PASMA Untuk Ganti PAS Dalam Pakatan Rakyat-Penubuhan PASMA Kelantan tiada masaalah
Penubuhan PASMA adalah tersangat penting.
Tampaknya kumpulan pro Pakatan Rakyat dlm PAS kemungkinan besar akan mengalami kekalahan teruk dlm pemilihan 2015 kelak.
Makanya, PASMA kelak akan menggantikan PAS apabila PAS keluar PR dan menyertai UMNO atau BN.
Mengikut mereka2 yang
berpengalaman, apabila PAS menyertai kerajaan campuran 1972 lepas,
mereka yang tidak bersetuju agak ramai. Lebih 40% dari PAS pada masa itu
telah tidak bersetuju.
Kesilapannya adalah mereka2 ini mengambil sikap berdiam diri dan bertawaqquf.
Sepatutnya 40% ini keluar dari PAS dan menubuhkan parti Islam yang baru.
Apabila mereka2 ini bertawaquf maka momentum penentangan terhadap UMNO menjadi kendur dlm masyarakat Melayu.
UMNO berjaya membina
semula kekuatan mereka dalam keadaan hampir tiada tentangan sama sekali,
PASMA kelak akan menjadi wadah yang memastikan momentum penentangan
terhadap UMNO diteruskan di kalangan masyarakat Melayu dlm keadaan PAS
bersama dgn UMNO.
JAngan mengulangi kesilapan mereka yang menentang penyertaan PAS ke BN tahun 1972 yang lepas.
Dengan mendiamkan diri dan bertawaqquf telah menyebabkan UMNO berjaya membina kekuatan mereka semula.
PASMA akan menghalang UMNO pulih semula walaupun PAS telah menyertai UMNO/BArisan Nasional
TULANG BESI
Tiada halangan lancar Pasma Kelantan
Che Ibrahim Mohamed
KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed
menyatakan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk melancarkan
NGO itu di sini tidak lama lagi.
Menurutnya, desas-desus mengatakan Pas Kelantan menolak Pasma adalah tidak benar memandangkan tidak ada ketetapan dikeluarkan dari pihak Pas Kelantan walaupun Mesyuarat Badan Perhubungan parti itu telah diadakan baru-baru ini.
“Mereka (Pas Kelantan) tidak ada kata apa-apa pun tentang pelancaran Pasma ini, malah kita tidak mendapat apa-apa maklumat sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa Pas Kelantan tidak menerima Pasma di sini.
“Buat masa sekarang ini kita tidak mendapat apa-apa maklumat rasmi mengenai perkara tersebut,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik
Muhammad Zawawi Nik Salleh yang menasihati penyokong parti supaya tidak
terlibat dengan Pasma.Menurutnya, desas-desus mengatakan Pas Kelantan menolak Pasma adalah tidak benar memandangkan tidak ada ketetapan dikeluarkan dari pihak Pas Kelantan walaupun Mesyuarat Badan Perhubungan parti itu telah diadakan baru-baru ini.
“Mereka (Pas Kelantan) tidak ada kata apa-apa pun tentang pelancaran Pasma ini, malah kita tidak mendapat apa-apa maklumat sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa Pas Kelantan tidak menerima Pasma di sini.
“Buat masa sekarang ini kita tidak mendapat apa-apa maklumat rasmi mengenai perkara tersebut,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya
Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya- alhusseyn
Kemelut menteri besar Selangor selama beberapa bulan yang berakhir dengan pelantikan Azmin Ali pada 23 September itu dikatakan menyebabkan krisis teruk dalam kepemimpinan PAS hingga mengakibatkan parti itu kini berpecah kepada lebih daripada dua kumpulan, dan sudah ada pihak yang menuntut presidennya berundur.
Tentulah bukan kemelut atau krisis menteri besar Selangor (MBS) itu yang menjadi faktor berpecahnya parti PAS, ‘kan!
Kemelut itu hanya
menjadi sebab terpecahnya bisul yang sudah lama menanah dan hanya
menunggu masa untuk pecah sahaja. Ia suatu kebetulan saja. Faktor
sebenarnya bukan itu.
Lalu apakah faktor
sebenarnya? Untuk mengetahui faktor sebenarnya tidaklah begitu susah.
