KISAH BABI DAN GAJAH

 

Semalam lalu satu video di news feed aku. Ceritanya tentang seekor 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵 yang sedang berjalan sendirian di dalam hutan. Tiba di satu 𝗷𝗮𝗺𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻, sang gajah terserempak dengan seekor 𝗯𝗮𝗯𝗶 di hujung lagi satu jambatan tersebut. Keadaan babi itu tersangat kotor dan berlumpur seluruh badan.


Sang gajah pun beranjak ke tepi bagi 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 kepada si babi. Berjalanlah  si babi kembali ke sarang kumpulannya. Setelah sampai, berceritalah sang babi betapa hebatnya dia sampaikan 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 kepadanya di jambatan tadi.


Cerita sang babi cepat tersebar di seluruh belantara. Ia membuatkan kawan-kawan sang gajah tak puas hati. Lalu mereka pun bertanya sendiri kepada sang gajah apakah sebenarnya yang terjadi. Sang gajah tergelak besar mendengarkan cerita itu.


"Betul aku ketepi masa jumpa babi. Sebab aku tengok keadaan babi tu 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗶𝗷𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻. Kalau aku nak pijak babi tu boleh saja. Dah pasti babi tu akan terpenyek bawah tapak kaki aku. Tapi itu akan buatkan 𝘁𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗮𝗸𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿." Jawab sang gajah.


Pengajaran dari kisah ini, tak usah layan walaun dan walajib. Mereka tu 𝘂𝗺𝗽𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 sang babi yang kotor dalam cerita di atas. Mereka tak ada fakta dan selalu beri hujah yang mengarut dan tak cerdik. Diberi fakta sebenar pun mereka tolak juga.


Kita kena turunkan daya intelek dan kecerdasan akal kita untuk berhujah dengan walaun dan walajib ni. Dan itu bukan saja membuang masa, bahkan mencemar akal kita, macam sang gajah dalam cerita tadi. 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 bahkan 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻.


Sebab tu aku selalu abaikan saja komen walaun dan walajib ni. Sesekali aku reply sebab nak tengok fakta yang dia ada. Tapi biasanya mereka akan merapu atau 𝗺𝗮𝗻𝗶𝗽𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 fakta. Bila itu berlaku, terus aku abaikan. Naik dalam 𝘯𝘰𝘵𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 pun aku tak tengok.


Hakikatnya, semua fakta palsu mereka akan terjawab sendiri nanti. Misalnya harga ayam yang akan naik bila diapungkan. Ternyata itu tak berlaku. Akhirnya rakyat 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 siapa sebenarnya yang menipu dan suka bawa naratif palsu.


Sama macam 𝗟𝗩𝗚. Masa mula-mula 𝘪𝘮𝘱𝘭𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 dulu sibuk sangat. Walaupun dah jelaskan cuma syarikat yang beli barangan LVG 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 RM500,000 dalam tempoh 12 bulan yang kena, tetap mereka jadikan isu juga. Tapi sekarang dah senyap.


Jadi biarkanlah. Macam babi tadi, ia 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘁𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗴𝗮𝗷𝗮𝗵. Walaupun cuma tapak kaki, tapi tak berbaloi nak dikotorkan untuk 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗼𝘁𝗼𝗿. Dapat pengajarannya di sini? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: