KENAPA MAT SABU TIDAK ADA DALAM DELEGASI PM KE LUAR NEGARA?


MSO


Sejak pegang jawatan perdana menteri Anwar Ibrahim telah mengunjung hampir seluruh benua yang membabitkan lebih 49 buah negara. Ada sesetengah negara beliau telah lawati lebih dari dua kali.

Lawatan itu semua dalam rangka kerja selain mengeratkan hubungan diplomatik dan bertujuan menarik pelaburan.


Lawatan itu membawa delagsi perlaburan dalam semua sektor dan rundingan bilateral antara Malaysia dengan negara dikunjungi.


Kebiasaannya beberapa menteri dan pegawai tertentu dibawa bersama, ada yang diserahkan untuk berunding dengan rakan sejawat atau pun sebagai pendedahan untuk menimba pengalaman.

Selalu menteri dibawa untuk menanda tangani MoU.


Sebagai meteri tentunya semua reruja untuk berada dalam delegasi perdana menteri, apa lagi menteri kanan.


Semua menteri kanan telah dibawa atau bersama Anwar, Menteri Pendidikan, Pengangkuta, Pertahanan, Komunikasi, Wilayah, Pelancongan, Dalam Negeri, MITI, Ekonomi dan lain lain tentunya termasuk kedua dua TPM semua sudah dilihat dalam satu rombongan dengan PM.


Yang saya tidak ternampak (mungkin khilaf), yang belum bersama PM ke luar negara hanya Menteri Pertanian dan Ketermaninan Makanan. Apakah dalam semua siri lawatan itu tiada satu pun lawatan bersangkutan sektor dan industrian makanan? 


Ohya jika tidak silap semasa Anwar ke China dibawa timbalan menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bukan Menteri mungkin juga kerana menteri tidak reti berbahasa China itu alasannya.


Atau pun menteri itu Mohamad bin Sabu tidak perlu kepada pendedahan kerana sudah cukup arif dengan pertanian. Atau tiada apa apa projek pertanian membabitkan negara luar. Atau ada signal lain daripada PM kenapa tidak kelihatan menteri itu bersamanya? 


Ketika ini Anwar berada di Jerman apakah ada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sama. Jika ada harap maklum. Trims.



No comments: