Kerajaan komited kurangkan pekerja asing, banteras imigran berniaga



Jumlah pekerja asing tidak berkemahiran di Malaysia yang mencecah 3 - 3.5 juta orang menyebabkan bukan sahaja peluang pekerjaan kepada rakyat terbatas tetapi juga para imigran tersebut terlibat dalam perniagaan.



Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (PH-Pandan) kerajaan akan segera melancarkan pelan untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada pekerja asing bagi mengelakkan para pekerja asing tersebut terus menjadi peniaga di negara ini.



"Pandangan saya kita perlu komited untuk mengurangkan jumlah pekerja asing tidak berkemahiran dalam negara kita. Ini bukan sahaja dasar tetapi perlu kerjasama industri.



"Ini penting kerana setiap kali pentadbiran lalu cuba mengurangkan pekerja asing di negara kita, dia akan dapat bantahan.



"Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada April ini akan memikirkan mekanisme khusus mengurangkan jumlah pekerja asing secara berkala dan Rancangan Malaysia Ke 13 akan dibentangkan pada tahun depan bakal meletakkan sasaran mengurangkan pekerja asing secara drastik



"Kalau kita terus ada 3 juta imigran, baik ada dokumentasi atau tidak, ini mewujudkan satu kumpulan yang menawarkan struktur kos lebih rendah dan peniaga tempatan tak dapat bersaing dan akan terus ada orang ramai yang lebih gemar untuk mendapat khidmat atau produk (murah) daripada mereka," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) dalam sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.



Tambah Rafizi, kerajaan pada waktu akan datang bakal membentangkan akta rent seeking atau Akta Anti Ali Baba bagi membanteras penglibatan warga asing dalam perniagaan.



"Sebahagiannya sebab kita ada fenomena penduduk tempatan menyewakan lesen. Selagi perkara ini tidak diselesaikan kita tidak ada undang undang khusus kepada penduduk tempatan yang menyebabkan fenomena ini semakin bertambah.



"Kita perlu mengetatkan undang undang supaya menjadi kesalahan membolehkan pekerja asing mengusahakan perniagaan atas nama orang tempatan," katanya lagi.

 

 

[parlimen] KANTOI SEBAR BERITA PALSU MP MACHANG DISEKOLAHKAN YB ANTHONY!

PADU menjimatkan, satukan pangkalan data untuk semua kementerian


 

Pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan membangun sistem dan memudahkan interaksi antara jabatan kerajaan.



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (PH-Pandan) berkata demikian dalam sesi ucapan penggulungan Perbahasan Titah Diraja berkenaan sistem PADU di Dewan Rakyat pada sesi petang.



Menurut Rafizi, PADU melibatkan 5 aspek. Pertama, konsep keperluan satu pangkalan data bersepadu, kedua status kemaskini, ketiga cabaran pelaksanaan PADU, keempat keselamaan sistem dan data serta kelima mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar.



"Keperluan mewujudkan pangkalan data kerajaan yang menggabungkan data pentadbiran telah dibincangkan dan diputuskan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Mei 2023. Ini adalah antara beberapa keputusan paling awal dibuat oleh pentadbiran ini berhubung anjakan untuk menambah baik perancangan dan program sosio ekonomi rakyat



"Keputusan tersebut mengambil kira beberapa pengalaman kerajaan yang lepas. Satu masalah utama ialah untuk mengemaskini data yang memakan masa panjang.



"Biar pun tidak disebut ia menelan belanja yang besar sekiranya setiap kementerian dan agensi menggunakan pangkalan data berasingan dan tidak berinteraksi dengan data sedia ada di jabatan lain," katanya.



Tambah Ahli Parlimen Pandan itu, dengan PADU, mana mana agensi kerajaan pada masa hadapan untuk membangunkan sistem hanya perlu membangun antaramuka sistem sahaja dan tidak perlu mengumpulkan data dari peringkat awal sebagaimana yang berlaku ketika ini.



Kewujudan PADU yang disokong kerajaan juga, katanya, memberi isyarat kepada pemain industri digital dunia untuk melabur di Malaysia memandangkan pasaran negara ini yang kecil dengan 34 juta penduduk dan menyukarkan pelabur membangunkan insfrastruktur digital tanpa sokongan kerajaan.



