PETANDA IQ RENDAH


 

KASTAM PULA KALI NI

 

Zus Din 



Pertama kali dlm sejarah. Kerajaan MADANI bertegas mendakwa pegawai-pegawai Kastam yg merugikan cukai RM2b. KERA jaan PNyakau Nasional hado?


https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/05/23/leakage-of-rm2b-tax-revenue-at-klia-cargo-section-23-customs-dept-officers-personnel-will-be-charged-says-macc/136103


Tindakan boikot di antara ilmu dan emosi


Abu Mishkat


Khutbah Jumaat di negeri Perak dikeluarkan berdasarkan asas ilmu dan pertimbangan maslahah rakyat Malaysia yang mencari rezeki di syarikat-syarikat yang dikempen boikot. Mereka adalah pekerja yang bekerja untuk menyara diri dan keluarga. 


Kesan positif langsung bagi umat Islam dalam membela saudara yang tertindas di Timur Tengah seperti pemberhentian serangan oleh tentera kejam itu hampir tiada. 


Sebaliknya kesan negatif langsung kepada syarikat-syarikat yang memberi peluang pekerjaan kepada pekerja rakyat Malaysia secara khusus dan ekonomi negara secara umum adalah jelas. 


Hadis sahih yang dijadikan kaedah fiqhiyyah: لا ضرر ولا ضرار (Tidak -diizinkan dalam agama- mudarat dan tindakan memudaratkan) 


Khutbah disampaikan untuk memberi kesedaran agar tindakan memudaratkan orang lain dihentikan, kerana ia bercanggah dengan ajaran agama. 


Kerugian syarikat yang diboikot memudaratkan puluhan ribu orang pekerja negara ini secara langsung. Sedangkan negara kejam itu tidak menanggung akibat yang signifikan. 


Jalan yang terbaik ialah kempen supaya para pekerja di syarikat terbabit bekerja bersungguh-sungguh dan menyumbang untuk organisasi yang membantu umat Islam yang tertindas - sebagai imbalan jika mereka dianggap berdosa kerana bekerja dengan syarikat yang induknya memberi sumbangan kepada negara yang menyokong negara kejam itu. 


Tindakan beremosi kempen boikot semberono hanya memudaratkan banyak pihak dalam negara ini sendiri. 


Kempen yang keterlaluan pula menyebabkan tindakan ganas dan zalim ke atas pihak yang tidak bersalah, sedangkan al-Quran menegaskan sebanyak lima kali ayat : لا تزر وازرة وزر أخرى  (Tiada suatu jiwa pun menanggung dosa orang lain). 


Pernah terjadi seorang ibu mengandung dibaling batu hingga cedera oleh seorang murid sekolah menengah agama di Terengganu kerana wanita itu dilihat berjalan menuju restoran makanan segera yang dikempen boikot. Beberapa kedai serbaneka pula cuba diletupkan dengan bom molotov atau dibakar akibat kebencian yang terhasil oleh kempen boikot. 


Oleh kerana kempen bokot itu telah menghasilkan tindakan-tindakan ganas luar kawalan berdasarkan emosi, maka sangat wajar mimbar Jumaat memberi peringatan agar umat Islam kembali ke jalan sederhana berdasarkan pertimbangan ilmu. 


Sesiapa yang tidak mahu membelanjakan wangnya kepada syarikat atau kedai berkaitan, itu adalah haknya. Tetapi kempen boikot secara semberono tidak harus diteruskan kerana terbukti ia membawa mudarat langsung kepada keharmonian dan perekonomian rakyat Malaysia sendiri. 


Allahu a'lam.



2. KES SANUSI BATAL KES MAHKAMAH DITOLAK..


 

KASTAM DALAM RADAR SPRM...


 

HA IS LA BERSATU...CHIAK BE LIOW


 

TOK GURU HANGPA MAI IKUT MANA ? SAPA BAGI DIA GELARAN TOK GURU.


 

ISU MAHB...


 

Zaman PN - Bersih dan Stabil. Ahaks.




Zainuddin Omar


Notis tak semasa zaman PN, semua kementerian penting dipegang oleh MP Bersatu dan PAS pegang Kementerian picisan? 


**************

Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM350,000.

