Tuuuuuuudia aih


 

BAHAYA.. INI LEBIH TERUK DARI WALAAUN

 


NOH HAIH... SAPU KIRI KANAN NOH..?


 

BUDAK NI SPM NI BLOM TENTU LULUS. CUBA PEGANG URIN TENGOK.


 




NI LA ABANG ROY. POLIS TAK TANGKAP URIN





BALA SATU Hl.... PEMALAS 2 HAL... BELAJAR DAFI SEKINCHAN


 

TANGKAP PERASUAH DI SABAH


 

KEH KEH KEH.... MEMANG LOYAR BEROK BETUL.


 

AKHBAR BERPENGARUH PUJI KENAIKAN RINGGIT


Alif Jamil


 Dua media antarabangsa hari ini,  Bloomberg dan The Straits Times mengesahkan bahawa Ringgit Malaysia kini berada pada paras tertinggi dalam tempoh 13 bulan malah on track to outperform Asian peers again.







Mudah kata, mata wang Malaysia sedang menunjukkan semula kekuatan dirantau ini dan ia sekaligus menandakan keyakinan pelabur global terhadap kestabilan dasar ekonomi dan monetari dibawah pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim.


Laporan Bloomberg menyebut bahawa pengukuhan ringgit disokong oleh growth optimism dan rate outlook yg positif.


Itu bermaksud bahawa pelabur melihat Malaysia bakal mencatat pertumbuhan kukuh tahun depan dgn hasil pengurusan disiplin fiskal yg cekap. 


Manakala The Straits Times pulak menyebut bahawa pasaran pertukaran asing Malaysia kini menjadi lebih liquid dan efisien. 


Ia petunjuk bahawa Bank Negara Malaysia berjaya mengimbang kestabilan mata wang tanpa menjejaskan aliran pasaran.


Kekuatan ini lahir dari dasar² reformasi ekonomi yg berkesan umpamanya : 


1. Penstrukturan semula subsidi bersasar yang mengukuhkan fiskal.


2. Pelaksanaan NIMP 2030 dan NETR yang menarik pelaburan asing bernilai berbilion ringgit.


3. Ketelusan fiskal, integriti tadbir urus, dan kestabilan politik yang menambah keyakinan pasaran.


Tapi macam biasa, berita baik sebegini memang tidak akan keluar dari mulut pembangkang apatah lagi geng² yg hangus deposit.


Mereka ni semua hanya hidup dgn fitnah kononnya ekonomi negara tenat, pelabur lari, kononnya negara hancur dan kedaulatan tergadai. 


Padahal dunia luar membuktikan sebaliknya.

 

Ketika media² antarabangsa mengiktiraf kekuatan Malaysia, pembangkang masih lagi sibuk dgn propaganda jahat dan retorik kebencian untuk menjatuhkan reputasi negara sendiri. 


Mereka terpaksa menafikan fakta kerana hakikat kejayaan Malaysia dibawah PMX harini adalah kegagalan terbesar propaganda mereka yg sebenar.



HUTANG KERAJAAN: TAMBAH RM5 BILION (GII)


Shahir







Esok (11 November 2025) Kerajaan akan menerbitkan hutang baru bernilai RM5 bilion dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) patuh shariah. (Rujuk Gambar 1)


Ini akan menjadikan jumlah hutang Kerajaan yang diterbitkan tahun ini mencecah RM158.5 bilion dengan mengambil kira hutang lama yang ditebus/dibayar semula berjumlah RM83.477 bilion maka jumlah pinjaman baru bersih Kerajaan mencecah RM75 bilion. (Rujuk Gambar 2)


Seperti tahun lepas (2024) di penghujung tahun Kerajaan tidak lagi banyak meminjam atau menerbitkan hutang baru kerana tidak ada lagi hutang lama yang perlu dibayar semula/ditebus dan sasaran defisit fiskal sudah semakin hampir dan pinjaman RM5 bilion melalui GII esok mungkin pinjaman kedua atau ketiga terakhir untuk tahun ini bergantung kepada keperluan Kerajaan.


Sebagai peringatan, Kerajaan hanya meminjam untuk 2 perkara:


1. Membiayai perbelanjaan pembangunan

2. Membayar balik/menebus hutang lama 


Setiap tahun pinjaman atau penerbitan hutang Kerajaan sudah dirancang lebih awal mengikut sasaran defisit fiskal dan keperluan pembiayaan Kerajaan malah Kerajaan akan menerbitkan jadual lelongan (Auction Calendar) bila dan berapa hutang Kerajaan akan diterbitkan.


Tidak timbul isu Kerajaan tambah hutang senyap-senyap, sorok-sorok atau tiba-tiba.


Pinjaman atau hutang baru bersih juga perlu mengambil kira hutang lama yang perlu ditebus dalam tempoh setahun.


Dah kurang sikit pakar putar alam dan pakar-pakar lain mainkan isu hutang Kerajaan sebab dah takde modal dan kononnya Kerajaan tambah hutang melebihi sasaran defisit fiskal terbukti tak betul. 


Kena cari modal lain.





Kenapa Ewon keluar Sabtu malam, dan UPKO keluar PH malam ni?






Anwar Ibrahim  fans. 



Sebab Ewon tau, dari mesyuarat kabinet Jumaat lalu, apa pendirian PMX & Kerajaan dalam isu 40% (PMX pun dah bagi hint di Sabah)


Dan Ewon tahu esok ada mesyuarat kabinet khas tentang isu 40%, di mana Kerajaan akan putuskan langkah seterusnya (yg PMX dah bagi hint di Sabah)


Jadi segala perancangan Ewon & UPKO nak jadi “hero” akan terburai




Tapi apa yg berlaku ialah Ewon membuktikan UPKO sama je dgn STAR - oportunis, tiada prinsip utk buat engagement


Bila UPKO kekal dlm PH, Ewon dlm kabinet, maksudnya ada engagement


Sebab tu Armizan (GRS) masih dlm kabinet, sebab GRS teruskan engagement termasuk isu 40% ni


Jadi, Ewon = Jeffrey Kitingan, dan UPKO sama je dgn STAR.



UPKO KELUAR DARI PAKATAN HARAPAN


1. Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO telah diadakan sebentar tadi untuk membincangkan agenda Sabah First yang menjadi asas perjuangan dan halatuju kepimpinan UPKO.


2. Mesyuarat khas ini menyokong sepenuhnya keputusan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana tidak dapat bersetuju dengan pendirian dan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) sepanjang prosiding Semakan Kehakiman terkait hak 40 peratus Sabah yang difailkan oleh Sabah Law Society.


3. Sepanjang tempoh empat tahun berada dalam Pakatan Harapan (PH), UPKO telah menjadikan agenda Sabah First dalam perundingan berkaitan manifesto pilihanraya PH dan juga perbincangan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Pengerusi PH.


4. ⁠Bagaimanapun, sepanjang tempoh ini, berlaku jurang intepretasi, pandangan dan pendirian di antara UPKO dan parti-parti komponen PH di peringkat nasional mengenai tuntutan pelaksanaan hak hasil 40 peratus Sabah, tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak serta kegagalan melaksanakan autonomi pentadbiran PH Sabah.


5. ⁠Kepengerusian PH Sabah oleh UPKO melalui Mesyuarat Agung PH Sabah tidak pernah diselesaikan oleh Majlis Presiden PH susulan bantahan daripada PKR Sabah. Malah UPKO turut menerima kecaman terbuka walaupun keputusan dibuat melalui pemilihan yang dikendalikan oleh pentadbir dari Ibu Pejabat PH.


6. ⁠Presiden UPKO kemudiannya hanya dilantik sebagai ‘coordinator’, tetapi keputusan-keputusan berkaitan persiapan pilihanraya oleh PH diputuskan oleh PKR tanpa autonomi sebenar oleh PH Sabah, bercanggah dengan apa yang telah diumumkan.


7. ⁠UPKO menilai semula halatuju perjuangan dan kami menyimpulkan “hanya parti-parti tempatan Sabah sahaja yang betul-betul memahami denyutan nadi, jiwa, wawasan, impian masa depan Sabah” berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya hak 40 peratus.


