PELAWA GUNA LAMBANG DACING

 




Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin agresif memperkukuhkan saf pembangkang apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka ruang kepada parti-parti di bawah gabungan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) untuk bertanding menggunakan lambang PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang. 


Langkah itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa PN mahu membina blok pembangkang yang lebih besar dan tersusun dalam usaha mencabar dominasi kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.


Muhyiddin menegaskan tiada halangan untuk parti-parti seperti Pejuang, Berjasa, Putra, Muda dan beberapa parti lain bekerjasama di bawah payung PN, malah rundingan kerusi boleh dilakukan melalui jawatankuasa khas gabungan tersebut. 


Perkembangan ini memberi gambaran bahawa Bersatu sedang berusaha mengumpulkan semula kekuatan politik Melayu-Islam serta parti-parti pembangkang lain dalam satu barisan yang lebih tersusun selepas berdepan pelbagai cabaran dalaman sejak kebelakangan ini.


Dalam masa sama, kenyataan itu turut mengundang perhatian apabila muncul di tengah-tengah spekulasi hubungan yang semakin tegang antara Bersatu dan PAS. 


Walaupun persoalan mengenai kedudukan PAS dalam IPR terus menjadi tanda tanya, Muhyiddin tetap tampil dengan mesej perpaduan dan keterbukaan bagi memastikan agenda pembangkang tidak terjejas. 


Ramai pemerhati politik melihat langkah ini sebagai percaturan awal untuk membentuk jajaran politik baharu yang lebih luas menjelang PRU16.


Lebih menarik, Muhyiddin bukan sekadar membawa mesej penyatuan politik, malah mengetengahkan agenda pembangunan jangka panjang untuk Melaka yang merangkumi aspek pekerjaan, pendidikan, pelancongan dan latihan kemahiran belia. 


Dengan tempoh DUN Melaka yang semakin menghampiri penghujung penggal, langkah mengumpulkan lebih banyak parti di bawah payung PN dilihat sebagai strategi besar untuk memperkukuhkan blok pembangkang. 


Ia sekali gus memberi isyarat bahawa PN mahu tampil sebagai gabungan yang lebih tersusun, lebih inklusif dan lebih bersedia menghadapi cabaran politik menjelang PRN Melaka serta PRU16.




MASIH BEKERJA DEMI RAKYAT


Jason


 Waktu Kita Sedang Berehat, Ada Insan Yang Masih Memikirkan Nasib Dan Masa Depan Kita. 






Pernah tak kita terfikir, macam mana agaknya rutin seorang pemimpin yang memikul beban dan harapan 33 juta rakyat Malaysia di bahunya? 


Setiap hari, kita berdepan dengan realiti kehidupan. Kos barang di pasar, bil-bil yang perlu dibayar, dan kerisauan tentang masa depan pekerjaan anak-anak kita. Semua keluhan ini nyata, dan percayalah, ia tidak pernah dipandang sepi. Kadang-kadang kita rasa penat bergelut dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, mengharapkan ada 'perisai' yang melindungi keluarga kita. 


Lihat gambar ini. Di atas awan, di kala mungkin orang lain sedang tidur atau menonton filem, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tunduk menyemak berhelai-helai dokumen. Beliau ke luar negara bukan untuk makan angin, tetapi untuk membawa misi besar, memancing pelabur berbilion ringgit masuk ke Malaysia. Kenapa? Supaya peluang pekerjaan bernilai tinggi tercipta untuk anak-anak kita, ekonomi kita kembali stabil, dan nilai Ringgit kita kembali kukuh.


Kerajaan hari ini sedang bekerja tanpa henti siang dan malam. Dasar-dasar ekonomi sedang diperbetulkan dari asasnya, walaupun ia menuntut pengorbanan masa dan tenaga yang luar biasa daripada kepimpinan negara.


