atau Syiah, kau tetap akan dibantai. Sama seperti rejim Yisrayel, dia tak peduli kau Sunni atau Syiah, selagi kau lawan dia, kau musuh.


Ayatollah Nekounam mula kecewa apabila melihat sistem yang beliau perjuangkan berubah menjadi agama yang dikawal negara, diperdagangkan dengan kesetiaan politik, dan membungkam suara ulama bebas.


Beliau mula mengkritik sistem pengajian fiqh di hawzah Qom yang beku, kaku, dan tidak realistik dengan cabaran semasa. Antara kritikan beliau yang menggugat kerajaan ialah tentang pembaziran besar-besaran dalam pembinaan kubah emas atau zarih (makam imam syiah). 


Beliau sindir tajam budaya Syiah yang percaya di bawah kubah emas imam suci doa akan dikabulkan, satu doktrin yang disebarkan oleh ulama yang mahu melestarikan budaya taksub dan membodohkan massa. Nekounam menolak keras idea ini.


Bukan tu je. Beliau juga mengharamkan rakyat daripada menabur duit ke dalam kubah-kubah Imam, kerana menurutnya wang itu akhirnya digunakan untuk menguatkan sistem yang zalim.


Dalam video bawah ni, aku upload kenyataan penuh beliau, berkata:

“Kalau kau lihat satu zarih dalam rumah seorang fakir yang tetap menjaga maruahnya, sujudlah di situ. Bukan di bawah kubah emas yang meminggirkan orang lapar.”


Apabila beliau menyuarakan hal ini, beliau, dibalas dengan kezaliman. Ayatollah Nekounam diharamkan mengajar, larang guna title "Ayatullah", karya-karyanya diharamkan, dan akhirnya dipenjara, disebat, serta dilucutkan gelaran keulamaannya oleh Mahkamah Khas Ulama Iran tanpa bicara adil hanya kerana beliau berkata “agama tidak boleh dijadikan alat paksaan.”


- Nadali Gems




KISAH PEMAIN BOLASEPAK YANG JATUH KEMBALI BERDIRI.



Pencinta Gimnass




Nama Paul Pogba pernah menjulang tinggi di jagat sepak bola. Dengan gaya khasnya di lapangan dan senyum lebarnya, ia adalah idola banyak orang. Namun, takdir berkata lain. Badai datang menerjang ketika ia dihantam sanksi doping, yang berujung pada larangan bermain selama empat tahun. Dunia seolah runtuh di hadapannya.


Di tengah kesunyian yang mencekam, Pogba akhirnya membuka suara. Dalam sebuah pengakuan yang menyentuh, ia mengungkapkan bagaimana ia kehilangan segalanya. "Saat saya bukan lagi Pogba sang pemain terkenal, semua orang pergi. Bahkan istriku meninggalkanku. Aku sendirian dalam hidup ini," ujarnya pilu. Maria Zulay Salaues, sang istri yang selalu mendampingi, kini tak lagi berada di sisinya di masa kelam itu.


Ponselnya yang dulu tak henti berdering, kini sunyi. Undangan-undangan dari dunia mode yang dulu berlimpah, kini tak ada lagi. "Aku sadar, selama ini aku hanya dikelilingi orang yang mencintaiku karena uang dan ketenaran," lanjut Pogba, dengan nada getir. Hukuman doping itu bukan hanya merenggut kariernya, tapi juga membuka matanya tentang siapa saja yang benar-benar ada untuknya. Kesepian menjadi teman setianya selama masa hukuman. Ia menyebut skorsing itu sebagai momen pahit untuk melihat siapa teman sejati. Yang paling menyakitkan, menurutnya, tak ada satu pun yang benar-benar hadir saat ia jatuh, termasuk sang istri.


Namun, di titik nadir itulah, sebuah titik balik muncul. Keterpurukan ini justru menempa mental barunya. Setelah gigih mengajukan banding ke Pengadilan Arbitrase Olahraga (CAS), secercah harapan datang. Hukuman Pogba dipangkas menjadi 18 bulan, sebuah keputusan yang mengubah segalanya. Itu berarti, ia sudah bisa kembali berlatih sejak Januari 2025 dan siap bermain kembali mulai Maret 2025.


