"HUDUD HABUK PUN TAKDA, 33 BULAN JADI KERAJAAN" ! SAIFUDDIN VS TAKIYUDDIN !


 

MUFTI PERLIS JAWAB MB PELAQ.




















POLEMIK JUDI -SANUSI















MB Kedah dilaporkan berkata, 


“Doa tiap-tiap hari, sebut nama dia bagi dia mati pecah perut. Boleh tak buat gitu? Saya rasa boleh, sebab dia jahat. Kita dah tak terdaya. Kerana hang (kamu) kaya, dunia ni siapa kaya depa ada kuasa. Orang-orang ada kuasa bergantung kaki kepada orang kaya,” 


“MOF bagi sebab depa (tauke judi) bayar. Rosak tak rosak orang ramai, depa tak kira, janji dapat duit. Bola ada ditangan Menteri Kewangan yang semua orang dah kenal, sama ada nak lulus atau tak lulus.


“Kalau lulus, memang bawa celaka kepada orang Kedah. Kalau tak lulus, hang tolong kami dalam membanteras, dosa besar ini,”


https://harakahdaily.net/2026/08/27/politikus-ada-kuasa-bergantung-di-kaki-orang-kaya-itu/


Ada dua masalah dalam kenyataan MB Sanusi ini. 


1. MB Sanusi seperti galakkan orang untuk baca doa pecah perut kepada seseorang. Siapa itu kita tidak tahu. Puncanya kerana katanya ada seorang tauke yang sponsor untuk bawa kes judi Kedah ini ke Mahkamah. Ini masalahnya apabila terlalu khawarij dan ektrem dalam berfikir dan bertindak serta memaksa orang lain ikut fahaman Islam yang ekstrem. 


Hak untuk bawa kes ke Mahkamah ini adalah hak sivil. Hak ini dijamin di bawah Perlembagaan. Sesiapa boleh bawa kes Mahkamah. Sifat Mahkamah adalah sebagai tempat mengadu dan Mahkamah membuat keputusan. Apabila Mahkamah buat keputusan, semua orang akan terikat. 


Apabila MB Sanusi mengertak orang sebegitu, MB Sanusi sudah tidak hormat Mahkamah. MB Sanusi pun bukan tidak pernah failkan kes ke Mahkamah. Banyak kali juga dia saman orang lain ke Mahkamah. Jadi adakah orang yang disaman itu boleh juga doa kepada MB Sanusi supaya pecah perut?


2. MB Sanusi marah kat MOF sebab keluarkan lesen judi kepada tauke judi. Akta yang mengawal aktiviti judi ini adalah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Loteri 1952. Akta ini sudah wujud sebelum merdeka lagi. Maknanya, orang bukan Islam sudah dibenarkan berjudi sesama bukan Islam berdekad-dekad lamanya. MB Sanusi waktu itu pun belum lahir lagi. Jadi adakah salah MOF sekarang jika MOF tidak keluarkan lesen judi kepada bukan Islam untuk berjudi sesama bukan Islam. 


Satu lagi, MOF juga berisiko untuk disaman seperti mana tauke judi saman MB Sanusi sebab enggan keluarkan lesen judi padahal ada akta yang sudah membenarkan lesen judi dikeluarkan. 


Seperkara lagi, dalam AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 257 (26 APRIL 2016 M / 18 REJAB 1437 H), isu judi ini sudah ada panduan fatwanya. 


Soalannya: 


Adakah dibenarkan dalam Islam meluluskan lesen kedai judi dan kilang arak kerana menghormati hak perniagaan orang bukan Islam?


Jawapannya:


Pertama sekali kita perlu memahami hak-hak orang bukan Islam di dalam negara Islam. Jika suatu perkara itu sememangnya dibenarkan dalam agama bukan Islam, maka dibolehkan kerajaan Islam untuk membenarkan amalan tersebut dalam ruang lingkup orang bukan Islam itu sendiri. Perhatikan juga ada perkara yang tidak dibenarkan oleh agama itu sendiri seperti contoh zina, mencuri dan membunuh. Meskipun begitu jangan dibenarkan amalan itu berleluasa sehingga melebihi keperluan orang bukan Islam dan akhirnya mempengaruhi orang Islam. Berikut ada beberapa dawabit/prinsip yang perlu diperhatikan:


• Dibenarkan kepada orang bukan Islam sahaja

• Dibenarkan kepada orang bukan Islam dalam bentuk terhad

• Tidak dibenarkan kepada orang Islam untuk melibatkan diri dalam perniagaan tersebut.