"Pasaran Malaysia agak kecil sekitar 34 juta pengguna. Pasaran yang menarik perlu besar kerana kos yang boleh dikenakan penyedia perkhidmatan biasanya kecil (berbanding pelaburan yang mahal). Di rantau ini pelaburan yang besar biasanya dibuat di Indonesia dan Vietnam.



"Sebagai sebuah negara yang kita maklum jumlah pasaran kecil untuk mempercepatkan pelaburan dalam bidang digital maka usaha itu mestilah dipimpin kerajaan dan tahap digital mestilah di tahap lebih tinggi, kerana ini memberi isyarat kepada syarikat teknologi dunia pendigitalan (negara) didukung oleh kerajaan.



"PADU adalah satu komponen yang merentasi anjakan besar kerajaan. Ia komponen kepada pendigitalan dan aplikasi kerajaan yang lebih baik dan mesra rakyat. Selain dari isu yang kini dibahaskan, yang mana rakyat melihat PADU bertujuan mendapat subsidi semata mata," katanya.



 

Kewarganegaraan: Saifuddin yakin Ahli Parlimen akan sokong pindaan Perlembagaan



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sedang mengadakan siri penjelasan kepada Ahli Parlimen (MP) berkaitan cadangan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung peruntukan hak kewarganegaraan kanak-kanak.



Beliau berkata melalui penjelasan tersebut, pihaknya yakin Ahli ahli Parlimen akan memberikan sokongan terhadap pindaan tersebut.



"Saya yakin jika saya terus berpeluang beri penjelasan seperti ini, pindaan ini boleh mendapat sokongan yang diperlukan (di Parlimen)," katanya selepas merasmikan Dialog Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 di Maktab PDRM, Kuala Lumpur hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim daripada KEADILAN pada Ahad lepas menyuarakan ikrar untuk membantah cadangan pindaan itu dan mendakwa tiada sebab untuk meminda peruntukan yang telah berkuat kuasa selama ini.



Bantahan itu berhubung cadangan pindaan Jadual Kedua, Bahagian III, Seksyen 19(b) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak terbuang menerusi penguatkuasaan undang-undang.



Saifuddin juga memberikan jaminan akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15a Perlembagaan Persekutuan secara undang-undang bagi anak luar nikah, anak angkat atau anak terbiar yang melebihi umur bayi sebelum 31 Disember ini.



Beliau menjelaskan, terdapat 59,000 permohonan di bawah kategori itu sejak 2013 sehingga kini dengan 35,000 daripadanya telah diproses dengan 98 peratus berjaya mendapat kewarganegaraan.



Tambahnya, terdapat 142 permohonan kewarganegaraan bagi bayi terdampar yang diluluskan sejak 2014 sehingga tahun lepas yang diperoleh dengan menyediakan laporan polis, hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

 

[parlimen] MP SIK PARTI PAS KOYAK HABIS! TEGAKKAN BENANG YANG BASAH!

Loke 'sekolahkan' Wan Fayhsal, Syed Saddiq perjelas ikut kempen PN, 'Ged...


Antara paparan Sekilas Fakta 11 March 2024:

 1) Gelar saya mabuk, Akmal guna stereotaip perkauman - Ramasamy

2) Bekas Adun DAP cabar Akmal si 'hero Melayu' debat isu sekolah vernakular

3) Saifuddin dakwa Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat k'jaan

4) Alasan mengada-ngada, 'gedik berlebihan' - Sanusi jawab Saifuddin

5) 'Mana ada kartel, kalau ada, dialah' - Muhyiddin tempelak Rashid

 6) ‘Puas hati? Tak payah ‘spin’ lagi isu ini’ - Loke 'tembak' Wan Fayhsal

7) Syed Saddiq sertai kempen PN 'demi isu rakyat'



STANDING ONDER NI BUAT HAL LAGI- MAKLUMAT LEMAH---USTAZAH PAS MP KEPALA BATAS TERBUKTI BERBOHONG DI PARLIMEN!

GANG TANGKAP IKAN... HANGPA BOM APA.... NOHHHHH... AIIIHHHH

 





Cerita hangat Belantara 4x4 Adv Club, sahabat² pemancing 1 Malaysia tgh kecam korang & pastinya salah satu darinya adalah Team River Monster Hunter.. Satu benda kami nak pesan, kalau tak salah tak perlu risau. Undang² dicipta utk melindungi perkara yg baik & menentang kebatilan.


Buat rakan² anglers, jika dpt tahu mana² pihak yg melakukan aktiviti penangkapan ikan secara salah / penggunaan peralatan terlarang, jgn teragak² utk buat laporan ke pihak berkuasa.. Biarkan mereka jalankan siasatan seadil²nya. Yg salah tetap salah.. 

Abg buat, abg tanggung.. 


https://www.facebook.com/share/p/ypAavs3uPyuWkm7T/?mibextid=oFDknk



MAHIADDIN NAFI... DIA MEMANG PANDAI NAFI


 

MUHONG LAGI


 

JAWAPAN MENGENAI RINGGIT DAN BATH


 

TUAN TUAN.. ORANG LAIN TAU AGONG UCAP BETUL. TAPI SANUSI BUKA MULUT JA MOHONG.


 

CAKAP SAJALAH TERUS-TERANG KUMPULAN KARTEL ITU IALA


Adun Selat Kelang daripada Bersatu, Abdul Rashid Asari tampil mendedahkan sebab mengapa beliau mengambil keputusan menyokong Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.


Katanya, tindakannya bukan disebabkan kecewa kerana digugurkan sebagai Pengerusi Bersatu Selangor.


Sebaliknya, Abdul Rashid mendakwa, tindakannya itu adalah disebabkan Bersatu Se­langor telah dikuasai “kumpulan kartel” dipimpin individu “baru sehari dua” menyertai parti itu.


Beliau menolak dakwaan merajuk kerana dilucutkan jawatan­ ketua Bersatu negeri, sebaliknya merasakan diri tidak diperlukan parti selepas sembilan tahun bekerja keras me­nubuhkan Bersatu Selangor.


Bagaimanapun, Abdul Rashid tidak menamakan pemimpin yang menguasai kumpulan kartel itu.


Kenapa tidak disebut dengan terus-terang?


Bukankah bila menyebut kumpulan kartel dalam politik negara ini, ia tidak lain merujuk kepada Azmin Ali yang merupakan Pengerusi Bersatu dan Ketua Pembangkang di Selangor?


Sebutlah terang-terang Bersatu Selangor kini telah dikuasai Azmin…kan senang?


Selaku ketua Bersatu Selangor sebelum ini, Abdul Rashid seterusnya mendakwa beliau dipertanggungjawabkan mengenal pasti calon parti untuk bertanding pada PRN tahun lalu.


“Sebelum PRN tahun lalu, Presiden Bersatu (Muh­yiddin Yassin) meminta saya memberikan nama calon untuk bertanding mewakili parti kepada Jawatankuasa Pemilihan.


“Tetapi, lebih separuh nama ketua bahagian yang saya cadangkan itu dihumban keluar kerana ada kartel mahu membawa orang masing-ma­sing sebagai calon Bersatu.


“Orang-orang yang menggantikan pula adalah calon ‘bidang terjun’ yang baru sehari dua sertai parti.


“Tetapi, pada PRN hanya menang majoriti puluh-puluh sahaja, padahal jika ketua bahagian bertanding, boleh menang majoriti lebih besar,” katanya menurut Utusan Malaysia.


Rashid pada 6 Mac lalu mengumumkan beliau menyokong pentadbiran Amirudin tanpa paksaan dan yakin tindakan itu akan memanfaatkan penduduk Selat Klang menerusi kerajaan stabil.


“Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan selepas saya meneliti titah ucapan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) memuji kerajaan negeri yang berada di landasan tepat demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.


Tengok, apa yang disebut Abdul Rashid mengenai pemilihan calon ini pun dengan mudah difahami merujuk kepada kelakuan Azmin.


Nak berselindung dan segan-segan menyebut nama Azmin buat apa lagi? – ShahbudinHusin 11/03/2024


https://shahbudindotcom.net/2024/03/11/cakap-sajalah-terus-terang-kumpulan-kartel-itu-ialah-azmin-ali.html



SABAQ SABAQ...TARIK KAIN KEBAQ LA..


 

SEMBANG JA ..SATU APA PUN TAK JADI


 

TAK SIAP SIAP LAGI..


 

KUAT SEMBANG JA PENDANG NI


 

𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥, 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥



✍️  Ahmad Mursi 


1. Bila kerajaan umumkan pelaburan diluluskan RM329.5bil terbesar dalam sejarah, pembangkang gelisah.


2. Semasa Kerajaan Tebok Atap, diumumkan juga lulus 'pelaburan terbesar dalam sejarah' tapi tidak pula dipertikai PN-PAS.


