Kejuaraan di Asian Wave, RM5 Juta Untuk Sheila Amzah
Satu
Malaysia telah mengetahui, Shila Amzah telah mengharumkan nama negara
dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China.
Kejuaraan Shila Amzah sememangnya suatu yang menakjubkan lebih-lebih
lagi berentap dengan artis-artis hebat di seluruh Asia. Penyanyi Shila
Amzah menerima hadiah bernilai RM5 juta, termasuk dana bagi
mengembangkan kerjaya seninya peringkat antarabangsa, berikutan kejayaan
memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave itu malam kelmarin.
Berentap tiga kali
Pada
pentas akhir pertandingan itu yang berlangsung di Stadium Baoshan,
Shanghai, China, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu itu
terpaksa berentap sebanyak tiga kali, masing-masing dengan peserta dari
Thailand dan dua peserta tuan rumah.
Ketika dihubungi semalam,
Shila, 22, yang mempertaruhkan lagu Gemilang (dendangan asal Jaclyn
Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu Mandarin, Zheng Fu (Na Ying)
berkata, secara keseluruhannya dia perlu bersaing dengan sembilan
peserta dari Asia.
Pencapaian tertinggi
Ditemani
ibu bapa, ND Lala dan Fauziah Sarman, serta orang kuat PRISM, Ong Peng
Chu, sepanjang berada di sana, Shila menyifatkan kejayaan itu pencapaian
tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.
“Alhamdulillah atas
rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang
berharga ini, juga kepada ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu
menyokong karier saya. Tak ketinggalan buat Shilalas (kelab peminat
Shila) kerana tak henti-henti mendoakan terbaik.
“Saya amat gementar
untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final, tetapi saya sentiasa
terapkan semangat melakukan yang terbaik demi Malaysia tercinta,”
katanya yang mendapat sokongan moral daripada kekasih, pelakon Sharnaaz
Ahmad.
Menerusi
persaingan pertama, Shila memperoleh lima undian tanpa balas, manakala
untuk persaingan kedua dia menerima lima undian berbalas dua. Pada
persaingan terakhir Top 3, Shila mendapat sembilan undian penuh.
“Pada
dasarnya peserta yang berentap dengan saya datang daripada latar
belakang muzik berbeza. Semuanya cukup luar biasa dan popular di negara
masing-masing.
“Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah,
saya sendiri baru tahu lagu Zheng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan
ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini,” katanya. –
Zaidi Mohamad (BH)
OHARTIS:
Shila Amzah ni pada kami nasibnya sama seperti Yuna. Di Malaysia pada
awalnya hanya dikenali begitu-begitu sahaja, tapi bakatnya lebih
dihargai orang luar. Anyway, syabas dari kami buat Shila. Bila dah
bertudung, makin besar rezeki.