NO ANWAR NO DAP


Slogan “No Anwar No DAP” digunakan oleh beberapa pemimpin yang berjawatan. Mereka tidak mahu kerajaan PN tumbang.
Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulin? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulin.
Maaf, kalau kritikan ini keras dan pedas. Tetapi saya tidak mohu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam
Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati.
Pemimpin PPBM tumpang semangkuk guna slogan “No Anwar No DAP” untuk serang UMNO. Sejujurnya mereka takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama itu.
Benar, No Anwar No DAP adalah keputusan MKT UMNO. Annuar Musa guna slogan ini untuk pertahan PN. Sebagai ahli MKT, saya pula tidak mahu UMNO terlalu rigid.
Ia bukan soal membentuk satu gabungan baru. Ini hanya kerjasama politik. Seperti PH sokong usul UMNO di Perak. Tidak salah. UMNO pun bukan ahli PN. MN juga belum daftar.
Kita harus terbuka dengan kerjasama politik. DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar UMNO dalam Parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin.
Tidak dinafikan ada akar umbi UMNO yang keliru. Tetapi mereka juga keliru bila ada pemimpin UMNO yang berunding dengan Tun M dan Azmin tanpa pengetahuan MKT.
Dulu, siapa terfikir PAS bergabung dengan DAP. Siapa terfikir Muslimat PAS julang bendera Roket semasa PRU dan PRK.
Siapa terfikir Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO?
Wajarkah mereka dianggap pengkhianat kepada orang Melayu dan Islam kerana menjatuhkan kerajaan Melayu dengan bantuan Anwar dan DAP?
Sebab itu slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa. Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah.
Lim Chong Eu dipecat daripada DAP kerana terlalu cauvinis. Tetapi bila dia membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama BN, dia dilihat sebagai tokoh moderate.
Maka jika perlu, apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak. UMNO mesti berani mempeloporinya demi kelansungan rakyat. Kenapa mesti takut.
UMNO luas pengalaman berpuloh tahun mentadbir negara dengan suhu perkauman yang sentiasa tinggi. Rusuhan kaum 1969 adalah pengajaran
terbaik
.
Tetapi dengan formula BN 1974, peristiwa itu tidak berulang walaupun sentiasa panas. Bahkan MCA dan MIC ada kalanya lebih keras membangkitkan isu kaum.
Maka apakah dengan pengalaman itu tiba tiba UMNO rasa takut dan lekeh untuk urus kerjasama dengan sesiapa hatta DAP. Yang penting kemampuan, kebijaksanaan, ketegasan, konsensus dan kejujuran politik.
Justeru UMNO Perak wajar diberi peluang bentuk kerajaan perpaduan tanpa perlu gabungan parti politik yang rigid. Ia pembuka jalan.
DrPuad Zarkashi