BANYAK RETA.



 SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH Taib Mahmud.




1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.


2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).


3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.


4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.


5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.


6. 750 hektar … di Jalan, Miri.


7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & Mesti Bersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.


8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.


9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.


10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.


11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.


12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.


13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.


14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.


15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).


16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.


17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).


18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).


19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).


20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).


21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.


22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).


23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudara Taib).


24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).


25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.


26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).


27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.


28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud & Arip Mahmud.


29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.


30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.


31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).


32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).


33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).


34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.


35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/ adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).


36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD(pengerusinya ialah Taib Mahmud).


37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).


38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).


39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.


40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).


41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).


42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa,Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).


43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).


44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).



AMBIL TINDAKAN

 


Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang yang mengugut untuk meletakkan jawatan selepas kemenangan dalam pemilihan cabang baru-baru ini atau cuba menggugat kelancaran perjalanan Kongres Nasional PKR.






Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil berkata individu yang bertindak sedemikian juga berkemungkinan berdepan tindakan disenarai hitam daripada bertanding sekiranya pemilihan Cabang terpaksa diadakan semula akibat peletakan jawatan mereka itu.


“Setiausaha Agung PKR (Dr Fuziah Salleh) ada sebut tadi mengenai beberapa Cabang yang telah mengugut meletak jawatan AJK hanya kerana mereka tidak setuju atau tidak suka Ketua Cabang (yang menang).


#PKR #PolitikMalaysia


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com



KASIHAN.....AKHIRNYA KO SORANG YANG HADAP

 



Mahkamah Tinggi Benarkan IGP Razarudin Mulakan Prosiding Menghina Mahkamah Terhadap Papagomo

Razarudin memfailkan saman fitnah terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina dan tidak berasas, termasuk melabelnya sebagai ‘pelacur banduan terhormat’ serta ‘penjilat kepada Perdana Menteri’.

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) buat kali ketiga terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Permohonan tersebut dibuat susulan penerbitan semula video permohonan maaf oleh Papagomo pada 30 April lalu yang berkaitan dengan kes saman fitnah berjumlah RM3 juta yang difailkan oleh Razarudin terhadapnya.

Kes tersebut turut melibatkan dakwaan berkait Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Raam Kumar yang mewakili plaintif dalam prosiding ex-parte (sebelah pihak).

“Mahkamah menetapkan pendengaran inter-parte (dua pihak) bagi prosiding komital tersebut pada 30 Jun ini dan kehadiran defendan adalah diwajibkan,” katanya.

Pada 26 Disember 2024, Razarudin memfailkan saman fitnah terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina dan tidak berasas, termasuk melabelnya sebagai ‘pelacur banduan terhormat’ serta ‘penjilat kepada Perdana Menteri’.

Kenyataan-kenyataan tersebut didakwa dimuat naik melalui video di platform YouTube, TikTok dan turut disebarkan melalui media sosial lain.

Razarudin turut memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menerbitkan semula sebarang kenyataan fitnah terhadapnya, sama ada secara sendiri, melalui ejen atau mana-mana pihak lain.

Pada 31 Disember 2024 dan 10 Januari 2025, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi ex-parte dan inter-parte oleh Razarudin, serta memerintahkan semua kandungan fitnah tersebut dipadamkan dari platform digital milik defendan, termasuk YouTube, TikTok, Facebook, Telegram dan X (Twitter).

Selain itu, defendan juga diarahkan menarik balik video bertarikh 14, 15, 20 dan 22 Disember 2024 yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap plaintif.




PM Anwar Kongsi Visi Malaysia MADANI Di Pentas Dialog SVG Di Kazan

 


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden Russia Vladimir Putin jelas menunjukkan hubungan erat kedua-dua negara kini berpotensi menjadi rakan dagang utama tidak lama lagi. Foto Facebook Russian Foreign Ministry

KAZAN, 16 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang mempromosikan kerangka Malaysia MADANI yang diluncur pada 19 Januari 2023 sebagai satu model masa depan yang menggabungkan kemajuan ekonomi dengan kepimpinan berteraskan moral.

