𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 𝗛𝗜𝗡𝗔 “𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜” 𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 "𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔" 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗨𝗞𝗔𝗟
1. Sanusi hina Mursyidul Am "nak tunjuk pandai" secara terbuka dalam program tarbiah PAS, disambut dengan gelak serta takbir.
2. Mursyidul Am ni kira simbol 'Ulama Ranking Tertinggi' dalam PAS.
3. Bila ulama PAS dihina oleh pemimpin sendiri, walaun puji dan takbir. Bila rakyat kritik pemimpin PAS, ia dilabel “hina ulama” dan “hina Islam”. Ini hipokrit.
4. Inilah kesan bila PAS memakaikan gelaran “Ulama” dan “Tuan Guru” secara 'pukal' dan 'murah' dalam PAS.
5. ‘Mass production’ ini akibatkan inflasi nilai kepada institusi Ulama dan ini jenayah terhadap tradisi kesarjanaan Islam keseluruhannya.
6. Dalam sejarah Islam, ulama lahir secara minoriti, perlahan dan selektif di medan ilmu — bukan di pentas politik.
7. Inflasi itu telah mematikan makna kesarjanaan dan umat susah nak bezakan antara sarjana dan propagandis politik.
8. Ulama sepatutnya dikenali melalui karya, kitab² agung yang hidup berabad lamanya, tersebar ke seluruh dunia walaupun setelah kewafatan penulisnya.
9. "Ulama PAS" apa karya yang ada? kitab mereka jadi rujukan ilmuan seluruh dunia ke? atau hanya walaun yang baca? Soalan² ini sahaja mendedahkan kepalsuan status Ulama PAS.
10. PAS perkenalkan ‘ulama’ melalui ceramah politik dengan budaya label, takfir, nista, marah-marah dan wajah menghukum — bukan melalui wacana keilmuan, keterbukaan dan rahmah.
11. Akibatnya, status ulama telah direndahkan taraf—daripada autoriti moral kepada alat legitimasi politik, tukang ‘cop halal’ keputusan parti dan tukang cium tangan Sanusi.
12. Ulama tidak lagi menegur kuasa, tapi dijadikan perisai kepada pemimpin celupar, pelaku qazaf seperti Sanusi yang juga kaki karaoke.
13. Kalaulah ini nilai "ulama" sebenar dalam Islam, mencium tangan individu yang telah menghinanya, hina benar kedudukan "Ulama".
14. Budaya PAS ini merosakkan dua perkara serentak. Politik menjadi kebal daripada kritikan, ilmu pula diturunkan menjadi propaganda.
15. PAS dakwa mereka membela ulama, sebenarnya PAS telah memusnahkan maknanya. Simbol agama diperalat dan akhirnya dicurigai, bukan lagi dihormati.
16. Sebab itu, Islam sendiri membezakan antara Ulama Akhirat dan Ulama Jahat. Nas bukan hanya mengangkat martabat ulama, tetapi juga merendahkan mereka yang menjual agama demi dunia seperti anjing menjelirkan lidah.
No comments:
Post a Comment