Ia bagi  membantu sebuah syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia didakwa menerima suapan wang tunai RM350,000 daripada Wan Azhar  Mohamed Yusof selaku Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian Dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk polis PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, di Solaris Dutamas di sini, pada 4 petang, 4 Dis 2020 dan 3.30 petang, 16 Dis 2020.

ADS

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong memohon tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan terutama Wan Azhar sehingga kes selesai.

“Dia akan didakwa di Mahkamah Shah Alam (atas tuduhan lain) esok, oleh itu risiko untuk melarikan diri masih wujud,” katanya dan menambah kesalahan yang dilakukan adalah berat dan serius.

ADS

Peguam Md Yunus Shariff mewakili Sayed Amir Muzzakkir memohon anak guamnya diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan dia bersetuju untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM sehingga kes selesai.

“Jaminan bertujuan memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan tiada potensi untuk tertuduh melarikan diri memandangkan hartanya juga disita SPRM. Anak guam saya juga telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan SPRM sejak Januari lepas,” katanya.

Azura yang menetapkan sebutan kes 12 Julai ini membenarkan Sayed Amir Muzzakkir diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap bulan sehingga kes selesai.

Sayed Amir Muzzakkir juga tidak dibenarkan berhubung, berjumpa atau mengganggu mana-mana saksi terutama Wan Azhar sama ada secara fizikal atau mana-mana medium.

- Bernama



PERBEZAAN PENDAPATAN.

 

Siraj Fahmi




Terjumpa gambar ni di platform sebelah. Ada orang summary kan data income level untuk kategori M40 ke atas.


As expected, yang mahakaya T1 di Klang Valley  tu jauh betul gap dari yang lain. Memang dalam dunia mereka tersendiri.


Tapi yang lebih menarik perhatian adalah bila tengok yang sebenarnya T20, even some T10 ni lagi dekat dengan M40 berbanding dengan T1.


Maybe dah boleh re-classify yang T20 tu masukkan sekali dalam bracket M40 untuk future subsidy rationalisation


Credit to Thevesh (X) for original data & picture



MAK DATIN MINAT


Zainuddin Omar




 Saya tak kenal Haidar Hasanudin ini tapi agaknya Mak Datin minta dia jadi personal shopper kot. 


Hari-hari makan berita Man City, Man United, LFC dan Arsenal pun boring juga, kita masukkan cerita sensasi kesukaan rakyat Malaysia. 


Ahaks Aloha. 


*************

Pelakon Haidar Hasanudin tidak mudah gelap mata dengan kemewahan ditabur seorang wanita berstatus mak datin.


Kata Haidar, bermula dari hanya sebagai peminat, mak datin itu semakin berani menawarkan RM50,000 serta ingin menghadiahkan sebuah kereta sekiranya dia sudi menjadi ‘teman rapatnya’.


“Semuanya bermula ketika saya membawakan watak 'anak ikan' bernama Arjuna dalam drama bersiri Layang Layang Perkahwinan. 


“Ketika drama itu ditayangkan, dia ikut saya di Instagram dan hantar mesej langsung (DM).


“Pada awalnya, dia sering beri komen fasal drama, lama-kelamaan, keadaan bertambah pelik apabila dia mula bercakap soal peribadi dan saya terkejut sebaik ditawarkan kemewahan,” katanya.


Bagaimanapun, Haidar, 35, enggan termakan godaan tersebut sebaliknya dia tekad untuk mencipta nama dalam karier lakonan melalui hasil titik peluh sendiri.


Justeru pelakon I Love You Stupid (ILYS) itu enggan berhenti dari bidang yang diceburi semata-mata hanya kesenangan yang diperolehi dalam sekelip mata.


“Kalau nak kesenangan, mungkin saya dah terima tapi saya tidak mahu apa yang saya usahakan selama ini tidak berhasil.


“Saya mula dikenali sebagai pelakon dengan bermula dari bawah, kalau saya berhenti kerana wang atau kemewahan, sia-sia sajalah segala susah payah saya selama ini. 


“Penyebab utama saya berlakon adalah minat, bukannya wang,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri terbaru Astro Ria, Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur semalam.


Mengulas lanjut mengenai tawaran Mak Datin itu, Haidar berkata, dia memilih pendekatan selamat demi memelihara periuk nasinya.


“Saya tidak melayan mesej yang sering diberikan kerana bimbang ia akan melarat,” katanya.