Dan yang lebih mengejutkan, AS Monaco datang dengan tawaran yang tak terduga. Paul Pogba resmi bergabung dengan klub tersebut dengan kontrak dua tahun hingga 2027. Kesepakatan ini menandai kebangkitan sang gelandang ke dunia sepak bola Eropa, sebuah penanda bahwa ia belum menyerah.


Di tengah keterpurukan dan kesendirian yang pernah melingkupinya, Pogba kembali ke lapangan. Ia ingin membuktikan bahwa dirinya belum habis, bahwa ia masih memiliki banyak hal untuk ditunjukkan. Ia bertekad, semua yang menjauhinya akan menyaksikan kebangkitan yang sebenarnya.


"Sekarang aku senang, karena aku tahu siapa diriku. Aku tahu siapa yang palsu dan siapa yang nyata," tutup Paul Pogba dengan senyum tipis, namun penuh makna. Kisah Pogba adalah bukti bahwa bahkan dari jurang terdalam, seseorang bisa bangkit, mengenali diri sejati, dan kembali bersinar lebih terang.



Kesilapan Lazim Pesara dari pemerhatian saya - Iktibar untuk Semua


Zainuddin Omar


Saya telah bersara secara pilihan daripada perkhidmatan Kerajaan sejak lebih 10 tahun yang lalu.


Alhamdulillah, tempoh persaraan saya dilalui dengan penuh ketenangan kerana persediaan mental, fizikal dan kewangan telah saya lakukan sejak masih dalam perkhidmatan lagi.


Namun, sepanjang pemerhatian saya, ramai rakan-rakan seperkhidmatan melakukan kesilapan besar sebaik sahaja melangkah ke alam persaraan.


Apakah kesilapan yang sering berlaku dalam kalangan pesara, khususnya mereka yang baru sahaja menamatkan khidmat?


1. Terlibat dalam Perniagaan atau Pelaburan Berisiko Tinggi


Ramai yang menjadi mangsa ilusi ‘jutawan segera’ sebaik sahaja menerima wang gratuiti atau pengeluaran KWSP.


Ketahuilah, dalam kalangan keluarga, kenalan, malah orang yang tidak dikenali, akan ada yang mula ‘menghidu’ kedudukan kewangan anda yang dilihat tiba-tiba melimpah. 


Mereka akan datang meminjam wang, menawarkan peluang pelaburan, atau mengajak anda menjadi rakan kongsi perniagaan yang kononnya mudah, cepat dan menguntungkan.


Ramai yang akhirnya terjerat.


Saya pernah melihat seorang bekas juruteknik gred khas kehilangan keseluruhan wang gratuiti berjumlah RM100,000 termasuk simpanan peribadi kerana melabur dalam sebuah syarikat kontraktor Kelas F. 


Syarikat tersebut akhirnya muflis, dan beliau terpaksa bekerja semula di usia emas demi menyara keluarga.


Ada juga rakan saya yang melaburkan RM500,000 hasil gratuiti dalam skim mata wang kripto yang akhirnya licin dalam sekelip mata.


Seorang lagi rakan kehilangan ratusan ribu ringgit kerana menjadi rakan kongsi perniagaan lori yang akhirnya gagal. Kini, beliau terpaksa melakukan kerja sambilan meskipun usia sudah melepasi 60-an.


Soalnya, setelah lebih tiga dekad berkhidmat dalam sektor awam atau swasta, sejauh mana kefahaman anda dalam dunia perniagaan dan pelaburan berisiko tinggi?


Ambillah iktibar daripada pengalaman dan kesilapan orang lain. Duit yang dikumpul berpuluh tahun bukan untuk dihabiskan dalam masa beberapa bulan.