• Kerajaan Islam bertanggungjawab untuk membuat menguatkuasakan undang-undang menghalang amalan ini dilakukan oleh orang Islam.


Isu kedua, cukai atas arak dan judi dibenarkan tetapi ulama khilaf dalam perlaksanaannya. Ada ulama berpendapat hendaklah cukai daripada arak dan judi itu diasingkan daripada cukai sumber yang halal dan cukai barangan haram digunakan untuk maslahah orang bukan Islam. Pendapat kedua, tidak perlu diasingkan dan wang cukai itu digunakan untuk maslahah umum.


https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1354-al-kafi-257-cukai-judi-dan-arak


Jadi adakah MB Sanusi lebih faqih daripada Mufti untuk mendosakan perbuatan yang bukan ada kaitan pun dengan orang Islam?






JAGA JAGA NEGERI KAMI ORANG NAK BUAT JUDI DAH...HABIS MELAYU JADI KAPIAQ.







 

IJAGA JAGA MENTERI PH....TAK PANDAI JAGA PENYOKONG.


Alif Kadir Al Katami.


 IKHLAS CAKAP LAA. Dari segi menjaga kebajikan, DSIS ni jauh lebih baik dari beberapa Menteri PH yg ana pernah jumpa setakat ini. Ini pengalaman ana sendiri. Jumpa DSIS depan-depan kat Pekan Sari Bera aje ni. Mintak tolong dia. Petang tu dia terus jemput ke rumah dia utk bincang & submit dokumen.






Selang 2 minggu, dia bagi surat menyatakan permohonan sudahpun diminitkan. Selang 2 minggu lagi, dipanggil utk penilaian. Tapi tak sempat sebab lepas tu parlimen bubar. Apapun, bab tolong orang ni DSIS memang terbaik. Rasanya pemimpin UMNO pun rata² mcm tu. 


Tak mcm PH. Pernah mintak tolong kat Menteri lagi. Ada sorang Menteri tu namanya Skuba (bukan nama sebenar), 2 kali mintak, 2 kali dia berjanji depan-depan. Semua kumpau. Rupanya bukan ana aje yg kena. Kengkawan ana pun sama. Janji pun janji yg sama. Satu sen tak guna.  


Kemudian 2 tahun lepas ana jumpa lak Menteri Kesihatan, nak bagi surat kawan aje. Surat nak mohon tukarkan adik dia. Dengan angkuhnya Menteri tak nak ambik pun surat tu. Alasannya sebab ana datang lambat. Padahal ana bukan jemputan VVIP pun. Datang tengah majlis & hulur surat tu ketika majlis masih berlangsung. Apa masalahnya?


Tu belum mesyuarat JKOM lagi. Dulu dalam mesyuarat siap tanya lagi ahli PKR mana? Kenapa? Masa ana mintak tolong DSIS, dia tak tanya pun ana ahli UMNO mana. Terus aje dia panggil ke rumah dia kat belakang Pejabat Tanah Bera tu. Yg memenangkan parti politik ni ialah PAP tau tak. Bukan ahli parti. Masa meeting JKOM tu tak berkelip ana kelentong Mr H. Selamba aje ana ckp yg ana ni ahli PKR Temerloh. Padan muka kena tipu.


Jadi, jgn salahkan rakyat kalau kalah nanti. Sendiri tak pandai jaga penyokong. Kami bukan mintak jongkong emas. Kami cuma minta perkara asas. Itupun tak boleh bantu kaa. Musuh bersalin kulit boleh lak. Ternak deepstate sampai buncit kekenyangan boleh lak. Tunggu laa nasib korang. Haaa...




TENGOK DIA NI PELAQ KE ORANG..HANG LAGI PELAQ...KERAJAAN MANA LULUS DAH ZAMAN MADANI..ZAMAN PARTI HANG JADI KERAJAAN LA LULUS...LAGI PELAQ...ARAK PUN KELUAQ JENAMA TIMAH.

 Hang ni pelaq betul la.... Lesen lesen yang ada di Kedah tu diluluskan oleh kawan kamu sendiri???






LAGI PEROLEHAN UNTUK TENTERA.

 


MMR


Sebanyak 7 buah kenderaan Vextor Light Tactical Troop Transporter hasil tangan buatan syarikat tempatan Cendana Auto Sdn Bhd yang sedang diuji sebelum diserahkan kepada Tentera Darat 









Kemungkinan kenderaan tersebut untuk 10 Briged Para kerana pada tahun 2024 Tentera Darat Malaysia rancangan perolehan Light Tactical Troop Transporter untuk kegunaan 10 Briged Para 


Perkara yang paling menarik di kenderaan ini ialah kekal dengan cat warna olive green tidak ada lagi cat tradisional celoreng 


📸 anugerahalambatangsi




SEMOGA LIYANA MARZUKI TIDAK MEMAAFKAN...KERANA FITNAH TELAH BEREDAR LAMA...TERUSKAN SAMAN...DEMI BERITA PALESU KENA SAMAN.

 


De De



Biar kita kurang upaya fizikal.. bukan kurang upaya Dari segi mental.. 


Untuk pengajaran.. sis Liyana Marzuki teruskan Saman... Puak pemfitnah ni lg dibagi muka lg kaki depa naik kemuka kita!!





FADLINA SIDEK LULUS JAMBATAN DEMI ANAK SEKOLAH DAN GURU




 Tular di media sosial perkongsian seorang guru yang memohon bantuan untuk membaiki laluan titi yang digunakan murid-murid setiap hari ke sekolah.






Guru berkenaan menjelaskan bantuan bot dan enjin sudah disediakan untuk kegunaan pelajar seberang tasik. Namun, ketika air surut, bot tidak dapat menghampiri tebing.


Permohonan itu kemudian mendapat respon pantas daripada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang memaklumkan beliau telah meminta JPN Pahang mengambil tindakan lanjut berhubung perkara tersebut.


#ohmedia #as





PUNYA BANYAK KENYATAAN KAMU MALAS BACA KAH.?


 

AKHLAK ??? DIA MANA ADA...KARAOKE...PELAQ SANA KEPALA BAPAK SINI....TU PERANGAI MB.


 

NI KAH AKHLAK SEORANG PEMIMPIN...MB PARTI ISLAM...


 

MASA ADA KUASA LUPA.


 

GAMAKNYA LA. ANAK ANAK PI JALAN JALAN..BELI PADA AYAH TANDA MATA....

 


Zainuddin Omar


Perasan tak mata wang yang dirampas itu datang dari negara-negara yang memang selalu menjadi destinasi percutian orang Malaysia seperti Switzerland, England, Jepun, New Zealand, Australia dan UAE?


.



Teringat pula dulu banyak gambar viral anak-anak ahli politik bergambar dalam kapal terbang first class, bercuti mewah di luar negara dan macam-macam lagi.


Kita traveller marhaen ni lain cerita.


Naik airline bajet, seat pun kadang-kadang tak boleh recline. Ahaks. 


****


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dakwaan tidak mengisytiharkan harta membabitkan wang berjumlah RM14 juta dan pelbagai mata wang asing lain, lima jongkong emas seberat lima kilogram, sekeping perak dan syiling emas.


Mata wang asing berkenaan terdiri daripada SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, €12.16 juta , ¥363 juta, £50,250, NZD44,600, Dirham Emiriah Arab Bersatu AED34.7 juta dan AUD$352,850.


Ismail Sabri yang memakai kemeja putih dan kot hitam, tenang sepanjang prosiding, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin.


"Faham, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan," katanya.


Ahli Parlimen Bera itu didakwa memberikan satu pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma Notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bertarikh 7 Januari 2025.


Notis berkenaan telah dihantar kepada beliau oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 10 Januari 2025, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A.


Beliau dengan itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM, yang membawa hukuman penjara

tidak melebihi lima tahun; dan didenda tidak melebihi RM 100,000.


    - BH





RANCHAK! BUDUZZAA!!!..M. SARAVANAN.. KATANYA.


 


RANCHAK! BUDUZZAA!!!


Clue: Nama bekas menteri tu bermula dengan huruf "M".




MAI CELAH MANA DUIT JUTA JUTA NI....

 


Che Ibrahim



Kalau kumpul semua pendapatannya sebagai YB, Menteri dan PM, mustahil harta terkumpulnya sebanyak itu. 


Jadi mari kok celah mana?? 

Kalau kata sakau marah pula...... Mungkin dia jong simpan pitis kawan kawan dia.




IYA...KENA KE PARTI KAMU..JUTA JUTA SAKAW PUN GAK APA...HABIS RAKYAT BAWAHAN SUMBAT LAM OENJARA..INGAT NEGARA SUA DARJAT KAH...

 



Aktivis UMNO, Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid menyifatkan tindakan terhadap beberapa tokoh yang disiasat berkaitan isu Tabung Haji sebagai satu bentuk “intimidasi”, malah mengaitkannya dengan pentadbiran yang didakwanya bersifat “kuku besi”.





Noor Azizan berkata demikian selepas hadir di Istana Kehakiman Putrajaya bagi memberikan sokongan kepada bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.


Menurutnya, tindakan membawa mereka ke mahkamah dengan memakai baju lokap SPRM dan bergari dilihat sebagai usaha untuk membuktikan naratif kononnya berlaku “sakau” dalam TH.


“Mungkin pada sesetengah orang ini merupakan kejayaan kepada Madani. Tetapi kepada sebahagian besar rakyat melihat ini merupakan satu lagi proses intimidasi ke atas musuh politik,” katanya.


Beliau kemudian mendakwa rakyat akan bangkit menentang apa yang disifatkannya sebagai “pentadbiran kuku besi dan tirani”.


Kenyataan itu menarik perhatian kerana penahanan dan permohonan reman merupakan sebahagian daripada proses siasatan, bukannya sabitan bersalah.


Siasatan belum selesai, mahkamah belum menentukan bersalah atau tidak, tetapi tindakan SPRM menyiasat individu yang dikaitkan dengan isu dibangkitkan RCI TH sudah dianggap sebagai “kuku besi”.


Dalam masa sama, individu yang disiasat tetap berhak kepada proses undang-undang yang adil dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.


#unofficialinfo





AKAI TAK DAK,,ADAB PUN TAK DAK....KEPALA BAPAK HANG......IKUT KATA SANUSI

 

Utuh Sugih Pang



𝒊𝒔𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌 𝒖𝒎𝒂𝒕 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒕𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑫𝑨𝑩𝑨𝑵, 𝒊𝒔𝒍𝒂𝒎 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒖𝒎𝒂𝒕.𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒂𝒈𝒂𝒓 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒈𝒂 𝒕𝒖𝒕𝒖𝒓 𝒌𝒂𝒕𝒂 𝒚an𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌.𝒎𝒆𝒏𝒚𝒊𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏, 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎 𝒂𝒑𝒂 𝒚an𝒈 𝒈𝒐𝒍𝒐𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒈𝒖𝒏𝒂 𝒑𝒂𝒌𝒂𝒊 𝒅𝒆𝒎𝒊 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒔𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒐𝒍𝒊𝒕𝒊𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒂𝒅𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒖𝒂𝒍 𝒎𝒂𝒓𝒖𝒂𝒉 𝒂𝒈𝒂𝒎𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒍𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒍𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅a𝒍a𝒎 𝒂𝒈𝒂𝒎𝒂 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒊𝒕𝒖 𝒏a𝒌 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒔𝒐𝒌𝒐𝒏𝒈??? 𝒇𝒊𝒌𝒊𝒓 𝒇𝒊𝒌𝒊𝒓 𝒅𝒆𝒎𝒊 𝒌𝒆 𝒖𝒎𝒂𝒕 𝒊𝒔𝒍𝒂𝒎 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒂𝒈𝒂𝒓 𝒋an𝒈a𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒔𝒆𝒔𝒂𝒕









"BN & PAS PASTI BERCERAI, SAYA DAH KATA AWAL2" ! KOMEN DATO LOKMAN !


 

ISWARDY RESPON KATA BEKAS KETUA AUDIT NEGARA "TIADA BUKTI PENYELEWENGAN TH,SAYA TAK FAHAM ERTI SAKAU


 

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Pelancaran Ekspo Inovasi Dan Pengkomersialan Negara (NICE 2026)


 

‘Depa nak bahas kat TikTok je’, netizen gelak PN mahu RCI baharu Tabung Haji

 


Desakan Perikatan Nasional (PN) supaya satu lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pentadbiran Tabung Haji (TH) mengundang sindiran netizen.

Ada yang menyindir pembangkang nampaknya lebih gemar “berbahas” di media sosial bukan dalam siding Dewan Rakyat.

Depa nak bahas kat TikTok je,” tulis seorang pengguna Facebook.

Sindiran itu muncul di ruangan komen hantaran pemerhati politik, Jason Yew yang mempersoalkan keperluan RCI baharu selepas laporan RCI TH sedia ada menjadi perhatian umum.

“Nak buat apa RCI Tabung Haji lagi? PN bukan nak bahas pun,” tulis Jason dalam hantaran tersebut.

Seorang lagi netizen, Habibah Yusoff pula mempersoalkan mengapa RCI baharu perlu diwujudkan ketika proses susulan terhadap RCI sedia ada masih berjalan.

“RCI sedia ada masih berjalan proses penyiasatannya, nak suruh buat lagi,” tulisnya sambil disertakan emoji ketawa.

Nada sama disuarakan Shu Mie yang menempelak cadangan membuka satu lagi RCI sebagai sesuatu yang hanya akan menambah kos jika dapatan sedia ada pun tidak dimanfaatkan untuk perbahasan secara serius.

“RCI sekarang pun tak terbahas… nak buka yang baru… buang duit je,” ujarnya.

‘Nak pusing’

Malah, seorang netizen mengingatkan bahawa tempoh yang menjadi perhatian dalam RCI terdahulu turut merangkumi zaman sebelum pentadbiran Kerajaan MADANI.

Lantas, beliau mempersoalkan mengapa dapatan berkenaan tidak sahaja dijawab terlebih dahulu.

“Yang lama kenapa tak betul ka? Yang lama masa PN memerintah jugak… nak pusing ka apa ni,” tulisnya.

Farizah Ismail pula menyindir sikap pihak tertentu yang hanya mahu menerima sesuatu dapatan apabila ia menepati selera politik mereka.

“Sampai kena dengan tekak depa, baru terima,” perlinya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penubuhan RCI baharu bagi menyiasat pentadbiran dan pengurusan TH bermula dari 2018 hingga kini penting bagi memastikan kedudukan dan integriti institusi itu terus dipertahankan secara telus dan adil.

“Kita menganggap perjuangan mempertahankan martabat dan integriti Tabung Haji ini ibarat kita perlu berjuang mempertahankan Baitulmaqdis.

“Mungkin ada kesalahan teknikal yang boleh dibaiki, tetapi bukanlah satu serangan yang menggambarkan seolah-olah institusi ini terjerumus dalam skandal begitu besar,” katanya.

Walau bagaimanapun, desakan PN itu bercanggah dengan tindakan wakil rakyat pembangkang yang keluar dari dewan semasa sidang khas bagi membincangkan Laporan RCI TH pada 11 Ogos lalu.






RUPA HODOH TAK PA..KALAU MULUT CAM PELAQ TU HARAMJADAH

 


Terdapat satu hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang menyatakan bahawa seburuk-buruk manusia adalah orang yang dijauhi atau ditinggalkan oleh orang lain kerana takut kepada ucapan yang keji, kotor, atau kejahatan lisannya.




𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 𝗛𝗜𝗡𝗔 “𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜” 𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 "𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔" 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗨𝗞𝗔𝗟

 

 𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 𝗛𝗜𝗡𝗔 “𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜” 𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 "𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔" 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗨𝗞𝗔𝗟