8. ⁠UPKO kekal dengan pendirian bahawa hak 40 peratus Sabah tersebut adalah berasingan daripada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di bawah Senarai Persekutuan (Federal List).


9. UPKO bersedia bekerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah yang mahu memperjuangkan agenda Sabah First bersama-sama supaya pelaksanaan sebenar Perjanjian Malaysia 1963 seperti hak 40 peratus dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan.


10. UPKO juga berpendirian bahawa hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah harus dijayakan tetapi mesti berasaskan kepada semangat, tujuan, intipati dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.


11. Setelah mempertimbangkan penyertaan dalam PH selama empat tahun dan seruan rakyat Sabah agar penyatuan parti-parti tempatan Sabah dimulakan melalui pilihanraya ini, maka Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO memutuskan untuk mengundur diri daripada PH serta-merta. Keputusan ini akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH dan parti-parti komponen PH.


12. Kedua-dua Ahli Parlimen UPKO iaitu Datuk Ewon Benedick dan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau akan terus menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong supaya kestabilan Kerajaan Persekutuan harus dikekalkan sehingga penggal ini berakhir.


SETIAUSAHA AGUNG UPKO

YB DATUK NELSON W ANGANG



PESAWAT YDPA DIIRINGI F16 BAHRAIN.

 



Ramai yang mungkin tak tahu, minggu lepas semasa lawatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Timur Tengah. Pesawat baginda telah diiring oleh Tentera Udara Diraja Bahrain sebaik memasuki ruang udara negara mereka.









Kebiasaannya, iringan pesawat (escort) oleh tentera udara sesebuah negara merupakan tanda penghormatan tertinggi kepada tetamu diraja atau ketua negara yang datang melawat.


Momen ini juga jelas menunjukkan hubungan yang erat dan persahabatan yang kukuh antara Malaysia dan Bahrain.


📷 Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

 

#ohmedia #mf



PKR TAK PATUT ADA MASALAH MENANG BERGAYA DI SEMUA 10 KERUSI DITANDINGINYA



10 November 2025


Semalam, dua parti iaitu PKR dan UMNO/BN telah pun mengumumkan calon-calon yang bertanding bagi PRN Sabah, 29 November depan.


UMNO/BN mengumumkan bertanding di 41 kerusi, manakala PKR 10 kerusi.


Meskipun UMNO/BN bertanding lebih banyak kerusi, tetapi perbualan ramai nampaknya lebih tertumpu kepada PKR yang hanya bertanding sedikit kerusi.


Tidak banyak orang bercakap tentang calon-calon UMNO/BN, walaupun lebih 80 peratus adalah muka baru yang berpendidikan tinggi.


Apa yang menarik dalam PRN Sabah ini ialah berlakunya pertembungan cinta tiga segi antara PKR, UMNO/BN dan GRS.


PKR bekerjasama dengan UMNO/BN dan ia juga bekerjasama dengan GRS.


Ertinya, di mana PKR bertanding, UMNO dan GRS tidak meletakkan calon mereka di kerusi tersebut.


GRS belum lagi mengumumkan nama-nama calonnya dan ia dijangka dilakukan pada 13 November akan datang.


Tetapi, antara UMNO/BN dan GRS berlaku permusuhan yang nyata dan terbuka.


Disebabkan  GRS dan UMNO/BN saling bermusuhan, tidaklah sukar dijangka bahawa di mana UMNO/BN bertanding, di situ jugalah GRS akan meletakkan calonnya.


Ditolak PKR yang bertanding 10 kerusi dan ahli komponen PH yang lain iaitu DAP dijangka meletakkan calon di 7 kerusi, Upko 5 kerusi dan Amanah 1 kerusi, ini bermakna GRS akan bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi daripada 73 jumlah kerusi Dun Sabah keseluruhannya.


Warisan sudah mengumumkan sebelum ini akan bertanding di semua 73 kerusi, sementara PN masih belum memuktamadkan lagi jumlah kerusi yang akan mereka tandingi.


Berbalik kepada 10 calon PKR, tiga daripadanya paling menarik perhatian dan paling banyak diperbualkan oleh masyarakat, baik di Sabah mahu pun di Semenanjung.


Pertama ialah Yamani Hafez Musa, calon yang diletakkan di Dun Sindumin yang merupakan anak TYT Tun Musa Aman.


Beliau bermula daripada UMNO, kemudian menyertai Bersatu pada 2019, seterusnya berpindah ke GRS dan kini PKR


Kedua, Jamawi Jaafar, pemimpin yang sebelum ini berasal daripada UMNO, kemudian masuk Warisan, seterusnya masuk UMNO semula, kemudiannya menyertai PGRS dan kini dijadikan calon PKR di Dun Melalap.


Ketiga, Ruji Ubi iaitu seorang pendatamg baru dalam PKR di mana sebelum ini beliau adalah penjawat awam dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kini dipertaruhkan sebagai calon di Dun Melalap.


Seorang lagi calon PKR adalah juga daripada PGRS iaitu George Hiew yang diletakkan di Dun Karamunting.


Makna kata, daripada 10 calon PKR, hanya 6 datang daripada ahli parti reformasi yang asli.


Begitu pun, oleh kerana PKR mendapat sokongan penuh daripada UMNO/BN dan GRS di semua 10 kerusi yang ditandinginya, tiada sebab untuk semua calon itu tidak mampu beroleh kemenangan yang bergaya.


Ibarat seorang lelaki yang disayangi oleh dua wanita sekaligus, kasih yang diterima tentunya melimpah-ruah, meski pun dua wanita berkenaan saling bermasam muka.


Apatah lagi, Anwar sendiri akan mengetuai jentera pilihan raya PKR di Sabah bagi menyelaras strategi kempen dan memperkukuh perpaduan di semua bahagian.


Keadaan itu berbeza dengan calon UMNO/BN yang mendapat tentangan daripada GRS, begitu juga GRS yang mendapat cabaran daripada UMNO di mana kedua-duanya saling mahu mengalahkan antara satu sama lain.


Cabaran PKR hanyalah datang daripada Warisan dan mungkin daripada PN yang setakat ini belum lagi mengumumkan berapa jumlah kerusi akan ditandingi.


Dengan itu, PKR sepatutnya tiada masalah untuk menang cemerlang di semua 10 kerusi yang ditandinginya.


Kalau calon PKR kalah, ia tidak lain mungkin disebabkan sentimen “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” yang berjaya membuatkan naluri pengundi terlonjak untuk mengundi hanya parti-parti lokal saja, selain tiupan anti Anwar daripada Semenanjung yang mula menampakkan kesannya.


Jika itu berlaku selepas keputusan pada 29 November nanti, Anwar, PKR dan PH tidak lagi berada dalam kedudukan selesa menuju PRN Melaka, Johor dan seterusnya PRU16 mendatang. – ShahbudinHusin 10November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/pkr-tidak-patut-ada-masalah-menang-semua-10-kerusi-ditandinginya/





GAYA MUTU DAN KIOK


 De De


"NEGERI HASIL MEROSOT, TAPI YB DAPAT KERETA BARU RM200K?"








Tengok carta ni, Terengganu satu-satunya negeri yang hasil pendapatan jatuh — turun 7% sejak 2018.


Semua negeri lain naik — ada sampai 170% meningkat. Tapi Terengganu… makin menurun.

Tapi peliknya, dalam keadaan hasil negeri makin susut, DUN Terengganu baru lulus skim pinjaman kereta baru untuk semua YB — maksimum RM200,000 seorang!

Jumlah keseluruhan? Sekitar RM16 juta.


Sedangkan MB dan Exco dah ada kereta rasmi — siap dengan pemandu, minyak, servis, semua tanggungan kerajaan.


Tapi masih nak tambah lagi kemudahan kereta baharu?

Rakyat pula terus dengar alasan “duit takdok”, “kena berjimat”, “projek tertangguh”, “dana pusat lambat”.


Bila bab rakyat — berjimat.

Bila bab YB — bermewah?


Lebih menyakitkan, yang jadi negeri paling lemah prestasi hasil,


tiba-tiba muncul poster 'PMXI' kononnya bakal Perdana Menteri ke-11.


Kalau urus satu negeri pun hasil boleh merosot, macam mana nak urus satu negara?

Rakyat bukan iri, tapi realiti perlu ditelan dengan jujur.

Kalau negeri pun tak mampu ditingkatkan hasilnya, jangan dulu pasang angan nak duduk di Putrajaya.


Baiki dulu rumah sendiri sebelum nak bina istana orang lain.

📉 Fakta bukan fitnah.


Negeri paling bawah carta hasil… tapi paling tinggi “cita-cita”.





DULU TAKHTA INI HANYA IBRAHIM ALI YANG PEGANG..TALI KINI BERTUKAR TANGAN KEOADA RAMAI YANG JADI SEPERTI BELIAU DULU.



 Aku orang borneo, komen pasal PKR Sabah (dan lepas NI sarawak) yang diperkotak katikkan macam kami ni tak de harga, datang orang semenanjung komen seolah olah kami ni cop yang berguna masa datang laporan tahunan sahaja. Selain itu, pendapat dan maruah kami ni tolak tepi. Lepas itu ayat terbaik bagi penjilat mereka kalau kena komen ialah - pecat je Iswardy tu. Puii.



Sentimen PKR kami di sabah Sarawak ni lain. Even di antara Sabah DAN sarawak juga lain.


Kalau begini ceritanya, maka parti derita dah kena tukar.. Tukar ke parti cerita.. Atau lebih teruk parti ce...


Mungkin anggapan mereka hanya calon banyak duit sahaja yang layak bertanding. Malah salah seorang calon PKR PRU DU dari Karamunting lompat dari warisan 2023, masuk GRS... lepas tu sekarang bertanding atas tiket PKR.


Seorang lagi (poster di bawah) best, apa parti dia tak masuk.


Dimasukkan anak Musa aman dengan Harapan boleh menang besar anak tyt. Itu pun boleh tahan lompat dia. 😂


Tapi kita macam Lupa sejarah, dulu bekas calon melaka kita adalah bekas Ketua Menteri yang juga melompat dan penuh kita bangga dapat dia dan melupakan orang parti sendiri.


Semalam bila lihat upacara gilang Gemilang dengan pekikan dan jeritan yang berkumandang di dalam dewan lepas ucapan presiden Perdana Menteri Malaysia, dan bila diumumkan atas Pentas cuma 10 orang ( macam yang aku kata akan kurang dari 10 dan bukan 18 atau 13), aku rasa malam tadi macam tengok pasukan MLM  nak rekruit ahli baru 🤭


Maka calon ditentukan oleh broker semenanjung yang datang ke Sabah dan Sarawak. Erkk kenyang...


Nah sapa nak baca


Datuk Yamani Hafez Musa (Sindumin) — UMNO → Bebas (2018–19) → BERSATU (2019–2022) → GAGASAN/GRS (2023–2025) → dicalonkan PKR 2025. 


Datuk George Hiew Vun Zin (Karamunting) — Pernah DAP → WARISAN (ADUN 2018) → GAGASAN/GRS (lompat 4 Mac 2023) → kini calon PKR. 


Datuk Jamawi Jaafar (Melalap) — UMNO (hingga 2018) → WARISAN (2018–2020) → UMNO semula (2020–2023) → GAGASAN/GRS (2023–2025) → kini calon PKR.


Iswardy





NOHH HAIH...TAK STUDY JANGAN HENTAM



 𝗙𝗮𝘄𝘄𝗮𝘇 ni memang kelakar. Dah dekat sepenggal dia jadi MP, dia lebih banyak bawa isu tempat lain dari parlimen yang dia wakili. Padahal tempat dia banyak je isu. Entah macamana cara otaknya berfungsi.




Dah la tak berapa cerdik, pemalas pulak tu. 𝘈𝘵 𝘭𝘦𝘢𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘶𝘥𝘺 la dulu 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 tu untuk apa. Dia ingat tu projek suka-suka macam yang 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘂𝗯𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗱𝗶𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 ke? Itu kan untuk penjawat awam.


Kalau betul prihatin, baik dia tegur pimpinan partinya sendiri yang sanggup bayar 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 ke MP DAP sebab nak pertahankan pemfitnah. Kalau duit tu digunakan untuk pembangunan di Sarawak macam yang dia cakap kan lagi bagus. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



NOHHH

 




Mahathir jadikan DAP sebagai  'PUNCHING BAG' sejak  ditubuhkan 18 Mac 1966 hingga 2018 untuk jamin UMNO berkuasa MUTLAK. 


I. Mahathir paling berkuasa di bumi Malaysia selama 22 tahun , 1981/2003 dengan menakut²kan Melayu kepada DAP. 


II. Untuk menjatuhkan Najib & menghalang Anwar Ibrahim berkuasa , Mahathir cari PKR, DAP 2017. 


Tidak pelik .....

Mahiadin pun cari DAP untuk lanjutkan kuasa di kerusi PM8 tahun 2021. 


CATATAN 

Hari ini Juzuk UMNO Najib & PAS menggunakan DAP untuk bebaskan Najib dari Kajang & merebut Putrajaya.




BUKAN KENA MOHONG


 

TENGAH LAPOR..TUNGGU AMBIL TINDAKAN

 


𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗟𝘂𝗽𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗻





Mereka ini merupakan pengkhianat mandat rakyat. Langkah Sheraton membelakangi mandat ini.


Mereka ini secara rasmi menyokong kerajaan Tebok Atap PN, menyebabkan kerajaan yang dipilih rakyat jatuh.


Mereka ini menjadikan politik Malaysia tidak stabil.



JENIS MEROYAN.

 


Kenapa masa ini tarik balik saman..kemudian mengoyan mahu kembali





PENJELASAN PMX ISU 40%





 Tentang 40% bayaran dari hasil cukai Sabah, jawapan PMX 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝘂. Aku pun tak terfikir juga.


Hasil yang Kerajaan Pusat perolehi dari Sabah adalah sebanyak RM10 bilion. Kalau 40%, yang patut Pusat patut bayar RM4 bilion saja.


Akan tetapi, peruntukan untuk negeri Sabah adalah RM17 bilion. Itu 325% daripada jumlah yang dituntut oleh pemimpin Sabah. Tak cukup?


Ini zaman 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶. Bukannya zaman 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 atau zaman 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 1𝗠𝗗𝗕. Madani bukan setakat adil bahkan jujur dan telus.


Apa yang berlaku hanya 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 oleh ahli politik yang 𝗺𝗮𝗻𝗱𝘂𝗹 𝗶𝗱𝗲𝗮 dan 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝗷𝘀𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂. Dah tak tahu nak main isu apa, dia 𝘴𝘱𝘪𝘯 la isu ni. Yang pengikut bebal percaya. Tak tahu fakta. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



CUBAAN UNTUK MEMBELA PROFESOR KANGKUNG

 


Ada juga cubaan membela 𝗣𝗿𝗼𝘀𝗳𝗲𝘀𝗼𝗿 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿 tu ya. Ramai walaun. Mungkin juga sebab yang bangkitkan isu 𝗸𝗲𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 profesor tu ramai daripada golongan 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, maka walaun rasa terpanggil untuk bela.


Biasalah walaun dan lebai ni. Kebencian pada PMX begitu menebal sampai kalaulah 𝗡𝗲𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗵𝘂 serang PMX, walaun dan lebai akan dengan rela menyokong Netanyahu. Tengok la macam kes 𝗥𝗮𝗻𝗴𝘀𝗶 tu.


Makcik tu memanglah profesor. Tapi rasa aku bidang dia 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗯. Bukan Sejarah. Jadi dia tidak ada kelayakan pun nak ulas. Dah macam mekanik Proton nak ulas pasal enjin Mercedes. Mungkin dia boleh nak cerita tapi kemungkinan salah fakta tu sangat besar.


Ada yang kata makcik tu mesti dah semak dokumen. Mungkin la. Tapi sebab bukan kepakaran dia, jadi dia 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻 nak nilaikan kredibiliti dokumen yang dia baca tu. Faham tak? Isu dekat sini 𝗸𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶.


Dan kita ada pakar sejarah yang tak bersetuju dengan pendapat makcik tu. Jadi, sebagai manusia yang ada akal, sepatutnya percaya cakap pakar. Yang bersusah payah nak bela dah kenapa pulak? Yang tak layak dia nak percaya. Yang pakar dia bangkang. Walau ni dah gila ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 



PERBELANJAAN PERSEKUTUAN TIDAK SAMA DENGAN HAK 40% HASIL SABAH – PEGUAM



10 November 2025


Peruntukan persekutuan kepada Sabah yang lebih tinggi berbanding hasil yang dikutip daripada negeri itu bukan alasan untuk tidak menunaikan kewajiban mengembalikan 40 peratus hasil tersebut kepada Sabah, kata seorang peguam.


Bekas Presiden Sabah Law Society (SLS) Roger Chin berkata perbelanjaan persekutuan tidak seharusnya dianggap sebahagian daripada geran khas untuk Sabah.


“Kerajaan Persekutuan tidak boleh campur aduk perbelanjaan biasa dengan kewajiban perlembagaannya.


“Wang yang dibelanja untuk sekolah, hospital, jalan raya atau keselamatan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan Persekutuan kepada seluruh rakyat Malaysia di bawah sistem persekutuan – bukan sebahagian daripada geran khas 40 peratus yang secara khusus untuk Sabah,” katanya kepada Malaysiakini.


“(Peruntukan) Perlembagaan bukan tentang kemurahan hati. Ia tentang kewajiban, ketelusan dan penghormatan kepada janji yang menubuhkan Malaysia,” katanya lagi.


Chin mengemudi SLS ketika badan itu memfailkan semakan kehakiman yang membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan hak Sabah ke atas 40 peratus hasil negerinya.


Chin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berhubung hak tersebut.


Ketika ditanya orang awam berhubung bila kerajaan Persekutuan akan menunaikan tanggungjawab perlembagaannya, Anwar berkata kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM17 bilion untuk Sabah, berbanding RM10 bilion yang diperolehi daripada negeri itu.


Menurut Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, bahagian hasil 40 peratus itu sepatutnya dibayar dalam bentuk geran khas yang akan berada di bawah kawalan penuh Sabah.


Dalam Belanjawan 2026, Anwar berkata geran khas untuk Sabah ialah sebanyak RM600 juta.


Berdasarkan angka kutipan RM10 bilion yang disebut Anwar, geran khas bahagian hasil 40 peratus sepatutnya berjumlah RM4 bilion.


Hari ini, Anwar juga berkata jumlah pembayaran masih dalam perbincangan dan kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi atau tidak.


Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/760268




SOKLAN LEBIH BAIK DARI AHLI OARLIMEN PEMBANGKANG.

 


TU DIA NEGERI KEDAH LAGU NI.? LA PENANG BOLEH.. AWAT KEDAH TAK BOLEH


 

PUNYA TAK DAK ISU... KOMAN LA LEBAI PAS NI

 


BETOI PERANGAI HANG SERUPA HARAM JADAH.


 

PRN Sabah: Warisan,SAPP dan UPKO sebagai gabungan politik pencabar hebat kepada GRS-PH



Sambil saya membantu dan menentusahkan satu kajian politik setempat yang bebas ketika saya berada di Kota Kinabalu ini, riuh pikuk setakat ini sangat kuat kepada Warisan untuk menang sebagai parti paling banyak kerusi tetapi tidak mampu membentuk kerajaan negeri.


Warisan mampu menonggak kerajaan baharu negeri hanya dengan gabungan dari pelbagai kumpulan etnik, Warisan boleh meningkatkan undi masing-masing tetapi memerlukan kesefahaman ketika gear PRN sudah tinggi untuk menangani mereka tidak berpuas hati dalam parti masing-masing kerana terpaksa menurut arahan tertinggi parti dalam isu pencalonan nanti.


Semua sedia maklum bahawa SAPP didaftar sebagai parti berbilang bangsa tapi hakikatnya digemari oleh bangsa Cina Sabah serta penerimaan terhadap Presidennya. Sepertimana kewujudan DAP dan Gerakan juga dilaungkan sebagai parti majmuk yang bukan parti bersifat bangsa, kedua dua parti menjadi pilihan bertukar ganti oleh orang Cina di kawasan bandar. Namun begitu, parti MCA memang sejak azalinya untuk kaum Cina seperti MIC untuk kesejahteraan kaum India.


Oleh itu, jika SAPP dapat bekerjasama dengan Warisan, kemenangan pasti berpihak kepada mereka. 


Lagi-lagi hasil besar kemenangan dapat diraih jika UPKO yang berteraskan etnik Kadazan-Dusun dapat bersama mereka maka sememangnya kemenangan sah milik mereka bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh nanti.


Warisan walaupun didaftarkan sebagai parti berbilang kaum juga, partinya tetap dilihat dominan sebagai parti Bumiputera Islam secara hakikatnya. Warisan sangat kuat di bahagian Timur Sabah yang rata ratanya penduduknya beretnik bajau, sulu dan setempat.


Gabungan diketuai oleh Warisan disertai SAPP dan UPKO mampu menjadi gabungan senegeri yang diimpikan penduduk Sabah pada hari ini.


Ya, GRS sudah pun memiliki sokongan berbilang kaum kerana di dalamnya ada parti LDP berteraskan Cina dan PBS berteraskan Kadazan Dusun. Malah, berbantukan sokongan Cina kepada DAP menerusi PH, mereka sudah mencakupi kesemua kaum besar di negeri itu. Tetapi isu-isu besar dan tuduhan rasuah mampu memberi kesan kepada GRS PH. 


Ada atau tidak PKR di negeri Sabah pun bukan satu kepentingan untuk menang. Semua sedia maklum, seluruh jentera yang berkaitan kem Hiruk Pikuk kali ini tidak lagi turun padang dan tugas ini digalas oleh kem Damai. Namun begitu, jika UPKO meninggalkan gabungan GRS maka PKR perlu menjadi lebih kuat mengisi kekosongan tersebut di kawasan bumiputera bukan Islam yang tinggal di kawasan perbandaran.  


BN mempunyai kesukaran untuk mengekalkan kerusi mereka kerana penyokong mereka berkongsi dengan Warisan. Pengundi ini akan memilih sama ada untuk menyokong Umno atau Warisan setiap kali pilihan raya. Namun begitu, jika rakan lamanya UPKO memilih bersama BN berbanding Warisan, mereka masih tak mampu memenangi kerusi majoriti bersama untuk membentuk kerajaan negeri baharu.


PN tidak mungkin berjaya memenangi banyak kerusi tetapi sangat berpatutan untuk PN bekerjasama dengan gabungan Warisan untuk beberapa kerusi kecil buat PN Sabah.


Malangnya, STAR sebuah lagi parti nyatanya bumiputera bukan Islam yang dilihat sebagai parti berisiko untuk dipikat oleh parti-parti besar, tidak mungkin dapat menang sebarang kerusi melainkan di kawasan tradisi pemimpin tertingginya. 


Mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan persaingan banyak penjuru sebenarnya satu kelebihan buat Warisan dan sekutunya jika gabungan mereka berjaya dibentuk bersama UPKO dan SAPP.


Sesungguhnya perkembangan isu 40% hak hasil negeri bawah MA63 serta pengaruh kuasa dan kekayaan individu mesra pemimpin kerajaan Pusat selain isu rasuah akan bakal menjadi tunggangan sesuai digunakan oleh pembangkang bagi memenangi hari Rakyat negeri di bawah bayu ini.


Anwar Ibrahim kena memastikan kemenangan berpihak kepada GRS PH walaupun terpaksa menghadapi ributan ini kerana ini menjadi petunjuk kepada prestasi kerajaan sebelum menjelangnya PRU akan datang yang dijangka seawalnya Oktober tahun depan bagi menangani isu mandat DUN Melaka dan Johor yang bakal tamat jauh sebelum mandat Parlimen selesai Oktober 2027.


Sabah Maju Jaya


Shaharul Shafie

Kota Kinabalu

9 November 2025

#UMNOSabah #grssabah 

#PRNSabah #WarisanSabah #UPKO