Lihatlah kepada apa yang heboh diperkatakan di kalangan dalaman PAS
sejak sebelum kemelut MBS itu dan juga selepasnya. Perkara yang heboh
diperkatakan itu ialah mengenai hal kepemimpinan ulama dan bukan ulama
di dalam PAS. Itulah yang heboh diperkatakan sejak sekian lama
(tiga-empat tahun atau lebih) sebelum tercetusnya kemelut MBS itu dan
masih diperkatakan hingga ke hari ini.
Namun faktor sebenarnya
pun bukanlah kepemimpinan ulama itu sendiri. Kepemimpinan ulama di
dalam PAS yang bermula dengan era kepemimpinan Yusuf Rawa itu tidak
pernah menjadi masalah.
Yang menimbulkan
masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai
berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan
ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai
mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun
melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka.
Di situlah bermulanya
bibit-bibit perpecahan yang sekarang sedang membarah di dalam organisasi
parti itu. Ia mencapai puncaknya apabila PAS enggan menyatakan
persetujuannya dengan keputusan PKR dan DAP melantik Presiden PKR, Datuk
Seri Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim.
Keengganan PAS atau
lebih tepatnya keengganan Presiden PAS, Dauk Seri Abdul Hadi Awang itu
kurang disenangi sebahagian pimpinan PAS khasnya mereka yang bukan
golongan ulama. Dan pernyataan kurang bersetuju golongan ini telah
mendapat reaksi yang agak keras pula daripada golongan ulama yang
semakin menampakkan sokongan mereka kepada keputusan Presiden itu.
Ada pelbagai analisa
mengenai sebab-sebab mengapa Hadi tidak bersetuju dengan pelantikan Dr
Wan Azizah. Antaranya timbullah cerita yang hubungan beliau dengan Datuk
Seri Anwar Ibrahim memang sudah lama tidak mesra dan tidak sehaluan.
(Sebab apa? Saya fikir lebih baik kita tak usah sentuh hal itu).
Maka saya ingin kembali
kepada hal tadi – golongan ulama dan bukan ulama di dalam PAS.
Alkisahnya kemasukan golongan bukan ulama khususnya profesional ke dalam
PAS berlaku secara agak besar di zaman Reformasi, iaitu zaman
kebangkitan rakyat berikutan Anwar dizalimi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
(1998), dan zaman yang menyaksikan kegemilangan pimpinan Datuk Fadzil
Noor sebagai Presiden PAS
Ustaz Fadzil waktu itu
mengalu-alukan kemasukan para profesional dan intelektual menjadi ahli
PAS. Bahkan sikapnya yang terbuka dan sanggup mengambil risiko membawa
PAS berjuang menuntut keadilan buat Anwar itu adalah faktor utama
mengapa ramai golongan profesional dan intelektual masuk PAS. Dan itulah
juga faktornya yang mengubah pandangan negatif masyarakat bukan Islam
terhadap PAS menjadi positif.
PAS sejak peristiwa
Reformasi di zaman Ustaz Fadzil itu sudah mendapat wajahnya yang baru,
tanpa mengubah dasar kepimpinan ulamanya. Saya sempat beberapa kali
bersama dengan Ustaz Fadzil dalam pentas ceramah (saya baca puisi),
majlis makan malam dan sesi wawancara untuk majalah Detik.
Masih ingat lagi dalam
sesi wawancara itu saya bertanya apakah mungkin pada suatu hari nanti
PAS akan dipimpin oleh presiden yang bukan ulama? Tanpa teragak-agak
beliau menjawab: Ya, mungkin.
Lalu bagaimana dengan
dasar kepimpinan ulama? Tanya saya. Dan jawapan Ustaz Fadzil kepada
soalan inilah yang kembali bangkit dalam memori saya sebagai reaksi
kepada kempen golongan ulama PAS hari ini yang cuba mengawal
seboleh-bolehnya agar semua pimpinan PAS peringkat atasan terdiri
daripada golongan ulama.
Apa jawapan Ustaz
Fadzil itu? Jawabnya: Dasar kepimpinan ulama di dalam PAS bukan bermakna
yang presiden PAS semestinya ulama, dan orang yang bukan ulama tidak
boleh sama sekali menjadi Presiden PAS walaupun dia layak dan mendapat
kepercayaan ahli-ahli.
Jelas Ustaz Fadzil
lagi: PAS sudah menetapkan dasar-dasarnya dan PAS mempunyai Majlis Syura
Ulama yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar kepimpinan ulama di
dalam PAS. Siapa sahaja yang menjadi presiden mesti patuhi dasar-dasar
tersebut dan mesti tunaikan amanah ahli-ahli PAS kepadanya agar
melaksanakan dasar-dasar Islam yang telah termaktub; manakala yang
memerlukan ijtihad pula akan dilakukan oleh Majlis Syura.
Lebih kurang begitulah
penjelasannya. Kita boleh dapatkan penjelasan tersebut secara verbatim
kalau kita merujuk kepada majalah Detik yang berkenaan. Saya tidak ingat
lagi tarikhnya dan saya pun tidak simpan naskah tersebut. Tetapi saya
pasti dan positif, begitulah yang dimaksudkan.
Hal ini telah pun saya
nyatakan kepada beberapa orang kawan apabila ditimbulkan perkara krisis
atau konflik antara ulama dan profesional di dalam PAS sejak pemergian
Ustaz Fadzil ke alam baqa, dan jawatan presiden itu disandang oleh Hadi.
Soalnya, kenapakah
golongan ulama di dalam PAS selepas era Ustaz Fadzil menjadi tidak mesra
dengan golongan yang bukan ulama sebagai pemimpin?
Kalau Ustaz Fadzil
pernah menegaskan demikian mengenai dasar kepimpinan ulama itu, maka
siapakah pula yang membuat tafsiran berbeza daripada itu selepas
ketiadaan beliau? Dan kenapakah pula terjadi demikian?
Saya kira masalahnya
ialah masalah keyakinan diri. Ustaz Fadzil begitu sekali percaya dan
yakin kepada struktur dan sistem kepimpinan dalam organisasi PAS yang
dipimpinnya, menyebabkan dia tidak sedikit pun bimbang kepada masa depan
kepimpinan ulama di dalam PAS.
Dan tidak kurang
pentingnya ialah keyakinan diri yang ada pada pada ulama dalam
kepimpinan PAS waktu itu, khasnya mereka yang menduduki Majlis Syura
Ulama. Keyakinan diri itu menyebabkan tidak timbul kebimbangan atau rasa
terancam oleh kehadiran ramai golongan profesional.
Apabila golongan ulama
melancarkan kempen (ala-ala Umno itu) untuk mengawal dan memastikan agar
calon-calon dari kalangan mereka yang dilantik ke jawatan atasan dalam
pimpinan, itu jelas menunjukkan bukan sahaja mereka kurang yakin dengan
kelayakan mereka sendiri tetapi juga menunjukkan bahawa mereka
mendahulukan kepentingkan politik lebih daripada kepentingan agama.
Maka di situlah
bermulanya kecelaruan di dalam kepemimpinan PAS. Dan apabila itu berlaku
di kalangan ahli-ahli Majlis Syura Ulama sendiri maka bayangkanlah. Ia
umpama virus yang merosakkan. Tidak hairanlah hari ini imej ulama pada
keseluruhannya begitu menyedihkan sekali. Masyarakat seperti sudah
hilang kepercayaan kepada ulama.
Sesungguhnya ini suatu
tragedi yang perlu segera disembuhkan. Kembalilah segera kepada
kepentingan agama, dan kurangkanlah berpolitik di dalam parti. – 5
Disember, 2014.sumber
GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?
(5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?
(5 GAMBAR)
GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK
SIAPA? | Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub
sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori
terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8
Mac lepas.
Bagaimanapun,
satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan
bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.
Pesawat itu
dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan
Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh
jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan
Four X-Ray Team di Israel.
Pemeriksaan
lanjut Mynewshub.cc mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera
lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan
diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.
Pesawat jenis
Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah
syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan
22 orang penumpang.
Pendaftarannya
dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh
pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan
FlightAware.com.
Pemeriksaan
lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di
beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang
Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau
Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di
Subang.
Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.
Persoalan
timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan
terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di
Israel.
Gambar pesawat
berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan
penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.
Amat diharap,
pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini
membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010
SUMBER: http://www.taikotai.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)