1. Sanusi hina Mursyidul Am "nak tunjuk pandai" secara terbuka dalam program tarbiah PAS, disambut dengan gelak serta takbir.
2. Mursyidul Am ni kira simbol 'Ulama Ranking Tertinggi' dalam PAS.
3. Bila ulama PAS dihina oleh pemimpin sendiri, walaun puji dan takbir. Bila rakyat kritik pemimpin PAS, ia dilabel “hina ulama” dan “hina Islam”. Ini hipokrit.
4. Inilah kesan bila PAS memakaikan gelaran “Ulama” dan “Tuan Guru” secara 'pukal' dan 'murah' dalam PAS.
5. ‘Mass production’ ini akibatkan inflasi nilai kepada institusi Ulama dan ini jenayah terhadap tradisi kesarjanaan Islam keseluruhannya.
6. Dalam sejarah Islam, ulama lahir secara minoriti, perlahan dan selektif di medan ilmu — bukan di pentas politik.
7. Inflasi itu telah mematikan makna kesarjanaan dan umat susah nak bezakan antara sarjana dan propagandis politik.
8. Ulama sepatutnya dikenali melalui karya, kitab² agung yang hidup berabad lamanya, tersebar ke seluruh dunia walaupun setelah kewafatan penulisnya.
9. "Ulama PAS" apa karya yang ada? kitab mereka jadi rujukan ilmuan seluruh dunia ke? atau hanya walaun yang baca? Soalan² ini sahaja mendedahkan kepalsuan status Ulama PAS.
10. PAS perkenalkan ‘ulama’ melalui ceramah politik dengan budaya label, takfir, nista, marah-marah dan wajah menghukum — bukan melalui wacana keilmuan, keterbukaan dan rahmah.
11. Akibatnya, status ulama telah direndahkan taraf—daripada autoriti moral kepada alat legitimasi politik, tukang ‘cop halal’ keputusan parti dan tukang cium tangan Sanusi.
12. Ulama tidak lagi menegur kuasa, tapi dijadikan perisai kepada pemimpin celupar, pelaku qazaf seperti Sanusi yang juga kaki karaoke.
13. Kalaulah ini nilai "ulama" sebenar dalam Islam, mencium tangan individu yang telah menghinanya, hina benar kedudukan "Ulama".
14. Budaya PAS ini merosakkan dua perkara serentak. Politik menjadi kebal daripada kritikan, ilmu pula diturunkan menjadi propaganda.
15. PAS dakwa mereka membela ulama, sebenarnya PAS telah memusnahkan maknanya. Simbol agama diperalat dan akhirnya dicurigai, bukan lagi dihormati.
16. Sebab itu, Islam sendiri membezakan antara Ulama Akhirat dan Ulama Jahat. Nas bukan hanya mengangkat martabat ulama, tetapi juga merendahkan mereka yang menjual agama demi dunia seperti anjing menjelirkan lidah.






ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH KELANTAN BUKAN UNDANG UNDANG ISLAM YANG TIDAK BOLEH DICABAR

 






Pas sekali lagi cuba menipu rakyat dengan balutan agama. Enakmen Kesalahan Syariah yang mereka cipta dibungkus dengan agama seolah olah satu undang undang syariah yang tidak boleh dikritik dan dicabar.

Sebelum ini Pas telah berjaya membungkus partinya dengan bungkusan agama sehingga dilihat Pas sebagai Islam dan Islam itu Pas, parti lain yang bukan Pas dianggap tidak Islam atau liberal.

Mereka seronok menghina Nik Elin Nik Rashid kerana mencabar undang undang ciptaan mereka wpun jelas enakmen ciptaan mereka itu bukan undang undang syariah, bahkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka lupa Nik Elin adalah ibu kepada anak anak yang menjadi sepupu kepada Sultan Kelantan. Menghina dan memaki Nik Elin adalah menghina ibu kepada anak anak saudara Bonda Sultan Kelantan.

Arwah ayahnya Nik Abdul Rashid adalah salah seorang Jkuasa Teknikal Undang Undang Syarak/Sivil Kebangsaan yang semasa itu dipengerusikan oleh Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim, salah seorang penggubal/penyemak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan (Enakmen Hudud Kelantan).

Ambo pernah mengikuti pembentangan Kertas Kerja arwah dalam tulisan tangan yang ditulis dengan tulisan jawi berkaitan cadangan Penubohan Baitul Mal dan Pusat Zakat dalam satu Mesyuarat Jkuasa Teknikal Undang Undang Syarak/Sivil Kebangsaan di Kota Kinabalu sekitar tahun 1993.






Saya nak tegoq sikit YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Sanusi Md Nor berkenaan isu ni.








Pertama sekali, saya pun tak suka judi. Kami tak sokong aktiviti yang boleh rosakkan masyarakat, terutama anak-anak muda.
Jadi jangan dok pusing cerita macam bila kami kritik kenyataan Sanusi, kami ni sokong judi. Tak. Kami pun tak mau judi. Apatah lagi nak mentekadarah hasil judi. Tapi soal kita tak suka judi dengan soal bidang kuasa undang-undang, itu dua benda berbeza.
Kerajaan Negeri Kedah sendiri yang bawa perkara ni ke mahkamah. Bila keputusan mahkamah tak menyebelahi Kerajaan Negeri, jangan pulak nama Perdana Menteri yang dipersalahkan.
Kalau keputusan dah dibuat oleh mahkamah, kita kena hormat. Kalau kamu nak perjuangkan pendirian Kerajaan Negeri, perjuangkanlah ikut saluran yang ada. Tak payah dok letak semua benda atas PMX.
Satu lagi, saya nak tegur bab bahasa.
Tak salah nak marah. Tak salah nak kritik Perdana Menteri. Kita pun dalam politik ni memang takkan setuju semua benda.
Tapi bila sampai guna perkataan macam “celaka” dan “pelaq”, saya rasa itu dah tak kena dengan kedudukan seorang Menteri Besar.
Kita boleh keras dalam politik, tapi bahasa tu biarlah ada batas. Menteri Besar bukan bercakap atas nama diri sendiri saja. Apa yang keluar dari mulut seorang Menteri Besar, rakyat tengok dan nilai.
Nak lawan hujah, lawan hujah. Nak kritik PMX, kritiklah.
Kalau tak setuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan, bagi sebab dan fakta.
Tak perlu maki hamun.
Kita orang Kedah ni memang jenis cakap terus terang. Tak salah pun. Tapi terus terang tak bermaksud kita kena buang adab.
Dan saya rasa rakyat Kedah pun boleh terima teguran yang keras kalau disampaikan dengan bahasa yang baik.
Jadi dalam isu judi ni, pendirian kami jelas kami tak suka judi dan kami tak sokong judi.
Tapi pada masa yang sama, kami tak setuju isu ni diputar sampai seolah-olah semua keputusan bergantung kepada Perdana Menteri.
Hormatilah keputusan mahkamah. Jaga bahasa. Jaga maruah jawatan.
Jangan dok berasa kita ja best!
Kita boleh berbeza politik tanpa hilang adab.

SOKONG WAN ROSDY DI PAHANG, BERSATU CARI JALAN SELEPAS GAGAL GANTI UMNO - PENGANALISIS

 









PETALING JAYA: 27 Ogos -- Sokongan dua Adun Bersatu kepada Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mungkin mencerminkan perubahan strategi parti itu selepas menyedari ia belum mampu menggantikan UMNO sebagai kuasa utama politik Melayu, kata penganalisis.
Syaza Shukri berkata Bersatu kini perlu berdepan realiti bahawa usaha itu tidak mencapai matlamat seperti diharapkan, lebih-lebih lagi selepas parti itu mencatat prestasi buruk pada PRN Johor dan Negeri Sembilan apabila kalah (55 calon hilang wang deposit) di semua kerusi ditandingi.
“Realitinya Bersatu memang tidak mampu menggantikan UMNO.
“Jadi kalau tidak boleh menewaskan UMNO mungkin pendekatannya bekerjasama dengan mereka,” kata penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada FMT.
Bagaimanapun, Syaza berkata langkah mendekati UMNO juga membawa risiko dan mungkin menjadikan Bersatu rakan ‘junior’ selain bersaing dalam ruang politik Melayu yang sama.
Semalam, Adun Kuala Sentul Jasri Jamaludin dan Adun Lepar Mohd Yazid Mohd Yunus menyokong kepimpinan Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO sehingga PRN akan datang.
Mereka menyatakan pendirian itu sudah dipersetujui pucuk pimpinan Bersatu, mengambil kira keperluan menjamin kestabilan politik negeri.
Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata sokongan itu menjadi lebih signifikan kerana ia mendapat restu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Beliau juga berkata perkembangan itu perlu dilihat dalam konteks kedudukan Bersatu yang kecil dalam Perikatan Nasional (PN) Pahang berbanding PAS yang mempunyai 15 Adun.
Walaupun keduanya dalam PN, namun PAS telah memutuskan hubungan dengan Bersatu.
“Kedudukan parti itu semakin tersepit dalam gabungan berkenaan,” kata Azmi.
Mazlan Ali pula berpandangan langkah itu bukan semata-mata berkaitan isu peruntukan kawasan kerana jika faktor itu menjadi punca, perubahan pendirian mungkin berlaku lebih awal seperti berlaku terhadap beberapa Ahli Parlimen Bersatu di peringkat Persekutuan.
“Tindakan itu lebih kepada mesej politik bahawa Bersatu mahu menunjukkan ia masih mempunyai ruang untuk bekerjasama di luar PN.
“Mungkin juga isyarat awal Bersatu mahu membuka hubungan dengan kerajaan perpaduan khususnya Pakatan Harapan (PH),” kata penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.
Pada PRU15, BN yang menang 17 DUN membentuk kerajaan Pahang bersama PH dengan tujuh kerusi.