3. PMX ke hulu dan ke hilir mempromosi dan berjumpa syarikat2 dan pelabur. Kelmarin di Australia, hari ini di German (rakan dagang terbesar dikalangan negara europe).


4. Pembangkang pula hari2 membuat cerita dongeng 'tebok atap' dan mewujudkan sentimen negatif untuk takutkan pelabur.


5. Tun M turut menasihati 'orang luar' supaya tak perlu datang ke Malaysia. Orang seperti Isham Jalil pula hari2 cuba yakinkan seakan-akan Malaysia kini bukan destinasi pelaburan terbaik.


6. Penutupan kilang Goodyear sengaja diperbesarkan walhal itu sebahagian dari plan penstrukturan semula syarikat Goodyear seluruh dunia untuk jimatkan USD1bil sebelum 2025. Banyak kilang Goodyear lain turut ditutup di UK, German, US dll. Meniaga ni kan ada pasang surut. Pasaran tayar pun dah banyak berubah.


7. Haji Hadi berucap di Parlimen mengkritik nilai pelaburan yang diumumkan. Tetapi saya juga tertanya, berapa ramai pelabur timur tengah yang berjaya ditarik semasa dia menjadi duta khas bertaraf menteri (dan berpencen)?


8. Gambar2 berjumpa syarikat2 dan pelabur2 timur tengah tidak kelihatan berbanding gambar2 memancing ikan yang lebih banyak disebarkan.


9. PMX pula agresif berjumpa kapten2 syarikat terkemuka. Tentulah ada yang berjaya, ada yang tidak. Tetapi lebih banyak promosi, lebih besarlah peluang kita.


10. Di Australia, PMX berjumpa 18 Syarikat malah berjumpa secara satu dengan satu untuk mendengar pandangan. Syarikat mohon keizinan melabur dengan RM24.5bil nilai pelaburan dan 1,200 potensi peluang kerja mahir dijana. Kita dapat juga potensi RM962.1 juta nilai eksport dari pelbagai produk.


11. Berbanding pembangkang yang hanya jadi 'jaguh kampung', PMX manfaatkan hubungan baiknya dengan pemimpin dunia dan kebolehan berbahasa inggeris dengan mantap untuk membina hubungan diplomatik dengan pemimpin antarabangsa, menarik pelabur2 asing dan juga suarakan pendirian kita khasnya isu di Gaza.



KISAH BABI DAN GAJAH

 

Semalam lalu satu video di news feed aku. Ceritanya tentang seekor 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵 yang sedang berjalan sendirian di dalam hutan. Tiba di satu 𝗷𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻, sang gajah terserempak dengan seekor 𝗯𝗮𝗯𝗶 di hujung lagi satu jambatan tersebut. Keadaan babi itu tersangat kotor dan berlumpur seluruh badan.


Sang gajah pun beranjak ke tepi bagi 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 kepada si babi. Berjalanlah  si babi kembali ke sarang kumpulannya. Setelah sampai, berceritalah sang babi betapa hebatnya dia sampaikan 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 kepadanya di jambatan tadi.


Cerita sang babi cepat tersebar di seluruh belantara. Ia membuatkan kawan-kawan sang gajah tak puas hati. Lalu mereka pun bertanya sendiri kepada sang gajah apakah sebenarnya yang terjadi. Sang gajah tergelak besar mendengarkan cerita itu.


"Betul aku ketepi masa jumpa babi. Sebab aku tengok keadaan babi tu 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗶𝗷𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻. Kalau aku nak pijak babi tu boleh saja. Dah pasti babi tu akan terpenyek bawah tapak kaki aku. Tapi itu akan buatkan 𝘁𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗮𝗸𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿." Jawab sang gajah.


Pengajaran dari kisah ini, tak usah layan walaun dan walajib. Mereka tu 𝘂𝗺𝗽𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 sang babi yang kotor dalam cerita di atas. Mereka tak ada fakta dan selalu beri hujah yang mengarut dan tak cerdik. Diberi fakta sebenar pun mereka tolak juga.


Kita kena turunkan daya intelek dan kecerdasan akal kita untuk berhujah dengan walaun dan walajib ni. Dan itu bukan saja membuang masa, bahkan mencemar akal kita, macam sang gajah dalam cerita tadi. 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 bahkan 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻.