Mengulas pembabitannya dalam drama bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi - yang bersiaran di Slot Megadrama Astro Ria bermula 27 Mei ini - Haidar berkata, dia membawakan watak sebagai Cikgu Safuan.


Katanya, watak itu merupakan pengalaman pertama dia membawa watak sebagai guru. 


“Saya bersyukur dapat bergandingan dengan nama-nama popular seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Ozlynn, Nina Juren, Arash Mohd dan ramai lagi.


“Berlakon di bawah arahan Hadith Omar beri saya pengalaman baru dan saya berdebar menantikan reaksi peminat memandangkan drama itu adalah adaptasi novel. 


“Saya juga berharap drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat,” katanya



JIKA SYARAT PERTANDINGAN TAK DILONGGARKAN, BERSATU AUTOMATIK TIADA LAGI MASA DEPAN


Menjelang pemilihan Bersatu yang dijangka berlangsung pada September depan, keperluan melonggarkan syarat pertandingan semakin menjadi perhatian dan rancak diperkatakan.


Mengikut peraturan semasa, hanya mereka yang memegang jawatan Ketua Bahagian atau dalam MPT selama dua penggal lengkap saja yang layak bertanding jawatan Top 5 – Presiden, Timbalan Presiden dan tiga kerusi Naib Presiden.


Dengan peraturan tersebut, sementara Mahiaddin Md Yasin hampir pasti tidak dicabar, ia juga menyebabkan hanya bekas menteri, Mohd Redzuan Md Yusof atau Pak Wan yang dilihat berpotensi untuk mencabar Ahmad Faizal Azumu atau Peja bagi jawatan Timbalan Presiden.


Tetapi, kedua-dua pemimpin berkenaan, selain kalah pada PRU15 lalu, mereka juga tiada aura untuk membawa Bersatu ke tahap yang lebih meyakinkan.


Dua tokoh penting dalam Bersatu yang diperkatakan ramai ada potensi, Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali tidak layak bertanding sebarang jawatan kerana tidak memenuhi syarat menjadi Ketua Bahagian atau berada dalam MPT selama dua penggal dengan lengkap.


Dengan itu, banyak pihak dalam Bersatu merasakan, jika syarat pertandingan tidak dilonggarkan, parti akan kehilangan masa depan dalam menghadapi PRU16 akan datang, terutama jika selepas ini Mahiaddin didapati bersalah atas kes mahkamah yang sedang dihadapinya.


Kalau pun Mahiaddin tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah sebelum PRU akan datang, gandingan beliau dengan Peja atau Pak Wan tetap dilihat hambar di mata banyak pihak dan lebih memungkinkan Bersatu dan PN terus kekal sebagai pembangkang.


Dengan demikian, mendepani PRU akan datang, mahu tidak mahu, Bersatu perlu merangkumkan semua watak penting dalam parti itu untuk berada dalam kepimpinan utama agar rakyat melihat ada harapan untuk mereka berteduh di bawah parti itu.


Sebab itu, Bersatu perlu melonggarkan syarat pertandingan, di mana dalam hal ini MPT parti berdasarkan Perkara 14.14 diberi kuasa untuk melonggarkan peraturan semasa yang terpakai sekarang – supaya akhirnya sesiapa saja pemimpin bebas untuk menawarkan diri bertanding sebarang jawatan.


Sebagai parti baru yang hanya didaftarkan sebelum PRU14 lalu, syarat mesti menjadi Ketua Bahagian atau berada dalam MPT selama dua penggal lengkap baru layak bertanding jawatan Top 5 adalah sama sekali tidak relevan dan boleh dianggap mengarut.


Lainlah jika parti sudah berusia berpuluh tahun dan telah melalui lima enam kali pemilihan, masuk akal jugalah syarat tersebut diguna pakai.


Lagi pula, Bersatu adalah pembangkang – tiada parti pembangkang di dunia ini meletakkan syarat ketat untuk ahlinya bertanding sebarang jawatan dalam keadaan tiada kuasa apa-apa dalam genggaman.


Adakah Bersatu mahu mencipta sejarah sebagai satu-satunya parti pembangkang di dunia ini yang takut dengan proses pertandingan secara terbuka dan demokrasi?


Kalau parti sedang menguasai kerajaan dan bagi tujuan mengelakkan perpecahan, munasabah jugalah jika diketatkan syarat pertandingan agar perpaduan tidak mudah digoyahkan oleh unsur-unsur luaran yang mahu mengkucar-kacirkan kerajaan.