Dalam ucaptamanya di dialog Strategic Vision Group (SVG) Russia-Dunia Islam, Perdana Menteri menyeru dunia Islam untuk memacu pemerkasaan belia berasaskan nilai, amanah dan pembentukan sahsiah.

Anwar turut menggesa negara-negara Islam supaya berhenti membebankan golongan muda dengan keputusasaan dan perpecahan, sebaliknya memberikan mereka ruang penyertaan yang bermakna berpaksikan akhlak, etika dan tadbir urus yang baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama ketika dialog Strategic Vision Group (SVG) Russia-Dunia Islam di Kazan pada 16 Mei 2025. Foto Bernama

“Di Malaysia, kami menyebutnya sebagai Negara MADANI, di mana pertumbuhan ekonomi dalam bidang seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga diusahakan seiring dengan nilai, sahsiah dan akhlak.

“Belia bukan hanya perlu diberi harapan, tetapi juga ruang untuk menyumbang secara bermakna dalam membentuk masa depan kita. Mereka tidak boleh terus dibiarkan tenggelam dalam keputusasaan,” katanya.

Ucapan Anwar sempena dialog SVG yang menjadi sebahagian daripada KazanForum 2025, yang menumpukan kepada pengalaman Russia dan negara-negara Islam dalam dasar belia.

Salah sebuah masjid yang menarik perhatian di Kazan, Tartastan sempena KazanForum 2025. Foto Luc Jones

Sesi itu dirasmikan oleh Rais Tatarstan, Rustam Minnikhanov, yang mengalu-alukan peserta dan menegaskan kepentingan membina platform untuk pembabitan belia merentas budaya.

Mengimbau pertemuan terdahulu beliau bersama Presiden Vladimir Putin di Moscow, Anwar berkata pemimpin Russia itu menyeru sokongan lebih kukuh daripada Malaysia terhadap KazanForum yang bertujuan menjalin hubungan erat antara Russia dan dunia Islam.

“Presiden Putin menyampaikan rayuan jelas supaya negara-negara seperti Malaysia menyokong KazanForum demi pembangunan, keamanan dan kelestarian, serta tentunya keterangkuman,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan bagi memulakan lawatan rasmi ke Tartastan dengan mengadakan pertemuan bersama Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov di Kremlin Kazan pada 15 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut memberi amaran terhadap perbalahan berterusan dan perpecahan dalam kalangan pemimpin politik dan agama, khususnya dalam menghadapi krisis global seperti peperangan di Gaza, yang menurutnya menyebabkan golongan muda rasa putus asa dan kecewa.

“Anak muda kita tidak boleh terus menyaksikan pemimpin dan ilmuwan bergaduh berterusan kerana perbezaan. Kita mesti beri mereka harapan dan peluang, bukan keputusasaan.”

Beliau memuji kepimpinan Tatarstan kerana bukan sahaja menganjurkan dialog bertaraf tinggi, tetapi turut membabitkan belia secara langsung dalam menilai hasil perbincangan dan mencadangkan penyelesaian alternatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan bagi memulakan lawatan rasmi ke Tartastan dengan mengadakan pertemuan bersama Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov di Kremlin Kazan pada 15 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya puji saudara saya Rais Rustam. Dialog ini tidak tamat dengan ucapan kita, beliau akan pastikan anak muda sendiri terbabit, memberi maklum balas dan menentukan langkah seterusnya,” katanya.

Anwar menyeru pada edisi akan datang, forum itu terus mengangkat suara belia dan menasihatkan pembuat dasar supaya mendengar apa yang dianggap penting oleh generasi seterusnya dalam kerjasama global dunia Islam.

Ucapan Anwar mengakhiri hari terakhir lawatan rasmi empat harinya ke Russia, yang bermula di Moscow dan merangkumi pertemuan dengan Presiden Putin, Perdana Menteri Mikhail Mishustin dan pemain industri utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Lawatan beliau ke Kazan menumpukan kepada diplomasi Islam, kerjasama ekonomi halal dan kerjasama Selatan–Selatan.