2. Pengubahsuaian Rumah secara Berlebihan


Trend kedua yang sering saya perhatikan ialah sikap ghairah mengubah suai rumah, kononnya untuk keselesaan keluarga, terutama bagi menampung kehadiran anak-anak pada musim perayaan.


Realitinya, selepas beberapa hari suasana riuh rendah Hari Raya, rumah kembali sunyi. Mengapa perlu memperbesar rumah hanya untuk beberapa hari dalam setahun, sedangkan sepanjang masa hanya anda berdua yang mendiami kediaman tersebut?


Fikirkan secara rasional, adakah wajar wang simpanan persaraan dihabiskan untuk pembesaran rumah yang tidak memberikan manfaat jangka panjang?


3. Membelanjakan Wang untuk Majlis Perkahwinan Anak secara Berlebihan


Tidak salah meraikan perkahwinan anak, tetapi biarlah berpada. Cukuplah dengan majlis sederhana, bukan menganjurkan walimah mewah di hotel lima bintang sehingga menelan belanja ratusan ribu ringgit.


Lebih memilukan, ada pasangan muda yang berpisah hanya selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, sedangkan ibu bapa sudah menghabiskan wang simpanan persaraan demi majlis yang gah.


4. Tidak Merancang Pelunasan Hutang sebelum Bersara


Salah satu asas utama untuk bersara dengan tenang ialah memastikan tiada lagi hutang yang membebani ketika saat bersara. 


Perancangan kewangan semasa dalam perkhidmatan amatlah penting untuk memastikan semua hutang rumah, kenderaan atau komitmen besar lain dapat diselesaikan lebih awal.


Saya sendiri menetapkan sasaran untuk melangsaikan semua hutang menjelang usia 50 tahun, dan alhamdulillah segala hutang berjaya dilunaskan pada usia 48 tahun.


Sangatlah malang jika wang gratuiti dan simpanan KWSP yang diperoleh akhirnya hanya digunakan untuk membayar hutang yang sepatutnya diselesaikan lebih awal.


5. Tidak Merancang Kos Perubatan


Ramai pesara terlepas pandang aspek kos perubatan. Walaupun perkhidmatan kesihatan di hospital Kerajaan masih lagi sangat berpatutan, ada segelintir yang lebih selesa mendapatkan rawatan di hospital swasta.


Jika itu pilihan anda, pastikan insurans perubatan telah diambil sejak zaman bekerja lagi. Rancanglah pembayaran premium bulanan agar anda terus dilindungi selepas bersara, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada wang simpanan persaraan.


Kesimpulan


Ingatlah, wang gratuiti dan simpanan KWSP adalah hasil titik peluh anda selama berpuluh tahun. 


Gunakanlah ia untuk memperbaiki kualiti hidup dan menjalani tempoh persaraan dengan lebih tenang dan bermaruah.


Jangan ulangi kesilapan orang lain. Bersaralah dengan bijaksana, berhemah dan penuh perancangan.


✍️Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar

FB: Zainuddin Omar


#BersaraDenganBergaya


* semasa saya di Antartika pada tahun 2024




KEMETOT AKAL FIKIRAN.



 Hamdan Taha.



Tuan Ibrahim Tuan Man memang politik tak berapa pandai selalu buat kenyataan yang tak menampakkan dia bakal presiden Pas atau pemimpin yang hebat.... Beliau agaknya tak sesuia berpolitik


RR adalah ahli Pkr dan dia belum pun pernah buat kenyataan minta Anwar Ibrahim Turun, tak semestinya mengkritik PMX dan Kerajaan itu tanda nakkan Kerajaan ini jatuh... Saya pun sama mengkritik kerajaan dan parti pkr terutama Anwar tapi saya tak nak kerajaan ni jatuh sekerat jalan, biar lah sampai PRU akan datang....adap kita pun masih ada....


Bila TITM ajak RR turut sama berdemo tu kira hanya  buat kenyataan lawak je la... Sepertinya RR ajak TITM ikut dia berdemo jatuhkan Hadi Awang.... Mana maunya...




SOKONG PM ANWAR. TOK KUN BERDIRI.