Sebab tu aku selalu abaikan saja komen walaun dan walajib ni. Sesekali aku reply sebab nak tengok fakta yang dia ada. Tapi biasanya mereka akan merapu atau 𝗺𝗮𝗻𝗶𝗽𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 fakta. Bila itu berlaku, terus aku abaikan. Naik dalam 𝘯𝘰𝘵𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 pun aku tak tengok.


Hakikatnya, semua fakta palsu mereka akan terjawab sendiri nanti. Misalnya harga ayam yang akan naik bila diapungkan. Ternyata itu tak berlaku. Akhirnya rakyat 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 siapa sebenarnya yang menipu dan suka bawa naratif palsu.


Sama macam 𝗟𝗩𝗚. Masa mula-mula 𝘪𝘮𝘱𝘭𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 dulu sibuk sangat. Walaupun dah jelaskan cuma syarikat yang beli barangan LVG 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 RM500,000 dalam tempoh 12 bulan yang kena, tetap mereka jadikan isu juga. Tapi sekarang dah senyap.


Jadi biarkanlah. Macam babi tadi, ia 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵. Walaupun cuma tapak kaki, tapi tak berbaloi nak dikotorkan untuk 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿. Dapat pengajarannya di sini? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝟮 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛?



✍️  Ahmad Mursi 


1. Exco Kelantan tidak menjawab soalan yang ditanya di DUN: berapa banyak kes yang didakwa di bawah 16 kesalahan Enekmen Jenayah Syariah Kelantan yang lulus sejak 2019.


2. Malah YB Ust Asri Daud membalas dengan bertanya pendirian ADUN Kota Lama, YB Dr Hafidzah berkenaan keputusan Mahkamah membatalkan 16 seksyen kerana pertindihan bidangkuasa.


3. PAS mahukan lebih banyak bidangkuasa gubal undang2 untuk negeri, tapi mereka tidak mampu kuatkuasakan Undang2 Jenayah Syariah yang sudah diluluskan DUN.


4. Kenyataan ketua hakim negara, polis dan KKM menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang membimbangkan khususnya berkaitan kesalahan seksual di Kelantan.


5. Hakikatnya, kerajaan negeri mempunyai kewangan yang terhad untuk membina pasukan penguatkuasa dan penyiasat yang besar dan terlatih di Jabatan Agama sebagaimana peranan yang dimainkan oleh polis.


𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗦, 𝗣𝗔𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗨𝗠𝗨𝗗


6. Masalah sebenar ialah, pemikiran PAS yang anggap hanya undang2 di negeri sahaja Islamik dan Undang2 Persekutuan pula 'tidak Syariah'. Padahal itu tidak benar.


7. PAS cuba 'sekularkan' kehidupan rakyat dengan hal ehwal yang lebih luas diperingkat persekutuan.


8. Saya tidak nampak bagaimana undang2 jalanraya (sebagai contoh) 'tidak memenuhi kaedah Al-Quran dan Hadith' seperti dakwaan PAS walhal Islam hanya meletakkan kaedah asas dan selebihnya adalah terpulang kepada pemerintah.


9. Perbezaan enekmen2 syariah di 14 negeri yang sedia ada sudah cukup memeningkan. Bayangkan jika bidangkuasa jenayah yang lebih luas diagih kepada 14 Negeri.


10. Di satu negeri menjadi satu kesalahan, di negeri lain pula tidak menjadi kesalahan (seperti kes Qazaf-Liwat). Peguam perlu dapatkan lesen dan perbaharuinya di setiap negeri untuk praktis.


11. Sepatutnya usaha penyelarasan di peringkat persekutuan menjadi fokus dan pilihan terbaik dan memenuhi maslahah syarak dengan syarat mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.


𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝟮 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗗𝗜 '𝗣𝗜𝗟 𝗔𝗝𝗔𝗜𝗕' 𝗣𝗔𝗦


12. Perjuangan 'menegakkan undang2 syariah' dikatakan menjadi 'matlamat tertinggi' dan 'NYAWA PAS' untuk menarik sokongan.


13. BUKANNYA terletak kepada usaha bangunkan ekonomi, menyediakan peluang kerja, hapus kemiskinan Kelantan yang masih kedua tertinggi di Malaysia, sediakan air bersih, didik rakyat dengan kebersihan, kekang jenayah melalui pendidikan dan program sosial dan agama.


