
Kabinet telah membincangkan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dan memberi jaminan bahawa pelantikan akan dibuat selaras dengan peruntukan yang sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan juga ingin menegaskan bahawa pengisian kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja,” kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan malam tadi.
“Perkara ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara yang wajib dipatuhi oleh semua pihak. Ini juga mencerminkan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara.
Azalina turut menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja juga akan bersidang dalam waktu terdekat.
“Dalam hal ini, Majlis Raja-Raja akan bersidang bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang dijadualkan berlangsung pada 15 – 17 Julai 2025.
“Jemaah Menteri turut memberi jaminan bahawa pengisian kekosongan jawatan akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan.
“Pada masa yang sama, berikutan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatan Ketua Hakim Negara (termasuk fungsinya di bawah
Perlembagaan Persekutuan) sehingga jawatan tersebut diisi.
“Ini selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan perenggan 9(1)(b) serta subseksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]. Ini bagi memastikan kelangsungan pentadbiran keadilan negara.”
No comments:
Post a Comment