Perjalanan membina semula Malaysia ini tidak mudah dan memerlukan masa. Tetapi dengan kestabilan politik yang kita kecapi hari ini, kita sudah berada di landasan yang tepat. Mari kita terus bersatu hati, buang sentimen yang memecahbelahkan, dan sokong usaha berterusan ini. Masa depan yang lebih baik sedang dibina, untuk kita semua.


#malaysiamadani #anwaribrahim #keadilanuntuksemua



GORILLA NI.. DIA SEKOLAH TAK TINGGI.. TAK SAMPAI AKAL DIA PADA KEBENARAN.. SEBAB KAKI FITNAH


 

TU DIA AIHH


 

TAK SUKA JANGAN FITNAH


 

NOHHH HAIH... SANUSI BUAT UMAH


 

KENYATAAN PUN TAK CERDIK. BAGI JADI KERAJAAN PANGGINH WAYANG PUN BOLEH TUTUP.

 

Man Toba


Ahmad Fadhli Shaari  tulis, jika nak tahu kenapa tayangan dihentikan kena tukar kerajaan..


Padahal jumlah kutipan amat rendah. Tak perlu tunggu lepas pru pun Fadhli oi.






AWAT TAK CERITA BAGI JELAS...




 Aku nak tanya, selama ni lulusan tahfiz sekolah yang dikelola 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗻𝗶𝗸 boleh masuk IPTA ke? Yang lulusan sekolah pondok bukan kerajaan dapat masuk IPTA ke?





Golongan pelajar terpinggir inilah, yang PAS masa jadi kerajaan pun tak pandang, yang MADANI berikan peluang sekarang ni. Bodoh sikit-sikit cukup la.


Ini bodoh lagi membodohkan. Tambah dengan fitnah pulak lagi. Masa dia tak nak buat. Bila orang lain buat dia pusing cerita. Apa jenis orang la ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



JANGAM GUNA AGAMA.

 


TU SEBAB KENA@Ada sebab kenapa parti politik di sebelah dunia yang lain tak nak guna nama 'Parti Islam'... sebab perlakuan ahli politik parti Islam kerap kali memburukkan imej Islam tu sendiri....






Salam Jumaat penuh Baraqah Semua


Saya Dr Haji Muhammad bin Hj Zolkifli merupakan pemilik kepada bangunan ini. 


Ini Merupakan Bangunan yang disewa oleh Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian. Sebuah Parti Politik ISLAM *kononnya*. Bagi saya hanyalah parti yang mencemarkan kesucian nama ISLAM. 


Sejak saya pulang dari Madinah dan even sebelum sy ke Madinah dulu pun saya banyak kali mengalah dengan penyewa ini akibat tawar menawar menggunakan perjuangan ISLAM sebgai MODAL. 


bersama ini sy kepilkan juga surat-surat bahawa sewaaan telah ditamatkan beberapa kali akibat keingkaran penyewa melaksanakan tugas dan tanggunjawab sebagai pemyewa sehingga menyebabkan saya menghadapi kesukaran dan kerugian.


saman pemula akan dibuka pada minggu hadapan.



𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗢𝗨𝗡𝗗 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜: 𝗧𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧, 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞 𝗩𝗘𝗧𝗢 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥



HMAD MURSI



1.  BERSATU bengang apabila Haji Hadi membuat tuduhan terbuka di media. Maka semalam BERSATU juga terpaksa menjawab melalui media.


2.  PAS selalu mengajar bahawa Islam menuntut musyawarah. Tetapi perangai Haji Hadi sendiri pelik: tidak hadir mesyuarat, kemudian menghentam dari luar dan cuba memveto keputusan secara terbuka.


3.  BERSATU kata mereka sudah beberapa kali cuba berhubung untuk mendapatkan pendirian PAS, tetapi PAS tidak memberi maklum balas jelas. Kemudian, PAS pula menuduh BERSATU bergerak sendiri.


4.  Dalam isu Perlis, Raja Perlis telah memanggil Haji Hadi dan Muhyiddin menghadap. Muhyiddin boleh hadir, tetapi Haji Hadi pula tidak dapat hadir.


5.  Setakat ini, serangan Haji Hadi masih berkisar tindakan politik BERSATU. Saya yakin, tidak lama lagi kita akan melihat serangan berbentuk hukum agama, dalil dan sirah pula untuk menggambarkan betapa “tidak Islamnya” BERSATU.


6.  Kerana bagi PAS, dalil agama sentiasa memihak kepada PAS dan bertentangan dengan musuh PAS.


7.  Pola ini berlaku dalam hampir semua pakatan politik PAS di bawah Haji Hadi, sama ada dengan PKR, UMNO, DAP dan lain-lain.


8.  Muhyiddin mungkin perlu merangkak ke rumah Haji Hadi di Rusila untuk merayu kepadanya, serta melayan dia seperti Ayatollah, kerana itulah pattern sebelum ini.


9.  Itu pun belum tentu Muhyiddin akan dilayan dengan baik. Mungkin juga diherdik seperti PMX dahulu semasa era Pakatan Rakyat.


10.  Dalam huru-hara ini, kelibat Samsuri sebagai Pengerusi PN langsung tidak nampak kerana dia hanya posmen Haji Hadi. Adanya seperti tiada.




KALAU OTAK WALAUN... TAK LEH PIKIR JAUH DAH.





 Semua perkara yang berlaku dalam negara, tidak lengkap jika tidak dikaitkan dengan perkauman 


Ajaran sebeginilah yang boleh memusnahkan keharmonian masyarakat, bukan kerana Dap.




KEH KEH KWH... RAGU RAGU..

 


Che Ibrahim



Maknanya kamu pun ragu ragu tentang sah atau tidak sembelihan tersebut atau sah atau tidak qurban tersebut. 




Kesimpulan ambo:


1. Perbuatan tembak itu satu tindakan tidak wajar dan menyalahi Akta Senjatapi. 

2. Jika lembu yang ditembak itu diyakini mati kerana disembelih, maka dagingnya halal dimakan. Jika diragui samada matinya kerana sembelih atau kerana kena tembak, maka tinggalkan apa yang meragukan, berpeganglah kepada apa yang diyakini. 

3. Adapun soal qurban, terserah kepada empunya qurban, adakah ianya sempat diniatkan qurban sebelum lembu itu mati.





APA CERITA NYA...

 


Pagi tadi bersarapan bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Banglo 289, Jalan Raja Chulan. 








Dalam suasana santai, kami bertukar pandangan mengenai pelbagai perkembangan semasa yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.


Sempat juga beramah mesra dengan para pengunjung lain.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#YakinMADANI




HANCUR... CUTI 4 HARI NI KERETA SAMPAI JAMM DSRI IPOB KE PENANG. HOTEL JUGA PENUH DI PENANG.... TAK DSK DUIT LA TU.

 




Jason Yew


Ada Yang Cakap Ekonomi Kita Hancur. Tapi Data Dunia Tunjuk Cerita Yang Sangat Berbeza.



Kita nampak berita ekonomi global yang suram setiap hari dan rasa tertekan itu sangat difahami. Siapa yang tidak risau dan penat secara emosi bila memikirkan kelangsungan hidup keluarga dalam zaman yang serba mencabar ini?


Tetapi, jika kita ambil langkah ke belakang sedikit dan melihat gambaran yang lebih besar, ada satu hakikat yang patut memberi kita kelegaan. Sedarkah anda, ketika mata wang negara gergasi dan jiran kita sedang terhempas, Jepun merudum -10.5%, Korea Selatan jatuh -9%, dan Indonesia menyusut -8.9%, Ringgit Malaysia sebenarnya mencatatkan pertumbuhan paling kukuh di Asia dengan peningkatan +6.7% berbanding Dolar AS sepanjang tahun lalu. 


Ini bukan nasib semata-mata. Ini adalah hasil perancangan senyap dan teliti oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Kerajaan MADANI yang bertungkus-lumus memulihkan keyakinan pelabur, menghentikan ketirisan, dan memacu dasar ekonomi yang pragmatik. Kestabilan politik yang wujud kini berfungsi sebagai benteng pertahanan yang melindungi negara kita daripada ditarik jatuh bersama arus kemelesetan global.  


