APA KES NIH...
HAMZAH RIE NA
Polis siasat..
1) kes Ismail Sabri langgar SOP..
2) kes Annuar Musa langgar SOP..
3) kes menteri² langgar SOP rentas negeri..
sampai skrg terus senyap..
Adakah kes ahli politik dari pantai timur cabul isteri orang di
penghujungnya akan senyap juga?.. Sama² kita nantikan.
SR
JIKA SAYA AHLI UMNO, SAYA TOLAK DASAR ‘NO ANWAR NO DAP’
Oleh: Prof Agus
1. Majoriti ahli UMNO boleh menerima penyelesaian politik yang
diambil oleh pucuk pimpinan dengan syarat ‘No Anwar No DAP.’ Saya rumuskan
sebab penolakan mereka sebagai berikut:
i. Perjuangan Anwar adalah untuk memenuhi kepentingan peribadi.
ii. Anwar dianggap tidak bermoral.
iii. Menerima DAP, musuh paling utama sejak sekian lama bererti
UMNO menggadaikan dasar perjuangan ABATAnya (Agama, Bangsa, Tanah Air).
iv. DAP adalah parti rasis dan cauvinis.
v. DAP dianggap anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu.
2. Mengulas dasar ‘No Anwar No DAP’ ini, Tengku Razaleigh (Ku
Li) menyatakan slogan ini “hanyalah sentimen semata-mata.” Puad Zarksahi
menambah dengan menyatakan “slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan
sepanjang masa. Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat
berubah.”
3. Kenyataan Ku Li dan Puad ini membawa makna buang sentimen dan
berubah sesuai dengan tuntutan semasa. Slogan No Anwar No DAP tidak membawa
UMNO ke mana, sebaliknya membuka kerjasama baharu dengan PH boleh menguntungkan
UMNO.
4. Pertama, kerjasama dengan PH membolehkan UMNO bertanding di
semua kerusi tradisinya tanpa pertindihan kerusi dengan Bersatu dan PAS. Kedua,
UMNO akan kekal sebagai parti Melayu dominan kerana tidak lagi bersaing dengan
dua parti Melayu yang lain dalam PN. Ketiga, UMNO dengan PAS dan Bersatu
sekadar mendapat jawatan kecil, tetapi jika dengan PH, UMNO akan mendapat
jawatan yang lebih kanan.
5. Bagi saya, dalam kemelut politik hari ini, UMNO perlu
pragmatik. Menerima Anwar dan DAP bukan bererti membentuk pakatan baharu,
tetapi membentuk kerjasama politik. Satu lagi ialah slogan ‘No Anwar No DAP’
berkonotasi kebencian dan perkauman yang tentunya bukan modal politik terbaik
untuk negara kita.
6. Perjuangan politik terbaik bagi negara kita adalah memenuhi
keperluan rakyat, mensejahterakan kehidupan mereka dan membina negara bangsa
yang bersatu. Saya fikir, dalam senario politik sekarang, kerjasama BN/UMNO dan
PH adalah lebih baik untuk mencapai hasrat di atas.
Sekadar catatan hari minggu.
WAKIL RAKYAT LOMPAT JEJAS KESTABILAN POLITIK
SKEPTIKAL DENGAN PANDANGAN MSO
Meskipun MSO kata rundingan kerusi antara PKR-UMNO sedang berjalan
aku masih agak skeptikal. Boleh jadi dia punya maklumat lebih tepat, dia lebih
tahu.
Cuma, secara logiknya bagi aku prinsip yg dipersetujui bersama
dan keperluan menyelamatkan negara harus dimuktamadkan dulu. Ini adalah
keutamaan utk membuka pintu rundingan.
Tiada sbrg kerjasama PRU atau pembahagian kerusi jika yg
FUNDAMENTAL atau yg asas pun tak settle kerana DSAI dan PKR tidak akan sekali2
menggadaikan prinsip Reform.
Sbb itu aku masih merasakan bukan bab kerusi atau bab kerjasama
di PRU yg dibincangkan tapi kerjasama bagi menjatuhkan Abah Kau Mooyiddin dan
KERAT PN.
Wallahualam.
- Zus Din
21 March 2021
Wujud Dua Halatuju Dalam AMANAH? Mengapa Husam Terkilan Dengan Sikap Tun...
Tarikh Piraum tidak penting bentuk kerjasama mustahak
MSO
APA
yang dinanti dan ditunggu-tunggu oleh warga politik kini adalah bilakah
(Piraum) pilihan raya ke-15 akan diadakan? Penantian dan persediaan untuk
berpilihan raya itu sangat afdal kepada parti-parti politik, khasnya bagi oposisi
daripada mengharapkan untuk melihat kerajaan Perikatan Nasional(PN) dijatuhkan
dalam parlimen. Harapan itu sudah jadi seperti menanti bulan jatuh ke riba yang
tidak akan muncul.
Bulan jatuh ke ribaan hanya sebuah mitos yang tidak akan pernah
menjelma. Ia hanya impian si pungguk biru yang lara kerinduan. Begitulah
keadaan dengan harapan untuk melihat kerajaan PN akan tumbang dan kerajaan
Pakatan Harapan (PH) yang hilang akan menjelma kembali. Ia sudah jadi sebuah
mitos yang terkambus dalam permainan angka.
Muhyiddin Yassin dan
geng si Kitolnya tidak mendiam diri daripada berusaha untuk mengukuhkan
kedudukan mereka dan mengekalkan kerajaan "curitokrasi",
(PN) sehingga habis penggal parlimen ke-14. Itu sudah semestinya dilakukan. Dan
itulah sebaik-baik tindakan. Muhyiddin tidak akan kompromi dan tidak terjejas
dengan sumpah seranah dan caci maki atas perbuatannya. Malahan Muhyiddin terus
akan menebalkan mukanya membuat pembedahan plastik untuk menampalkan kulit
seladang ke mukanya.
Saya yakin parlimen tidak akan dibuka meskipun sudah ada
pandangan kononnya adil dan bebas daripada Yang diPertuan Agong. Parlimen akan
berakhir dengan pembubaran? Bagi saya pandangan Agong berdasarkan kuasanya
mengikut Perlembagaan itu hanya sebagai pencerahan, pemanis mulut sahaja. Agong
sebagai Raja Berperlembagaan tetap terikat dengan kuasa Eksekutif.
Benteng mempertahankan diri.
Covid dan pengisytiharan darurat pada 11 Januari
2021 telah digunakan sebagai benteng untuk mempertahankan diri dan
kerajaannya. Tampaknya Muhyiddin berjaya menggunakan kedua kuasa dan peristiwa
itu. Dan Muhyiddin sudah mengutip kedua-dua labanya sekaligus. Dua kuasa dan
keadaan (alasan) itulah digunakan oleh Muhyiddin hari ini, sehingga beliau
merasakan selamat untuk ke luar negara, ke Saudi.
Justeru adalah wajar dan tepat pula kalau pembangkang tidak lagi
terus bermimpi untuk mengambil alih kerajaan dengan cara membalas dendam
merampas kuasa. Walaupun sebahagian rakyat menanti bahkan berdoa, tetapi elok
dilupakan sahaja rancangan itu. Tumpulah kepada persediaan menghadapi pilihan
raya umum ke-15. Lawan dan jatuhkan PN dalam Piraum. Gelanggang sudah dibuka,
tetapi bila?
Tidak ada siapa yang dapat menentu bila parlimen dibubarkan
untuk membolehkan Piraum diadakan. Tarikhnya ada dalam genggam Muhyiddin.
Beliau diduga akan bertindak sesudah pihak PN bersiap sedia. Masih ada beberapa
perkara yang sedang cuba dibereskan. Antara indikator hampirnya Piraum apabila pemimpin
Umno dijatuhkan hukuman. Apabila mereka sudah dijatuhi hukuman, saat itulah
waktu terbaik untuk Muhyiddin menghadap Agong memohon parlimen
dibubarkan.
Selainnya, setelah mencapai kerjasama dan pembahagian kerusi
dalam PN selesai. Ini agak sukar tetapi ia tidak sesulit seperti menanti para
pemimpin Umno dihukum atau disumbat ke dalam penjara. Proses untuk menghukum
(vonis) pemimpin Umno sedang berjalan lancar. Itu keadaan atau pun isyarat
untuk meramalkan pilihan raya. Walaupun Muhyiddin mengatakan sebaik darurat
selesai (1 Ogos) saya tidak mempercayai seratus peratus kerana politik itu
penuh dengan "ilap", kekhilafan dan penipuan.
Saya meletakkan sekiranya ia diadakan pada tahun ini, waktunya
antara bulan Julai hingga September.
Sementara itu baik bagi oposisi maupun parti memerintah masih
ada beberapa hal yang belum selesai dan masih ada ruang untuk
memperkemaskannya. Bagaimana PN dengan kedudukannya sebagai kerajaan
mempunyai advantage mempunyai peluang lebih 50%. Sebab
itu sesetengah pemimpin PH mahukan kerajaan dikembali bagi dijadikan bekalan
atau modal menghadapi pilihan raya. Pemeriksa politik tetap percaya parti
memerintah lebih berpeluang untuk menang pilihan raya.
Kepada oposisi (PH) apabila harapan itu sudah tidak ada, PH
tidak boleh mengharapkan kepada kelebihan yang sudah menjadi milik PN itu.
Perlu ada ikhtiar dan gerakan lain dilakukan. PH atau pembangkang perlu
mempunyai akal yang luas dan strategi berbagai untuk mendapat semula kerajaan
yang hilang itu. Perlu bangkit ke hadapan (move forward). Kerajaan
PH sudah jadi semacam Haikal Sulaiman yang ghaib tetapi tahu di mana
lokasinya.
Dalam hal ini antara perlu disegerakan merangka kerjasama
semantap mungkin sesama oposisi. Pertamanya PH kena padukan dahulu pakatan dengan
tiga buah parti, Keadilan, DAP dan Amanah. Jangan
ada lagi angan-angan untuk bergantung kepada OT95 (Mahathir Mohamad) dengan
parti inkubator, Pejuang. Buanglah sejauh mungkin OT95 dan jangan
jadikan dia sebagai tali penyelamat lagi. Biarkan orang tua itu mereput di
hujung semak samun dan hanyut ke tanjung. Orang Amanah khasnya harus bersih
dari badi OT95 yang melekat kepada diri mereka.
Ketiga-tiga parti itu perlu mengambil sikap dan semangat seperti
semasa dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini bergerak tanpa OT95. Semangat
dibina dan dipuput semasa dalam PR dahulu perlu digemburkan. Ketika PR,
pembangkang optimis akan menang dalam pilihan raya walaupun OT95 berada di
luar, bahkan menjadi lawan. Bukankah PH (oposisi) sudah berjaya sedikit demi
sedikit mengurangkan kuasa UBN bermula pada Piraum 1999 diikuti tahun 2008,
2013 kemudian sehingga akhirnya berjaya menumbangkan BN tahun 2018? Oposisi
khasnya PH harus berbangga dengan pencapaian itu.
Piraum 1999 Barisan Alternatif (BA) terdiri daripada Keadilan,
DAP dan Pas memperolehi 40.21% undi dengan meraih 42 kerusi berbanding dengan
BN mendapat 56.53% dan mendapat 148 kerusi. Dalam Pirauam 2004 dimana BA tanpa
bersama DAP mendapat 24.1% undi dengan mendapat 8 kerusi, sementara DAP
mendapat 9.9% undi dengan 12 kerusi. Sementara BN pula mendapat 63,9% undi
dengan jumlah kerusi 198.
Dalam Piraum 2009 pembangkang ketika itu Pakatan Rakyat (PR)
mendapat 49.4% dengan 82 kerusi sementara BN mendapat 50.5% undi dengan jumlah
kerusi 142 kerusi. Ketika ini DAP kembali bersama pembangkang dalam PR. Dalam
Piraum 2013 PR mendapat 50.57 peratus undi dengan jumlah kerusi 89 kerusi
sementara BN walaupun mendapat peratus undi lebih rendah 47.38 % tetapi menang
dengan mendapat sebanyak 140 kerusi. Pilihan raya ini jika peratus undi diambil
kira pembangkang (PR) sudah pun boleh membentuk kerajaan.
Piraum 2018 akhirnya BN yang berada dalam pengaruh pasang surut
akhirnya tumpas apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya mendapat 45.68% undi
dengan meraih 113 kerusi sementara BN mendapat 35.39 % undi dengan memperolehi
79 kerusi. Untuk rekod dalam Piraum itu Pas bertanding bersendirian dengan
mendapat 16.82% dengan jumlah kerusi 18.
Jika dilihat kepada pencapaian pembangkang itu menunjukkan
kecemerlangan oposisi meningkat dengan jelas walaupun sebelum penyertaan OT95
bersama saf pembangkang. Kita lupa sebenarnya Piraum 2018 kalau pun tanpa OT95
oposisi (PH) sudah pun berjaya membentuk kerajaan berdasarkan pencapaian
oposisi sejak tahun 1999 itu?
Ramai tersilap hitung, kononnya PH berjaya kerana bantuan OT95,
sebenarnya OT95 yang menumpang pengaruh PH untuk mengecapi kemenangan dan
menjadi perdana menteri kali kedua. Tanggapan ini perlu diperbetulkan. OT95
hanya berak di atas busut jantan cuma.
Pendapat mengatakan oposisi tidak akan berjaya tanpa bantuan
OT95 adalah karut semata-mata dan lahir dari jiwa mereka yang lemah dan inferiority
complex. Pandangan itu wujud kerana mereka sudah disihirkan oleh OT95
untuk menampakan dirinya kuat. Kalau benar OT95 itu kuat, tentu kerajaan PH
tidak akan tumbang Februari 2020 lampau sehingga kini semua meroyan. Bukankah
kerajaan PH hilang sewaktu beliau jadi perdana menteri? Terimalah pandangan dan
berfikir secara logik. OT95 sebatang pohon Jejawi dianggap keramat sudah tidak
dapat menakut-nakutkan sesiapa lagi kecuali kanak-kanak dan bocah dan pemuda
Becat.
Senario berbeza.
PH harus sedar bahawa senario kini sudah berbeza. Yang menjadi
kerajaan kini bukan lagi UBN, Umno Barisan Nasional. Hegemoni Umno yang
menggerunkan sudah pun tercabut. Yang ada kini hanya kerajaan PN yang terdiri
daripada himpunan puak serpihan yang tidak bermoral dan kering integriti siasah
terdiri daripada Bersatu dan Pas. Bersatu ditokok oleh oportunis-oportunis
daripada Umno dan Keadilan. Ia disokong oleh 16 oportunis daripada Umno dan 11
daripada Keadilan. PN tidak ada kekuatan dan sokongan fundamental seperti
mana BN.
Lantaran itu tidak perlu takut dan gerun dengan PN. PN boleh
terburai bila-bila masa sahaja. Ia umpama sebuah bongkah yang bentuknya tidak
serata diikat dengan tali yang lembut dan rapuh boleh relai bila-bila masa
sahaja.
Kalau pun dalam PN yang boleh dilihat sebagai kuat dan ada
pengaruh fundamental hanya Pas sahaja. Itupun terbatas kepada kawasan-kawasan
tradisi Melayu yang warganya kebanyakannya mempunyai fikiran kolot dan
konservatif agama. Golongan ini sesungguhnya tidak tersedar bahawa pintu Syurga
telah lama ditukar dengan pintu Neraka oleh Pas.
Anggapan bahawa PN mempunyai pengaruh hebat dan besar seperti BN
adalah silap. PN dengan BN jauh bezanya. Perhati kepada struktur dan kelebaran
organisasi (cawangan) sahaja, Umno memiliki cawangan di seluruh negara kecuali
Sarawak. Keahlianya sahaja melebih 3 juta. Bahkan ahli Bersatu sendiri
ada duplicated daripada ahli Umno.
Sebenarnya untuk meruntuh dan menafikan kerajaan PN tidak sukar,
tidak sesulit sewaktu hendak menumbangkan kerajaan BN dahulu. Ada satu senjata
yang dikira membantu. Yang jelas hari ini PN tidak mendapat sokongan Umno.
Dengan hanya membentuk kekuatan bersama Pas dan beberapa parti-parti kecil lain,
PN tidak ampuh sebagai sebuah koalisi mantap. Sokongan dan dukungan parti-parti
di Sabah dan Sarawak pula tidak menjamin kekal setia dengan mereka.
Umum tahu macam mana perdagangan politik berlaku di Sabah dan di
Sarawak sejak lama dahulu. Asas pembentukan kerajaan Malaysia tetap bergantung
kepada parti-parti di Semenanjung. Pun begitu ia tidak boleh diketepikan begitu
sahaja. Mana-mana parti atau gabungan menguasai kerusi di Semenanjung (168) ia
tetapi menjadi kerajaan.
Dalam catatan ini saya ingin memberi pencerahan dan mengongsi
sedikit idea dengan Umno. Umno tidak boleh dilupuskan begitu saja. Umno adalah
darah dan jiwa orang Melayu. Umno akan menjadi pembantu dan aset utama
menjaminkan apakah PH atau oposisi berjaya atau tidak menumbangkan kerajaan PN.
Walaupun kini Umno tidak kompat dan terpecah kepada tiga puak atau kluster
tetapi Umno tetap menjadi kuasa penentu (king maker).
Umum tahu Umno kini terbahagi kepada tidga puak atau kluster.
Saya namakan kluster Umno sejati, (Umno S) Umno yang menjaga
perut (Umno P) dan Umno yang sedia diperalatkan (Umno
A). Umno S adalah mereka yang mahu mengekalkan kekuasaan dan memartabatkan
sejarah perjuangan parti kebangsaan itu. Golongan atau Umno P adalah
yang lebih mementingkan diri sendiri. Mereka apa disebut oleh Musa Hitam yang
tidak ada prinsip dan idealisme perjuangan. Apa yang mereka utamakan perut
mereka buncit.
Sementara yang ketiga yang sedia diperalatkan (Umno
A) untuk kepentingan orang lain. Kluster ini paling jahat dan khianat.
Jika dipadankan dengan golongan dikategorikan menurut istilah atau hukum agama
mereka termasuk dalam golongan munafik. Pun terpecah kepada tiga kumpulan dan
kluster, tetapi kluster Umno S masih berpengaruh. Ini terbukti
apabila lebih 130 bahagian Umno di seluruh negara bersetuju agar Umno
memutuskan hubungan dan menolak Bersatu dalam pilihan raya.
Apa perlu disedari kumpulan pertama ini tidak mungkin dapat
mengembalikan kerajaan UBN dan juga kegemilangannya. Tetapi keperluan kepada
kumpulan ini adalah mengambil tanggungjawab menjaga Umno. Di sini tidak ada
cara lain untuk menjamin Umno selamat, Umno perlu bantuan oposisi lain. Dalam
konteks ini sokongan parti pembangkang asal, Keadilan dan DAP. Inilah energi
tambahan atau formula bagaimana untuk Umno kembali ampuh.
Hendak tidak hendak orang Umno harus rela dan bersedia menerima
perubahan demi masa depan partinya. Pemikiran kolot dan jumud Umno selama ini
harus disirnakan. Umno perlu bersikap fleksibel dan sedia menerima mana-mana
pihak sahaja. Dinamika politik harus dihayati. Apa yang penting bagi Umno
mendapat oksigen untuk hidup seribu tahun lagi. Kalau kebetulan balang oksigen
itu ada kepada PH maka, terimalah.
Tali hayat Umno kini bukan lagi Pas seperti dituduh dan
diharapkan sebelum ini, tetapi Keadilan dan DAP. Pas sudah menjadi pengancam
atau kawan tidak jujur kepada Umno apabila parti itu lebih obesessi kepada
Bersatu kerana tergilakan kuasa. Piagam Muafakat Nasional (MN) yang ditanda
tangani oleh Umno yang diwakili Annuar Musa selaku Setiausaha Agung ketika itu
sudah dikhianati. Yang tumpang khianat adalah Annuar Musa sendiri yang termasuk
dalam Umno A.
Apakah Umno sedia untuk berbuat demikian? Sebenarnya Umno tidak
ada pilihan lain kalau mereka mahu mempastikan Umno terus hidup dan releven.
Bahkan kerjasama atau huluran tangan Umno kepada oposisi ini perlu disegerakan,
sebelum tibanya Piraum atau lebih tepat sebelum bekas presiden dan presidennya
dan beberapa yang lain divoniskan atas segala tuduhan yang dikenakan. Umno
tidak perlu menghitung dan berfikir panjang.
Masa depan dan kedudukan Umno sekurang-kurangnya dalam Piraum
ke-15 akan selamat hanya kalau mereka sedia bekerjasama dengan pembangkang dan
bukan menaruh harapan kepada kawan yang tidak jujur yang dikenali sebagai musuh
lamanya itu. Terus terang dikatakan bagi Pas yang bermusuh dengan Umno, parti
itu lebih senang kalau Umno tiada atau diharamkan kerana ia boleh mengutip laba
daripada tragedi itu. Pas kini sedang menunggu dengan tangguk besar di
pergentingan perbalahan Umno.
Ingat Pas sudah arif dan bijak bermain politik setelah menjadi
mangsa dan hamba politik Umno sejak berdekad. Lagi sekali diulang sebutkan Umno
tidak boleh lewat membuat keputusan sebab masa terus berjalan.
Isu kalimah Allah retakkan kesepakatan dalam PN?
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam mungkin akan meretak atau memecahkan
kesepakatan dalam Perikatan Nasional (PN).
Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Aziz Bari, sikap 'tidak
mahu komen' menteri-menteri kanan PN dalam isu berkenaan mungkin akibat sekutu
mereka di Malaysia Timur yang mahukan penghakiman tersebut tidak dirayu dan
dikekalkan.
Sedangkan, kata Dr Aziz, PN yang mengaku sebagai kerajaan 95%
Melayu-Islam mungkin amat keberatan membenarkan hal itu.
"Bagi Sabah dan Sarawak (mereka) mahukan perkara ini
dibiarkan begitu sahaja dan tidak dirayu. Ini menimbulkan kegusaran kepada PN
"Nampaknya isu ini boleh jadi satu perkara yang menimbulkan
keretakkan. Jadi ini memperlihatkan tiada satu sikap yang jelas dalam kalangan
PN. Patutnya walaupun dia datang melalui 'tebuk atap' tetapi perlu ada sikap
yang jelas.
"Cuma mungkin rakan dalam PN itu adalah Pas, dan parti itu
ada sikap yang mereka ambil sejak dalam PR dahulu
"(Seharusnya) pimpinan pusat harus mengambil berat. Setakat
ini pimpinan kanan PN tidak bercakap, yang bercakap hanya menteri dan juga duta
bertaraf menteri sahaja," katanya dalam siaran langsung Facebook bertajuk
"Kalimah Allah & Hak Kebebasan Agama", malam tadi.
Bagi pakar Undang-undang Perlembagaan itu, tindakan yang diambil
kerajaan PN sebelum ini dengan kesediaan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi
dianggap tidak memadai, memandangkan mereka adalah Kerajaan Persekutuan yang
mampu berbuat lebih banyak.
"Apa yang saya katakan PN semacam kebingungan bila berhadapan
kes ini. Sepatutnya ada sesuatu cara untuk menangani isu. Bukan hanya membuat
rayuan di mahkamah semata-mata. Sebagai kerajaan dan kalau mereka betul-betul
ada majoriti di Parlimen sepatutnya mereka membuat sesuatu.
"Di situ mereka (kelihatan) tidak kompeten menjaga umat
Islam," katanya lagi.
Bagaimanapun, Dr Aziz menasihatkan pihak-pihak sayap kanan yang
baru-baru ini menuntut Perlembagaan dipinda dan sebagainya agar meneliti
perkara tersebut dengan lebih saksama.
Menurut beliau, Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 3 dan
Perkara 11 telah dengan jelas menjamin kedudukan agama Islam sebagai agama
rasmi manakala agama bukan Islam tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.
Dalam masa sama, penganut Islam perlu menghormati kebebasan
beragama yang dijamin Perlembagaan.
Tentang penggunaan kalimah Allah yang mengelirukan penganut Islam,
kata Dr Aziz, hal itu perlu dibuktikan secara lebih konkrit.
"Di mana logiknya penggunaan kalimah Allah ini sesuatu yang
merbahaya atau mengelirukan umat Islam?
"Pengedaran bahan-bahan seperti kitab Injil dan upacara agama
mereka terbatas atau di dalam ruang lingkup tertentu. Bahan bacaan perlu
dicetak sebagai contoh 'hanya untuk penganut Kristian' atau tidak boleh diberi
kepada orang Islam. Bagaimana boleh berlaku kekeliruan kepada umat Islam?
"Hak kebebasan beragama ini suatu yang dijamin atau tidak
boleh dikacau dalam Perlembagaan kita, hata dalam suasana darurat atau dalam
undang-undang seperti Keselamatan Dalam Negeri sebagai contoh," katanya.
Sehubungan itu, Dr Aziz menasihat pihak yang dalam 'mentaliti
terkepung' agar memahami keadaan masyarakat majmuk dan realiti umat Islam yang
merupakan golongan majoriti melebihi 60% di Malaysia.
Dalam keadaan itu dan agama lain tidak boleh disebarkan melalui
media massa, katanya umat Islam tidak wajar terlalu takut dengan
persekitarannya.
Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada 10 Mac lalu membenarkan penganut
Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan
agama itu.
Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan
ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk
orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku yang diterbitkan.
Lebih baik Ismail Sabri bincang bersama Presiden Umno daripada menyerang Anwar
Serangan
tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam
'percaturan' politik jangka panjang parti itu.
Ketua
Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandal Mohd Akin berkata, selaku
pemimpin peringkat ketiga tertinggi dalam ranking Umno, Ismail seharusnya tidak
mengambil pendirian menyerang atau mempersalahkan Datuk Seri Anwar kononnya
cuba memecah belahkan parti Melayu itu dengan 'ungkapan' telah mengadakan
rundingan bersama pemimpin tertentu Umno.
"Persoalan
saya, kenapa Datuk Seri Ismail perlu mempersalahkan Datuk Seri Anwar? Umno
punyai ketuanya dan sewajarnya dalam prinsip organisasi, beliau sebagai Naib
Presiden berbincang dengan Presiden beliau dan bukannya meletakkan kesalahan
kepada Datuk Seri Anwar.
"Kedua,
saya percaya dan yakin bahawa Umno akan lebih kukuh dan bersatu jika tiada
pengkhianat, dan tiada pengkhianatan yang dibuai dengan jawatan ekoran
kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (BN).
"Umno
juga telah dilemahkan oleh pengkhianat yang bukan sahaja bermaharajalela dalam
parti itu tetapi juga parti-parti lain – termasuklah KEADILAN.
"Ahli-ahli
Parlimen dipaksa menghentikan sokongan terhadap parti mereka melalui ugutan dan
keluar menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan. Segala yang berlaku
ini hanya demi kepentingan Bersatu dan Perdana Menteri," kata Shamsul
dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, KEADILAN menghargai kebijaksanaan
sebahagian besar pemimpin Umno dan kesediaan pimpinan parti itu untuk berunding
demi memperbaiki hala tuju politik Malaysia.
Katanya,
ramai dari kalangan ahli Umno yang menyedari bahawa parti tersebut ketika ini
dibayangi oleh masa lampau yang dilemahkan oleh korupsi, pertembungan dalaman
dan ketamakan individu terhadap kuasa.
Oleh
itu, ujarnya, tiba masa Umno bergerak ke arah yang lebih relevan dengan
perkembangan politik semasa.
"Daripada
mencuba menyalahkan Datuk Seri Anwar untuk segala masalah Umno, Datuk Seri
Ismail sepatutnya mengakui bahawa sebahagian ahli Umno sedar satu-satunya jalan
untuk terus bertahan dan kekal relevan adalah dengan mewujudkan kerjasama
dengan parti lain atas dasar nilai yang dikongsi bersama.
"Apakah
nilai-nilai tersebut? Nilai tersebut adalah yang selaras dengan aspirasi rakyat
didasari perpaduan, demokrasi, kemakmuran bersama dan mewujudkan kerajaan yang
menyebarluaskan integriti serta menegakkan tadbir urus yang baik.
"Apa
pun ahli Umno kini menyedari bahawa kerjasama parti bersama Bersatu hanyalah
didasari oleh keinginan Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin untuk kekal berkuasa,
atas apa cara sekalipun," katanya lagi.
Sehubungan
itu, Shamsul menasihatkan Ismail Sabri agar mengadakan musyawarah krisis
bersama Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan
parti
Katanya,
Ismail perlu membincangkan agenda bagaimana untuk melawan ketidakrelevanan Umno
yang didalangi Bersatu dan Muhyiddin supaya tidak ditolak rakyat dalam Pilihan
Raya Umum ke 15 kelak.