 


SAMA GAK MACAM GURU GURU YANG TIDAK MAHU BERTUGAS DI PEDALAMAN. BUAT SEKOLAH DEPAN RUMAH. GITEWA


De De

 Ya saya faham..lagi pun saya bukan ditempat DR...tapi..hmm entahlah DR Farah..semoga DR Farah bahagia dengan keluarga tercinta🤲🏻




DENGAN IZIN ALLAH ..KERAJAAN INI TIDAK AKAN TUMBANG KERANA KRITIKAN MEMBINA. KERAJAAN TENTU JUGA ADA JALAN PENYELESAIAN. TAK PAYAH AMBIL KESEMPATAN NAK POPULAR SEDANGKAN SEBELUM SEBELUM INI PUN KAMU JUGA KERAP MENGUTUKNYA.



 9 MP PKR MESTI BERTANGGUNGJAWAB JIKA PM ANWAR IBRAHIM DAN KERAJAAN MADANI TUMBANG


Pandangan Ahli Parlimen  Pasir Gudang 

Hassan Abdul Karim


1.Tuntutan 9 MP PKR supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan kehakiman diadakan membawa makna 9 MP tersebut yang diketuai oleh Rafizi Ramli  sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


2.Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang banyak kuasa diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam hal perlantikan hakim kini menjadi seorang suspek yang tidak dapat lari jika RCI ditubuhkan.Sebagai suspek utama Anwar mesti disiasat oleh RCI.Ini adalah implikasi dari tuntutan 9MP Keadilan sendiri.


3.RCI hanya boleh dibentuk dan mendapat mandat melakukan siasatan sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kabinetnya bersetuju berbuat demikian dengan terma rujukan seperti yang dituntut oleh 9 MP PKR tersebut.Tanpa persetujuan PM dan Kabinet maka tuntutan 9 MP itu akan menjadi isu yang akan memburukkan lagi imej PM Anwar dan kerajaan pimpinannya.9MP PKR tersebut meletakkan Presiden PKR sendiri dalam bahaya.Apa yang 9 MP PKR itu lakukan sekarang seperti meletakkan tengkok Anwar Ibrahim di bawah guillotine seperti dalam Revolusi Perancis.


4.Adalah diakui bahawa 9 MP PKR tersebut telah menimbulkan isu yang sah atau legitimate dan bermerit.Isu kehakiman itu sekarang seperti "elephant in the room".

Tindakan 9MP PKR itu adalah progresif dan radikal serta popular di kalangan rakyat.Tetapi risikonya ada.Adakah 9 MP PKR itu telah bersedia untuk menghadapi PM Anwar Ibrahim tumbang kerana menuntut RCI diadakan? Jika jawapannya Ya, maka jelaslah satu pemberontakan dalam sedang berlaku di dalam PKR itu sendiri.


5.Tidak dinafikan bahawa tindakan 9MP backbencher kerajaan Madani dari PKR ini adalah satu contoh baik dalam sistem parlimen demokrasi.Tetapi dari segi politik dan Parti tindakan ini bermakna sedang berlaku " revolt" atau penentangan dalaman secara langsung terhadap Anwar Ibrahim Presiden PKR dan juga Perdana Menteri yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


6.Anwar Ibrahim sekarang berada dalam keadaan defensive dan kerajaan Madani semakin lemah dan hilang intergriti dengan isu kehakiman sekarang ini.Adakah 9MP PKR telah memikirkan semasak-masaknya kepentingan jangka panjang negara dan rakyat; mempertahankan cita cita dan idealisme reformasi sebenar dan mengutamakan kepentingan perjuangan politik PKR dan tidak hanya sekadar kepentingan politik peribadi seorang pemimpin bernama Anwar Ibrahim? Jika jawapannya YA maka tindakan 9 MP PKR tersebut adalah satu cabaran paling serious, paling sengit dan berani datang dari 9MP yang kebanyakannya adalah senior MP terhadap kepimpinan Anwar Ibrahin sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti.