Kestabilan dan pemulihan ini tidak datang bergolek; ia memerlukan masa, kesabaran, dan kepimpinan yang fokus untuk membina, bukan meruntuhkan. Usaha menyelamatkan ekonomi negara sedang membuahkan hasil untuk kita semua. Mari kita terus berikan sokongan kepada usaha Kerajaan demi mengekalkan kestabilan ini, agar masa depan ekonomi keluarga kita dan generasi akan datang terus terpelihara.


#ringgitmalaysia #malaysiamadani #anwaribrahim #anwaribrahim




PATUT KELANTAN MAJU.. AIR KOPI AUTO MASUK RUMAH.

 

Che Ibrahim



Jika Pas diberi kuasa memerintah, ambo yakin Pas mampu menjadikan ibukota Kuala Lumpur setaraf dengan Qom di Iran atau Tharim di Yaman, kalau pun tidak setaraf dengan Mekah dan Madinah. 



Tengok di Kelantan, Pas telah berjaya menaiktaraf kawasan sekitar Stadium Sultan Muhammad ke IV dari sebuah kampung (Qaryah Ramadan) kepada satu Bandaraya Ramadan ( Madinah Ramadan).



PILIHANRAYA HARUS DIADAKAN SERENTAK SWLURUH NEGARA BILA TIBA WAKTUNYA.




 PRN PERLU DIADAKAN DI PERLIS LEBIH DULU


31 Mei 2026


Selama ini kita merasakan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan  mungkin akan dilangsungkan PRN dalam waktu terdekat ini.


PRN dirancang untuk diadakan di Johor kerana tempoh lima tahun sejak pilihan raya terdahulu pada Mac 2022 sudah hampir tamat dan BN mahu mencipta momentum kemenangan sebelum PRU16 diadakan.


Oleh kerana potensi mengekalkan kemenangan dua pertiga di Johor lebih cerah berbanding Melaka, sebab itulah negeri paling Selatan itu dipilih untuk diadakan PRN terlebih dahulu.


PRN Melaka sebelum ini diadakan pada  November 2021, lebih dulu berbanding PRN Johor dan tempoh matang lima tahunnya juga berakhir sebelum ketibaan tahun baru 2027.


Tetapi, sebaimana disebut di atas bahawa oleh kerana BN lebih mudah menang di Johor, maka BN merancang PRN di Melaka harus dikemudiankan.


Apa pun, BN tetap merancang membubarkan kedua-dua DUN itu pada tahun ini.


Di Negeri Sembilan pula, berikutan krisis Undang dengan Kerajaan Negeri dan diikuti dengan 14 Adun UMNO menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun, ia paling mungkin diselesaikan dengan DUN dibubarkan dan PRN perlu diadakan.


Sidang DUN Negeri Sembilan telah dirasmikan pembukaannya pada 23 April lalu, tetapi ia kemudian ditangguhkan berikutan kebimbangan usul undi tidak percaya akan dibentangkan.


Aminuddin ada tempoh enam bulan iaitu sehingga 24 Oktober untuk mengadakan sidang DUN Negeri Sembilan, jika tidak Dewan akan terbubar secara automatik.


Berikutan belum nampak ada jalan penyelesaian dengan 14 Adun UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula menyarankan agar diadakan PRN sebagai jalan menyelesaikan kebuntuan, besar kemungkinan DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan sebelum Oktober ini.


Berdasarkan senario di atas, PRN di tiga negeri berkenaan hampir tidak dapat dielakkan lagi.


Begitu pun, di sela-sela penantian pilihan raya di tiga negeri berkenaan, insiden menembak lembu korban melibatkan Menteri Besar Perlis, disertai dengan kedudukannya yang sedia tiada majoriti, ia juga memerlukan penyelesaian melalui PRN di negeri tersebut.