Berpuluh Skandal Berbilion Ringgit Libat Pemimpin – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera

PUTRAJAYA, 16 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin hanyalah satu daripada banyak kes di mana berbilion ringgit telah diseleweng oleh bekas pemimpin negara.

Menurut Anwar, walaupun tumpuan umum banyak diberikan kepada Najib dan 1MDB, isu rasuah sebenarnya lebih mendalam dan turut membabitkan bekas perdana menteri serta menteri kewangan lain.

“Saya antara yang lantang menentang skandal kewangan 1MDB dan menegaskan kebenaran mesti didedahkan. Tetapi saya juga tahu bahawa berbilion ringgit telah dicuri oleh ramai pemimpin lain,” katanya dalam satu wawancara dengan Al Jazeera.

Sekarang saya perdana menteri, saya ada lebih banyak maklumat. Saya tahu lebih banyak, dan saya katakan ya, 1MDB adalah skandal kewangan besar — tetapi ada banyak lagi penyelewengan lain bernilai berbilion ringgit yang perlu diselesaikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan Al Jazeera. Foto Reuters

“1MDB adalah satu kes besar yang sedang berjalan… tetapi orang ramai terlalu obses dengan Najib dan 1MDB. Saya tidak berkongsi obsesi itu.

“Jika anda dengar mereka, seolah-olah satu-satunya masalah di Malaysia hanyalah Najib dan skandal 1MDB. Saya kata ya, itu sebahagian daripada skandal. Tapi ia bukan hanya Najib — ia membabitkan perdana menteri sebelum dan selepasnya, juga menteri kewangan. Siasat semua. Kenapa lindungi sesetengah pihak? Kenapa terlalu taasub?” katanya dalam temu bual bersama rancangan 101 East oleh Al-Jazeera.

Hanya berdasarkan maklumat yang saya miliki’

Apabila wartawan Mary Ann Jolley menyebut bahawa 1MDB adalah “kes kleptokrasi terbesar,” Anwar berkata itu hanya berdasarkan maklumat yang beliau miliki.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera

“Sekarang saya perdana menteri, saya ada lebih banyak maklumat. Saya tahu lebih banyak, dan saya katakan ya, 1MDB adalah skandal kewangan besar — tetapi ada banyak lagi penyelewengan lain bernilai berbilion ringgit yang perlu diselesaikan,” katanya.

Apabila ditanya lanjut mengenai kes-kes lain, Anwar menjelaskan bahawa siasatan sedang dijalankan, dan beliau mengkritik pihak yang hanya bersuara terhadap Najib tetapi berdiam diri terhadap yang lain.

“Yang saya nak tekankan ialah pengkritik Najib seolah-olah membisu apabila membabitkan pemimpin-pemimpin lama yang juga songlap berbilion ringgit.

“Saya kata siasat semua… Saya mahu negara ini diselamatkan daripada pemimpin yang rasuah dan memberi pengajaran kepada mereka. Sekurang-kurangnya pulangkan semula dana itu untuk rakyat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera

Tak boleh prejudis kepada sesiapa

Mengenai isu lain, Anwar berkata beliau membawa permohonan pengampunan Najib ke Lembaga Pengampunan kerana beliau adalah perdana menteri dan tidak boleh menunjukkan prejudis terhadap sesiapa.

Ditanya sama ada langkah itu dilihat bermotif politik memandangkan beliau bergantung kepada sokongan UMNO untuk memerintah, Anwar menjawab bahawa apa juga keputusan akan tetap dikritik.

“Anda akan dikritik sama ada anda buat atau tidak buat. Jadi akhirnya, buatlah perkara yang betul. Apa yang betul? Hak setiap banduan di Wilayah Persekutuan untuk kemukakan permohonan semakan… saya hanya kemukakan permohonan, bukan buat keputusan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera

“Saya sendiri pernah dipenjara oleh (Tun Dr) Mahathir, kemudian oleh Najib. Tapi saya kata, kita harus melangkaui semua itu. Saya tidak berdendam kerana dendam itu penyakit.”

Beliau turut mempersoalkan kenapa terlalu taasub terhadap Najib sedangkan ada ramai lagi yang terbabit tetapi tidak diambil tindakan.