7.Tindakan 9MP PKR ini menunjukkan ramai di kalangan pemimpin PKR terutamanya MP sudah hilang sabar, sudah hilang kepercayaan kerana melihat kerajaan pimpinan PM Anwar Ibrahim telah melakukan banyak kompromi sehingga kelihatan hipokrasi dalam banyak perkara.


8.Apabila PM pulang dari lawatan di luar negara kerana menjalankan tanggungjawab untuk Malaysia dan rakyatnya maka tugas utama Anwar ialah untuk  menangani tuntutan 9MP PKR itu dengan bijaksana kerana penentangan backbencher ini dalam isu kehakiman bukannya isu kecil.Ini isu yang amat serius.Anwar Ibrahim sedang berhadapan suasana "seperti buku bertemu ruas" di dalam partinya sendiri.


9.Bagaimanapun MP Pasir Gudang masih yakin kepada kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan akan mempertahankan kerajaan pimpinan PM Anwar Ibrahim dan kedudukan Anwar Ibrahim itu sendiri sebagai Perdana Menteri.


Hassan bin Abdul Karim 

Ahli Parlimen Pasir Gudang 

Selasa 08 Julai 2025




RUPANYA RR NI LEBIH DIKENALI SELEPAS TIDAK JADI MENTERI.


Norshidah Md Daud


 Xde satu hari pun wall yg sunyi dari sebut nama Rafizi sejak berakhirnya pemilihan tempohari 

Lagi2 dari  team DAMAI...

Penulis tua kutuk sekor tu kalau boleh setiap jam nak bantai Rafizi...

Hebat betul Rafizi ni...

Dia macam biasa sentiasa tenang bergurau senda


Ok la Rafizi pun dah xde jawatan besar dalam parti...

Cuma Ketua Cabang...

Bezanya dia Ketua Cabang yang menang dalam pemilihan, bukan yang menang tanpa bertanding pastu cam sial dok hantar video lucah kat aku & buat call tengah2 malam sambil cubit paha 🙄


Dulu kita gelar dia panglima perang PKR

Swkarang kita semua ternanti2 panglima perang baru...


Panglima perang ni boleh kita gelarkan sebagai top salesman la kalau bab jual barang...

Nak bagi laris produk yang kita jual, kita kena ada salesman yang bagus...

Kalau x produk kita x boleh nak laku la...

X dapat la nak capai target


Sekarang kita menantikan siapa yang bakal jadi top salesman yang baru untuk PKR...

Siapa yang kita rasa layak?

Kalau lihat keadaan sekarang xde sape pun sedang menjual produk...

Setakat beli pakai sendiri je sekarang ni 🤭


NIA patutnya dah mula menjual produk tapi xtau ape yang dia buat sekarang ni...

Tau2 keluar statement pengakap patut mula dari darjah satu 😅


Xde produk pun dia jual sebenarnya sekarang ni...

Pembeli nak beli pun xde selera tengok produk sediada yang kilang PKR keluarkan...

Kompem sale makin teruk


Sape lagi salesman yang ada dalam kilang PKR?

Jenama produk PKR makin hilang taring...

CEO kilang pulak xtau mana hala tuju sekarang..

Dia pun gagal nak pasarkan produk baru...


Kalau gini gayanya, kilang PKR ni bakal mengecilkan operasi...

Kuantiti produk bakal di kurangkan di pasaran


Aku pun tengah cari produk baru...

Harap Rafizi dapat la produce produk yang lebih menyelerakan, sesuai dengan situasi semasa


AYUH MALAYSIA




Cara Terbaik Menabung Tanpa Sedar Simpanan Jejak RM11k.. Cara shaa simpan duit..



1hb -Rm1

2hb -Rm2

3hb -Rm3

4hb -Rm4

5hb -Rm5

6hb -Rm6

7hb -Rm7

8hb -Rm8

9hb -Rm9

10hb -Rm10

Buat sampai 30hb -Rm30..