Meskipun ada nas yang membenarkan haiwan korban ditembak, tetapi ramai mempersoalkan kewajaran ia dilakukan, tambahan lagi tidak ternampak lembu itu bertindak liar sehingga membahayakan nyawa manusia.


Ada juga yabg sinis berkata, sebelum ini bila ada program korban, yang selalu dipesan untuk dibawa ialah parang, tetapi kenapa ada yang bawa senapang?


Abu Bakar Hamzah menjadi Menteri Besar Perlis melalui tindakan tebuk atap, tetapi berikutan tiga Adun PAS bukan lagi bergelar Adun, PAS kini masih mempunyai enam Adun, sementara Bersatu hanya ada lima Adun.


Dengan itu, jika PAS mengemukakan usul undi tidak percaya, Abu Bakar hampir pasti akan jatuh tergolek.


Sidang DUN Perlis sudah ditetapkan pada 3 hingga 5 Jun ini dan Menteri Besar telah menegaskan bahawa beliau akan segera membubarkan DUN jika ada usul undi tidak percaya dikemukakan kepadanya.


Sehingga ini ada khabar pasti sama ada PAS akan mengusulkan usul tidak percaya atau tidak, tetapi berdasarkan kejadian tembak lembu korban baru-baru ini, selain hubungan dengan Bersatu makin keruh, PAS semacam ada tanggungjawab moral untuk memulihkan keyakinan awam dan mengambil semula haknya dengan memulangkan kepada rakyat siapa lebih berhak menerajui kerajaan negeri.


Yang perlu juga difikirkan, jika PAS jadi Menteri Besar, kejadian tembak lembu korban hampir pasti tidak berlaku. - ShahbudinHusin 31Mei2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1298753975581052&id=100063393840098





CUBA MU KORBAN GAJI MU SEBULAN UNTUK RAKYAT. SEMBANG NGUTUK ORANG JA PANDAI. KIOK.


Che Ibrahim



 Gaji dan elaun hampir rm30,000 sebulan pun masih meminta minta untuk berkorban kepada Allah, apalagi nak berkorban kepada rakyat.



Cuba YB korbankan sebulan gaji setiap tahun untuk membeli lembu untuk disumbangkan di Pasir Mas.



Dibawah adalah penjelasan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Kerian;





Merujuk kepada hantaran facebook Dr Muhammad yang dimuat naik di laman muka buku beliau pada pagi ini, pihak kami dengan ini menjelaskan sebagaimana berikut:


1. Perjanjian sewa bertarikh 1 September 2025 ditandatangani antara Dr Hj Muhammad (pemilik premis yang baharu) dan Penyewa untuk penyewaan premis selama satu tahun bermula 1 September 2025 sehingga 31 Ogos 2026. Manakala notis penamatan bertarikh 25 April 2026 dikeluarkan atas kepala surat Srikota Properties Sdn Bhd.


2. Dr Muhammad Hj Zulkifli secara tidak benar dan mala fide telah memuat naik hantaran mengatakan penamatan sewa melalui notis bertarikh 25 April 2026 berkuatkuasa 30 April 2026. Lima hari notis penamatan ini adalah bertentangan dengan klausa perjanjian sewa yang mensyaratkan notis dua bulan.


3. Dr Muhamad Hj Zulkifli juga telah menerima deposit sebanyak RM8700 (deposit sewa dan utiliti secara serahan hak daripada pemilik asal bangunan) dan pihak penyewa melalui peguamnya telah menuntut pemulangan deposit atas alasan penamatan awal. Namun sehingga ke hari ini deposit TIDAK DIKEMBALIKAN.


Jumlah DEPOSIT SEWA berjumlah RM8,700.00 manakala bayaran sewa bulanan hanyalah berjumlah RM2,200. Penyewa telah membuat bayaran sewa bagi bulan April 2026 pada 12 April 2026. Bayaran sewa bulan Mei ditangguhkan memandangkan pihak tuanpunya tidak memberi respon berkenaan pemulangan deposit kepada penyewa. Dr Muhammad BOLEH memotong deposit RM8,500 sebagai pembayaran sewa bulan Mei 2026 berdasarkan klausa 4(e) Perjanjian Sewa tanpa perlu halangan daripada pihak kami.


