MB Kedah dilaporkan berkata,
“Doa tiap-tiap hari, sebut nama dia bagi dia mati pecah perut. Boleh tak buat gitu? Saya rasa boleh, sebab dia jahat. Kita dah tak terdaya. Kerana hang (kamu) kaya, dunia ni siapa kaya depa ada kuasa. Orang-orang ada kuasa bergantung kaki kepada orang kaya,”
“MOF bagi sebab depa (tauke judi) bayar. Rosak tak rosak orang ramai, depa tak kira, janji dapat duit. Bola ada ditangan Menteri Kewangan yang semua orang dah kenal, sama ada nak lulus atau tak lulus.
“Kalau lulus, memang bawa celaka kepada orang Kedah. Kalau tak lulus, hang tolong kami dalam membanteras, dosa besar ini,”
https://harakahdaily.net/2026/08/27/politikus-ada-kuasa-bergantung-di-kaki-orang-kaya-itu/
Ada dua masalah dalam kenyataan MB Sanusi ini.
1. MB Sanusi seperti galakkan orang untuk baca doa pecah perut kepada seseorang. Siapa itu kita tidak tahu. Puncanya kerana katanya ada seorang tauke yang sponsor untuk bawa kes judi Kedah ini ke Mahkamah. Ini masalahnya apabila terlalu khawarij dan ektrem dalam berfikir dan bertindak serta memaksa orang lain ikut fahaman Islam yang ekstrem.
Hak untuk bawa kes ke Mahkamah ini adalah hak sivil. Hak ini dijamin di bawah Perlembagaan. Sesiapa boleh bawa kes Mahkamah. Sifat Mahkamah adalah sebagai tempat mengadu dan Mahkamah membuat keputusan. Apabila Mahkamah buat keputusan, semua orang akan terikat.
Apabila MB Sanusi mengertak orang sebegitu, MB Sanusi sudah tidak hormat Mahkamah. MB Sanusi pun bukan tidak pernah failkan kes ke Mahkamah. Banyak kali juga dia saman orang lain ke Mahkamah. Jadi adakah orang yang disaman itu boleh juga doa kepada MB Sanusi supaya pecah perut?
2. MB Sanusi marah kat MOF sebab keluarkan lesen judi kepada tauke judi. Akta yang mengawal aktiviti judi ini adalah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Loteri 1952. Akta ini sudah wujud sebelum merdeka lagi. Maknanya, orang bukan Islam sudah dibenarkan berjudi sesama bukan Islam berdekad-dekad lamanya. MB Sanusi waktu itu pun belum lahir lagi. Jadi adakah salah MOF sekarang jika MOF tidak keluarkan lesen judi kepada bukan Islam untuk berjudi sesama bukan Islam.
Satu lagi, MOF juga berisiko untuk disaman seperti mana tauke judi saman MB Sanusi sebab enggan keluarkan lesen judi padahal ada akta yang sudah membenarkan lesen judi dikeluarkan.
Seperkara lagi, dalam AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 257 (26 APRIL 2016 M / 18 REJAB 1437 H), isu judi ini sudah ada panduan fatwanya.
Soalannya:
Adakah dibenarkan dalam Islam meluluskan lesen kedai judi dan kilang arak kerana menghormati hak perniagaan orang bukan Islam?
Jawapannya:
Pertama sekali kita perlu memahami hak-hak orang bukan Islam di dalam negara Islam. Jika suatu perkara itu sememangnya dibenarkan dalam agama bukan Islam, maka dibolehkan kerajaan Islam untuk membenarkan amalan tersebut dalam ruang lingkup orang bukan Islam itu sendiri. Perhatikan juga ada perkara yang tidak dibenarkan oleh agama itu sendiri seperti contoh zina, mencuri dan membunuh. Meskipun begitu jangan dibenarkan amalan itu berleluasa sehingga melebihi keperluan orang bukan Islam dan akhirnya mempengaruhi orang Islam. Berikut ada beberapa dawabit/prinsip yang perlu diperhatikan:
• Dibenarkan kepada orang bukan Islam sahaja
• Dibenarkan kepada orang bukan Islam dalam bentuk terhad
• Tidak dibenarkan kepada orang Islam untuk melibatkan diri dalam perniagaan tersebut.
• Kerajaan Islam bertanggungjawab untuk membuat menguatkuasakan undang-undang menghalang amalan ini dilakukan oleh orang Islam.
Isu kedua, cukai atas arak dan judi dibenarkan tetapi ulama khilaf dalam perlaksanaannya. Ada ulama berpendapat hendaklah cukai daripada arak dan judi itu diasingkan daripada cukai sumber yang halal dan cukai barangan haram digunakan untuk maslahah orang bukan Islam. Pendapat kedua, tidak perlu diasingkan dan wang cukai itu digunakan untuk maslahah umum.
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1354-al-kafi-257-cukai-judi-dan-arak
Jadi adakah MB Sanusi lebih faqih daripada Mufti untuk mendosakan perbuatan yang bukan ada kaitan pun dengan orang Islam?








No comments:
Post a Comment