Cara 1 cara shaa

Total 1hb rm1,2hb rm2,3hb rm3..sampai 30hb akan dapat Rm465 seorang..kalau pasangan kita pun buat yg sama ×2 dapat Rm930.00 sebulan..

Andai kata ada 31hb buat sampai 31hb jadi total Rm496 seorang kalau campur pasangan kita,Rm992.00 sebulan ×12 bulan total setahun RM11,904.00..


Cara 2

1hb rm2,2hb rm2,3hb rm2..buat dari 1hb sampai 30hb ada rm60.00..kalau pasangan kita buat sekali total rm120 sebulan..rm120 x 12bulan boleh dapat RM1,440 setahun..


Cara 3

1hb letak rm30..2hb letak rm29..3hb letak rm28..amount yg sama dengan Cara 1,cuma cara terbalik.


Cara 4

1hb rm1..2hb rm1..3hb rm1..buat smpai 30hb dapat rm30.00.kalau buat dengan pasangan dapat rm60.00 sebulan ×12 bulan dapat rm720.00..


Cara 5

Kalau mampu letak sekepuk(penuh)..bg pada pasangan untuk simpan..kalau mcm shaa ada uma sewa kena bayar.ada motor kena bayar shaa simpan sikit2..


Shaa buat menabung ni sejak mula bertunang.jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama ambil dari tabung..kalau nak topup ke isi minyak ke beli rokok ke duit tabung tak boleh usik..cara menyimpan ni shaa dapat sebab selalu boros 😅 then memang habis je duit dlm bank so cara mcm ni simpan dlm tabung kat rumah atau dalam purse sediakan dua beg duit.satu untk belanja harian.satu untuk simpanan..


Macam shaa gaji dua minggu sekali..abg gaji hujung bulan so dia memang bagi sekepuk(penuh)..cara ni duit gaji kita pun nampak kemana..so memang nak gaduh pasal duit takda kot 😊 harini 1 december..boleh la mula menabung..goodluck gaiss 💪


Dua bulan skali bleh masukkan dalam tabung haji..bagus tabung haji ni sebab pakai buku je so takde la gatai tgn nak p cucuk duit 😂


Shaa kena bayar sewa rumah juga. motor pun kena bayar..jadi cara yg kat atas shaa guna untuk simpan dgn tunang shaa..jgn salah fhm ye.shaa bukan duk uma parents..so cara mcm ni simpan sikit-2 inshaAllah boleh..


Ohh ya duit semua better perempuan yg pegang.lelaki pulak kena selalu monitor..

Rm992×12bulan dapat rm11,904..moga bermanfaat ya


Sumber : Shaa Ismail



Tergelak besar saya dan tersembur kopi 434 bila baca komen dia ni.

 

Zainuddin Omar


Tergelak besar saya dan tersembur kopi 434 bila baca komen dia ni. 





Dia tulis tanpa fakta dan semua negatif dari seorang yang sangat benci Kerajaan Madani. 


Apa yang Kerajaan PN buat selama 33 bulan yang membanggakan? Beri kebenaran keluar duit sendiri dari KWSP? RU355 pun kelaut. 


Tengok negeri SG4 di bawah pemerintahan PN. Adakah menjadi contoh untuk kita pangkah PN? 


Ya, Kerajaan Madani walaupun baru 2 tahun memang ada kelemahannya tetapi 1000 kali lebih baik dari Kerajaan PN 33 bulan. 


Melayu jangan tertipu. Trust me. I am an engineer.



UCAPAN PM ANWAR DIHARI LAHIR MAHATHIR

 


Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. 




Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna. Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi. 


Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah. 


ANWAR IBRAHIM



3 Kapal Induk “Made in China”: Taring Baru Kekuatan Militer China?



Kekuatan militer China naik level dengan tiga kapal induk "made in China", yakni Shandong, Liaoning dan Fujian.Ketiga kapal induk buatan lokal ini menjadi bukti, bahwa tak ada lagi yang bisa meremehkan kekuatan industri pertahanan China. Salah satu kapal induk "made in China", Shandong (Tipe 002), saat ini tengah dipamerkan di Hong Kong. Kapal induk pertama buatan dalam negeri China berlayar bersama tiga kapal PLA termasuk kapal perusak rudal. China kini punya 3 kapal induk yang siap mengguncang dunia dan menjadikannya negara kedua setelah Amerika Serikat dengan kapal induk aktif terbanyak. Seperti apa penampakan tiga kapal induk "made in China" ini? Simak selengkapnya dalam video berikut!





