BACA KRONOLOGI- RCI Tabung Haji: Mudahnya Takiyuddin, Idris Ahmad, Marzuk dan Akmal Saleh ni lupa?

 

Syam Ghaz









1. RCI ni juga hasil tangan mereka, kini mereka mempersoalkan balik?
2. Biar poster di bawah berbicara lah.
3. RCI Tabung Haji ditubuhkan ketika mereka berada dalam kerajaan dulu. Lihat time frame.
4. Dato’ Takiyuddin yang kata RCI ni dimanipulasi adalah Menteri Undang-Undang ketika Kabinet bersetuju menubuhkan RCI pada 14 Julai 2021 kan?
5. Marzuk Shaary kata tak jumpa sakau pula adalah Timbalan Menteri Agama masa tu kan?
6. Dato’ Idris Ahmad kata kenapa dedah sekarang, masa RCI tengah berjalan dulu dia adalah Menteri Agama kan?
7. Mudah sangat mereka lupa, demi politik sempit, nak ‘sucikan’ si pesalah lagi ke? Dalil apa pula nak guna?
8. RCI siap masa kamu berkuasa dulu, laporan dipersembahkan kepada YDPA pada 30 Ogos 2022, tapi tak didedahkan kepada umum masa tu. Kenapa? PRU15 pula hanya beberapa bulan selepas itu?
9. Kini Kerajaan Madani dedahkan apa yang dibuat dulu ja, ambil sikap bertanggungjawab, lindungi TH dan bina balik Tabung Haji sampai boleh buat untung macam sekarang.
10. Lihat data ini, rujuk penyata rasmi Tabung Haji:
Sejak penstrukturan 2018, agihan keuntungan TH ialah:
• 2018 RM923j (1.25%)
• 2019 RM2.14b (3.05%)
• 2020 RM2.242b (3.10%)
• 2021 RM2.455b (3.10%)
• 2022 RM2.644b (3.10%)
• 2023 RM2.716b (3.10%)
• 2024 RM2.919b (3.25%)
• 2025 RM3.22b (3.50%)
Jumlah agihan keuntungan sekitar RM19.26 bilion, dalam kurungan itu kadar agihan keuntungan.
Sumber: Laporan Tahunan & kenyataan rasmi TH.
11. Kini jelas Tabung Haji semakin kukuh. Zaman Kerajaan Madani pimpinan PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kadar agihan keuntungan meningkat daripada 3.10% (2023), 3.25% (2024) kepada 3.50% (2025), kadar tertinggi dalam tempoh 8 tahun.
12. Apa lagi salah? Kedudukan Tabung Haji makin kukuh, simpanan lebih 9.7 juta pendeposit terus dilindungi.
13. Malah 2023–2026: TH raih 5 Anugerah Labaytum, termasuk Labaytum Diamond 2025 & 2026, pengiktirafan berprestij Arab Saudi untuk pengurusan jemaah haji. Tidak dinafikan sebelum ini jika ada.
14. Akmal Saleh nak buat RCI lagi? Teruskanlah jika masih nak berpolitik. Jika macam tu elok buat RCI sejak 1995 sampai 2026! Bongkar semua sekali, tangkap habis-habisan siapa jahanamkan Tabung untuk jemaah nak pergi tunaikan haji, Rukun Islam ke-5. Termasuk semua skali yang terlibat.
15. Nak berpolitik dan nak salah-menyalahkan lagi? Rosak politik parti mengaku Melayu-Islam macam ni jika tiada adab dalam perbezaan pendapat! Tidak konstruktif dan membina, bersatu untuk SAVE TABUNG HAJI!
16. Tak habis-habis nak berpolitik jatuh-menjatuhkan, tidak malukah kepada bukan Islam? Sepatutnya kita sama-sama sokong SPRM dan PDRM zaman Madani buat kerja, buru sampai ke lubang cacing pengkhianat yang telah jahanamkan amanah lebih 9.7 juta orang pendeposit Melayu Islam tu.
16. Bukannya sibuk cari salah Kerajaan Madani yang berani dedahkan salah laku dalam RCI Tabung Haji, tapi pada masa sama cuba ‘back up’ si pelaku!
17. Setakat 26 Ogos, sekurang-kurangnya 10 tangkapan telah dilaporkan SPRM dalam siasatan susulan RCI TH, termasuk bekas CEO TH, bekas Pengerusi TH dan bekas KSU Perbendaharaan
18. Kes ini sudah ada tindakan, bukan lagi kepada perbahasan politik, fasa siasatan dan tindakan telah bermula.
19. Itu tanda Kerajaan Madani pimpinan PMX Dato Seri Anwar Ibrahim telah buat kerja lindungi Tabung Haji, berani tegakkan kebenaran walaupun dikritik lawan dan kawan, lawan kebatilan dan puak kaki rasuah yang telah hancurkan Tabung Haji dulu. Kata dikota!
20. Apa pun, RCI ini ditubuhkan secara rasmi ketika kerajaan terdahulu. Ahli-ahli RCI dilantik pada 20 Januari 2022 dan laporan RCI dipersembahkan kepada YDPA pada 30 Ogos 2022. RCI ini telah dedahkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014–2020.
21. TH sendiri mengesahkan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan telah menangani kerugian pelaburan RM12.6 bilion, iaitu RM10 bilion melalui Pelan Pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga hujung 2025. Jangan menafikan apa yang dah lepas, hukum siapa yang bersalah dan move foward ke depan!
22. Polis dan SPRM telah bertindak, PDRM siasat bawah Kanun Keseksaan, Akta TH 1995, Akta Syarikat 1965 & AMLA 2001.
23. SPRM pula bawah Akta SPRM 2009 termasuk Seksyen 17(a) serta AMLA 2001. sekarang biar mereka disiasat dan biar Mahkamah buat keputusan.
24. Kita doakan pada Allah SWT, agar Allah SWT balas terhadap semua pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap amanah lebih 9.7 juta pendeposit TH di Malaysia.
25. Jangan sesekali bela kaki rasuah dan pengkhianat Tabung Haji.
Allahuakbar!!!
Syam Ghaz
Credit poster: Mz Nazril.








No comments: