Pembangunan
Pangkalan Data Utama (PADU) berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan membangun
sistem dan memudahkan interaksi antara jabatan kerajaan.
Menteri
Ekonomi Rafizi Ramli (PH-Pandan) berkata demikian dalam sesi ucapan
penggulungan Perbahasan Titah Diraja berkenaan sistem PADU di Dewan Rakyat pada
sesi petang.
Menurut
Rafizi, PADU melibatkan 5 aspek. Pertama, konsep keperluan satu pangkalan data
bersepadu, kedua status kemaskini, ketiga cabaran pelaksanaan PADU, keempat
keselamaan sistem dan data serta kelima mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar.
"Keperluan
mewujudkan pangkalan data kerajaan yang menggabungkan data pentadbiran telah
dibincangkan dan diputuskan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Mei 2023.
Ini adalah antara beberapa keputusan paling awal dibuat oleh pentadbiran ini
berhubung anjakan untuk menambah baik perancangan dan program sosio ekonomi
rakyat
"Keputusan
tersebut mengambil kira beberapa pengalaman kerajaan yang lepas. Satu masalah
utama ialah untuk mengemaskini data yang memakan masa panjang.
"Biar
pun tidak disebut ia menelan belanja yang besar sekiranya setiap kementerian
dan agensi menggunakan pangkalan data berasingan dan tidak berinteraksi dengan
data sedia ada di jabatan lain," katanya.
Tambah
Ahli Parlimen Pandan itu, dengan PADU, mana mana agensi kerajaan pada masa
hadapan untuk membangunkan sistem hanya perlu membangun antaramuka sistem
sahaja dan tidak perlu mengumpulkan data dari peringkat awal sebagaimana yang
berlaku ketika ini.
Kewujudan
PADU yang disokong kerajaan juga, katanya, memberi isyarat kepada pemain
industri digital dunia untuk melabur di Malaysia memandangkan pasaran negara
ini yang kecil dengan 34 juta penduduk dan menyukarkan pelabur membangunkan
insfrastruktur digital tanpa sokongan kerajaan.
"Pasaran
Malaysia agak kecil sekitar 34 juta pengguna. Pasaran yang menarik perlu besar
kerana kos yang boleh dikenakan penyedia perkhidmatan biasanya kecil
(berbanding pelaburan yang mahal). Di rantau ini pelaburan yang besar biasanya
dibuat di Indonesia dan Vietnam.
"Sebagai
sebuah negara yang kita maklum jumlah pasaran kecil untuk mempercepatkan
pelaburan dalam bidang digital maka usaha itu mestilah dipimpin kerajaan dan
tahap digital mestilah di tahap lebih tinggi, kerana ini memberi isyarat kepada
syarikat teknologi dunia pendigitalan (negara) didukung oleh kerajaan.
"PADU
adalah satu komponen yang merentasi anjakan besar kerajaan. Ia komponen kepada
pendigitalan dan aplikasi kerajaan yang lebih baik dan mesra rakyat. Selain
dari isu yang kini dibahaskan, yang mana rakyat melihat PADU bertujuan mendapat
subsidi semata mata," katanya.