4. Dr Muhammad Hj Zulkifli juga telah menghubungi peguam penyewa pada jam 5.59 pagi 10 Zulhijjah 1447, pagi hari raya Aidil Adha untuk berbincang berkenaan penamatan sewa. Walaupun telah diminta secara baik untuk menangguhkan perbincangan bagi menghormati kemuliaan hari raya korban, beliau masih tetap menghubungi peguam penyewa pada jam 11.59 malam hari Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447. Sangat tidak rasional dan waras pada waktu hari yang mulia untuk mendahulukan urusan perbincangan penamatan sewa yang hanya berjumlah RM2,200 pada hari kemenangan bagi seluruh umat Islam.


5. Bagi pihak Pusat Khidmat Parlimen Kubang Kerian, kami menyeru Dr Haji Muhammad bin Zulkifli agar tenang dalam isu ini. Begitu juga para netizen, kami ingin mengajak agar kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ismail kepada ayahandaNya Nabi Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah SWT. Pusat Khidmat Parlimen Kubang Kerian sentiasa komited menjunjung janji menyempurnakan tanggung jawab membayar sewa dan begitu juga kami mengharapkan pemulangan bayaran deposit sewa kami.





FILEM KONSPIRASI ANTARA REALITI INDUSTRI FILEM DAN ANDAIAN POLITIK










Filem bermula dengan banyak skrin, kemudian tinggal sedikit. Kutipan tak capai sasaran. Penerbit sendiri sebut faktor komersial dan pemasaran. Tapi seperti biasa… bila pasaran tak menyebelahi naratif, mesti ada “tangan ghaib”, “tekanan politik” atau “konspirasi besar”...tiba-tiba muncul teori “dizalimi”, “disabotaj”, atau “ditekan pihak tertentu”.


Berdasarkan maklumat yang dilaporkan, keputusan menarik filem Konspirasi oleh penerbit dikatakan dibuat atas pertimbangan komersial, bukan kerana arahan atau tekanan mana-mana pihak.


Filem tersebut bermula dengan jumlah tayangan sekitar 120 skrin, namun menurun kepada sekitar 27 skrin dalam tempoh seminggu, dengan kutipan yang dilaporkan sekitar RM500,000. Di Singapura pula, jumlah skrin juga dilaporkan kecil.


Dalam industri filem, keadaan seperti ini bukan luar biasa. Pengurangan skrin biasanya berlaku apabila

kadar tontonan rendah, permintaan penonton tidak konsisten dan pawagam menukar slot kepada filem lebih laris


Oleh itu, keputusan menghentikan tayangan lebih awal sering dibuat sebagai langkah perniagaan untuk mengelakkan kerugian lanjut, bukan semestinya isu campur tangan luar.


Dakwaan bahawa filem ditarik atas arahan pihak tertentu tidak disokong oleh maklumat yang tersedia dalam laporan ini.


Dalam isu seperti ini, penting untuk bezakan antara fakta industri (sambutan & kutipan) dan andaian politik (tekanan atau sabotaj). 


Jika prestasi sesebuah filem tidak mencapai jangkaan pasaran, faktor yang lazim ialah pemasaran & promosi, minat penonton, persaingan tayangan dan strategi pengedaran. Bukan semua kegagalan komersial mempunyai elemen campur tangan politik atau tekanan pihak luar.


Kesimpulan


Dalam industri kreatif, keputusan penerbit biasanya berasaskan kos, pulangan dan data penonton, bukan sentimen politik. 


Oleh itu, ianya dilihat sebagai isu sambutan pasaran dan strategi pemasaran filem, bukan isu tekanan atau arahan politik tanpa bukti kukuh. Dalam industri filem, angka penonton lebih menentukan nasib tayangan daripada naratif politik.