“Dia sudah dipenjara! Tetapi mereka yang masih merompak berbillion dibiarkan bebas dan kamu (pengkritik) diam saja,” katanya.

Ketika Jolley menyebut tentang isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, menerima berlian merah jambu bernilai AS$27 juta yang dikatakan hadiah daripada kerabat diraja Asia Barat, Anwar hanya tersenyum dan berkata beliau sendiri pernah membangkitkan isu itu sebelum ini.

“Dia (Najib) sudah dipenjara, kes sedang berjalan. Kenapa masih terlalu taasub dengan Najib sedangkan ada banyak lagi kes lain?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley. Foto Al Jazeera

“Adakah kita sudah berhenti mendakwa? Tidak. Adakah kes terhenti? Tidak. Masih berjalan. Jadi teruskan. Bagaimana dengan kes lain?

“Saya rasa ini satu taktik jijik oleh sesetengah penyangak yang hanya mahu tumpukan pada Najib supaya kes mereka tidak disiasat.

“Biarlah kita tumpu kepada mentadbir negara dengan baik, menegakkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman… jangan biarkan negara ini terus dibelenggu oleh satu obsesi,” katanya.



APAKAH PERANAN JKOM



 Apabila Faizal Rahman up posting yang berkaitan dengan JKOM, kena restrict kat Malaysia, MCMC yang buat legal request kat FB. 







Kenapa time pemilihan duk serang DSRR tapi duk promote NAI dan geng dia. Kenapa tidak berlaku adil? 


Patutnya JKOM beri penerangan tentang Malaysia, penambah-baikan yang dilakukan oleh Kerajaan Madani.



BUKA LAB DULU.

 Eddy Gordon Zul


Bila kita cakap tech dalam Malaysia masih tak mampu nak process secara komersil REE memang ramai tak percaya. Sebab terikutkan si bodoh ni.





Even US pon masih hantar REE depa untuk process di China. Hang rasa Malaysia lagi hebat dari US ke?


Sebab tu janji Xi JinPeng pada Tok Mat untuk share tech tu walaupon luar biasa tapi sangat la penting untuk dilaksanakan.


Sementara tu kerajaan negeri macam Kedah ni boleh la invest buka R&D lab dulu untuk test processing. Kalau jalan laju tak boleh merangkak pon jadi lah janji sampai.


Tak payah nak main politik bodoh dan membodohkan orang macam ni.



Zaman PN jadi Kerajaan dulu lagi lembab 🐢






Jadi Mb pun pening, Kerajaan Pusat tak mahu REE ni dirompak dan dikeluarkan secara haram seperti berleluasa sekarang.


Kementerian Dalam Negeri dan PDRM lancar Ops Khazanah bagi melindungi hasil bumi Malaysia dirompak seperti berlaku di Sik, Kedah haritu.



PESAN RAFIZI SEJAK 2022


 

BUAT GURU


 

Ini Dia Pilot Wanita Angkatan Udara Pakistan, Disebut Tembak Jet Rafale ...

Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim di Moscow State Institute of Internatio...

SESI SOAL JAWAB BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA DS ANWAR DI UNIVERSITY ...

SIAPA SELAMATKAN PKR JOHOR? - PRN MENANG 1 KERUSI | Rafizi BUKAN Nurul I...

PENDEDAHAN BESAR RAFIZI ? MENGEJUTKAN PMX ?

ISU UM NAK BERDIKARI


 

Segera lapor diri, ini peringatan kepada pelatih PLKN


 


HarapandailyMay 16, 2025

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengingatkan mereka yang terpilih menyertai program Latihan Khidmat Negara (PKLM) 3.0 Siri 2/2025 agar melapor diri di kem PLKN selewat-lewatnya hari ini seperti mana telah ditetapkan mengikut surat panggilan rasmi.

Menurut JLKN, kehadiran pelatih yang terpilih adalah diwajibkan. Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah atau tanpa pembuktian masalah kesihatan yang disahkan oleh pakar perubatan akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.