NOHHH.. JANGAN MDROYAN

 

Arina Riana


Turun PMX ❌️

Turun OPR ✅️


meroyan sakan puak²

Walaun oii!🤣🤣🤣🤣




Isu MAHB: Menteri Kewangan II dipanggil hari ini

 



Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan saham dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, keterangan itu adalah sebahagian prosiding Pengurusan Lapangan Terbang Awam di bawah Kementerian Kewangan (MOF), MAHB, Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, sepanjang minggu ini, PAC telah mengadakan enam prosiding berhubung isu berkenaan, membabitkan beberapa saksi.


Mereka adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin; Ketua Pegawai Eksekutif, Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB), Lee Jim Leng dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], Datuk Hajah Nik Amlizan Mahamed.



Turut terlibat Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Berhad, Datuk Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed dan Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Zain Azhari Mazlan yang mewakili Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, setakat ini, PAC telah mengadakan sejumlah 14 mesyuarat prosiding berhubung isu Pengurusan Lapangan Terbang Awam ini.


“PAC akan hanya membentangkan penyata setelah mengambil keterangan daripada semua pihak yang berkepentingan,” kata beliau lagi dalam kenyataan semalam.




Azalina: Kekosongan jawatan hakim akan diisi mengikut Perlembagaan

 



Kabinet telah membincangkan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dan memberi jaminan bahawa pelantikan akan dibuat selaras dengan peruntukan yang sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan juga ingin menegaskan bahawa pengisian kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja,” kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan malam tadi.

“Perkara ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara yang wajib dipatuhi oleh semua pihak. Ini juga mencerminkan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara.


Azalina turut menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja juga akan bersidang dalam waktu terdekat.

“Dalam hal ini, Majlis Raja-Raja akan bersidang bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang dijadualkan berlangsung pada 15 – 17 Julai 2025.

“Jemaah Menteri turut memberi jaminan bahawa pengisian kekosongan jawatan akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan.


“Pada masa yang sama, berikutan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatan Ketua Hakim Negara (termasuk fungsinya di bawah
Perlembagaan Persekutuan) sehingga jawatan tersebut diisi.

“Ini selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan perenggan 9(1)(b) serta subseksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]. Ini bagi memastikan kelangsungan pentadbiran keadilan negara.”






OPR: Penurunan 25 Mata Asas Langkah Berhemah, Proaktif – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM itu berpandukan unjuran ekonomi dan inflasi semasa yang teliti. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus adalah satu langkah yang berhemah dan proaktif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Mengulas mengenai keputusan itu di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM itu berpandukan unjuran ekonomi dan inflasi semasa yang teliti.

“Walaupun sektor eksport berdepan cabaran, kerajaan telah melaksana pelbagai inisiatif sokongan termasuk Skim Jaminan Pembiayaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan penerokaan pasaran baharu,” ujar Anwar.

Terdahulu, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM hari ini mengambil keputusan untuk mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Kali terakhir BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus adalah pada Mac 2023 sebelum ia menaikkan kadar itu kepada tiga peratus pada Mei 2023.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata reformasi di bawah Ekonomi MADANI terus mengukuhkan daya tahan negara apabila kadar inflasi sehingga Mei 2025 turun ke 1.2 peratus, terendah dalam 51 bulan, malah kadar penyertaan tenaga buruh pula mencecah rekod 70.8 peratus.

“Kita mesti terus mara dalam reformasi merencana masa depan negara kerana di sebalik cabaran, ada ruang untuk maju disandarkan tatakelola lebih baik, inovasi berani dan semangat juang yang utuh,” kata beliau.