Tetapi, sebagai pembangkang, Bersatu perlu menunjukkan ia terbuka, lebih menarik untuk disertai dan ada kemeriahan dalam pertandingan, sesuai dengan cita-cita mahu mengambil alih kerajaan.


Dengan itu, membuka seluas-luasnya syarat pertandingan merupakan satu keperluan yang mampu membawa lebih kebaikan.


Apa guna parti jadi lesu dengan syarat pertandingan yang ketat dan akhirnya kekal tersadai sebagai pembangkang untuk tempoh yang lebih lama.


Di samping itu, dalam pemilihan tiga tahun lalu, Bersatu telah pun memberi kelonggaran kepada Ronald Kiandee untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan beliau telah menang jawatan tersebut bersama Radzi Jidin dan Mohd Rafiq Nazamohideen (sudah keluar parti)


Jika dalam pemilihan akan datang ini syarat itu tidak dilonggarkan, Ronald Kiandee juga tidak layak mempertahankan jawatannya.


Tak ke pelik jadinya?


Maka itu, biarlah syarat pertandingan kali ini dilonggarkan untuk semua dan sesiapa jua – Hamzah, Azmin dan lain-lain pemimpin yang berminat – bebas bertanding untuk apa saja jawatan – Presiden, Timbalan Presiden atau Naib Presiden pada pemilihan September nanti. – ShahbudinHusin 24Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/24/jika-syarat-pertandingan-tak-dilonggarkan-bersatu-akan-kehilangan-masa-depan.html



PMX LAKUKAN RENTAS KEPENTINGAN POLITIK DIRI


Dr Maza. 


 Apa yang dilakukan oleh PM Malaysia ini merentasi kepentingan politik dirinya. Satu pendirian terhormat yang gagal untuk diambil oleh pemimpin-pemimpin muslim yang lain. Semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada beliau dan mengukuhkan langkah-langkah beliau.




10 TAHUN PECAH LOBANG BARU MENYUNGKOQ...


TU DIA PUNYA MUSIBAT PUAK PUAK LEBAI NI. 




ISU SEMASA YANG PERLU KITA AMBIL TAHU

 


Ya, lama GM tak menulis. Banyak kerja yg melibatkan pengstrukturan dan ambil kembali mana yg telah tergadai ketika banyak PM terdahulu.  


Isu Blackrock, itu baru satu agensi pengurus aset. Ada beberapa lg yg lain seperti Vanguard, State Street, Fidelity, Alliance dll... Blackrock / Vanguard/ State Street ini adalah pemain pengurus aset terbesar di US. Benda ini bukan baru, dah berpuluh tahun bertapak. Dan selama puluh tahun itu, puluh tahun jugalah pengurus aset ini telah lama masuk di Malaysia.


Sejak zaman Mahathir jadi PM era 80an - 90an lg dah berurusan dgn mereka. Apa kaitannya pula agensi pelobi Israel Apco Worldwide yg Najib bayar lebih RM70juta setiap tahun ketika Najib jadi PM dengan agensi pengurus dana aset sprt yg di sebut tadi ? 😉


Cuba teka, Bank Negara Malaysia yg di tubuhkan selepas 2 tahun Merdeka (26 Januari 1959) tu sapa punya...😊


Apapun, bagi yg nak tahu sedikit sebanyak berkenaan isu Blackrock, kalian buleh baca pendapat sdra Nik Hasyudeen . 👇


Apa kerja pengurus aset seperti Blackrock?


Bagus juga timbul isu Blackrock ni. Ianya memberi peluang untuk ramai orang belajar. Bila ada ilmu kita jadi pandai. Bila pandai, boleh membezakan di antara orang yang berjuang dengan orang yang mempertikai sepenuh masa.


Pengurus aset ini wujud di alam pelaburan. Mereka menguruskan dana orang lain yang diamanahkan kepada mereka di atas pelbagai sebab. Dana yang dikumpulkan dilaburkan berdasarkan mandat yang mereka pegang. Mereka mendapat upah mengurus dana-dana ini, biasanya berdasarkan peratusan dari dana yang diuruskan.


Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH) menerima dana disebabkan fungsi mereka. KWSP mengumpul dana secara paksa demi menjamin ahli-ahlinya ada dana persaraan. TH menerima dana yang diserahkan secara sukarela bagi tujuan menabung untuk mengerjakan haji.