“Mana-mana individu yang tidak menghadirkan dirinya bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki telah melakukan suatu kesalahan dan disabitkan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Sebarang usaha oleh pihak lain untuk menghasut atau memujuk mana-mana pelatih agar tidak hadir tanpa kebenaran juga merupakan suatu kesalahan yang serius mengikut Seksyen 19(2),” menurut kenyataan JLKN.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata pendaftaran peserta PLKN berjalan serentak Ahad lalu di dua kem rejimen Askar Wataniah, iaitu Rejimen 505 di Pekan, Pahang bagi pelatih lelaki dan Rejimen 515 di Jalan Buku 5, di sini, untuk pelatih wanita.

Seramai 350 pelatih lelaki dijadualkan melapor diri di Rejimen 505, manakala 200 pelatih wanita dijangka menyertai latihan di Rejimen 515.

 

 

Hubungi talian rasmi Unit Pelatih, Bahagian Pengurusan Latihan JLKN di talian, 019-310 1090 (Mej. Muhammad Saufi Hasan) dan 019-333 2467 (Lt. Muhammad Farish Syahmi Zamri (TLDM).

 

GAMBAR LEGEND



APA MCA NI...PATUT KAUM TIONGHUA TAK SOKONG DAH...LEMAH...


 

PERTEMUAN INI BERMAKNA SEBELUM PERTANDINGAN.


 

BUAT DAK DAK TIKTOKERS


Ustaz Al Asri


 Dak² TikTok yg kecam Rafizi .Korang tahu tak ,masa jadi pembangkang dulu parti takde duit.Parti keluar watikah je , Belanja pilihanraya calon cari sendiri 


RRlah pemimpin yg bukak syarikat jual merchandise, t-shirt dan kumpul fund .Calon PH yg bertanding tak kira parti mana, boleh memohon Dana pada INVOKE  dgn syarat isytihar harta Dan sign akujanji for better Malaysia.


Kalau korang follow story dia.Dialah paling bersungguh2 menghasut.Sorang² dia je bawak lory pergi pelusuk kg bagi ceramah..





JANGAN MAIN MAIN DENGAN QODHO SOLAT



Kalau kita banyak meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan keatas kita setelah baligh sejak zaman jahil kita, mulakan sekarang dan jangan bertangguh untuk qodho solat yang kita tinggalkan disamping bertaubat, kerana meninggalkan solat fardhu adalah dosa besar yang berterusan dan bertali arus sampai mati jika kita tidak bertindak dengan segera untuk menghentikannya.


Untuk menghentikan dosa besar dan untuk  diampuni Allah dosa besar ini, kita wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Yakni taubat yang sungguh sungguh. 


Antara syarat taubat yang wajib kita buat adalah insaf dan berazam supaya kita tidak akan meninggalkan solat fardhu lagi. Kemudian mengqodho’ semua solat solat fardhu yang pernah ditinggalkan dahulu walau pun bertahun tahun lamanya.


Andai dulu kita solat fardhu tanpa ilmu dan hanya mengikut ngikut orang saja [taklid] maka mulakan belajar fardhu ain. Perbaiki setiap inci dari hukum hakam solat itu dari mula bersuci seterusnya kepada solat itu sendiri.


Ini penting, kerana berkata ulama’, beramal tanpa ilmu, amal tertolak. 


Ini bukan bermakna kena khatam ilmu dulu baru bersolat. Tidak begitu. Bersolatlah seperti biasa disamping kita belajar. Orang yang belajar disamping beramal, walau pun silap tidak dikira dosa. Dan amalnya inshaa Allah diterima Allah.


Orang yang banyak meninggalkan solat fardhu, janganlah membuang masa untuk bersolat sunat, kerana mengqodho’ solat fardhu itu lebih penting lagi sebagai tanda taubat kita. 


Solat fardhu yang diqodho’ ini berganda pahalanya berbanding solat sunat. Malah solat fardhu yang pernah kita tinggalkan tanpa qodho’ akan disoal sekiranya kita tidak lakukannya tetapi solat sunat tidak disoal malah akan tertolak solatnya andai solat fardhu qodho itu masih tidak diganti.


