HADI PATUT DITEGUR


Mohd Sayuti Omar



                      ILUTRASI CnP. WRLR



 Jabatan Kemajuan Islam dan juga Majlis Agama Islam Negeri atau individu wewenang perlu beri penjelasan lanjut berhubung kenyataan Hadi Awang berpendapat mengundi lebih utama daripada mengerjakan umrah dan Haji.


Ada nas hadith menurut Hadi ibadat itu bileh ditangguhkan, tetapi apakah nas dan dalil itu menempati maksud sebenar sebab pilihan raya yang dijalankan itu berlandaskan politik dan bukan sunnah Rasulullah Saw.


Menteri di Jabtan Perdana Menteri Datuk Mohd Naim Mokhtar atau wakilnya wajar buat kenyataan menjelaskan untuk mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir serta apakah kedudukannya dari segi hukum syariat yang sebenarnya. Trims.




SPRM AKAN MASUK KE SEMUA PBT DAN MELIHAT PERBELANJAAN ONE OFF DUIT KERAJAAN. HATI HATI KONTRAKTOR BUAT TANDAS SEKOLAH



 

KAH KAH KAH.....DIA JAWAB LA NANTI DALAM KUBUR...


 

RAMALAN BN-PH AKAN TAMBAH UNDI DAN KEKAL KEMENANGAN


 

MEMBUKTIKAN KEPADA US MALAYSIA ADALAH RAKAN DAGANGAN LEBIH BESAR DARI US.


 

MAJIKAN MELAYU...PENIPU RUPANYA.


 

KEJUTAN DALAM PEMILIHAN PKR

 

KS


KUALA LUMPUR, 20 April – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi 2025 menyaksikan beberapa kejutan apabila beberapa pemimpin utama dan penyandang tewas. 





Di Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar kembali menerajui cabang tersebut selepas menang tanpa bertanding, sekali gus menandakan kemunculan semula beliau dalam politik arus perdana. 


Di Nibong Tebal, Menteri Pendidikan yang juga Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, turut mencatat kemenangan selesa dalam saingan tiga penjuru apabila memperoleh 677 undi. 


Beberapa penyandang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing, termasuk Johari Kassim di Jelutong, Mohamad Abdul Hamid di Tasek Gelugor serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, yang mematahkan cabaran lawannya, Cheah Peng Guan.


Namun begitu, beberapa kerusi penting di Lembah Klang menyaksikan penyandang tewas kepada pencabar. 


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang selepas tewas kepada Lai Chen Heng. 


Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran pula ditewaskan oleh peguam Asheeq Ali Sethi Alivi.


Timbalan Menteri Perpaduan, K. Saraswathy, tidak berjaya menewaskan Anwar Pawan Chik di Bukit Bintang, manakala Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, tewas kepada penyandang, Hee Loy Sian. 


Di Selayang, ADUN Rawang, Chua Wei Kiat pula gagal mengambil alih jawatan daripada penyandang, William Leong.


Manakala, di Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, mengekalkan jawatan itu untuk penggal kedua berturut-turut bagi tempoh 2025 hingga 2028.


Sumber: Awani


#BeritaKS



NABI TANGGUH HAJI???


Che Ibrahim



Di segi seerah, Nabi saw tidak pernah menangguhkan ibadat haji atau umrah kerana ada urusan lain. Dakwaan Nabi saw menangguhkan ibadat haji demi kemenangan Islam adalah satu pembohongan fakta.


Apa yang berlaku ialah nabi saw dan rombongannya terpaksa membatalkan niat mereka untuk menunaikan haji setelah dihalang dari memasuki Kota Mekah. 


Mekah masa tu dikuasai oleh puak Musyrikin. Mereka tidak membenarkan rombongan Rasulullah saw masuk ke Mekah pada tahun tersebut. Maknanya Nabi saw terpaksa membatalkan niat mereka untuk menunaikan haji dengan membayar dam, bukan sengaja tangguhkan kerana ada tujuan/tugasan lain.



