Benarkah PIS/Hj Hadi menang kes di UK terhadap Sarawak Report (SR)?

Dakwaan PAS tidak tepat dan sangat mengelirukan, kata Sarawak Report
Saya mendapat banyak mesej di dalam WhatsApp dan juga gambar-gambar di dalam twitter dam sebagainya yang mengatakan PIS ataupun Hj Hadi dah menang kes fitnahnya terhadap Sarawak Report.

Malah telah tersiar di dalam akhbar-akhbar di mana Ketua Penerangan PIS, Nasrudin Hasan dipetik sebagai berkata demikian.


Maka teramatlah gembiranya penyokong-penyokong PIS mendabik dada riuh rendah tentang kemenangan tersebut.
Betulkah PIS dah menang?

Tidak. Hanya dalam mimpi saja sebenarnya.

Saya difahamkan bahawa sebenarnya, Hakim hanya mendengar SATU permohonan Sarawak Report sahaja. Permohonan itu ialah untuk membicarakan satu isu awal, iaitu samada Hj Hadi berhak membawa tutuntan tersebut kerana amatlah terang bahawa pihak yang sebenarnya bertindak ialah PIS dan bukannya Hj Hadi.

SR berhujah bahawa kes itu tidak perlu dibicarakan sepenuhnya pada masa ini. Cukup saja dengan membicarakan satu isu awal itu dengan segera. Dengan berbuat demikian, kes itu akan dapat diselesaikan segera dan tanpa menelan kos yang besar.

Hj Hadi MEMBANTAH permohonan SR itu. Hj Hadi mahu perbicaraan penuh. Dia tak mahu isu awal sahaja yang dibicarakan. Hj Hadi juga berhujah bahawa dia akan merayu sekiranya permohonan SR tersebut dibenarkan oleh Mahkamah.

Di dalam keadaan sedemikian, Yang Arif Hakim berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kes itu dibicarakan sepenuhnya dan bukan isu awal sahaja dibicarakan seperti yang dikehendaki oleh SR.

Hakim juga berkata berkemungkinan besar bahawa perbicaraan penuh kes itu akan menelan belanja yang lebih murah dan lebih cepat kerana Hj Hadi akan merayu sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan SR tersebut.

Lalu, permohonan SR tersebut ditolak.

Puak-puak PIS juga menyatakan bahawa pembelaan SR telah dibuang atau dibatalkan oleh Mahkamah.
SR sebenarnya telah memfailkan pembelaan yang merangkumi beberapa isu besar. Antaranya ialah:

i) apa yang dilapurkan oleh SR adalah benar (Pembelaan Justifikasi)

ii) apa yang dilapurkan oleh SR adalah isu kepentingan awam dan oleh itu SR berhak melapurkannya (Pembelaan Kepentingan Awam).

Sebenarnya, saya difahamkan apa yang berlaku ialah seperti berikut.

SR telah sebelum ini menarik balik Pembelaan Justifikasi nya. Pembelaan Justifikasi itu ditarik balik SEMATA-MATA kerana SR hendak meminda pembelaan tersebut selepas mengambil kira fakta-fakta yang baru didapati oleh SR.

Fakta-fakta yang baru itu termasuklah rakaman yang tersebar luas baru-baru ini di mana seseoarng yang disyaki sebagai Nik Abduh mengaku bahawa PIS menerima wang dari UMNO.

Yang Arif Hakim bertanya samada SR akan memfailkan Pembelaan Justifikasi yang baru. Peguam SR mengesahkan akan berbuat demikian.

SR dengan itu bersetuju untuk membayar kos pindaan Pembelaan Justifikasi tersebut. Hj Hadi telah memohon kos sebanyak 69000 Pound. Hakim benarkan kos sebanyak 40000 Pound.

Itulah kos yang diperintahkan oleh Mahkamah supaya dibayar oleh SR. Itulah kemenangan PIS yang digembar-gemburkan oleh PIS selama 24 jam.

Selepas perkara-perkara itu diselesaikan, Mahkamah pun menetapkan agar kes itu dibicara sepenuhnya pada 1-12 hb April 2019.

Apa yang ramai tidak sedar ialah soal yuran guaman yang telah dibayar oleh kedua pihak kepada peguam mereka masing-masing.

Setelah ditanya oleh Yang Arif Hakim, pihak Hj Hadi memberitahu bahawa dia telah membayar sebanyak RM1,646,434.00 (305,250 Pound) kepada peguam beliau setakat ini. 
SR pula telah membayar 200,000 Pound.
Pihak Hj Hadi memberitahu bahawa kos itu dibayar oleh (ahli-ahli PIS yang berada.