Apalah makna kita buat solat sunat yang tidak mendatang siksa tetapi meninggalkan solat qodho yang fardhu yang menjadikan kita disiksa dengan begitu azab diakhirat nanti.


Orang yang sibuk dengan yang sunat dan meninggalkan yang wajib itu sebenarnya telah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Syaitan ini licik terutama kepada orang orang yang jahil dan tak faham ilmu islam.


Ada orang jahil kata, qodho’ solat tak wajib. Ada khilaf. Mana khilafnya? Ittifak dan sepakat ulama’, solat yang ditinggalkan dengan sengaja adalah wajib qodho’. Bayangkan solat yang kita tinggalkan dengan tidak sengaja pun wajib qodho’, apalagilah dengan sengaja!


Ramai dikalangan kita tidak memahami dan tertipu masaalah ini kerana kejahilan dan tidak belajar ilmu fardhu ain. Dan lebih malang lagi kita menjadikan ‘ulama’ google’ sebagai panduan dan rujukan kita sedangkan asas asas fardhu ain pun kita jahil. Sedangkan dalam google itu pelbagai aliran yang salah yang tidak dapat dibezakan andai kita jahil dengan hukum hakam agama. 


Mengaji fardhu ain, adabnya wajib bertalakki bermula dari kitab akidah, feqah dan tasawuf. Kerana tanpa berguru, kita tidak akan dapat memahami ilmu itu dengan sohih dan sebaiknya. 


Ilmu fardhu ain ini sebenarnya adalah kembar kita. Ia tidak boleh dipisahkan dari hidup harian kita kerana kita kena hidup seharian dengannya sampai mati.


Untuk bertauhid dan mengenal Allah, kena ada fardhu ain. Untuk berjual beli, bekerja, makan minum, bersocial, kita kena faham hukum hukum syarak didalam feqahnya. Untuk mengenali sifat sifat hati dan menjauhi dosa dosa hati kita wajib belajar akan ilmu tasaufnya.


Bayangkan, setiap gerak kita dalam hidup ini ada hukum hakam dan dosa pahalanya seperti wajib, sunat, haram, harus dan makruh. 


Contohnya, kalau makan hukumnya harus, kalau niat kerana Allah yang kita makan itu untuk menguatkan tubuh badan untuk laksanakan ibadah, kita akan dapat pahala. Kalau tak ada niat, hanya dapat kenyang saja tanpa pahala.


Begitulah hal hal yang lain.


Pendek kata, orang yang tidak belajar ilmu fardhu ain, dirinya terdedah kepada dosa dan maksiat. Malah jika tidak belajar ilmu tauhid yang termasuk dalam fardhu ain, boleh tergelincir dan menjadi kufur kerana tidak mengenal batas batas iman dan kufur didalam percakapan, perbuatan dan iktikad nya.


Walau bahaya macam mana pun, ramai antara kita tidak kisah dan mengabaikan fardhu ain ini. Boleh tanya diri sendiri. Pernahkah aku belajar ilmu fardhu ain? Pernahkan aku belajar ilmu tauhid untuk mengenal Dzat sifat af’al dan ama’ Allah. Mengenal sifat wajib harus dan mustahil Allah. Mengenal nabi. Mengenal perkara perkara ghaibiyah dan sebagainya dalam ilmu tauhid. 


Fahamkah aku akan kalimah syahadah yang didalam nya ada nafi dan isbad untuk mengsahkan syahadah aku?


Fahamkah aku akan hukum hukum syarak yang lima itu untuk menjadi panduan dan perjalanan hidup aku?


Siapa aku sembah dalam solat aku? Allah? Siapa Allah? Atau aku hanya solat main hayun saja membilang rakaat tanpa tahu siapa yang aku sembah. Bagaimana nak khusyuk kalau tak kenal Allah. 


Jahilnya aku ya rabb. Begitu hati kita bermonolog. Mahu dibiar saja begitu sampai mati?


Allaahu … pendeknya hidup didunia ini dan panjangnya perjalanan kehidupan akhirat. Kalau kita tidak berubah dan membaiki diri, bahaya besar buat kita diakhirat nanti.


Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata:


حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا


Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”


(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156)


Barakallahu feekum..



JANGAN KOYAK ATOK


 

ISU BAWA ANAK PM


 

𝐓𝐄𝐑𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇 & 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐑𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊





Setelah bala tentera toyol JKOM yg di hantar ke acc FB aku GAGAL mematahkan serangan, maka JKOM menunggang pula MCMC sebagai keldai tunggangan. 


“Because of a legal request from MCMC (Malaysia)…”


Siapa sangka, Pemilihan KEADILAN 2025 telah menyingkap & melondehkan topeng-topeng kartel yg menunggang. 


Tahniah MCMC, sekian kalinya membuktikan wajah kamu yg sebenar. Maka kekallah menjadi barua politik. 


Utk KP JKOM & JKOM, koyakkk ke tu???🤭🤭



KEH.. KEH.. KEH



 Kemain lagi walaun tolol ni troll MyKiosk, aku nak tanya Projek Ternak Lalat Kjaan PAS Kelantan dah jalan ke..?? Cadangan sejak 2021.. 😆😆





HARI AKHIR LAWATAN KE RUSSIA

 

Hari ketiga dalam rangka lawatan rasmi ke Rusia saya mulakan dengan menyampaikan syarahan umum di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) bertajuk Bridging Worlds In A Fractured Age.
















Sebelum syarahan, saya dan delegasi Malaysia berkesempatan mengadakan pertemuan bersama pimpinan MGIMO yang diketuai Rektor Prof Anatoly Torkunov. Saya dimaklumkan mengenai minat MGIMO untuk menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya dan beberapa institusi lain di Malaysia.


Usaha MGIMO untuk memperluas kepakaran dalam hal ehwal ASEAN, pertanian, bahasa dan pertukaran pelajar amat dialu-alukan. Malaysia juga berhasrat menghantar diplomat muda ke MGIMO, institusi tersohor yang telah melahirkan ramai tokoh diplomasi berkaliber di peringkat antarabangsa.


Saya turut menzahirkan penghargaan tertinggi buat MGIMO atas kesudian menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat sebelum syarahan berlangsung. Penghormatan ini saya terima bagi pihak seluruh rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi nilai kemanusiaan, keamanan dan perpaduan sejagat.


Dalam syarahan, saya tegaskan bahawa cabaran utama hari ini bukan hanya pada teknologi dan peralihan kuasa global, tetapi pada krisis nilai dan kehilangan arah moral. Generasi muda harus menguasai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan tenaga baharu, namun tetap berpaksikan pada nilai dan ihsan.


Dalam konteks ini, gagasan MADANI menawarkan jalur holistik, mengimbangi kemajuan material dengan kekuatan jiwa dan peradaban. Ini selari dengan Russian soul yang menekankan kekayaan budaya dan kemanusiaan dalam mendepani zaman yang mencabar.


Saya juga berkongsi kekaguman terhadap kesusasteraan Rusia yang mendalam, dari psikologi moral Dostoyevsky, renungan falsafah Tolstoy, ironi halus Chekhov hinggalah puisi getir Anna Akhmatova. Karya-karya ini bukan sahaja memperkaya jiwa Rusia, malah menyuburkan nurani kemanusiaan sejagat yang semakin terhakis.


Pertemuan saya dengan Presiden Vladimir Putin turut disentuh, yang berlangsung dalam semangat keterbukaan dan saling menghormati. Prinsip kesetaraan yang dizahirkan menjadi asas penting dalam membina dunia yang lebih adil dan aman.


Saya akhiri syarahan ini dengan menyeru hadirin untuk tidak gentar menyatakan perkara yang hak dan mempertahankan keadilan adil. Seperti kata Dostoyevsky, “Segalanya ada dalam genggaman manusia, tetapi manusia melepaskannya kerana takut.” 


Syarahan umum di MGIMO menjadi penutup tirai lawatan saya di Moscow. Seusai program, saya terus berangkat ke lapangan terbang untuk ke Kazan bagi menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik “Russia-Islamic World serta menyertai KazanForum.


=====