RINA HAMZAH
MAHATHIR MAHU JADI PM LAGI "KERANA RAKYAT"?
MAKA DIA PERLU MENJAWAB TENTANG BANTUAN-BANTUAN ISTIMEWA KEPADA
ANAKNYA MOKHZANI DAN ANAK SAUDARANYA AHMAD RAZLAN AHMAD RAZALI SEWAKTU MENJADI
PM KE-7 ANTARA MEI 2018 DAN FENRUARI 2020.
IA PERSOALAN MUDAH UNTUK DITIMBULKAN.
PERTAMA, KITA PERLU SEDAR BAHAWA MOKHZANI MENJADI PENGERUSI
SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT ATAU SIC, SALAH SATU PROJEK MEGA SEWAKTU MAHATHIR
MENJADI PM KE-4 DAHULU.
TIDAK CUKUP DENGAN ITU, ANAK SAUDARANYA RAZLAN, IAITU ANAK
KEPADA ALLAHYARHAM TAN SRI AHMAD RAZALI MOHD ALI, BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR
YANG JUGA ABANG KEPADA TUN DR SITI HASMAH, ISTERI MAHATHIR, TELAH DILANTIK
MENJADI CEO SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT SEJAK 2009 HINGGA KE 2018.
HARUS DILIHAT DARI DOKUMEN INI, IAITU PETIKAN DARI LAPORAN
KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2019 UNTUK SIC.
BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL, TETAPI DI SINI KITA CUMA MINTA
MAHATHIR MENJAWAB DUA SAHAJA DAHULU.
1. BAILOUT SEBANYAK RM170 JUTA BAGI MENAMPUNG KOS PEMBAYARAN
CUKAI TERTUNGGAK SIC ANTARA 2010 HINGGA 2017.
MENURUT DOKUMEN INI, SIC GAGAL MEMBAYAR CUKAI WALAU SETAHUN PUN
SEDANGKAN PADA ERA ITU LITAR LUMBA ITU MENJADI HOS KEPADA ACARA MEGA FORMULA 1
DAN JUGA MOTOGP DAN MENDAPAT SUNTIKAN DANA KERAJAAN TAHUNAN UNTUK MENAMPUNG
SEGALA PERBELANJAAN. MALAH RAZLAN SENDIRI PERNAH BEBERAPA KALI MUNCUL DI MEDIA
MENGATAKAN SIC TIDAK MENGALAMI KERUGIAN MALAH UNTUNG.
JADI KENAPA TIDAK MEMBAYAR TUNGGAKAN CUKAI?
PADA 2018, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MEMULAKAN PROSES MENGUTIP
CUKAI TERTUNGGAK DARI SIC SEBANYAK RM73,143,986.00 (RM73.1 JUTA).
KITA HARUS INGAT, PADA MEI 2018 MAHATHIR TELAH MENAIKI TAKHTA
SEKALI LAGI SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN SECARA AJAIB JUGA, SEPERTI
DOKUMEN DILAMPIRKAN, GERAN KERAJAAN KEPADA SIC TELAH MENINGKAT SEBANYAK RM71
JUTA KEPADA RM171 JUTA UNTUK TAHUN 2019, BERBANDING HANYA RM99 JUTA PADA TAHUN
2018.
APAKAH INI TIDAK NAMPAK SEPERTI MENUTUP LUBANG YANG DIGALI OLEH
MOKHZANI?
2. RAZLAN JUGA NAMPAKNYA TIDAK MAHU KETINGGALAN DENGAN
SEPUPUNYA. DIA TELAH MEWUJUDKAN PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM ATAU SRT
YANG DIMILIKI OLEH SIC, YANG AKHIR-AKHIR INI BANYAK MENDAPAT KRITIKAN DAN
DIHENTAM OLEH NETIZEN SEBAGAI SATU PROJEK YANG TIDAK MENEPATI PELAN ASAL
SEBAGAI PLATFORM PEMBANGUNAN UNTUK PELUMBA TEMPATAN DIBAWA KE PENTAS DUNIA. SEBALIKNYA
RAZLAN MEMBUANG PELUMBA TEMPATAN DAN MEMBUAT KENYATAAN DI MEDIA BAHAWA SEMUANYA
TIDAK LAYAK DAN BELUM SAMPAI KE TAHAP YANG MEMUASKAN UNTUK DI BAWA KE PENTAS
DUNIA. MANA JANJI DIA UNTUK MENGGILAP PELUMBA TEMPATAN?
TAPI BUKAN ITU YANG KITA MAHU BINCANGKAN.
LIHAT LAMPIRAN.
BAJET UNTUK SEPANG RACING TEAM DI BAWAH KENDALIAN RAZLAN JUGA
SEPERTI MENDAPAT KEAJAIBAN SENTUHAN PERDANA MENTERI, DI MANA DARI RM12 JUTA
PADA TAHUN 2018, IA MELONJAK KE RM73 JUTA PADA 2019. BAJET INI MASUK DARIPADA
PETRONAS DAN AGAK PELIK JUGA DALAM ERA INI PENGERUSI PETRONAS TURUT MELETAKKAN
JAWATANNYA.
TIDAK HAIRANLAH KENAPA RAZLAN MENGOSONGKAN KERUSI CEO SIC PADA
2018 UNTUK MEMBERI FOKUS SEBAGAI PENGENDALI PASUKAN SRT INI. DURIAN RUNTUH
SUDAH MAU DATANG.
JUGA PERLU DITERANGKAN IALAH SIC ADALAH SEBUAH AGENSI YANG
DILETAKKAN PEMILIKKANNYA DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN. MAKA, MENTERI KEWANGAN
PAKATAN HARAPAN IAITU LIM GUAN ENG, JUGA PERLU MENJAWAB APAKAH BELIAU MENERIMA
ARAHAN ISTIMEWA DARI PERDANA MENTERI UNTUK MELULUSKAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN
SEPERTI INI.
JADI JIKA BENAR MAHATHIR MENGUMUMKAN BAHAWA DIA PERLU MENJADI
PERDANA MENTERI KERAJAAN INTERIM KERANA RAKYAT DAN OLEH KERANA RAKYAT SANGAT
TERDESAK DAN MEMERLUKAN DIA UNTUK MEMIMPIN SEBUAH KERAJAAN PERPADUAN, MAHATHIR
PERLU MENJAWAB APAKAH DUA ORANG INI, MOKHZANI DAN RAZLAN, MEWAKILI SELURUH
RAKYAT MALAYSIA?
SELEPAS DIA MENJAWAB INI NANTI BOLEHLAH KITA TANYA YANG LAIN
PULA.
C&P
PS: Jika benar pendedahan diatas maka benarlah mahathir bermain
wayang konon2 nak jadi pm kembali kerana rakyat!!!! Walhal dia gusar dan takut
segala salah laku meyamun diketahui umum. Adakah apa yg diperkatakan diatas
benar?????