Ada banyak pengurus aset swasta yang menerima pelaburan kerana mereka boleh menggandakan keuntungan orang-orang yang melabur melalui mereka. Mereka menawarkan unit amanah dan lain-lain skim pelaburan secara terbuka atau tertutup. Setiap skim pelaburan ada tujuan, risiko dan pulangan yang bersesuaian dengan selera pelabur-pelabur mereka.


Di pusat-pusat modal dunia seperi London dan New York, syarikat-syarikat pengurus aset ini besar-besar. Blackrock sahaja menguruskan $10.5 trilion, kalau ditukar kepada ringgit, dalam RM 49.35 trilion. Saya rasa kita tak pernah berjumpa pun dengan angka ni walaupun dalam mimpi. KWSP yang dianggap besar tu pun mengurus dana dalam RM 1 trilion sahaja.


Jika anda ada RM 49.35 trilion, adakah anda akan simpan dana berkenaan di bawah bantal? Tentunya tidak. Anda akan melabur di serata dunia di dalam pelbagai jenis industri. Lazimnya, syarikat pengurus aset global ini hanya ada satu akidah, buat duit. Mana ada halal haram dan sempadan yang tak boleh mereka masuk. Itulah sebabnya Blackrock ada di mana-mana.


Jika dana yang diuruskan itu RM 49.35 trilion, adakah ianya datang dari satu orang, satu bangsa atau satu jenis manusia sahaja? Tidak. Banyak manusia dan institusi lain yang menyumbangkan dana ini. Mereka pun walaupun berlainan bangsa, agama dan lain-lain lagi ada satu persamaan, nak untung. Jika pelaburan melalui pengurus aset seperti Blackrock ini tidak menguntungkan, tak kan ia dapat kumpul dana sebesar itu?


Di dalam muamalah, kaedah shariah yang terpakai ialah semuanya harus sehingga ada yang mendatangkan haram seperti riba, judi dan sebagainya. Ini kena di peringkat urusniaga, bukannya sifat orang yang berurusan dengan kita. Eloklah belajar kaedah shariah di dalam muamalah ni kerana kita sentiasa berurusan dengan pelbagai pihak. 


Apa yang saya kongsikan ini hanyalah maklumat berkenaan sifat pengurus aset seperti Blackrock. Jadi jika anda nak kata tak boleh berurusan dengan mereka, kenalah bawa hujah yang boleh diterima dari segi shariah. 


Di samping itu, kena juga pertimbangkan akibat dari pendekatan bahawa semua yang ada bau “musuh kita” kena dijauhi. Facebook, Whatsapp, Instagram dimiliki oleh tuan yang sama. Google dan Youtube pun sifatnya macam tu juga. Jangan pilih-pilih pihak untuk dilaqan berdasarkan nafsu kita sahaja. Kalau orang politik, saya tak pelik lah.


Oleh kerana kedudukan saya membolehkan saya meminta pandangan shariah di dalam bab berurusan dengan pelbagai pihak di dalam keadaan geopolitik yang kompleks, saya dah meminta pandangan ini. Tentunya orang shariah kena buat kajian mendalam berdasarkan pelbagai sumber dan rujukan. Ianya mungkin memakan masa. Mereka tidak sehebat netizen, hukum hakam boleh ditentukan sekelip mata sahaja dan sesiapa yang khilaf dengan ketetapan mereka terus kena kutuk.


Agama kita sebenarnya amat rasional, apa lagi di dalam bab muamalah. Jadi, saya kena cerita bab Blackrock dahulu. Yang bab hukum tu kena tunggu bila saya dapat maklumat dan setakat mana saya boleh kongsikan.


Kredit : Nik Hasyudeen



𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗡𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 : 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗣𝗨

 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗡𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 : 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗣𝗨.



SEBELUM ni saya dah tulis : 𝗞𝗘𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗚𝗜𝗡𝗚 : 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜-𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗕𝗡 "𝗛𝗔𝗡𝗗𝗟𝗘" Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid0bh83Avzp4VZ2YthYhqFfCrtzGda1YdC9oUc5tD23ZqcRURxftJZ1CdQhXTQ5ikUal


𝗞𝗣 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗡𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁. Mcm Hasan Karim Pasir Gudang juga. Dah lama kita bersabar tengok dia ENGGAN serang PA$ Parti BUNGA, PNyakau Nasional. Malah dok berpeluk dgn geng PNgkhianat  dari Parti BUNGA. Selama ni kita "refrain" dari serang dia, tapi dia semakin melampau. ANGKUH sombong.