BUDAK PUN TAKUT TENGOK


 

SUDUT PANDANG DI PRK AYER KUNING: PN BERISIKO HILANG 32 KERUSI DALAM PRU16 JIKA PH-BN TERUS BERSAMA - Mohd Yusri Ibrahim


 

Dalam Wacana Sinar Selasa lepas, saya sentuh bahawa PRK Ayer Kuning ini akan dijadikan medan penilaian oleh parti2 politik untuk menentukan kerjasama menjelang PRU16, bukan oleh UMNO sahaja, bahkan PAS juga.


PAS parti politik lama dan berpengalaman luas, mereka bijak membaca dan mencatur gerak politik mereka sendiri.


Sebab itu apabila berdepan beberapa isu berbangkit dalam PN, mereka kembali membuka pintu kepada Umno.


Isu2 berbangkit tersebut bukan sekadar tentang hubungan dengan BERSATU seperti yang saya sentuh dalam catatan lepas, tetapi juga tentang peluang mereka dalam PRU16 nanti.


Jika situasi politik sekarang tiada perubahan dan UMNO/BN kekal bekerjasama dengan PH menuju PRU16, PN berpotensi hilang sekurang-kurangnya 32 kerusi parlimen yang mereka sandang sekarang, berdasarkan undi yang mereka perolehi berbanding campuran undi sedia ada PH-BN.


Hilang 32 daripada keseluruhan 74 kerusi yang dimenangi dalam PRU15 2022 lalu bukanlah sesuatu yang diingini oleh PN, bahkan akan jadi mimpi ngeri jika benar2 berlaku nanti.


Sebab itu saya percaya para strategis PAS tidak akan biarkan perkara ini berlaku, mereka adalah parti tunggal yang memenangi kerusi parlimen paling banyak dalam PRU lepas, mereka akan cuba pertahan karisma yang ada.


Saya kurang sentuh tentang BERSATU kerana kekuatan sebenar akar umbi PN adalah PAS, setiap kali pilihan raya, BERSATU hanya bergantung kepada kekuatan jentera PAS.


Jika PAS memilih untuk tinggalkan kerjasama dengan BERSATU dan mereka gagal menumpang mana2 parti dalam PRU akan datang, BERSATU berisiko hilang dalam radar politik tanah air, seperti yang sedang dialami PEJUANG sekarang.


Secara umumnya 32 kerusi yang saya maksudkan itu paling banyak adalah dari Perak iaitu negeri tempat sedang berlangsung PRK Ayer Kuning sekarang.


Jika PH-BN kekal bekerjasama dan senario politik tidak banyak berubah, PN berisiko hilang 8 kerusi di Perak iaitu Gerik, Parit Buntar, Bukita Gantang, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Parit, Pasir Salak dan Lumut.


Pahang pula negeri kedua paling banyak PN berisiko terlepas dengan 7 kerusi iaitu di Jerantut, Indera Mahkota, Kuantan, Maran, Kuala Krau, Temerloh dan Rompin.


Seterusnya Selangor dengan 6 kerusi iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kapar dan Kuala Langat.


Melaka dan Pulau Pinang pula masing2 3 kerusi iaitu di Masjid Tanah, Tangga Batu, Jasin, Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh.


Johor pula berisiko hilang 2 kerusi iaitu di Mersing dan paling menarik kerusi yang sedang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Pengerusi PN di Pagoh juga termasuk dalam senarai.


Selain itu Kedah dan Perlis masing2 1 kerusi parlimen Kulim Bandar Baharu dan Kangar.


Sebelum kempen Ayer Kuning bermula, pimpinan2 utama PAS telah membuat kenyataan terbuka menyatakan hasrat untuk kembali menaut kasih dengan UMNO.


Sepanjang kempen PRK ini PAS juga tidak banyak menyerang UMNO, mereka tidak berhasrat untuk membakar sisa2 runtuhan piagam muafakat yang ditandatangani sebelum ini.


Dengan harapan besar agar puing2 tersebut boleh dikutip, disusun dan dipaku semula untuk membina mahligai baru, walaupun mungkin tidak seindah dan sekukuh Taj Mahal, tapi sekurang-kurangnya bolehlah dulu untuk bermadu cinta buat sementara.


Sebab itu Ayer Kuning akan terus dijadikan medan untuk meyakinkan UMNO/BN bahawa kerjasama bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan tidak wajar diteruskan.


Berbanding menyerang UMNO/BN, PN lebih banyak menyerang PMX dan Kerajaan Madani secara umum di Ayer Kuning.


Secara tidak langsung ini juga memberi keuntungan kepada UMNO/BN, mereka boleh fokus kepada strategi kempen tanpa banyak gangguan, seterusnya berusaha untuk capai kemenangan dengan majoriti besar yang mereka sasarkan.


Begitulah politik, ada masa anda akan dipandang seperti anjing buruk kepala di tepi jalan, pada masa lain pula anda dipandang seperti gadis cantik yang sangat menghairahkan yang perlu dimiliki segera.


Sedangkan anda adalah sama dalam kedua-dua masa pandangan itu, tidak pernah berubah apa2.



Pertembungan dalaman Bersatu, cubaan Pas main kayu tiga, dua-dua bercakaran di Perak


 


K PRAGALATH, 2025


Setiausaha AMANAH Perak Salman Saleh mendedahkan pertembungan dalaman Bersatu Perak, cubaan Pas bermain kayu tiga dan percakaran antara dua parti utama Perikatan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil Ayer Kuning.

Pertembungan dalaman yang dimaksudkan melibatkan naib presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang lebih dikenali sebagai Peja dan Adun Sungai Manik Zainol Fadzi.

Faizal Azumu juga pengerusi Perikatan Nasional Perak.

“Pergaduhan antara Datuk Seri Faizal Azumu dan Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi bukan lagi rahsia. Zainol melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Bersatu Perak selepas berlaku perbalahan dengan Faizal, dan semalam secara terbuka melalui satu hantaran di Facebook, menempelak seorang “Mr. P”, yang secara umum difahami ditujukan kepada Faizal sendiri.

“Dalam hantaran tersebut, Zainol menyuarakan kekecewaan terhadap sikap tamak dan perebutan kuasa dalam partinya sendiri.

“Lebih memburukkan keadaan, hari ini Perikatan Nasional Perak menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN untuk menukar tempat duduk Zainol dalam Dewan.

 

BAITULJANNAH

Opss tak jumpa jodoh lagi?

Jodoh Tak Datang Sendiri, Kena Mula Cari!

KETAHUI LEBIH LANJUT

“Ini bukan lagi khabar angin, ia pengesahan rasmi bahawa krisis dalaman Bersatu sedang berlaku secara terbuka dan memalukan.

Salman turut mendedahkan pergolakan di dalam Pas dan cubaan Pas untuk bermain kayu tiga ekoran kedudukan Bersatu yang lemah.

“Pas juga bergolak dan tidak ada hala tuju di peringkat kepimpinan negeri. Razman Zakaria ketika ini sedang digantung jawatan Pesuruhjaya Pas Perak kerana tindak-tanduk dan kenyataan fitnah yang mencetuskan ketegangan.

“Keputusan ini memeningkan ahli dan penyokong, dan mencerminkan betapa Pas Perak kini sedang dalam krisis keyakinan dan kepimpinan.

“Jelas sekali, kedua-dua parti utama dalam PN Perak, Bersatu dan Pas sedang bermasalah, bercakaran, dan hilang arah.

“Dalam keadaan gabungan sendiri tidak stabil, bagaimana mereka mahu tampil ke hadapan untuk kononnya membawa kestabilan kepada rakyat Ayer Kuning?

“Lebih mengejutkan, dalam saat Bersatu runtuh, Pas pula ambil pendekatan lunak terhadap Umno. Tidak ada serangan yang jelas, sebaliknya peluru dihala kepada DAP dan AMANAH.

“Penganalisis politik juga mula menyebut, Pas sedang ‘berkira-kira’. Jika perlu berpatah balik, mereka sedia buat apa saja.

“Inilah politik main kayu tiga. Bila kawan goyah, musuh lama pun mula dirayu. Prinsip tidak penting, yang penting kuasa.”

 

PRK AYER KUNING - BUKAN SEPERTI NAK RASA BELI BUAH

Rupanya bini no 2 calon Pas PRU 15 lalu…kalau bini no 2 penyondol la kan ?Kalau istilah orang masa kini la ...




