KEH KEH KEH... KIOK...

 


MAHAZALIM


 

SENJATA BARU TENTERA DARAT

 




Tentera Darat Malaysia bakal terima 86 laras Mertsav MHMG-127 12.7mm Heavy Machine Gun baharu buatan syarikat Mertsav Savunma Sistemlari Turki pada tahun ini





Difahamkan perolehan 86 laras Mertsav MHMG-127 12.7mm Heavy Machine Gun ini pada tahun 2025 dengan kontrak yang bernilai RM14.086 juta Termasuk dengan peralatan sokongan , training dan transport 


Sebanyak 86 laras Mertsav MHMG-127 12.7mm Heavy Machine Gun itu akan dipasang di atas Kenderaan Taktikal Ringan yang bakal diterima pada tahun ini juga




DIA INGAT SEMUA MACAM DIA.


 

BARUA POLITIK SEBAR NATIJAH BUROK


 

LAGI LAMBAT PRU DIADAKAN, LAGI SUSAH PH NAK MENANG



5 April 2026


Perdana Menteri memberi isyarat bahawa PRU16 tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana kerajaan kini katanya, sedang menumpukan perhatian kepada cabaran ekonomi semasa.


Anwar Ibrahim menegaskan, keutamaan kerajaan ketika ini adalah menghadapi kesan konflik di Asia Barat yang memberi tekanan kepada harga minyak serta keadaan ekonomi negara.


"Ini bukan soal pertarungan politik, bermusuh satu sama lain. Tidak akan ada pilihan raya dalam satu, dua bulan ini, sabar sekejap. 


“Esok masa pilihan raya bertempurlah. Sekarang ini kerja. Cukuplah berpolitik, bangun, selamatkan negara kita," katanya.


Kalau kita teliti dan perhati, keadaan Anwar sekarang adalah hampir sama dengan keadaan Najib Razak sebelum PRU14 dahulu.


PRU14 diadakan pada tahun 2018 dan satu dua tahun sebelum itu sudah timbul desakan agar Naiib segera membubarkan Parlimen.


Pada waktu itu, walaupun Najib berdepan banyak isu, antaranya berkaitan Rosmah dan 1MDB, tetapi ketika itu blok pembangkang belum cukup bersatu hati.


Sementara Bersatu belum lagi didaftarkan, hubungan antara Tun Mahathir Mohamad dengan PKR/PH juga masih tidak menentu.


Dengan itu, ramai berpendapat, peluang Najib dan BN untuk menang PRU adalah cerah jika Parlimen segera dibubarkan.


Bagaimanapun, sebagaimana semua maklum, Najib enggan mengadakan pilihan raya awal dan hanya membubarkan Parlimen pada Mei 2018, iaitu di penghujung tempoh akhir lima tahun selepas PRU13.


Sebagai rekod, PRU13 juga diadakan pada bulan Mei tahun 2013.


Salah satu sebab BN tewas pada PRU14 ialah kerana Najib melewatkan tarikh pembubaran Parlimen di mana pada Mei 2018 itu isu berkaitan 1MDB sudah terlalu banyak diselongkar dan diperkatakan, selain Tun Mahathir sendiri telah berjaya memantapkan kedudukan PH dengan beliau dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri, pembahagian kerusi dapat disekesaikan dan persetujuan menggunakan logo PKR untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut juga dapat dicapai.


Anwar pula ketika ini, walaupun berdepan banyak masalah seperti isu harga minyak, kos sara hidup dan kenaikan harga barang, kronisme dalam kerajaan yang didakwa berleluasa, serangan Rafizi Ramli, pengurusan kerajaan yang lemah dan banyak lagi, tetapi di waktu yang sama, kedudukan blok pembangkang juga masih berantakan.


Hubungan PAS dan Bersatu dalam PN masih tidak harmoni, Dr Sam belum lagi membuktikan kewibawaannya sebagai Pengerusi PN, Hamzah Zainuddin dan kumpulannya baru dipecat daripada Bersatu serta masih dalam proses menubuhkan rumah baru, manakala kedudukan Rafizi pula tidak menentu sama ada mahu menubuhkan parti baharu dan menjadi blok ketiga atau bekerjasama dengan PN.


Dalam keadaan itu, Anwar tentunya sedar keadaan PN dan blok pembangkang yang tidak solid sekarang adalah kelebihan baginya jika PRU16 dipanggil dengan segera.


Tetapi, kenapakah beliau memberi bayangan bahawa PRU16 tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini?


Adalah dipercayai Anwar sedang cuba bermain strategi melengah-lengahkan PN dan blok pembangkang supaya mereka tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.


Maknanya beliau sengaja mengatakan tiada pilihan raya dalam waktu terdekat, walhal perkiraan dalam hatinya adalah berbeza.


Harapannya ialah jika beliau membubarkan Parlimen secara mengejut dalam dua tiga bulan akan datang, contohnya mengadakan PRU16 serentak dengan PRN Melaka, semua parti pembangkang akan terkejut dan keadaan itu mampu memberi kelebihan kepada PH.


Berbanding jika melewatkan tarikh mengadakan PRU16 sehingga November 2027 (tarikh penghujung kerana PRU15  sebelum ini diadakan pada November 2022), peluang PH untuk menang akan bertukar menjadi tipis.


Ini kerana pada waktu itu, ekonomi mungkin bertambah tenat, Anwar tentunya tambah ditolak dan masalah berkaitan Hamzah, Rafizi serta PN, kalau pun tidak sepenuhnya, tetapi sebahagian besarnya telah berjaya diselesaikan.


Oleh itu, potensi Anwar dan PH untuk beroleh keputusan yang lebih baik ialah dengan mengadakan pilihan raya lebih awal, bukan melewatkannya.


Lagi lambat diadakan pilihan raya, lagi sukar untuk Anwar dan PH menggapai kemenangan, malah banyak kerusi Parlimen akan hilang.


Jadinya, meski pun Anwar menghantar isyarat tiada pilihan raya akan diadakan pada terdekat, Dr Sam dan PN khususnya, hendaklah sentiasa berwaspada.


Segera selesaikan apa juga masalah, perkukuh jentera dan persiapan serta pastikan PN benar-benar bersedia untuk menjadi kerajaan, tak kira cepat atau lambat Awar membubarkan Parlimen. - ShahbudinHusin 05April2026.

 #bubarparlimenjawapankerajaangagal


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1253887176734399&id=100063393840098




MENJAWAB WALAUN


 

BACA BERAPA HARGA.


 

SHAHIDAN PERTIKAI... DIA DULU BANYAK JUGA ORANG PERTIKAI... APA DIA BUAT?


 

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu RM135,000





KANGAR, 2 April - Seorang penolong pegawai hal ehwal Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pendaftaran semula saudara baharu berjumlah RM135,000, empat tahun lepas. 


Mohammad Nurhelmy Norman, 29, yang kini bekerja sebagai pemandu e-hailing selepas digantung tugas, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi. 


Lelaki itu didakwa menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu dengan niat memperdayakan prinsipalnya melibatkan tuntutan bayaran pendaftaran semula dua saudara baharu berjumlah RM3,500 pada 2022, 15 orang berjumlah RM40,000 pada 2023 dan 33 orang berjumlah RM91,500 pada 2024. 


Kesalahan itu didakwa dilakukan semasa dia berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29 di Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di pejabat JAIPs, Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas di sini. 


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 


Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat melaporkan diri di Pejabat SPRM di sini setiap bulan dan menetapkan sebutan semula pada 20 Mei untuk serahan dokumen. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala lelaki itu diwakili peguam Siti Salwa Ja'afar. 


Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : BERNAMA

.

Teruskan Bersama @PerlisPermai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#FBLifeStyleLife

#TahunMelawatPerlis



SEMAK DAN DENGAR BETUL BETUL....WALAUN....JANGAN JADI TOLOL.


 

JENUH JAWAB KALAU WALAUN PUNYA TANYA...SABAH SARAWAK BUKAN LAH KAWASAN BESAR INDUSTRI


 

KEPUTUSAN BESAR WFH...JOM BACA ANALISA KENAPA ?.



Hisham Daniel





 PM buat pengumuman semalam. Ramai yang dengar. Tapi ramai yang tidak faham betapa besarnya maksud di sebalik satu keputusan tu.


Mulai 15 April, penjawat awam Malaysia dibenarkan kerja dari rumah.


Bukan sebab COVID. Bukan sebab produktiviti. Anwar sendiri sebut dengan jelas dalam mesej video semalam. Tujuannya satu sahaja. Kurangkan penggunaan bahan api. Pastikan bekalan tenaga negara bertahan.


Biar angka tu masuk dalam kepala dulu.


Malaysia mempunyai lebih 1.5 juta penjawat awam. Kerajaan sendiri sahkan penggunaan purata rakyat Malaysia adalah sekitar 100 liter petrol sebulan. Darab dengan lebih 1.5 juta penjawat awam yang berulang-alik ke pejabat setiap hari. Itu 150 juta liter petrol sebulan yang boleh dijimatkan kalau mereka duduk rumah.


Dan kerajaan perlu jimatkan tu sekarang.


Malaysia adalah negara yang bangun awal. Beratur kat tol pukul 6 pagi. Sampai pejabat sebelum matahari tinggi. Kita buat tu berdekad lamanya tanpa persoal. Tiba-tiba hari ini kerajaan kata tidak perlu datang pejabat. Dan bila kerajaan Malaysia sampai ke tahap kena suruh lebih 1.5 juta penjawat awamnya duduk rumah supaya jimat minyak, itu bermakna sesuatu yang serius sedang berlaku di sebalik layar.


Kenapa sekarang?


Kerana hampir 50 peratus bekalan minyak Malaysia melalui Selat Hormuz. PM Anwar sendiri sebut angka tu dalam ucapan rasmi. Selat yang sama yang sedang dalam keadaan paling tegang dalam sejarah moden. Harga minyak mentah global sudah naik hampir 40 peratus sejak konflik bermula. Perbendaharaan Malaysia sedang tanggung RM4 bilion sebulan, bukan setahun, sebulan, semata-mata supaya kita semua masih boleh isi minyak pada RM1.99 seliter.


RM4 bilion sebulan. Itu wang rakyat.


Dan Anwar sendiri kata, ia tidak boleh teruskan sampai bila-bila.


Sebab tu kuota Budi95 dah dipotong dari 300 liter kepada 200 liter berkuat kuasa 1 April. Sebab tu had pengisian diesel sudah dikurangkan. Sebab tu WFH mula 15 April. Ini bukan tiga keputusan berasingan yang dibuat secara kebetulan dalam masa dua minggu. Ini adalah satu tindak balas bersiri, satu demi satu, kepada satu masalah yang makin menghimpit.


Dalam taklimat khas semalam pun Anwar kata sesuatu yang penting. Katanya kerajaan sedang mempelbagaikan sumber import minyak dari negara lain sebagai langkah berjaga-jaga. Bila seorang Perdana Menteri buat taklimat khas dan sebut perkataan berjaga-jaga, itu bermakna mereka sedang bersedia untuk sesuatu yang mungkin belum berlaku lagi.


Soalnya bukan sama ada ia akan datang. Soalnya bila.


Penulisan ini berdasarkan laporan yang tersedia. Gambaran penuh mungkin berbeza apabila lebih banyak maklumat tersedia.


Dan ada satu angka yang kerajaan sudah maklumkan secara terbuka tapi ramai yang tidak sedar betapa kritis maknanya.


Petronas sendiri hanya boleh jamin bekalan sehingga satu tempoh tertentu sahaja. Lepas tempoh tu, ia bergantung sepenuhnya kepada apa yang berlaku di Selat Hormuz dalam minggu-minggu akan datang.


Siapa yang ada di sini, faham gambaran ni lebih awal dari kebanyakan orang.


Sumber: Free Malaysia Today, Malaysiakini, Kosmo, Airtimes, Sinar Harian, Bernama, HRMIS





JANGAN SAMPAI JADI KRIM



Norman Raduan


 KR1M bagus sebenarnya, masa mula mula bukak dulu saya selalu pergi beli barang kat sana 





Ya memang harga dia murah berbanding pasaran luar.


Tapi.. makin lama makin kurang barang di KR1M ni. Banyak barang takdek. Yang ada barangan yang bukan keperluan sangat.


Dah la barang takdek.. barang yang dijual pun kualitinya sangat teruk. 


Akhirnya, Mydin selaku pengedar barangan di KR1M ni pun akui yang mereka dah rugi teruk. RM100juta lebih kerugian disebabkan tak boleh nak cover kos dengan margin keuntungan.


Akhirnya KR1M ni ditutup.


Konsep kedai rakyat ni sebenarnya bagus, kita boleh bagi credit kepada Najib sebab katanya ini idea dia. 


Tapi perlaksanaan tu yang jadi masalah. 


Hari ini idea itu dihidupkan semula..tapi dengan pengalaman dan pengajaran yang diperolehi dari KR1M ini, konsepnya diubah suai sedikit bagi memastikan kedai Madani ini mampu bertahan.


Jadi takdek isu tiru atau tidak . Apa yang baik untuk rakyat kita buat je.. yang penting rakyat dapat manafaat.





PAS NI NAK MENUMPANG PARTI BESAR SAJA .BIAR PAS BERTANDING SENDIRI.



 Ketidakhadiran PAS dalam mesyuarat penting melibatkan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) mencetuskan spekulasi besar apabila dilihat sebagai isyarat jelas bahawa Perikatan Nasional kekal sebagai wadah utama pembangkang. 






Perkembangan ini bukan sahaja menghangatkan arena politik, malah menimbulkan persoalan sama ada wujud “pertembungan senyap” dalam blok pembangkang sendiri.


Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Syaza Shukri, berpandangan langkah PAS itu mungkin bertujuan mengelakkan persepsi kewujudan dua pusat kuasa dalam pembangkang. 


Menurutnya, tanpa penyertaan PAS sebagai parti terbesar, kredibiliti IPR boleh dipersoalkan, sekali gus membuatkan ramai masih kabur tentang hubungan sebenar antara kedua-dua entiti tersebut.


Situasi ini menjadi lebih menarik apabila mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Azmin Ali tanpa kehadiran wakil PAS, sekali gus menguatkan andaian bahawa IPR lebih cenderung kepada kem tertentu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 


Dalam masa sama, ia membuka ruang tafsiran bahawa IPR mungkin dilihat sebagai cabaran kepada dominasi PN yang kini diterajui PAS.


Seorang lagi penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia, Mazlan Ali, pula melihat PAS lebih selesa dengan naratif politik Melayu-Islam berbanding pendekatan lebih inklusif yang cuba dibawa IPR.


Ketidakhadiran ini dijangka memberi kesan besar kepada konvensyen akan datang, malah berpotensi menjadikan inisiatif tersebut hambar tanpa penglibatan parti paling dominan dalam blok pembangkang.




HARGA TAK TURUN HINGGA HUJUNG TAHUN


 

ORANG TAK CERDIK