Dengan keangkuhan si budak Akmal Salleh ni, kita dah TAK boleh berlapik lagi dah nak kritik PNgkhianat. Boh teruih je. Dia berani dok sindir, kutuk PMX, Menteri PH dan Kerajaan MADANI maka dia kena jadi anak jantan utk hadap kritikan dan kutukan penyokong PH.


Hgpa tak suka hgpa punya pasal, tapi kerjasama PHBN dan Kerajaan Perpaduan MADANI mesti dipertahankan berbanding seorg individu yg khianat tapi tarak TELOQ nak mengaku.


Tiada tempat dlm kerjasama ni bagi BUKAN TEAM PLAYER seperti Akmal Salleh dan Hasan Karim. Species yg mesti dijauhi kerana merosakkan kerjasama dan perpaduan.


-Zus Din 

25052024



JALAN TERUS PMX



Ana Tahu

 Perutusan negara yang Anwar buat tu nak bagitahu kedudukan kewangan negara tidak terlalu baik. Waktu dia ambil alih Kerajaan, kedudukan kewangan sudah tidak memberangsangkan.


Jika tiada sebarang keberanian mengubah sistem sedia ada kepada satu sistem baharu yang lebih efisien, negara mungkin berhadapan situasi amat sukar untuk jangka masa panjang.


Antara usaha agresif yang kerajaan beliau lakukan adalah dengan menarik seramai mungkin pelabur masuk ke Malaysia. Kesungguhan Anwar dan pasukannya kelihatan amat ketara semenjak dari awal dia menerajui negara.


Namun usaha ini mungkin mengambil masa yang lama untuk menunjukkan hasil kepada negara kerana prosesnya yang mungkin ambil masa setelah Anwar membuka pintu dan ramai pelabur berminat.


Masalah yang juga membelenggu negara ini adalah rasuah yang berlaku dari peringkat tertinggi hingga ke peringkat bawahan dalam kerajaan. Parti yang bernuansa agama juga apabila menjadi kerajaan seperti tidak serius menangani isu ini.


Kesan rasuah ini besar. Negara rugi kerana salahlaku dan rasuah ini hingga mengeringkan kantung negara kepada perkara yang sia-sia dan merugikan rakyat terbanyak.


Proses pembasmian rasuah dilihat berlangsung dengan agak agresif di zaman Anwar ini. Walaupun ada satu dua kes berprofil tinggi yang mungkin ada yang kurang selesa, banyak lagi kes rasuah dalam jabatan kerajaan yang telah diselongkar kerajaan Anwar dan diambil tindakan serius.


Satu lagi isu ialah isu subsidi. Isu ni sudah dibangkitkan beberapa Perdana Menteri sebelum ini. Pertambahan kos subsidi saban tahun telah menjerut kewangan negara. Malangnya, subsidi ini telah tersasar dari matlamat asal apabila ada pihak telah mendapat manfaat besar. Bahkan warga asing dilihat turut mendapat manfaat.


Jesteru, kaedah penyasaran semula subsidi yang tersasar ini perlu dilakukan demi menyelamatkan wang rakyat. Lebihan penjimatan ini bolehlah digunakan untuk insentif kepada rakyat yang memerlukan…


Ramai yang akan memperlekeh, memperleceh namun hakikatnya tiada solusi dikemukakan untuk menangani masalah dan beban dihadapi kerajaan ini.


So, nasihat ana kepada Anwar… JALAN TERUS…



JANGAN FITNAH KERANA ITU AMAT TIDAK BAIK


Abu Mishkat

 Perbuatan wanita  Islam mengurut lelaki bukan mahram adalah haram tanpa ragu, tiada khilaf ulama. 






Tetapi mengaitkannya sebagai agenda kerajaan Madani adalah satu fitnah dan tuduhan sangat tidak berasas. 


Membuat fitnah tanpa asas bukti juga adalah perbuatan haram tanpa ragu, tiada khilaf ulama. 


Bagaimana perkaitan itu tidaklah kita fahami melainkan kita berbangsa walaun bebal yang sangat tebal kebenciannya terhadap umat Islam berseberangan politik


.