Itulah yang terjadi di Mahkamah kemarin.

PIS belum menang apa-apa pun. Persoalan samada Hj Hadi difitnah belumpun dibicarakan.

Puak-puak yang lantang mengatakan Hj Hadi telah menang cuma bermimpi saja. Serupalah macam Hj Hadi mimpi jumpa TGNA berkaki satu.

Dakwaan PAS tidak tepat dan sangat mengelirukan, kata Sarawak Report

Dakwaan PAS tidak tepat dan sangat mengelirukan, kata Sarawak Report

Sarawak Report mendapati bahawa terdapat beberapa dakwaan yang dikeluarkan oleh Pas, yang mendakwa bahawa mereka telah menang dalam kes mereka ke atas Sarawak Report (SR).
Ini adalah dakwaan yang mengarut dan sangat mengelirukan, memandangkan keputusan yang diberikan mahkamah hanyalah berkaitan permohonan prosedur dan mahkamah belum sedikit pun membincangkan merit kes, kata SR.
Jelas SR, Perkara 1 – Tiada pun ‘5 permohonan yang diketepikan oleh hakim’ – dakwaan ini adalah palsu. Perbicaraan yang dibuat hanya melibatkan satu permohonan prosedur sahaja iaitu, permohonan SR untuk mencapai penyelesaian yang lebih cepat dan murah secara perbicaraan preliminari bagi menentukan sama ada Hadi mempunyai hak untuk membawa kes tersebut, memandangkan secara jelas kes tersebut dibawa oleh Pas.
Walau bagaimanapun, Pas telah menolak untuk perbicaraan preliminari, dan menyatakan mereka mahukan kes tersebut dibicara secara penuh, perbicaraan penuh dengan kos yang tinggi.
Mereka membantah permohonan perbicaraan preliminari yang dipohon SR dan mereka menyatakan akan membawa perkara-perkara yang boleh menyukarkan mahkamah.
Hakim dengan itu berpandangan adalah lebih selamat dan mungkin lebih murah untuk teruskan pendengaran penuh, di mana SR boleh membuat pembelaan di atas beberapa isu lain yang saling berkaitan bagi memenangi kes, selain dari kebenaran (truth) dan hak untuk menulis bagi kepentingan awam.
Perkara 2 – Dakwaan bahawa hakim ‘ketepikan pembelaan benar (truth) SR’ dan oleh itu ‘70% kes telah dimenangi oleh PAS’ adalah tidak benar langsung. SR telah menarik balik versi pembelaan sebelum ini, bagi membolehkan untuk dipinda dan dikuatkan dengan maklumat -maklumat berkaitan PAS menerima dana daripada Umno.
“Kami menjelaskan kepada mahkamah bahwa ini termasuk satu rakaman yang dikatakan suara Nik Abduh mengaku bahawa parti telah menerIma wang dari Umno. Hakim menanyakan sama ada SR akan memfailkan pembelaan baharu sebelum perbicaraan dan peguam kami mengesahkan.
“SR telah pun bersetuju sebelum pendengaran permohonan untuk membayar kos bagi penukaran pembelaan tersebut dan Hakim telah memotong hampir separuh daripada jumlah yang dipohon oleh peguam Hadi. Akhirnya, nota kepada peguam Pas yang mengaku mengambil gambar peguam London di dalam bangunan mahkamah dan diletakkan di Facebook,” katanya.
Sebagai peguam, kata SR dia sepatutnya tahu bahawa perkara ini adalah dilarang dan kesalahan tersebut (mengambil gambar di bangunan mahkamah) boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan.
“Dalam perkara Bahasa Inggeris. Peguam Hadi, Carter Ruck telah diberi teguran oleh mahkamah kerana membacakan pernyataan bertulis yang dikatakan dibuat oleh Hadi, sedangkan dia mengaku bahawa Hadi tidak fasih berbahasa Inggeris.
“Hakim menyatakan kegagalan untuk memperaku bahawa kenyataan tersebut bukan ditulis oleh Hadi dan tidak menyediakan terjemahan sewajarnya untuk membuktikan bahawa dia telah membaca dan memahaminya, adalah satu ‘pelanggaran yang serius’,” jelasnya.

PERTEMPURAN SENGIT DI SELANGOR, AMANAH YAKIN MENANG KERUSI DUN

PERTEMPURAN MEREBUT UNDI DI JOHOR BERALIH KELUAR BANDAR

TUN DAIM TURUN PADANG, MINTA PANGKAH MATA