Bukan main gah lagi malam tadi dan gempar seluruh Malaya apabila Pas mengumumkan bekas Ketua Wanita Umno Perak dan Exco Wanita Umno Malaysia Datuk Dr Wan Noarshikin Wan Nordin menyertai parti itu.


Borang permohonan menyertai Pas pula diserahkan kepada Presiden Pas sendiri, Tan Sri Abdul Hadi Awang.


Padahal, Datuk Wan Nur Asyikin Wan Nordin sebenarnya adalah isteri kedua kepada calon Pas DUN Air Kuning dalam pilihan raya 2012 lalu.


Wan Nur Asyikin berkahwin dengan Ustaz Mohamad Noor Farid Zainal, Setiausaha Pas Tapah, pada 21 April 2024 dan hari ini Pas mengumumkan penyertaan Nur Asyikin ke dalam Pas.




Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria sendiri mengumumkan perkahwinan kedua-dua mereka (gambar atas) pada 21 April 2024 tahun lepas melalui posting dalam facebook Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol.


Selepas hampir setahun, malam tadi Nur Asyikin diumumkan memohon menyertai Pas. Ia berlaku ketika kempen pilihan raya kecil Air Kuning sedang rancak berjalan.



(Naib Presiden Pas mengumumkan bekas Exco Wanita Umno Malaysia sertai Pas….)

Yang menarik adalah tulisan dan komen para penyokong Pas tentang kemasukan Nur Asyikin ini.

Lihat apa yang ditulis Ustaz Mohd Shafizi Ismail menerusi facebook beliau.


“MANTAN KETUA WANITA UMNO PERAK KINI MENJADI AHLI PAS.


“Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar!!

“Benarlah bahawa hati-hati kita dipegang oleh Allah SWT. Ini tindakan yang sungguh-sungguh berani dan menjadi sejarah di Ayer Kuning!


“Telah berlangsung sebentar tadi, penyerahan borang Ahli PAS daripada Mantan Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin kepada Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam Ceramah Mega di Tg Keramat malam ini.


“Lihatlah para pengundi Ayer Kuning, Datuk Dr. Wan Norahikin telah berani membuat perubahan! Perikatan Nasional Pilihan terbaik buat semua.

“Undi Calon No 2, Abdul Muhaimin Malek

“ORANG MUDA PILIHAN KITA”


Ekoran itu, pelbagai sindiran dilemparkan kepada langkah Pas ini.


Che Ibrahim Mohamed menulis, “TERGEMPAR… Isteri muda pemimpin Pas merangkap bekas calon PN di Tapah masuk Pas.”


Beliau mengulas posting Naib Prsiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang menulis, “Dato Wan Nur Asyikin Wan Nordin Exco Wanita Umno Malaysia, serah borang masuk Pas kepada TS TG Haji Abd Hadi d Tjg Keramat Ayer Kuning.”


Miqdad Zakaria pula menulis, “Assalamualaikum Nurul Islam Mohamed Yusoff , tahniah ambil bini ahli sendiri serah borang Pas.


“Anta pun boleh kawen tiga lagi, lepas tu ajak bini-bini anta masuk Pas. Nak lagi gempak buat majlis jemput Haji Hadi turun untuk penyerahan borang ahli.


“Takkan anta nak ada satu bini jer, tak jantan la bro.

“Selamat pagi semua.


“Berbunga-bunga pulak hati bila sentuh bab poligami,” tulis Miqdad, bekas ahli Pas yang meninggalkan parti itu.




HADI MARAH ANWAR JADI PM ? RESPON PADU DARI PMX !

Bukan tawaran kecil, China sedia kongsi teknologi proses nadir bumi



 

China telah mengumumkan perkara yang mengejutkan apabila bersedia untuk berkongsi teknologi pemprosesan nadir bumi dengan Malaysia.


Mengulas kesediaan kuasa besar dunia itu, penganalisis ekonomi Nazri Hamdan berpendapat ia bukan tawaran yang kecil memandangkan nadir bumi adalah komponen penting dalam pembuatan bateri kenderaan elektrik (EV), cip elektronik, sistem radar dan pelbagai lagi teknologi moden.

“Ini pengumuman yang sangat penting. Banyak potensi yang boleh digunakan untuk meningkatkan keupayaan kita untuk nadir bumi.


“Tapi dalam masa sama juga ada risiko tersembunyi yang kita kena hati-hati.


“Kalau guna analogi, selama ini kita jual kelapa tapi sekarang kita ada peluang bina kilang santan dan minyak kelapa yang premium,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia akan menjana lebih nilai berkali ganda berbanding mengeksport mineral itu secara mentah.


N MORE

“Apa kelebihan besar yang kita dapat? Peningkatan nilai eksport dan industri.


“Contoh, 1,000 tan nadir bumi (secara mentah) setahun, jual pada harga RM2,000 satu tan, hasilnya cuma RM2 juta.


“Tapi kalau kita proses dan jadikan produk separa siap, harganya boleh naik kepada RM20,000 bagi satu tan. Jadi, nilai eksport sudah cecah RM20 juta.

“Jumlah ini hanya kita dapat buat kalau ada teknologi pemprosesan dalam bidang ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, Nazri mengingatkan risiko yang perlu Malaysia lihat dengan teliti iaitu pencemaran.


“Teknologi pemprosesan nadir bumi ini kalau tidak dikawal rapi boleh hasilkan sisa toksik yang rosakkan tanah dan sumber air.


“China sendiri sebenarnya pernah mengalami krisis alam sekitar akibat perlombongan yang agresif,” ujarnya.


Sehubungan itu, beliau berharap Malaysia dapat memastikan teknologi yang dikongsi benar-benar bersih dengan pemantauan alam sekitar yang telus dan tegas.


“Contohnya, jika satu kilang itu proses 500 tan sebulan tetapi kawal sisa, kesannya boleh rosakkan sungai dalam radius 10 kilometer.


“Jadi perkara ini tidak berbaloi dari segi kesan terhadap alam sekitar,” tambahnya lagi.

Pada 16 April lalu, Presiden China, Xi Jinping dalam mesyuarat antara Malaysia dengan China menyatakan mereka sedia berkongsi teknologi pemprosesan nadir bumi dengan negara ini.


Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) selepas turun padang meninjau gerak kerja jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Tiga, Tapah.


Mohamad berkata, nadir bumi yang sudah diproses hasilnya akan berlipat kali ganda hingga 10 hingga 15 kali ganda.


Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dan dokumen yang meliputi pelbagai sektor kerjasama antara Malaysia dan China terhasil sepanjang lawatan negara presiden Xi selama tiga hari di negara ini.


GEMPAR!! - PAS TINGGALKAN BERSATU - BAKAL KEMBALI KEPADA UMNO | Takut ka...

4 MB PAS MELINGKUPKAN NEGERI JOM DENGAR ULASAN

 


KERAJAAN PERAK TUMBANG - UMNO KEMBALI BERSAMA PAS? | HADI Awang PRK Air ...

LANGKAH TEBUK ATAP BARU PN ? MARI KITA DENGAR RESPON ISWARDY !

FATWA MARANG LAGI.


Jamzuri Ardani 


Ini sepatutnya urusan kerja Jabatan Mufti dan agensi yang berkaitan ... bukan hak dan urusan presiden parti politik untuk menentukan tentang urusan agama umat Islam. 


Tetapi biasalah ... bila dok perasan puak dia terpaling ... kerja mufti pun dia nak buat. Tanggungjawab ulil amri pun dia nak ambil alih. 


Semoga umat Islam di negara kita segera bebas dari kegilaan ini.



ORANG TEMPATAN TENTUKAN


Hamdan Taha


 Pagi ni ada kelapangan nak ulas tentang politik sikit terutama prk air kuning


Prk air kuning ni sebenarnya penting untuk kedua dua gabungan, sama ada PN mahu pun Kerjasama Umno dan PH, kerana kawasan air kuning ni ialah lambang kekuatan Umno dan juga PH sebenarnya kerana keadaan pengundi yang melayunya 58 peratus dan selebihnya bukan melayu. Walaupun sebelum ni air kuning adalah Kubu Kuat Umno dan Bn termasuk Parlimen Tapah


Pas dan PN jika berjaya menang Prk kali ni maka jentera parti dan semangat ahli parti untuk berdepan dengan Pru ke 16 sudah tentu dalam keadaan terbaik dan mereka boleh mengunakan keputusan kemenangan itu untuk di jadikan modal menjelang PRU ke 16


Jika BN dan Umno berjaya menang dan dengan tambahan undi meningkat ianya juga suntikan vaksin buat umno dan kerajaan perpaduan. Jika umno menang lebih mudah kerjasama antara BN dan PH untuk terus bersama dalam berdepan dalam PRU ke 16 nanti. Prk kali ni lebih menarik buat BN Umni dan PH ialah kerana mereka mula nampak serasi dan sudah tidak kekok dalam bekerjasama berbanding PRK sebelum ini. Dap, PKR, Amanah sudah berani berkempen dan dah nampak kerjasama tu bersepadu, tapi sejauh mana kerjasama ini boleh menghasilkan kejayaan kita tunggu 26 hb...


Kebetulan kakak saya dan anak anaknya mengundi di air kuning, dan saya tanya mereka keadaan di sana. Setakat ni katanya BN lebih awal datang ke rumah dan kerap berbanding PN. Undi tetap rahsia tapi cara berkempen juga penting kerana orang tempatan kurang ke program ceramah umum mereka lebih banyak ada di rumah dan rakyat biasa ni tak berapa faham kempen kempen yang menjurus kepada politik nosional bagi orang tua, tapi bagi orang muda barangkali berbeza pandangan... Mereka lebih bermaklumat kerana media sosial adalah sumber mereka...


Calun BN ada kelebihan dari segi parti Umno kerana dia setiausaha bahagian maknanya akar umbi umno dia dapat dan umum je calun ahli ahli umno dia tak perlu kempen berlebihan dan nak kepong ahli parti sendiri, jika calun baru dan tak pengang jawatan parti 5 hari terpaksa kerja membaik pulih ahli parti dulu, tapi kali ni tidak buat umno. Pas bab ni lain dari umno, Pas siapa pun calun ahli boleh menerimanya kerana dia tak tengok calun tapi keputusan parti jadi mudah sikit...


Semoga siapa pun menang rakyat air kuning untung dalam tempoh sebulan ni kerana satu melaya datang pada mereka... Dan saya juga nak ucapkan tahniah kepada bekas ahli umno atau ketua wanita umno norasikin semalam masuk pas, saya yakin dia dah setahun Pas masuk dalam badan dia kerana suami baru dia dan jodoh dia dengan pimpinan Pas tapah dan bekas calun air kuning pru ke 15 baru lepas. Kita tengok dia pun dah berpurdah alhamdulilah hijrah yang lebih baik buat dia... Saya yakin dia enjoy dengan keputusan itu kerana jika tidak susah pula dia dan suami lagi pun dia dah tidak aktif berpolitik dalam umno selepas dia berkahwin baru..... Apa pun kesan pada prk air kuning tak ada, tapi pada masyarakat di malaysia mungkin ada buat annuar musa dan Pas... Seronok boleh spin... Ada modal baru...



MEDIA KAGUM DENGAN ANWAR .MEMBAWA JUNTA MYNMAR KE MEJA RUNDINGAN


 

KAWIN CAMPOR


Che Ibrahim


 Bekas Adun UMNO @ mantan Ketua Wanita Umno Perak sah kahwin bekas calon Pas/PN Dun Ayer Kuning @ SU Pas Kawasan Tapah.





PANDAI POLITIK, TAK PANDSI MENTADBIR


 

BERANGKAT PULANG


 

PERTEMUAN 6 MATA

 


URUTAN KEJADIAN.. NASIB PELAKON² KES FITNAH LIWAT 1 (1998).


Suara Rakyat



Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.


Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.


Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.


Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.


Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.


Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!


Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.


Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.


AK AHMAD


Nasib pelakon² kes Fitnah Liwat I (1998) konspirasi Tun dah terima balasnya..


Bagaimana pula nasib pelakon² kes Fitnah Liwat II (2009) konspirasi Najib ??!