14 YB PAS dilihat jahil bila bercakap isu ekonomi seperti ucapan YB PAS Pasir Mas bahawa kadar inflasi Kelantan (0.9%) lebih baik dari paras Nasional (1.5%). Walhal itu lambang ekonomi Kelantan yang perlahan dan kadar pengangguran pula masih tinggi.


15. PAS anggap dengan undang2 sahaja boleh menjadi 'pil ajaib' untuk bina kesejahteraan dan selesaikan kesemua masalah rakyat padahal Undang2 hanyalah pelindung kepada kemakmuran yang juga perlu usaha keras dan pemimpin yang cekap untuk dibina.


RINGGIT. UN JANGAN BIMBANG

 


Nazri Hamdan


Keadaan Ringgit terkini - jangan risau, tiada apa-apa dilakukan untuk stabilkan nilai Ringgit - menurut dakwaan sesetengah individu yang mendakwa diri mereka "orang market". Agak memeranjatkan orang market langsung tak tahu apa yang sedang dilakukan untuk baiki Ringgit.


Mereka mendakwa ia disebabkan sentimen interest rate Fed. Katanya, ini sahaja dah cukup untuk buatkan Ringgit bergerak seperti ini.


Tapi, hakikatnya BELUM ADA APA-APA pun perubahan yang dibuat kepada kadar faedah Fed sampai hari ini. Boleh kah dengan hanya sentimen Fed sahaja Ringgit boleh bergerak seperti ini? of course orang market sahaja yang tahu.


Cuba anda bayangkan, kalaulah Fed belum buat apa-apa Ringgit dah bergerak seperti ini, nanti bila Fed betul-betul turunkan kadar faedah, ke manakah agaknya Ringgit boleh pergi? Adakah ke bulan? 


Of course “orang market” paling arif dalam hal ini sebab sudah lama membaca carta pergerakan Ringgit. Mereka pun pakar dalam dasar monetari. Mereka pun ada degree dalam monetary economics dari universiti terhebat dunia. Itulah dia "orang market".


OK lah pepagi ni saya nak pergi swimming kat pool kejap.



WOIIII.... APA CRITA NI.


 

KHAWARIJ TU APA?


 

KEH.. KEH.. KEH


 

TAK PERLU JOIN PARTI AGAMA MANA PUN

Izlin Idris


Tak perlu join parti yang menggunakan nama Islam pun untuk kita menjulang Islam dan mengajak orang mencintai Al Quran..



 Program Selangor Bertadabbur 2024 sempena Ramadan 1445H akan diteruskan Kerajaan Negeri walau di luar bulan Ramadan dalam usaha mendekatkan rakyat dengan al-Quran.


#KitaSelangor


https://selangorkini.my/2024/03/tadabbur-al-quran-akan-diteruskan-selain-ramadan-dekatkan-masyarakat-dengan-kitab-suci/



RAFIZI RAMLI JAWAB DI PARLIMEN HARI INI


 Untuk sesi Soal Jawab Lisan yang dijadualkan hari ini di Parlimen, 11 Mac 2024, saya dijadualkan akan menjawab 3 soalan daripada Ahli Parlimen Larut, Temerloh dan Paya Besar. 


YB Larut bertanyakan kaedah serta pendekatan baharu yang menepati ciri status pembangunan dan sosioekonomi tempatan bagi meningkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera khususnya dalam segmen ekonomi baharu.


YB Temerloh pula mengemukakan soalan berkenaan kayu ukur untuk membuktikan pertumbuhan mampan negara dan juga kejatuhan nilai mata wang ringgit. 


Akhir sekali, soalan Paya Besar berkenaan langkah merancakkan kembali ekonomi dan sasaran pertumbuhan ekonomi negara. 


Sesi ini akan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial saya dan saya dijangka menjawab sekitar jam 10 pagi. Saya jemput semua untuk ikuti.




TUNGGANG AGAMA DARI PERSPEKTIF NEURO SAINS

 

TUNGGANG AGAMA DARI PERSPEKTIF NEURO SAINS


               Zunar. Cartoonist Fan Club

WOII WALAUN.. MALAS KERJA NAK BAJU MURAH. JAHIT SENDIRI LAGI MURAH... UPSEREY NAPETEY


Bob Kelanang


 Walaun ni xmampu nak beli baju uniform sekolah anak... kesian ke dia, boleh la tadah tin Milo kat pasar Ramadan nanti...




WANITA PERTAMA MENJADI JUTAWAN DI US

 

Jamzuri Ardani




Beliau berkahwin ketika berumur 14 tahun dan pada umur 20 tahun dia menjadi ibu tunggal.  Dia adalah wanita pertama di AS yang menjadi jutawan hasil usahanya sendiri. 


Nama beliau tercatat di dalam Guinness Book Of Records sebagai wanita pertama menjadi jutawan secara mandiri tanpa mewarisi sebarang harta dari sesiapa. 


Sara Breedlove dilahirkan pada tahun 1867 di Louisiana dari keluarga hamba abdi yang bekerja di ladang kapas. Bagaimanapun Sara dilahirkan setelah keluarganya tidak lagi menjadi hamba. Ketika berumur 7 tahun, kedua ibubapanya meninggal dunia.  Sara terpaksa tinggal bersama keluarga kakaknya yang telah berkahwin. 


Semasa kanak-kanak Sara tidak pergi ke sekolah.  Beliau cuma sempat belajar secara formal 3 bulan sahaja di sebuah sekolah gereja berhampiran tempat tinggalnya. 


Usianya baru 14 tahun ketika Moses McWilliams mengahwininya dan pada empat tahun kemudian pasangan muda ini mendapat anak perempuan, Alleluia.  Dua tahun selepas kelahiran anak mereka, suaminya meninggal dunia. Sara menjadi ibu tunggal di usia 20 tahun.


Pada tahun 1888, Sara berpindah ke St. Louis mengikuti abangnya yang bekerja di kedai gunting rambut. Dia mula bekerja membasuh pakaian di kedai dobi dan menjadi tukang masak restoran dengan gaji USD1.50 sehari.  Dengan pendapatan itu beliau menghantar anaknya ke sekolah.


Sebagai pekerja di kedai dobi, beliau terdedah dengan pelbagai bahan kimia pencuci serta  persekitaran yang panas dan kering yang menyebabkan pelbagai penyakit.  Kulitnya mengelupas dan rambutnya gugur.  Abangnya yang bekerja sebagai tukang gunting di kedai salon rambut memperkenalkan produk jagaan rambut kepada Sara. Sara mula belajar cara-cara penjagaan rambut dan produk-produk yang berkaitan.  Abangnya memperkenalkannya dengan seorang pengeluar produk penjagaan rambut dan dari situlah Sara menjadi jurujual yang menjaja produk dari rumah ke rumah disamping mengajar pelanggan tentang penjagaan rambut. 


Ketika masih bekerja sebagai jurujual di syarikat tersebut, beliau berpindah ke Denver dan memulakan perniagaan produk kecantikannya sendiri secara sambilan.  Setelah beberakali mencuba, akhirnya beliau berjaya membina perniagaannya dengan pelbagai produk kecantikan sendiri. Pada tahun 1906, beliau berkahwin dengan Charle J. Walker dan syarikatnya diberi nama Madam CJ Walker.  Suaminya membantunya membina rangkaian pemasaran di timur dan barat AS. Mereka kerap bermusafir dari satu negeri ke satu negeri untuk memperkenalkan produk mereka.  Sasaran mereka ialah wanita kulit hitam.  Mereka bukan sahaja merekrut agen jualan, tetapi juga mengadakan kelas-kelas melatih jurusolek produk kecantikan.  Anaknya yang sudah tamat belajar membantu menguruskan penghantaran barang pesanan dari Denver ke destinasi yang diminta pelanggan.


Sara dan suami mengembangkan perniagaannya ke utara AS dan berpindah ke Pittsburg dan kemudian ke Indianapolis di mana ibupejabat syarikat Madam CJ Walker diwujudkan. 


Setelah 10 tahun berusaha keras, syarikat mereka sudah mempunyai kilang, makmal pembangunan produk, rangkaian salon kecantikan di merata tempat , dan 20 ribu agen di seluruh AS. 


Beliau bukan sahaja berjaya membina empayar perniagaan dari bawah, tetapi juga membantu puluhan ribu wanita kulit hitam keluar dari kemiskinan. 


Sara meninggal dunia pada umur 51 tahun dan dicatatkan sebagai wanita kulit hitam paling kaya di AS dengan kekayaan mencecah USD1 juta. Beliau juga banyak mendidik wanita kulit hitam supaya berusaha keluar dari lingkaran kemiskinan dan pelbagai masalah sosial.  


Sebelum meninggal dunia, beliau mewasiatkan agar dua pertiga dari keuntungan bersih syarikatnya hendaklah didermakan kepada pelbagai aktiviti kebajikan.



AMANAH TEMERLOH AKTIF

 



Program 'Moh Kome Guntingkan Rambut' sempena kembali ke sekolah anjuran Sekretariat Pemuda Perpaduan Temerloh bertempat di Stesen Bas Lurah Semantan.


Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Ridzuan Hazimin Ramli yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan,Cikgu Azizul Shah Mohd Noor ,Ketua AMANAH Temerloh,Serta Pimpinan Pemuda Perpaduan Temerloh




yang diketuai oleh Mohd Azly Norzan(KP UMNO),Mohd Adam Isa,(KP AMANAH),Syahril Rizal Tajudin(Ketua AMK).


#perpaduantemerloh 

#MalaysiaMadani



WALAUN TIDOR

 



Izlin Idris


Waktu pelabur lari keluar di saat mereka jadi kerajaan..

Ini jawapan menteri mereka dan ketika ini semua penyokong PN terima dan faham ianya berkaitan tentang strategi syarikat tersebut di peringkat global...


Sekarang ni je mereka tiba² jadi tak faham.



KENAPA MAT SABU TIDAK ADA DALAM DELEGASI PM KE LUAR NEGARA?


MSO


Sejak pegang jawatan perdana menteri Anwar Ibrahim telah mengunjung hampir seluruh benua yang membabitkan lebih 49 buah negara. Ada sesetengah negara beliau telah lawati lebih dari dua kali.

Lawatan itu semua dalam rangka kerja selain mengeratkan hubungan diplomatik dan bertujuan menarik pelaburan.


Lawatan itu membawa delagsi perlaburan dalam semua sektor dan rundingan bilateral antara Malaysia dengan negara dikunjungi.


Kebiasaannya beberapa menteri dan pegawai tertentu dibawa bersama, ada yang diserahkan untuk berunding dengan rakan sejawat atau pun sebagai pendedahan untuk menimba pengalaman.

Selalu menteri dibawa untuk menanda tangani MoU.


Sebagai meteri tentunya semua reruja untuk berada dalam delegasi perdana menteri, apa lagi menteri kanan.


Semua menteri kanan telah dibawa atau bersama Anwar, Menteri Pendidikan, Pengangkuta, Pertahanan, Komunikasi, Wilayah, Pelancongan, Dalam Negeri, MITI, Ekonomi dan lain lain tentunya termasuk kedua dua TPM semua sudah dilihat dalam satu rombongan dengan PM.


Yang saya tidak ternampak (mungkin khilaf), yang belum bersama PM ke luar negara hanya Menteri Pertanian dan Ketermaninan Makanan. Apakah dalam semua siri lawatan itu tiada satu pun lawatan bersangkutan sektor dan industrian makanan? 


Ohya jika tidak silap semasa Anwar ke China dibawa timbalan menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bukan Menteri mungkin juga kerana menteri tidak reti berbahasa China itu alasannya.


Atau pun menteri itu Mohamad bin Sabu tidak perlu kepada pendedahan kerana sudah cukup arif dengan pertanian. Atau tiada apa apa projek pertanian membabitkan negara luar. Atau ada signal lain daripada PM kenapa tidak kelihatan menteri itu bersamanya? 


Ketika ini Anwar berada di Jerman apakah ada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sama. Jika ada harap maklum. Trims.



TIBA DI JERMAN

 






Alhamdulillah, selamat tiba di kota Berlin bagi memulakan lawatan rasmi selama lima hari atas jemputan kerajaan Jerman.


Saya juga turut disertai Menteri Luar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. 


Kunjungan ini akan membuka peluang kepada saya dan pemimpin Jerman membincangkan kemajuan hubungan kedua-dua negara selain menerokai bentuk kerjasama baharu.


Lawatan ini juga membolehkan saya berkongsi persekitaran kondusif negara dalam usaha menarik para pelabur berpotensi dari Jerman untuk melabur di Malaysia.


Doakan urusan saya dan delegasi Malaysia di Jerman dipermudahkan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI